WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 2, 2011

KULEPASKAN KALIAN PERGI



Hari ini, para pelajar tingkatan lima akan kembali semula kepangkuan keluarga setelah diasuh dan dididik di sekolah kehidupan ini. Sebagai kata-kata terakhir untuk kalian, cikgu titipkan beberapa pesanan ini.

Alang-alang  bercambah biar subur, alang-alang tumbuh biar mekar, dan alang-alang besar melata, jangan besar selera tetapi biarlah berjasa.


Mengenang jasa, bukan dengan kata-kata. Junjunglah cita-cita semarak azam membara, membina bangsa, bina agama, bina negara. Guru-guru tak minta lebih daripada future leader yang  berpijak pada ajaran agama, akal budi dan jati diri budaya  bangsa.

Seorang guru tidak pernah cuba membakar dirinya untuk menjadi dian yang terbakar buat menerangi hidup insan lain. Guru-guru hanya berusaha untuk bersama-sama menjadi pelita yang hanya bercahaya apabila diisi bahan bakar ke dalamnya, tetapi akan terus menyala, walaupun sekarang minyak nak naik harga lagi.


Rumput dipadang  sekolah , menghijau subur bila hujan menimpa serata, namun bila kemarau melanda, sebahagiannya akan kekuningan, gersang, merekah dan kontang. Janganlah ada antara kalian yang sama-sama subur menghijau di padang terbentang ini, tetapi ada yang mati kekeringan dipanah mentari terik, kemudian hari. Nauzubillah, biar lah semuanya hijau dan menyejukkan pandangan mata hingga bila-bilapun,  hatta dah meninggalkan ama mater ini.


Bukan semua benda ada harganya di dunia. Malah, bayak yang tidak ternilai harganya. Dari ibu bapa ke syurga, dari  guru-guru bawa bahagia. Jadilah anak-anak yang soleh. Yang tidak pernah akan memalukan ibu bapa, dan guru-guru apabila kamu sudah menjadi orang hebat nanti. Jangan korupsi, jangan penting diri, jangan belot pada pertiwi dan lupa asal usul merah darah keturunan.

Kalian  orang muda. Sudah masak tapi belum empuk. Namun bak kata pepatah Melayu, kala berbisik, kecil jangan di sangka anak, besar pual bukan sebarang bapak. Masih berliku perjalanan hidupmu. Masih berduri  dunia di depanmu.


Cikgu  akan selalu ingat, takut kalian yang buat-buat lupa. Selalunya student tak dengar khabar berita bila meninggalkan alma mater tercinta. Apatah lagi bila dah pijak seberang benua.


Anak-anakku , sebaik  sahaja kalian beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati guru-guru. Selamat meneruskan perjuangan. Mungkin budi kami yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang kami sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas kami  memberi.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Jangan sedih2 shah, hati yang pergi akan berganti... tetaplah utuh di situ mendidik anak-anak.... tetaplah sabar, menanggung rindu yang saban tahun bertambah...tetaplah tabah menghadapi semuanya...

Gen2Merah said...

kenangan terakhir bersama murid2 kan.. mesti banyak yang dah dilalui.. Iya, patah tumbuh hilang berganti.. Moga dapat membimbing murid2 yang akan dtg kelak..

Thania said...

tajuk....sedihnya.. be coolll ek... setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Lelaki Ini said...

adeyh2..
teringt kenangan masa sekolah dulu..
windu dan sedeyhnya :)

tunz said...

perpisahan itu selalu terjadi.....semoga imanshah ajan terus menabur bakti demi anak bangsa....

Muhammad Adam bin Roslan said...

tahniah kepada semua warga STAR yang menghabiskan perjuangan 2011..

Alang Ridhwan said...

ini sedih. memori.

Cheq Sue said...

yang pergi akan berganti... rasa rindu itu akan tersimpan di sanubari, dan kasih akan diberi pada yang akan datang nanti. Realitinya seorang guru... sweetest n3... "_"

Oasis said...

Perghhh ingatkan super junior tadi. Hahaha

Ayat2 cikgu tu betul2 menusuk kalbu.

Tahniah kerana telah mendididk mereka sehingga berjaya

faizal mohd said...

sangat emosi jugak la entri ni. terkenang zaman sekolah dulu-dulu.

Zul Fattah said...

aduii.. sebak pulak rasa bila baca entry ni.. insyaAllah, segala jasa guru tak akan saya lupakan..

nak tanya?
"alma mater" tu ape?

gadisBunga said...

bila cikgu yang disayangi meninggalkan pesan, pasti akan teringat berzaman lamanya...

NzA said...

Gud luck semua...dan tinggalah cikgu2 memanjat usia yg terus meniti hari2 brsama pelajar baru silih berganti.......

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

ALMA MATER TU SEKOLAH LA, INSTITUSI

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

semoga mereka semua berjaya nanti

Wassalam

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

adat laa iamanshah..yg mai akan pergi...

akmal's said...

rasa baru semalam hari graduasi KAMI50 , rindu momen momen itu , terima kasih cikgu:')

NaeBlog said...

Semoga mereka mampu meredah badai kehidupan di luar sana

Jom! teruskan perjuangan
:-)

hafiz hafizol said...

eh , tingkatan lima pakai baju n seluar putih ka? Form six kan?

missgee said...

Alang-alang bercambah biar subur, alang-alang tumbuh biar mekar, dan alang-alang besar melata, jangan besar selera tetapi biarlah berjasa.

Menarik!!!!

Cikgu dilupa??
Tapi pahala membawa ke syurga ;)

a kl citizen said...

sedap entri ini .. :)

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu Shah,

Sedihkan bila berpisah dengan anak murid, tapi tetiba air mata saya pula yang mengalir bila baca entry ini...

Yatie Awang said...

tak pe dia orang akan selalu ingat pada cikgunya...

sonata anak kancil said...

ala cikgu jangan sedih2...kan yang pergi ada pengganti - F4 tahun ni tahun depan F5 la....he3x

Azzam Yani said...

sedih jugak di sini...:(

abah khalisha said...

rindu lah tu ye cikgu..nampak dah tu air mata meleleh keluar.hehehehe

Berjaya Puaskan nafsu Sendiri

Nash said...

terima kasih cikgu kerana mengajar saya...pesanan 2 akan saya pegang elok2

nur aisya humaira said...

salm cikgu iman..sedih plak sye..~~

Azham Vosovic said...

huhuhu, sedihnya cikgu....

well, there will always be a new batch....that's where you get the "pengganti" hehehehe.....

Tak sabar nak ada pengalaman mcm cikgu hehehehehhehehe

Razil Tahir said...

Schooldays always the best moment life! XD

h A n Y S said...

seriously, saya sendiri sebak baca entri ni.. =)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget