WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 15, 2011

SPBA : JANGAN TANDATANGAN LAGI

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat keputusannya esok sama ada menerima atau menolak tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keputusan itu akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan CUEPACS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota CUEPACS negeri Kedah di sini hari ini.Sehubungan itu, anggota-anggota CEUPACS diminta tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.

Beliau berkata, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi oleh JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Katanya, Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA. - BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Dinas Aldi said...

Nak tunggu penerangan.

Kyuubi said...

so sebagai kesimpulan, sabar dulu selidik dulu :)

klcitizen cikgunormah said...

o, ye ke pulak....

tunz said...

dgr dulu penerangan drp pihat pentdbiran organisasi kita

sonata anak kancil said...

bos kata mulai 20hb kena sain...tadi pun dengar Cuepecs cakap macam tu...so tunggu dulu lah

Ahmad Haziq Azlan said...

nak sain jugak...

Gen2Merah said...

oo mcm tu.. kena tggu lagi lah ni kan

zarazueyin said...

tapi sekolah saya akan buat taklimat dan tandatangan perjanjian selasa depan....huhu....cmana tu?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget