WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 7, 2011

SOAL HATI

Bercerita soal hati di sini benar-benar membuat kan saya rasa takut. Takut dikatakan itu, dikatakan ini. Namun saya beranikan diri sekadar berkongsi cerita agar para pembaca dapat mengambil iktibar sesuatu dari sedikit cerita hati saya.

Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seseorang yang saya namakan sebagai Y. Perkenalan kami diatur oleh pihak ke tiga. Y tinggal di Kuala Lumpur, manakala saya di Ipoh. Saya tidak pernah mengenali Y secara dekat, namun melalui orang ke tiga, saya dimaklumkan Y seorang gadis yang baik, dan bersopan santun. Kami hanya berhubungan melalui sms sahaja. Dan akhirnya saya memberanikan diri untuk meminta akaun FB nya.

Ternyata apabila melihat FB nya, hati saya tidak boleh berbohong yang saya tidak boleh meneruskan apa yang saya kira masih terlalu awal. Sebabnya?? Bukan skerana fizikalnya kerana siapalah saya untuk menentukan baik buruk ciptaan Allah. Apa yang saya boleh katakan cara kami jauh berbeza.

Namun, saya sangat kesalkan kerana saya cuba untuk memberitahunya secara terbaik betapa biarlah segalanya berakhir dengan cepat agar masing-masing tidak akan menyalahkan antara satu sama lain di kemudian hari. Namun, saya dikatakan mengkritik cara hidupnya, tidak bersikap mulia sebagaimana sikap seorang guru bahkan saya dikatakan menghina cara hidupnya. 

Agak sedih bila mengenangkan apa yang berlaku. Susah memahami wanita sebenarnya.  Sungguh saya tidak bermaksud untuk melukakan sesiapa. Dan tiada niat untuk menghina sesiapa kerana siapalah saya yang boleh sesuka hati untuk menghina sesama makhluk.

Saya hanya tersenyum sahajalah. Tak lebih dari itu. Memohon maaf pun tidak, membalas sms nya pun tidak. Saya tidak mahu sesekali ingin memanjangkan cerita. Malas saya melayan sesuatu yang saya tak pernah buat. Apapun jika dia terbaca, saya mohon maaf hujung rambut hujung kaki kalau ada melukakan sesiapa. Saya doakan terbaik untuknya.

Pengajaran besar buat saya, sebelum mengenali seseorang, biarlah mengenali empunya diri dahulu. Bukan melalui orang ke tiga. Dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tutur kata agar tiada hati terluka.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Fendy said...

InsyaAllah...dia akan baca..hehe

anyss said...

Assalamualaikum,
Dah beranak pinak pun masih ramai yang belum kenali pasangan, apalagi takat sms.

atau juga, kalian memerlukan masa yang lebih panjang untuk saling lebih mengenali dan memahami. Dua manusia yang lain cara hidup sejak sekian lama, sudah pasti perlukan masa untuk serasi hati dan jiwa...

Gen2Merah said...

ada kalanya tegur menegur itu penting utk kebaikan bersama.. tapi bila dah disalah ertikan maksudnya, maka terjadi lah salah faham..

harap kedua2 kamu akan dpata menyelesaikannya dengan cara yang terbaik. semoga di prmudahkan segala urusan ye..

HASNAH said...

~soal hati - mmg susah unk dimengerti!! hanya diri sendiri yg layak unk mendefinisi..

che mid said...

Baguslah ambik keputusan menarik diri awal-awal. Tak payah cuba nak jadi hero mengubah orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tak sedar pun dirinya tak betul...you've made the right decision bro...

tunz said...

inilah lumrah kehidupan..manusia amat payah menerima teguran walaupun secara baik..apa2 pun memohon pada yang Esa moga dia menerima kata2 kamu..insyaallah semuanya akan seperti sediakala....

~Insan Biasa~ said...

sebetulnya....masanya belum tibe....
apapun, semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik utk diri masing2...walaupun pahit .
eerkk...ubat memang byk yg pahit kan..

kuatkan hati. semoga dalam perlindungan-Nya selalu.

caiyok imanshah.

::FAIZ FARISH:: said...

takecare

Afida Anuar said...

Shah, terimalah segala-galanya sebagai ketentuan Allah..

shetaq said...

Semoga Allah menemukan anda dengan jodoh yang terbaik :-)InsyaAllah, jangan putus asa~

missgee said...

Orang sabah nak berkenalan
bulih??? :P

Shah,
Mencari itu bukan mudah..
Banyak sangat halangannya..
Lelaki yang baik hanya untuk
wanita yang baik jugak..
Insyaallh pasti akan jumpa..

Jom sama2 lah kita mencari :)

missgee said...

Orang sabah nak berkenalan
bulih??? :P

Shah,
Mencari itu bukan mudah..
Banyak sangat halangannya..
Lelaki yang baik hanya untuk
wanita yang baik jugak..
Insyaallh pasti akan jumpa..

Jom sama2 lah kita mencari :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget