WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 11, 2011

PASCA ES PI EM

Nampaknya SPM semakin menghampiri penghujungnya. Bagi calon-calon sains tulin dan lama berakhir, hanya tinggal calon-calon teknikal sahaja lagi. Calon-calon SPM mempunyai masa yang sangat panjang untuk meneruskan pengajian mereka di IPTA kerana bermula tahun ini, pengambilan ke IPTA hanya dibuat pada bulan September.

Maka, para pelajar lepasan SPM mestilah membuat perancangan yang sebaiknya supaya masa cuti yang panjang ini tidak dipersia-siakan. Dan antara aktiviti yang paling hangat di pasaran ialah bekerja. Ketika entri ini ditulis, sudah ramai bekas-bekas pelajar Imanshah dah bekerja sementara menunggu sambilan. Baguslah, selain berdikari, kamu juga boleh mengumpul sedikit wang belanja sendiri. Kira lepas beli kad tambah nilai telefen bimbit kan. Ada yang bekerja di pasaraya, di restoren makanan segera seperti KFC dan Mc Donalds bahkan ada yang bekerja di stesen minyak. Kalau Imanshah dulu selepas peperiksaan akan merantau ke Johor dan bekerja di Pasar Raya Besar Carefour, Johor Bharu. Seronok berkelana.

Yang ke duanya, ramai yang akan memberi tumpuan kepada kelas memandu. Almaklumlah zaman sekarang. Kereta di rumah dua tiga. Justeru ibu bapa galakkan anak-anak mengambil lesen memandu terlebih dahulu supaya senang bergerak. Contohnya membantu menghantar adik-adik ke sekolah. Itu kerja biasa bagi lepasan SPM. Juga sebagai persediaan untuk membawa kereta ke IPT bila dah bermula semester baru nanti.

Ketiga, menghadiri kursus atau kelas intensif. Contohnya kelas bahasa Inggeris, kelas agama, kelas komputer, kelas piano dan sebagainya. Teringat zaman dulu-dulu, diadakan kelas komputer asas. Yalah kami ni golongan awal yang menerima komputer. Belum didedahkan lagi. Maka terpaksalah belajar bagaimana menggunakan Microsoft Word, Excell dan sebagainya. Tak macam zaman sekarang, kanak-kanak berusia empat tahun pun pandai komputer. Dulu-dulu juga kalau kak Peah ingat, ada kelas menjahit, memasak bagaikan??

Dan akhir sekali, program ni pun dah makin popular, bahkan menjadi fobia bagi lepasan SPM. PLKN !! Program Latihan Khidmat Negara. Tahniah kepada mereka yang terpilh menjadi wira dan wirawati negara. Selamat berangkat ke kem ya!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

@xiiinam said...

...dan ckLah baru melepasi skrip yang ke 276, pagi ini. :D

Kakzakie said...

Ambil lesen kereta amat penting sekarang, sambil kerja sambilan boleh ambil lesen. Kakak lihat rata-rata begitu sekarang nie...

Awan Biru said...

Ada juga yang mula rasa seronok bekerja sehinggakan tidak mahu melanjutkan pelajaran.

PCL said...

pesan pcl, keja utk. cari pengalaman berdikari....smpai masa sambung study balik, jgn sampai terleka bila dah pegang duit sendiri...

kasihibu said...

en3 ni mengingatkan akak berpuluh2 tahun yg lalu di alam hujung spm tahun 90 tak silap

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

kalau nak belajar memandu, lebih baik awal2 ni, tak la macam anak saya, dah daftar U, baru nak ambil ujian JPJ

Wassalam

♥Lady Ainaa♥ said...

itulah lumrah org lepas bercinta dengan SPM... sy setuju sgt sbb sy pun camtu juga dlu..XD

Gen2Merah said...

alhamdulillah... semoga yang terbaik buat anak didik kita utk berjaya dalam hidup selepas SPM ini... moga mereka jadi insan yang berguna utk anak bangsa, keluarga dan negara kelak

::FAIZ FARISH:: said...

saya amek lesen lps spm... hehehe

Kalamhati said...

lepas SPM ni waktu terbaik utk amik driving license..bila dh sambung blaja tak sempat plak kan..

abah khalisha said...

SPM rupanya...keje part time..

tunz said...

zaman mama pas SPM 1989..belajau menaip....cukup main susah..siap ada peksa lagi..huhu..kenangan...

Jo Qusary said...

dulu lepas spm kerja part-time kat sebuah majalah... lukis komik bersiri sampai dpt tawaran masuk IPTA...

MAT SOM said...

Tahniah Imanshah
Pengkikut dah mencecah 1500

Oh SPM
Mengingatkan saya ketika mula-mula nak merangkak dlm kehidupan ini

h A n Y S said...

Dlu sy kepingin betol join plkn, tp x dpt, kawan2 yang taknak dapat pulak, yang paling frust bila sy x tau pon boleh mohon sendiri.. Xde rezeki.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget