WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 15, 2011

HITAM ASSYURAKU, SUNGGUH LAZAT

Sempena Bulan Muharram ataupun di Kelantan yang lebih dikenali sebagai bulan Sura (Assyura), keluarga Imanshah telah mengadakan gotong royong memasak bubur assyura. Sudah lama rasanya tidak bergotong royong begini. Seingat Imanshah kali terakhir keluarga mengadakannya 10 tahun yang lalu selepas arwah nenek pulang dari Tanah Suci Makkah. Selebihnya kami banyak mengadakannya di masjid dan surau.

Bubur Asyura ki Kelantan agak berbeza dengan tempat lain. Memasaknya sahaja mengambil masa yang sangat panjang. Bermula jam 9.00 pagi dan siap pada ham 4.00 petang. Hampir tujuh jam diperlukan untuk menyiapkan sekawah bubur asyura. Yang membezakan bubur asyura kelantan dengan negeri lain ialah ramuan yang digunakan. Antara ramuan yang digunakan ialah beras, rempah, serbuk kari, daging, lengkuas, halia, kacang hijau, jagung santan dan sebagainya. Apabila siap dimasak dalam proses yang panjang, maka inilah hasilnya.


Kalau tengok pada rupanya memang tak ada siapa yang berani makan. Tapi kalau dah makan, Ya Allah sedap sangat. Terasa daging, rempah dan bahan-bahan yang lain. Terkenang zaman kanak-kanak dahulu, kami akan mencari tempurung kelapa. Kemudian semua kanak-kanak akan membuang mengikis tempurung tadi selicin yang boleh dan apabila assyura masak, masung-masing akan menadah tempurung untuk dimasukkan assyura. Kata orang tua-tua, assyura akan lebih sedap dimakan dalam tempurung. Kenangan sungguh. Nak rasa asyyura kelantan, jemputlah datang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

SHAFIQ HASHIM said...

Bubur Asyura Mcm Dodol..
Semalam Baru Sahaja Sy Mkn Assyura Durian..Hari Nie Lapor Plk Assyura..

azam said...

sedapnyer....

KL susah nak jumpa ni

Yatie Awang said...

akak dulu masa kecik2 suka makan yang cair, tapi sekarang rasanya dah tak boleh telan yang cair tu hehehe...

ROZILA said...

Salam Hok sengoti,

Bubur assyura kelantan tak boleh
tanding.....
memang sedap,sebab terasa rempahnya.

Cuma rupanya saje hitam....

Hitam-hitam si tampok manggis
Walaupun hitam sedap rasanya......

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

rasa2 belum pernah makan lagi..

Wassalam

faizal mohd said...

bubur asyura kelantan sangat best.
kat negeri2 lain, bubur asyura warna putih :)

nyanyisunyi said...

lain pulak dengan akak iman..sejak azali lagi akak kenal bubur syura ni adalah bubur nasi@bubur lambuk..bila pertama kali org Kelantan bg bubur syura edisi kelantan akak terkejut beruk, sebab terbayang2 bubur nasi dgn daging+udang dan lain2 ramuanalih2 dapat yg hitam2 sitampuk manggis gitu..hahaha..dan sure akak tk boleh makan...

Ahmad Haziq Azlan said...

tak pernah rasa lagi.... nak nak nak

Muhammad Adam bin Roslan said...

menarik.. kalau ada peluang, insyaAllah saya ke sana.. :)

sara pedrosa said...

apa ada pada rupa..blom try blom tahu..try sekali pasti nak lagi. heheh
sura kelantan sgt best!

adrenalina said...

pergh...meme sedak!!! kecik2 dulu takot makan ni sbb tgk warna dio pelik...tp bila sekolah buat gtg royong asyura besar2an baru tahu kenimkmatan assyura yg unik ni.. =)

Afida Anuar said...

terengganu punya versi brown skit.. dah makan dah balik kg baru ni..sedapppp;)

Cheq Sue said...

nasib baik la dah makan masa baru2 balik kg...kalau x memang meleleh dah ni... selain makan dalam tempurung, mesti ingat guna sudu kulit nenas... awat la tak bagitau awal2...sanggup ku redah Tumpat pi cari ni...

azwa amani said...

hitamnya tu nampak menawan.. mcm dodol pun ada.. teringin plak nak rasa... huhuhu, kena kahwin ngan ore klate lah ni.. huhuhu

Kalamhati said...

Meme sedap!nnt kak wan wat entry suro versi kak wan pulok..hehe

KuNanGKuNanG said...

sy dh penah cuba makan tp xpandai la..makanan klate yg lain semua sy boleh makan, hok ni jah yg tokleh masuk tekak.xtahu bakpo..huhu

tunz said...

bila lah mama dpt rasa ni kan...

Gen2Merah said...

dulu masa belajar kat maktab, pensayarah kami dari kelantan selalu buat gotong royong menyiapkan bubur asyura ni... memang lama nak menyiapkan... sedap plak tu.. hee

Zul Fattah said...

teringat masa kecik dulu.. g ambil bubur sura dgan tmpurung nyior.. memang sedap r

nur aisya humaira said...

sedapppppppp....lme sungguh tk rse bubur assyura ni...seigt aisya, sewktu sek rendah kot....skang da tk de org buat...

Azham Vosovic said...

paling last sy terlibat dalam proses pembuatan bubur asyura ni masa umur 11 tahun... skrg da 20...lama kan?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget