WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 4, 2011

MANCHESTER CITY TERUS BERKUASA


Pendahulu liga, Manchester City meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) selepas membelasah Norwich 5-1 di Eastlands, awal pagi tadi.

Sergie Aguero, Samir Nasri, Yaya Toure, Mario Balotelli dan Adam Johnson menjadi senarai penjaring City sementara jaringan saguhati Norwich disumbangkan Steve Morison.

Tottenham naik ke tangga kedua liga selepas membenam kelab bermasalah, Bolton 3-0 dengan Gareth Bale, Aaron Lennon dan Jermain Defoe masing-masing mencipta satu gol.
Di Wigan, Arsenal membelasah tuan rumah 4-0, hasil jaringan Mikel Arteta, Thomas Vermaelen, Gervinho dan Robin van Persie bagi memintas kedudukan Newcastle di tangga kelima.

Lain-lain keputusan memperlihatkan Queens Park Rangers(QPR) sekadar seri 1-1 dengan West Brom manakala Yakubu Aiyegbini mencuri tumpuan di Blackburn apabila menjaringkan empat gol bagi membantu pasukannya menang 4-2 ke atas Swansea.

Terdahulu, Chelsea menewaskan Newcastle 3-0 dengan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Daniel Sturridge menjadi pemusnah Magpies bagi meletakkan The Blues naik ke tangga keempat liga.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Gen2Merah said...

City belum pernah tewas setakat ini... pasukan yang berkuasa dalam saingan teh big Four kali ini...

cheqna said...

erm.....tau pasal mancity ni bila tewaskan MU hari tu je
sekian...=)

Dialog™ said...

bila tah nak kalah. mencik!mencik !!

Alieza Dayasari said...

anda peminat man city ker?
BLOG UPDATED : VIEW IT...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget