WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 17, 2011

RAKYAT MALAYSIA KE-2 TERTINGGI MELAWAT AMERIKA SYARIKAT



Percaya atau tidak tetapi hakikatnya rakyat Malaysia antara yang tertinggi dilaporkan datang ke Amerika Syarikat (AS) bagi kunjungan yang direkodkan bermula Januari hingga Oktober lalu.
Kehadiran rakyat Malaysia ke negara itu bagi tempoh berkenaan dilaporkan seramai 44,000 kehadiran sekali gus menjadikan Malaysia sebagai bilangan pelawat kedua tertinggi selepas China.
Justeru Konsul Besar di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Timothy Scherer berkata, fakta itu membuktikan bahawa tidak ada prasangka terhadap pelancong Islam untuk melawat AS.
“AS tidak mendiskriminasikan pelancong yang mempunyai nama Islam kerana nama keluarga adalah biasa dan mereka mempunyai pangkalan data sendiri untuk menentukan profil pemohon.
“Sebagai contoh terdapat kira-kira 20,000 pelajar dari Arab Saudi yang sedang menuntut di AS,” katanya pada satu ceramah yang diadakan di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Scherer berkata, prosedur memohon visa bukan sesuatu yang rumit dan tanggapan berhubung sesi temubual oleh AS yang didakwa susah adalah salah.
Ia kerana, kata beliau, sesi temubual itu adalah singkat dan mudah seperti ingin mengetahui tentang tujuan lawatan dan tempat yang mahu dilawati oleh pengunjung.
Malah, kata beliau, tidak ada prosedur berbeza untuk memohon visa dan semua pemohon tanpa mengira agama diminta mengikuti kriteria yang sama.
SUMEBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

MAT SOM said...

Memang menakjubkan, negara kecil, tetapi menyumbang tempat kedua.

Bagaimana pula sebagai pengguna internet, Malaysia tempat keberapa agaknya?

Afida Anuar said...

a'aa, tertanya2 gak saya macam mana negara kecil seperti malaysia, yang mempunyai bilangan penduduk yang tidak berapa ramai berbanding India dsbgnya boleh jadi kedua tertinggi...

silap kira kot shah!...he he

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget