WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 15, 2011

WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

LIRIK NASYIK WANITA DENDANGAN DeHearty

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

azam said...

wanita pelengkap segalanya...

Insyaallah...:)

Cheq Sue said...

1st time dengar masa pi BTN... memang bermakna lagu ni, sangat menyentuh perasaan...

Gen2Merah said...

ya, wanita mmg istimewa sbg pelengkap kehidupan lelaki d dunia ini...

Kakzakie said...

Terpaku diri membeku
putus bicara membisu
kerdipan mata terhenti
telinga menjadi tuli
jantung kuat berdegup
semua bagaikan redup
semata-mata menikmati
indahnya WANITA
hingga ada yg lupa
menjadi hamba pada neraka
andai lurus dicari
syurga firdausi akan dinikmati

hysman said...

wanita pelengkap...
lelaki perempuan memerlukan antara satu sama lain...
bersama2 kemudi hingga ke akhir nafas..insyaAllah.. :)

Lelaki Ini said...

terus teringt lagu wanita nyanyian siti nurhaliza

Jo Qusary said...

Aku rasa aku wanita yg dah salah dicipta... aku takleh kawal kekuatan sendiri sampai ter'cedera'kan seorg Adam...

h A n Y S said...

lagu favourite saya ni.. =)

faizal mohd said...

belum pernah dengar lagi.
nak gi cari kat 4shared la. :)

Afida Anuar said...

suka dengar lagu ni, penguat semangat;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget