WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 30, 2011

JENDELA 2011 TIBA KE PENGHUJUNGNYA

Jendela 2011 hampir ke penghujungnya
Musim 2012 pastikan tiba
Mari kita renung seketika
Setahun berlalu bertambah usia

Setahun berlalu bertambah usia
Apa dibuat 365 hari lamanya
Cuba soal akan diri kita
Semakin dekatkah pada Pencipta?

Semakin dekatkah pada pencipta
Itu soalan paling utama
Jika jawapannya TIDAK yang ada
Maka rugilah hidup manusia

Maka rugilah hidup manusia
Hidup di dunia disia-sia
Apa bekalan nak bawa ke sana
Hanya keseronokan dunia milik kita

Keseronokan dunia milik kita
Lupa Allah lupa Pencipta
Solat kemana bertambah dosa
Maksiat berlaku di mana-mana

Maksiat berlaku di mana-mana
Baik di kampung baik di kota
Alquran dan sunnah sudah dilupa
Seronok mengikut syaitan durjana

Seronok mengikut syaitan durjana
Terus hanyut terus leka
Bilakah masa nak bertaubat kepada-Nya
Kepada semua saya bertanya

Kepada semua saya bertanya
Marilah kita bertaubat bersama
Insaflah kita kembali pada-Nya
Lembaran baru kita buka

Lembaran baru kita buka
Jendela 2012 yang akan tiba
Menjadi muslim yang diredhai-Nya
Semoga Allah berkati kita


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

tinggal 2 hari sahaja lagi

baca kata2 mutiara cikgum banyak manfaatnya..

PS: dok pikir apa yang harus saya lakukan buat hari ulang thun kelahiran en zalie..
jua untuk cikgu, selamat hari lahir

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

saya pun tak fikir lagi pasal birthday saya..hehe

Afida Anuar said...

birthday 1/1? Dok lama doh ni..

Alhamdulillah... tahun baru bakal dilangkah oleh seorang sahabat saya ni dengan bertudung labuh dan bersarung kaki!.. Allah... segala puji dan syukur bagiMu ya Allah.

Rtp Farra Arisha said...

i'm eagerly waiting to go through the becoming new year 2012!!! :) may we all have a very happy and blessed days ahead...insha-Allah...:)

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

eh i ke yang nak bertudung tu??

Cikgu Ma said...

bila dh hujung tahun baru sedar diri...tu la namanya manusia..termasuk la saya..mujur sedar diri, kalo yg x sedar, rugi, dok dalam kegelapan lagi la...

Afida Anuar said...

he he..mestilah bukan u:p.... adoiii.

ni my best friend lah.. eh dia dah bertudung dah sebelum ni, cuma dia make tudung dia a bit bigger, and a bit proper..Alhamdulillah. N dah start menutup kedua kakinya!

tak jawab pun soalan 1/1 tu..

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

ooo tabya ke?? betul lah hari tuaku

♥ manje ♥ said...

sentiasa ingatkan diri, mahu jadi lebih baik dari semalam. (^__^) ~

MR. SYAH said...

masu tahun baru je dh cukup umur.. makin tua tapi masih xberubah.. bilalah nak berubah agaknyer..

Qamaruls said...

insyaAllah. semoga menjadi muslim yg sempurna.

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

moga kita dlam gulungan orang2 yg dipelihara Iman oleh Allah

Wassalam

luahfikiran said...

Salam,
BAGUS N3 INI. BERAZAM UTK TERUS MEMBUAT PENAMBAIKAN BEKALAN UTK HARI PENGADILAN

Aien Not Alien said...

Selamat Tahun Baru 2012 Imanshah :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget