WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 24, 2011

SPBA : TARIKH AKHIR TANDATANGAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 JANUARI 2012

Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.

“Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

blog-tips-kurus said...

harap2 sifir gaji W dikaji dengan adil..

hysman said...

bg pegawai yg sentiasa kena aim pegawai atasnya minta2 jgn la diberhentikan..aniaya org jer... bkkhidmat utk agama dan negara.
tp tak bkenan dgn pencen 60..58 je sudah.. adoyoiii... hehehh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget