WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 14, 2011

NAFKAH

Kisah rumah tangga seeloknya jangan disebarkan. Itu pesan orang tua-tua. Tapi kalau nak jadikan iktibar kepada mana-mana pasangan suami isteri , baik dikongsikan. Kelak yang baik menjadi tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kisah yang nak dikongsikan merupakan kisah benar berlaku.

Ahmad (bukan nama sebenar) dan Kasih (bukan nama sebenar) telahpun bercerai pada tahun 2009. Usia perkahwinan mereka selama tiga tahun telah dianugerahkan seorang puteri. Ahmad berasal dari Sarawak manakala Kasih merupakan orang semenanjung. Seawal usia anak mereka sebulan, Kasih telah membawa anaknya pulang ke Semenanjung meninggalkan Ahmad yang bekerja di Sarawak. Ibarat melarikan diri dan ingkar suami.

Akhirnya pasangan ini bercerai atas permintaan Kasih. Puas dipujuk oleh kaum kelerga, puas dikaunseling oleh kaunselor bertauliah, namun Kasih tetap dengan keputusannya untuk berpisah.  Ahmad tidak menuntut hak penjagaan anaknya dari Kasih. Namun, sebagai bapa yang prihatin setiap bulan Ahmad memasukkan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun Kasih untuk perbelanjaan puterinya. Akhirnya Ahmad telah berkahwin lagi dengan gadis pilihannya selepas dua tahun bercerai.

Kini puteri mereka berusia tiga tahun. Kasih telah memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk memohon nafkah puterinya ditambah menjadi RM 1000. Terkejut semua orang. Jumlah RM 1000 sangat tinggi bagi seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Lalu terpaksalah Ahmad beulang ke Semenanjung bagi menguruskan tuntutan Kasih. Walaupun telah dikaunseling oleh pegawai di Mahkamah Syariah yang tuntutan ini sangat tinggi bagi seorang kanak-kanak, namun Kasih tetap berdegil. InsyaAllah sekali lagi mahkamah akan bersidang pada bulan Mei 2012 bagi menentukan kewajaran jumlah tuntutan tersebut.

Imanshah menggeleng kepala mendengar kisah ini. Kisah rumah tangga teman-teman yang sangat tragis. Kisah tentang kehancuran rumah tangga, kedegilan sebelah pihak dan kesabaran seorang suami. Banyak yang Imanshah belajar. Kepada pasangan yang telah bercerai, pengajarannya tetap ada. Kepada isteri terutamanya, HAK anda tetap ada pada bekas suami, hak anak-anak juga ada. Tuntutlah. Namun, usahlah keterlaluan, ukurlah kemampuan bekas suami anda. Jangan ibarat mempertontonkan kebodohan anda sendiri kepada keluarga dan masyarakat. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

abah khalisha said...

Ya betul tu..abah setuju.

Afida Anuar said...

mcm2 dugaan orang kahwin ni, orang bujang pun tak kurang dengan dugaan juga. Apa yang baik dijadikan tauladan. Yang tak baik, jangan di ikutkan...

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

kita berdoa, agar keluarga kita aman dan damai

Wassalam

Lelaki Ini said...

errr..
tak boleh baik balik ka??

Inche gabbana said...

salaam cikgu. Apa khabar...? lama dah tak bertandang ke sini. =)

Nak tanya. dulu cikgu ada masalah, post2 terbaru cikgu tak update kat blog org lain kan..? As in, setiap kali cikgu tulis post baru, dia tak update kat notification followers atau yg ada linkkan ke blog cikgu. Kan..?

mcm mana nak solve eh masalah tu..? Huhu..

saya dahulukan kerjasama pihak cikgu dgn ucapan jutaan mekaseh. hihihi.. ;)

faizal mohd said...

kesiannya ahmad.
kesabarannya sangat tinggi. :)

kasihibu said...

KESIAN AHMAD, SEMOGA TABAH
KESIAN KASIH JUGA, SEMOGA DIA BERUBAH JANGAN MENGINAYA AHMAD
DENGAN MENGGUNAKAN ALASAN ANAK.

::FAIZ FARISH:: said...

klu penceraian berlaku...kesian pada anak2....

nyanyisunyi said...

Salam Iman..
masa akak berpisah dulu nafkah utk 3org anak2 cuma 300 sahaja..bila anak perempuan berkahwin nafkah dipotong menjadi 200, bertahun2 akak menerima dgn redha..Allah Maha Mendengar rintihan hambanya..Alhamdulillah sekarang kesemua hak anak2 dikembalikan kepada mereka..tanpa akak turun naik mahkamah.Allah Maha Adil.

Perempuan itu tamak harta dunia sebenarnya..

che mid said...

Semoga mahkamah akan memberikan keputusan yang adil kepada mereka dan tidak ada yang teraniaya..

Gen2Merah said...

adeiii, bagi saya kasih ni keterlaluan juga.. dah dia yang tinggalkan dan nak bercerai dengan suaminya, pastu ada kesempatan plak nak tuntut hak yang melampau2...

terharu plak dgr kisah mcm ni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget