WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 26, 2011

PEMANDU BAS EKSPRESS TOLONG JANGAN BERLUMBA

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Kuala lumpur melalui Jalan Merapoh-Kuala Lipis, Imanshah berhadapan dengan satu situasi yang sangat menyakitkan hati. Kebetulan sewaktu melalui jalan tersebut, bas-bas ekspress baru sahaja selesai makan tengah hari di beberapa buah restoren di Sekitar Merapoh. Kerana pertama kali melalui jalan ini, Imanshah tak dapat lagi nak mengagak waktu jalan ini 'sesak' dengan bas ekspress.

Pertamanya beberapa buah syarikat bas terkenal seperti Transnasional, Mutiara, Shamisha, Sani Ekspress begitu banyak di atas jalan. Ramai sungguh warga Kelantan yang menuju ke Kuala Lumpur. Ke duanya Imanshah agak terkejut kerana kebanyakan bas merupakan bas dua tingkat. Tiada lagi bas ekspress satu tingkat. Ke tiganya, Ya Allah lagak pemandu bas ekspress seperti samseng jalanan. Mereka mengekori kereta kita sedekat dan serapat yang boleh. Naik seriau bulu roma. Dah lah hujan begitu lebat. Tambahan pula jalan nya sangat sempit.

Yang Imanshah tak tahan apabila melihat  pemandu-pemandu bas membawa bas begitu laju melebihi had yang dibenarkan di samping memotong sesuka hati walaupun di selekoh. Kalau di lebuh raya Utara Selatan senario begini sudah biasa. Namun di jalan Merapoh-Kuala Lipis yang terkenal dengan kawasan hitam kerana sering melibatkan kemalangan maut pun keadaannya tetap sama.

Mengucap panjang Imanshah. Ya Allah pemandu-pemandu bas ekspress kita sungguh tidak bertanggungjawab.  Nampaknya berita-berita kematian sebelum ini tidak menginsafkan mereka. Walaupun ajal dan maut Allah yang tentukan, namun ingatlah anda sedang membawa puluhan nyawa bersama anda. Semoga pihak berkuasa dapat memantau para pemandu bas ekspress di laluan Merapoh-Kuala Lipis. 


Adakah kita sering terlupa dengan kemalangan sebegini??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

kakcik said...

Semalam, kakcik dan keluarga menghadapi suasana yang 'sama tapi berbeza'. Sama tentang kelajuan, berbeza tentang jenis kenderaan.

Sewaktu suami kakcik memandu dengan kelajuan 120-130km/j, kereta kami dipintas oleh dua buah motorsikal berkuasa rendah yang ditunggang oleh dua orang anak muda (rasanya mereka sebaya anak kakcik saja). Menunggang dengan badan dibongkokkan ke arah 'handle' motorsikal dan memandu dengan laju secara bersilang-silang ke kiri ke kanan sesama mereka.

Ya Allah, anak2ku - tidakkah kalian sayang pada diri dan nyawa kalian. Entah berapalah kelajuan motorsikal itu kerana akhirnya mereka hilang dari pandangan!

Cikgu Ma said...

penah lalui gak tp bukan bus, lori..kelendan2 lori yg nak tunjuk terer...geram!!

Ahmad Haziq Azlan said...

naik bas tengah malam sentiasa tak tenang

~SaL IjOu~ said...

mereka ini walo dah byk kejadian mengerikan masih tidak ambil iktibar..hmm~

AwieKashi said...

wah..nasib selamat nek bas smlm..

NzA said...

MMG MENAKUTKAN..mentang2lah skrg ni depa bawa bas auto n selesa mcm naik kalap terbang je lajunya....farouk pernah merenggek2 nk naik bas blk kg ttp akak rasa mcm xyakin je..takut...

hawiz said...

salam..ya ALLAH..tu la..bahaye nyer..huhu...lama xdgr psl ko..sehat?>.#tetibe

cik wanie Lovela (CWL) said...

dah lama xnaik bas

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Sangat setuju. Teringkat kejadian kemalangan yang menimpa warga Brunei semasa mereka di dalam lawatan di Negeri Sabah. Memang sangat tragis.

*Saya juga pengguna bas ekspres dengan laluannya di tanah tinggi.

adrenalina said...

sbb tu dulu masa blajar kt KL suka pergi KL naik keretapi sbb keretapi xpyh nak berlumba2 (erm and kadang2 terpaksa lebih 12 jam berada dlm keretapi sbb keadaan yg xmengizinkan k.api tu laju sgt ) ... kan ada pepetah lama kata "Biar lambat asalkan selamat!"

azwa amani said...

takutnya amani kalau naik bas mcm tuuu :)

tunz said...

depa ni x serik2 la kan...nauzubillah..bila tgk gambar tu

khairul akmal bin azman said...

kadang2 fobia lak naik bas!
kene lak bas malam..
tgk drebar ngntok

klcitizen cikgunormah said...

susah nak kata iman. masing-masing nak sampai cepat... ke kubur

Kalamhati said...

sokmo doh gitu..taktau la drebar2 ni nok cepat gi mano.huhu

Afida Anuar said...

pernah sekali haritu..mcam tu la.. masa bawak dari dungun-kuala terengganu. Si pemandu bas ni siap kasi high beam lagi cakap nak potong, padahal masa tu dah bawak 100 tu.. tatau la depa bawak berapa...iskkk..

Cheq Sue said...

sangatlah biasa dengan kebiadaban pemandu bas kel-kl, walaupun hanya di jalan GM-kuala krai, seboleh2nya memang elak dari balik satu time dengan bas sampai sana.mmg menakutkan

h A n Y S said...

Macam2 pendekatan yg kerajaan buat untuk kurangkan kemalangan jalan raya, tapi kalau sikap driver sendiri yg buat jalan raya macam dia sorang yang punya, memang tak berapa nak berkesan lah pendekatan tu..

Yatie Awang said...

susahkan nak nasihat orang yang buat tak reti...dah bermacam2 berlaku, dia orang tak serik..

Apa kata kita

zati embong said...

jat penah kena, bus plusliner, ya Allah dia brek rasa nk melekat dgn kete jat. gila betul. masa 2 mmg sah2 tgh merah kot lampu.

Dinas Aldi said...

Na'uzubillah, mintak dijauhkan kemalangan gitu..

ieda said...

setuju .. huhuhu adakalanya mereka x sedar mereka dah membahayakan org yg menjadi penumpang .. sedih :(

@xiiinam said...

Kesian lah penumpangya kalau macam ni....


Nak ke Jusco Ipoh ni. Harap-harap tak terkandas...

makdara TERdiva said...

As.salam cikgu shah,

sy pernah alami kejadian panik dlm bas ekspress dr Tg malim ke KL, bas terhoyong-hayang..tak tau salah bas @ salah pemandu..masa tu rasa nyawa dah dihujung tanduk..menggigil2 1 badan sambil baca macam2 doa..

lepas ni takmo dah naik bas tu..huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget