WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 2, 2011

RAGAM IBU MENGANDUNG, LELAKI NAK GANTI KE ?


Apa dihidu selalu muntah,
Apa diminta terlalu payah
Tetapi di hari tidaklah gelisah,
Nampak lemah tetapi tabah.


Makin sarat bertambah bulan,
Makin lambat langkah berjalan,
Makin berat timbangan badan,
Tambah comel dalam senyuman.


Memilih makan berbagai selera,
Memilih minum berbagai warna,
Memilih fesyen berbagai gaya,
Beralih emosi hanyalah seketika.


Banyak ragam bila mengandung,
Di dalam perut harapan diusung,
Susah payah tabah ditanggung,
Sembilan bulan perut membusung.


sumber : Facebook




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

faizal mohd said...

Sedap wo mangga tu.

Tapi ada lelaki muntah-muntah masa isteri dia mengandung. HUHU

azwa amani said...

nikmat jd perempuan

Azham Vosovic said...

alamak...terliur sudah hehehe

Yatie Awang said...

gitulah...suami kena fahamlah siruasi isteri, barulah jadi suami yang baik

LIPISLADY said...

Sallam,

Ada isteri yang sepamjang 9 bulan 10 hari mengandung tu bencikan suami dia, jangan kata nak tido sama, nampak rupanya pun dia dah menyampah dan termuntah2, disaat beginilah kesabaran suami benar2 teruji, tapi janganlah ada suami yang cepat melatah yee..

Afida Anuar said...

macam kasi hint ja;)

ahsfantasy24 said...

Adeh, dah meleleh air liur.
alah betul dengan mangga ;)

1. Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

Gen2Merah said...

itu lah pengorbanan seorang ibu kan... keperitan si ibu menjaga kita sejak dalam kandungan hingga lahirnya ke dunia patut kita hargai...

NzA said...

paling indah bila si suami memahami.....

~Insan Biasa~ said...

makkk aiiii lama tak jengah..sekali jengah ade buah mangga plak nih....hermmm bak mai ckit!

NaeBlog said...

:-)

musim mempelam kah?

cg.Iman saya ada kawan kembar. Dia pregnant, tapi kembarnya lelaki yang alami alahan. Dia tak...

ratusiput said...

anak sulong dulu mmg husband yg muntah segala...bini dia relek je :)

L said...

hehe. aku sayang ibu aku dan bakal ibu pada anak2 aku.. hehee

jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget