WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 30, 2011

MENGENANG YANG INDAH

Mengenang yang indah! Begitulah bunyi bingkisan bicara buat penutup tahun 2011 ini. 2011 mungkin secara peribadi adalah tahun yang sangat mengecewakan, tahun kesedihan malahan tahun "terduduk" Imanshah. Segala-galanya adalah ketentuan takdir kerana sebaik mana perancangan insan, perancangan ALLAH tiada tolok tandingannya. Ya Imanshah hanya mampu melihat 'dia' menjadi milik suaminya. Apa perlu dikata? Apa juga perlu diseksa jiwa?? Perlu membiarkan lirik lagu.." aku merana terseksa dihari persandinganmu.." terus menjadi siulan?? 

Mengenang yang indah. Dan Imanshah percaya kesedihan yang dilalui harus menjadi sesuatu yang indah. Walau yang indah itu bukan untuk diri ini, sebagai seorang sahabat dan saudara seagama, melihat dia bahagia, melihat ada insan yang boleh menjaganya, sesuatu yang indah. Alhamdulillah, masjid berjaya dibina, bukankah itu indah?? menangakkan tuntutan ALLAH dan sunnah Rasulullah?? Bukan kesedihan mahupun kepedihan yang harus dikenang, tetapi pandanglah dari sudut keindahan hidup melihat dua jiwa disatukan. Apatah lagi melihat kebahagiaan yang dikecapi, inilah keindahan alam berumah tangga.

Mengenang yang indah. Habis, bagaimana dengan hati sendiri?? Bisa dipujuk lara yang panjang? Rajuk yang tak sudah? Biarlah, kerana muslim yang percaya pada qada dan ketentuannya, terimalah secara berlapang dada. Kenang yang indah, padamkan harapan yang punah, matikan hasrat yang musnah. 

Moga tahun 2012 adalah tahun yang indah untuk dilalui.

Mengenang yang indah !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Terharu kakak baca walau cikgu pasrah dan redha. Bagun dari kecewa cikgu, insya-allah akan ada cahaya yg lebih bersinar dan pilihan lebih baik akan diberikan. Doa kakak bertemulah di tahun 2012 mendatang....

IMANSHAH said...

@Kakzakie

Terima kasih kak..moga tahun 2012 tahun yang indah

ROZILA said...

Salam Imanshah,

semuga tahun 2012
ada sinar baru...lagi indah

ada hikmahnya disebalik setiap kejadian...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Jangan bersedih,
Masih ada ruang untuk mengisi kekosongan, Allah akan menentukan yang terbaik buat Cikgu. Insya Allah.

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Insyaallah..tahun yg mendatang akan beroleh keindahan mewarnai kehidupan Imanshah

Wassalam

aimie amalina said...

emmm
nak kenang yg hepy2 jugak
nak telan yg pahit tu dalam2..

emm

selamat tahun baru :)

mekjangok said...

berlabuhnya tirai 2011 maka lenyap la episod suka duka...dtgnya 2012..biarlah ianya sentiasa indah dan penuh keazaman..

NzA said...

InsyaAllah semoga thn 2012 menjanjikan sesuatu yg indah buat Iman.

tunz said...

semoga 2012 akan hadir yang lebih baik untuk imanshah....Allah akan berikan kepada kita jodoh yang baik jika diri kita baik..mama tau .imashah baik kan..
p/s jgn lupa kat mama udah ler...huhuhu

hafiz hafizol said...

dah macam sajak dah.. nak dengar cikgu bacakan depan aku boleh???? hahahahaha...

abah khalisha said...

kejap je setahun berlalu

gadisBunga said...

tak pernah lagi experience bende tu. yg ex ex sume tak kawin lagi. huhu~

kalau depa kawin agaknye kite meraung kot. tapi mungkin jugak tak. cool je. heheh~

susulemakmanis said...

bnyak kenangan pd tahun 2011..moga tahun mendatang mmbawa sinar kpd kita semua..

zati embong said...

biarkan tahun 2011 berlalu dan corakkan tahun 2012 dengan pelbgai kaler O.o

♥ manje ♥ said...

mudah2an begitu... yang terindah amat senang dikenang, yang buruk selalu sukar ditelan.. biar luput dalam ingatan ~

MAT SOM said...

Segala-galanya adalah Qada' dan Qadar Allah. Insya Allah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripadanya.

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

klcitizen cikgunormah said...

moga Allah makbulkan, iman. teruskan berdoa :)

remyhazza said...

Doakan yg terbaik utk imanshah...
Percayalah.... kebahgiaan akan jadi milik mu jua nanti....
bersabarlah menempuh ranjau dan duri...

ISZA said...

Kalau tiada yang pahit mana tahu manisnya..
:)

abu muaz said...

selamat kembali ke sekolah.

khairul akmal bin azman said...

semua dah de azam 2012..
hope jd org beriman dan tidak alpa kan!

Afida Anuar said...

Hurmmm...tersentuh juga saya membaca nukilan awak kali ni, tapi apa pun, percayalah, dan yakinlah... dia bukanlah yang terbaik untuk awak. Sebab tu dia tak jadi jodoh awak. Sebab tu dia tak jadi suri dalam hidup awak;)

mengenang yang indah, moga tahun 2012 bisa membawa cinta yang cantik bagai awan yang biru....dan moga ditemukan jodoh yang berkekalan ke alam syurga, Aminnn..insyaALlah..

Dinas Aldi said...

Insyaallah akan ada kebahagiaan untuk dik Iman jugak.

Citarasa Rinduan said...

ayu doakan tahun 2012, cikgu bertemu dengan jodohmu

selamat tahun baru dan selamat hari lahir cikgu

Maii said...

Selamat tahun baru ;DD
Semoga tahun 2012 lebih bermakma buat encik ;DD

hazlin nazri said...

selamat tahun baru cikgu... semoga jodoh sampai tahun ni..

Zul Fattah said...

ooo.. patut r x kahwin lg.. rupanya dikebas org..? xpe la, sabar .. mana tahu tahun 2012 abe shah akan bertemu jodoh..?

Aien Not Alien said...

doakan kebahagiaan dia...


sakit dan luka dihati akan terubat...


yang lebih baik akan menyusul.. InsyaAllah...

LadyBird said...

ameeennn.. insyaAllah...

acheeqa farhana said...

semoga 2012 jadikan kita smua lbh baik dari sebelumnya...aminnn :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget