WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 31, 2011

TERIMA KASIH SI COMOT DAN AISYA

Entri malam ini merupakan entri ringkas. Imanshah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang teman blogger yang sudi membuat entri tentang HOK SENGOTI. Yang pertama :



dan juga



Kedua-duanya telah membuat entri khas untuk Imanshah dalam blog mereka. Alhamdulillah persahabatan dunia maya sememangnya manis untuk dikenang.

Pantun untuk Si Comot



Berjalan sekawan tentera semut
Hendak menuju Indrasakti
Comel sungguh dirimu comot
Baik juga budi pekerti



Pantun Untuk Aisya Humaira

Kalau menebang pohonan ceri
Jangan menimpa Pulau Jawa
Ingatanmu Aisya yang dikau beri
Tetap kukuh dalam jiwa

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MARI MENGARANG OLEH KAKCIK SEROJA

Hari ini merupakan hari terakhir peraduan mari mengarang di Blog KAK CIK SEROJA. Peraduan ini hanya memerlukan kreativiti dari bloggers untuk menyambung perkataan-perkataan yang diberikan.


Juriah merupakan seorang janda beranak dua yang punca pendapatannya dari hasil jualan kuih muih. Antara kuih muih jualannya termasuklah TEPUNG TALAM, yang   merupakan salah satu dari menu hot yang sering dijual di gerainya. Suatu hari, Juriah telah mengalami GANGGUAN SEKSUAL dari pengunjung gerainya iaitu Jusoh Gedempol.  Untuk menutup rahsianya, Jusoh Gedempol cuba merasuah Juriah dengan sebutir PERMATA yang diimport dari Korea. Joyah cuba melawan dengan memberi fly kick kepada Jusoh dan berkata , "Sekarang baru kau tahu MAKNA KEMBIRI??  jerit   Joyah setelah  barjaya menghilangkan kejantanan Jusoh Gedempol yang sedang mengerang kesakitannya kerana fly kick Joyah tepat mengena anunya.  Joyah masih belum berpuas hati. Kuih HALWA MASKAT kini pula diambilnya, lalu di lemparkan kepada Jusoh  Gedempol, tepat terkena mukanya. Tiba-tiba joyah teringat kuih Halwa Miskat itu dihantar untuk jualan oleh KAK CIK SEROJA.

Isteri Jusoh menyaksikan kejadian itu lalu menangis teresak-esak apatah lagi kebetulan dia memakai PAKAIAN UNTUK MENDAKI untuk mendaki Gunung Lang. Sebelum melarikan diri dia sempat mendeklamasikan SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN buat suaminya yang kebetulan menyambut hari jadi hari itu. Dalam bait-bait terakhir berbunyi...aku sangat sedih, biarlah aku membawa diri menjadi ZOMBI KAMPUNG PISANG. Jusoh sangat menyesal.. Dipanggil-panggil nama isterinya dari malam hingga ke pagi, namun tiada muncul. Hatinya terdetik..JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI, aku akan menyusul isteriku. Hingga sekarang, isterinya terus hilang tanpa dikesan.Sesalan, sudah tiada gunanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

APA KHABAR MEREKA DI MESIR?

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar kini menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Mereka dilaporkan selamat,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.
Wisma Putra juga berkata Kedutaan Besar Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan di Kaherah sentiasa memantau perkembangan terkini di sana.Mereka juga sudah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas, supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, kata kenyataan itu.Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama
Salam buat semua. Semenjak dua tiga hari yang lepas, telah berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Mesir bagi mendesak presiden mereka meletak jawatan. Terdetik juga di hati Imanshah tentang keselamatan rakyat malaysia di sana terutamanya pelajar-pelajar Imanshah. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Sayuti, Abdul Samad, Syahmi Zulkifli,Uzair,  Hariz Azman dan Amir Idham. Mereka merupakan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di beberapa buah universiti di Mesir. Kalaulah kita sebagai guru pun rasa tak sedap hati dan bimbang, apatah lagi ibu bapa mereka serta kaum keluarga di Malaysia. Apapun sebagai seorang guru mereka, Imanshah mendoakan buat yang terbaik untuk mereka serta seluruh warganegara Malaysia yang berada di bumi Mesir, semoga keselamatan mereka semua terjamin hendaknya. Kepada ibu bapa mereka, semoga tabah dan banyak berdoa agar anak-anak ini selamat hendaknya



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 30, 2011

FINAL TERBUKA KOREA : CHONG WEI TEWAS KEPADA LIN DAN

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tidak menjelma. Dato Lee Chong Wei yang menjadi satu-satu nya wakil tunggal Malaysia di perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea gagal mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan. Dalam perlawanan akhir sebentar tadi  memperlihatkan kedua-dua pemain saling kejar mengejar kedudukan terutamanya dalam set pertama dan set penentuan. Dalam perlawanan tersebut Lee Chong Wei  tewas kepada jagoan China Lin Dan 19-21, 21-14, 16-21. Kekalahan  ini gagal meneruskan kehebatan Lee Chong Wei yang telah memenangi dua kejuaraan Siri Master sebelum ini .Walaubagaimanapun, kedudukan Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia dijangka masih belum tergugat.

Kalau kita perhatikan kejayaan dan mengambil kira kedudukan Lee Chong Wei, beliau merupakan satu-satunya ayam tambatan Malaysia yang masih bernafsu besar untuk berada di puncak. Letih juga menyaksikan Lee Chong wei terus berjuang bersendirian di arena antarabangsa. Sedangkan pemain-pemain muda khusunya masih belum lagi muncul untuk menggantikan Lee Chong Wei. Di mana silapnya dengan program pembangunan. BAM perlu melakukan bedah siasat besar-besaran agar Malasyia tidak akan terus tenggelam di persada antarabangsa kerana badminton merupakan antara sukan yang disandarkan untuk mendapat pingat emas di sukan olimpik London 2012.

Apapun, tahniah buat Chong Wei, walau tewas, namun tetap berjuang sehingga mata yang terakhir walau tanpa jurulatih di sisinya.! Malaysia Boleh!!


p/s : Keputusan PRK Tenang juga telah diperolehi. Kemenangan untuk calon BN dengan undi majoriti 3735 undi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

APABILA DIA MERAJUK

Selamat berhujung minggu. Bagi yang dah mula bercuti Imanshah mengucapkan selamat bercuti, berhati-hati sewaktu pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda dilindungi ALlah Subhanahuwataala. Entri kali ini berkisar kepada motorsikal kesayangan Imanshah. Namanya LCBIRU. Imanshah belinya pada awal tahun 2007 sewaktu mula-mula model Yamaha LC dikeluarkan. Bukan apa, walaupun Imanshah bukan yang jenis suka merempit, sesekali nak juga merasa motor yang dikatakan hebat ini. Kalau tak silap masa tu harga nya dalam RM 6, 500.

Motor ni banyak berjasa juga. Sewaktu menjadi warden, setiap pagi LCBIRU akan sentiasa ke hulu ke hilir membunyikan hon bagi mengejutkan pelajar. Dari Rumah Kuning sehinggalah ke Blok Bunggalow. kiranya ada 8 blok untuk Imanshah jelajahi bagi mengejutkan pelajar. Rasanya pelajar-pelajar Imanshah sudah lali dengan bunyi hon motorsikal Imanshah. Bersama dengan sebatang rotan, maka pengembaraan dari kamar ke kamar akan bermula. Boleh dikatakan Imanshah akan mengambil masa selama setengah jam bagi mengejutkan semua pelajar. Inilah rutin harian Imanshah setiap pagi.

kini, setelah Imanshah berehat seketika dari meneruskan tugas sebagai warden, maka, LCBIRU seakan merajuk. Kadang-kadang seminggu LCBIRU tidak disentuh. Tayarnya mula kehilangan bunga dan pancit. Side mirror juga mulai reput. Minyak hitam juga tidak bertukar, oil filter langsung tidak berganti. Tiba-tiba hati menjadi sayu. Rasanya jika LCBIRU dapat berkata-kata, sudah tentu ia akan mejerit meminta saya supaya mengambil berat tentangnya.

Kemuncak kepada perselisihan faham kami, LCBIRU buat perangai tidak mahu hidup sewaktu cuba dihidupkan. Wahaha, ini sudah kes berat. Lalu dengan perasan bersalah, Imanshah membawa LCBIRU ke bengkel motorsikal. Kesian LCBIRU, getus hati Imanshah. Akhirnya melayang juga RM 113 untuk membaikpulih LCBIRU. Takpalah, janji kau bahagia LCBIRU. InsyaAllah Imanshah berjanji tidak akan mengabaikan dikau lagi. Jangan lah meraajuk selalu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KELANTAN JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2011



SHAH ALAM, 29 Jan — Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan memenangi pertemuan sumbangsih untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah malam ini. Kelantan membawa pulang piala itu menerusi pertemuan julung kali baginya dengan mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Ini kali pertama Kelantan menguasai piala itu yang diperkenalkan 26 tahun lalu dan muncul pasukan ke-13 memenangi gelaran tersebut. Perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah yang lazimnya juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih diadakan sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.
Sebagai rakyat Kelantan, Cikgu Imanshah amat berbangga atas pencapaian cemerlang pasukan Red Warrior ini. Nampaknya pembaharuan yang dibawa oleh Tan Sri Anuar Musa telah memberi dimensi baru terhadap pasukan yang dulunya dikenali sebagai Kijang ini. Alhamdulillah, saya doakan semoga pasukan Kelantan akan terus cemerlang pada musim 2011 ini walaupun mendapat khabar buruk tentang penggantungan B.Sathianathan. Apapun kita meletakkan harapan yang tinggi buat skuad pimpinan Datuk M .Karathu supaya terus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, disamping memburu gelaran juara Liga Super dan Piala F.A.

GOMO KELATE GOMO!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 29, 2011

MOST MEMORABLE MOMENT


Terbuka kepada semua blogger dalam dan luar negara
Contest ini bermula mulai jam 0900 malam 24 Januari 2011

Dan berakhir pada jam 0900 malam 06 Februari 2011
Keputusan in sya Allah akan diumumkan pada jam 0900 malam 09 Februari 2011
Hanya satu gambar sahaja yang akan dipertandingkan
Anda perlu menjadi salah satu subjek di dalam gambar tersebut
Perlu disertakan banner contest di atas di dalam entri penyertaan anda
Banner contest tersebut perlu dilinkkan ke entri ini
Tinggalkan link entri penyertaan anda pada bahagian komen di bawah entri ini
Jenis kamera bukan menjadi syarat
Anda juga boleh melakukan photo modification pada gambar yang dipertandingkan
(Namun, ia tidak termasuk di dalam elemen pemarkahan)
Teknik "super impose' adalah dilarang sama sekali
Pemarkahan akan diambilkira berdasarkan gambar yang cukup memberikan erti
Dan nukilan terbaik yang disisipkan bersama-sama gambar tersebut
Itu sahaja!

Saya pertaruhkan gambar ini


Gambar ini diambil pada bulan Mac 2009 sewaktu Imanshah terlibat dalam kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa. Kejadian sekitar jam 3.00 petang ini memberi kesan yang cukup mendalam dalam hidup Imanshah. Sewaktu kejadian, Imanshah berada di dalam kereta dan kereta Imanshah memasuki gaung di Grik, Perak. Lihatlah keadaan kereta Imanshah jika dipandang dari mata kasar, sudah pasti pemandunya terkorban mahupun kritikal.  Betapa peluang yang diberikan oleh Allah Rabbi untuk mengecapi nikmat kehidupan buat kali ke dua tidak akan dipersia-siakan. 

Sewaktu kau berikan daku mahkota kebahagiaan
Kusering alpa pada rahmat-Mu
Tika kau serahkan buatku piala kesenangan
Kusering berpaling dari kasih sayang-Mu
Bila kau ujiku dengan penderitaan
Aku mencari Redha kasih-Mu

Ya Rabbi
Terima kasih kerana mengujiku
Menyedarkan daku akan erti mensyukuri nikmat-Mu
Terima kasih karna menyedarkanku
Betapa peluang di dunia, hadir sekali cuma
Ampukan dosaku, terimalah taubatku
Aku redha 
Akan ujian-Mu

p/s : jika rakan-rakan ingin menyertainya, bolehlah kunjungi blog CIKGU AREEF


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

INI BUKAN KISAH USOP SONTORIAN

Malam tadi Cikgu Imanshah menguruskan empat orang pelajar tingkatan satu yang ingin pulang ke kampung menaiki bas di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh. Seorang pelajar dari Terengganu dan tiga dari Kelantan. Inilah kali pertama mereka pulang ke destinasi masing-masing selepas mendaftar pada 7 Januari yang lepas. Begitu teruja mereka untuk pulang menemui keluarga. Nak dijadikan cerita, berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk pada malam tadi. Mungkin disebabkan ramai orang berpusu-pusu ke stesen bas kerana bercuti panjang. Perjalanan yang selalunya mengambil masa sepuluh minit menjadi setengah jam. Inilah perkara yang menjadi rutin kami bertahun-tahun lamanya. Sesekali menjengah stesen bas untuk membeli tiket kepada para pelajar dan seterusnya menghantar mereka ke stesen bas terutamanya bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.

Saya agak panik kerana waktu perjalanan destinasi Kuala Terengganu adalah pada jam 8.30 malam. Dan akhirnya kami tiba tepat-tepat jam 8.30 malam. Saya berlari ke kaunter tiket dan Alhamdulillah bas masih ada dan sedang menunggu. Semua orang melihat saya berlari bagaikan lipas kudung. Haha baru kau rasa, proses pembakaran lemak terus berlaku. Akhirnya pelajar tadi berjaya juga naik bas.

Saya naik ke dalam bas dan saya dapati tempat duduk pelajar tersebut telah penuh. Kelihatan seorang lelaki dewasa yang duduk di kerusi tersebut. Mengenangkan dia hanya pelajar tingkatan satu yang naif, saya meminta lelaki dewasa tersebut mencari tempat duduk di belakang. Alhamdulillah, lelaki tersebut beredar. Seperti biasa, saya mula pot pet-pot pet memesan itu dan ini di dalam bas. Seluruh isi bas terdiam mendengar saya berpesan kepada pelajar saya. Terasa macam selebriti pulak. Biralah para penonton menonton drama free ini. Saya tidak peduli, yang penting saya perlu memastikan pelajar saya selamat. 

Bukan apa, pelajar ini namanya Usop. Pelajar tingkatan satu dari Terengganu. Merupakan pelajar projek khas namun cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pendapatan bapa sekitar RM500 sebulan sahaja. Begitu naif, rendah diri dan pemalu. Ditanya sepuluh patah, jawabnya sepatah. Jauh usop datang menuntut ilmu di bumi Ipoh ini. Pada asalnya Usop dan beberapa orang pelajar miskin yang lain menolak tawaran ke Sekolah Bintang kerana kemiskinannya. Namun setelah dipujuk dan diyakinkan bahawa dia akan dibantu, akhirnya Usop muncul juga. Masih terkenang Usop datang ke sekolah bersama ibunya dari Terengganu dengan menaiki bas sahaja. Dan masih terngiang juga kata ibunya.

Anok saye ni dok biase berenggang ngang saye. Saye pun bukang ade duik nak antor  anak skolah jauh-jauh. Saya bukang dok mboh bagi dia sekolah sini. Tapi saya takde duit. Cikgu-cikgu sini tulung tengok anok saye. Saya tok leh tunggu lame-lame.

Sekadar coretan tentang anak murid saya. InsyaAllah Usop akan menjadi seorang remaja yang kuat dan matang setelah melalui pengalaman di sekolah kehidupan ini. Semoga suatu hari nanti Usop akan berjaya dan mampu mengubah nasib keluarganya. 

p/s : sehingga saat ini hati terkenang Usop. Sudah sampai ke dia ke destinasi?? 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 28, 2011

ANDAI JODOHKU WANITA LEBIH BERUSIA

Bercerita tentang jodoh, seringkali hati terdetik.."Adakah wanita yang lebih berusia ini sememangnya ditakdirkan untukku?" 

Saya mengenali seseorang dalam hidup saya yang baik, taat, matang dan memiliki pegangan agama yang kuat (dari sudut luaran). Namun, perkara yang masih menjadi penghalang ialah, usianya lebih tua dari saya. Siapa dia, berapakan usianya, biarlah menjadi rahsia hidup saya. Saya pernah menyuarakan perkara ini kepada rakan-rakan dan keluarga. Antara jawapan skema yang keluar dari mulut mereka. 
Apakah tak ada wanita yang lebih muda darimu? Kenapa mesti memilih yang lebih tua?
Perdebatan wanita tua yang menikahi lelaki lebih muda dalam  Islam sering dilandaskan pada kisah Nabi Muhammad yang berkahwin  dengan Khadijah. Sudah mafhum bagi kaum muslimin bahawa Khadijah seorang janda berstatus saudagar kaya di Makkah lebih tua umurnyadari Rasulullah . 

Bagi yang menyokong saya, maka seringkali mereka membandingkan kisah Khadijah dan Muhammad S.A.W. Lalu tiba-tiba hati menjadi sayu kerana saya sesekali tidak ingin melibatkan Rasululullah dalam persoalan ini kerana baginda terlalu jauh untuk dibandingkan dengan diri saya yang hina. 

Saya harap kalian sudi untuk memberikan sedikit nasihat buat saya. Mungkin boleh berkongsi pengalaman diri, rakan taulan mahupun ahli keluarga. Saya sudi mendengarnya. Dan pertama kali juga saya menulis tentang  persoalan hati. Wallahua'lam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 27, 2011

NADAL KALAH : IMPIAN RAFA SLAM TERTUTUP

Akhirnya hasrat Rafael Nadal untuk mencatat sejarah memenangi empat kejohanan major secara berturut-turut telahpun musnah. Petang tadi, Nadal, pemain tenis nombor satu dunia tewas kepada rakan senegara David Ferrer 6-4, 6-2, 6-3 dalam peringkat suku akhir Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia. Sebagai rekod, Nadal sedang memburu kejayaan memenangi empat grand slam berturut-turut selepas melakukannya di Terbuka Perancis, Wimbledon dan US Open. Dan nampaknya pada hari ini segala-galanya nampaknya tidak menjadi. Dikhabarkan Nadal mengalami kecederaan hamstring dalam aksi menentang Ferrer.

Sebenarnya , Cikgu Imanshah memang suka kalau Nadal kalah. Saya merupakan peminat Roger Federer dan tidak pernah putus dari menyaksikan perlawanan yang melibatkan Federer. Dan Nadal, pemain kelahiran Sepanyol ini dilihat sebagai penghalang untuk Roger Federer  mencipta kejayaan yang lebih hebat lagi. Dan kali ini, peluang terbuka cerah buat Federer untuk memenangi kejuaraan Grand Slamnya yang ke -17. Dalam aksi separuh akhir nanti Federer akan menentang Novac Djokovic. 

Maaf ya, wahai kaum wanita, malam ni memang saya nak bercerita tentang tenis, antara sukan kegemaran saya selain hoki. Dan apabila berbicara tentang pemain terbaik abad ke 21 ini, wujud pertikaian antara peminat sukan untuk memilih ikon tenis terbaik dunia. Bagi penyokong matador Rafael Nadal sememangnya akan memilih pemain kelahiran Sepanyol ini. Namun, saya tanpa syak lagi memilih Federer sebagai pemain terbaik abad ini. Sebagai perbandingan, Federer telah memenangi 16 kejuaraan Grand Slam, manakala Nadal dengan 11 kejuaraan. Namun, buat masa ini, Nadal masih meletakkan dirinya sebagai pemain nombor satu dunia.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 26, 2011

LIMAU UNTUK CIKGU

Di satu pagi, berlaku perbualan ini di koperasi.

Ini cikgu ada dua peti limau. Haliah dari wa buat cikgu. Bukan apa, laya cina sudah lekat oo. Wa beli manyak mahal , manyak baik ooo untuk cikgu. Nanti lu makan ye. 
Ooo, awak sangat baik la Simon, terima kasih. Happy Chinese New Year ya. Saya makan dengan anak murid saya nanti. 
Ini wa bagi limau nanti lu jangan amik olang lain punya aiskrim oo. Tiap-tiap tahun amik saya punya woo. Lu manyak baik la cikgu.  
Eh apahal pulak saya tak boleh ambil aiskrim syarikat lain. Eh lu ambil balik limau u. Tak mau saya. Jangan nak rasuah-rasuah saya walau dengan limau.  
Hayya sorry cikgu, wa gurau saja...terima kasih ya. Wa pergi dulu..

Aku hanya menggeleng sahaja. Sudahnya limau tu aku berikan kepada anak-anak murid aku semuanya. Hurm yalah musim perayaan ni, banyak sangat limau sampai ke sekolah. Sampai nak naik muntah makan limau. Pergi kantin bau limau, di pejabat ada limau, naik ke bilik gurupun banyak limau. 

Berbalik kepada perbualan tadi, aku selalu juga menghadapi situasi ini. Bagi hamper, nak mintak bisness lebih takpun suruh jangan ambil syarikat lain punya. Namun selalunya aku akan beri amaran, aku nak ambil hamper tu untuk makan dengan budak-budak. Untuk peluang bisnes, ikut peraturan. Itu yang kadang-kadang pembekal-pembekal ni bengang dengan aku. Bukan apa, aku rasa tak mahulah terlibat dengan perkara-perkara syubhah ni. 

Bercerita tentang limau ni, terkenang sewaktu bekerja kilang di Johor Bharu. Setiap pagi, pemilik kilang akan letakkan limau di tokong sembahyangnya. Katanya untuk sembahyang. Habis je sembahyang, limau an hilang. Rupanya kawan-kawan aku yang tukang rembatnya. Bila tokey bising cakap limaunya hilang. Ramai-ramai kami menjawab..

Tuhan boss sudah makan tadi lepas semayang.
Luorang ingat aku bodoh ka. tokong mana boleh gerak..
Hehe, pandai pulak dia fikir, tokong tu keras tak boleh bergerak. 

Boleh pulak dia marah kami.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, January 24, 2011

TEWAS DI TANGAN WANITA MUDA

Tajuknya pun dah kontreversi. Hehe. Semalam, sekolah Cikgu  Imanshah  mengadakan sekolah ganti sempena Tahun Baru China(CNY). Sekolah Bintang telah menganjurkan  Quarter Marathon peringkat sekolah. Apa yang menariknya, tahun ini, satu kategori baru  diwujudkan iaitu kategori jemputan wanita. Makanya beberapa buah sekolah berhampiran telah sama-sama memeriahkan suasana dengan mengahantar peserta wanita. Huhu tentu kalian boleh bayangkan bila sesekali ada bunga dalam kalangan kumbang.


Inilah wajah gadis-gadis olahragawati dari Raja Perempuan School (RPS), Ave Maria Convent dan SMK Gunung Rapat. Sama-sama bersenamerobik dengan kumbang-kumbang Sekolah Bintang. Mereka pun teruja. Hehe, maklumlah datang ke sekolah lelaki. RPS dan Ave Maria Convent pun sekolah sejenis juga.


Inilah rupanya kumbang-kumbang kami. Ada enam rumah ke semuanya, Kuning, Hijau, Putih, Merah, Biru dan Merah. Sedang rancak bersenamerobik ikut instructor yang dibawa khas dari luar. Satu dua tiga ..lapan lagi. Haha tak tahan tu muzik Bollywood pun ada. Sempatlah kami bersenamerobic diiringi muzik Bollywood ala-ala Kajol ngan Shah Rukh Khan dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hei.


Saat mereka dilepaskan. masing-masing tak sabar, memecut dengan laju pada mulanya. namun selepas hampir separuh, masing-masing dah mula memperlahankan rentak. Hanya mereka yang teguh jati diri, tahan lasak dan memiliki stamina yang tinggi yang mampu kekal berada di depan.
Jangan tak tahu, Cikgu Imanshah pun sama-sama menjoin kan dirinya dalam perlumbaan ini. Hehe. 6.5 km tu biasa je. Tapi lama juga tak berlari. Maka cikgu Imanshah berlari dengan gigih sekali. Kita tengok mana kedudukan Cikgu Imanshah. 

Wajah Meriah sang juara, ni anak buah Cikgu Imanshah merangkap kapten hoki sekolah. Dah tu rumah Merah pulak tu, dah jadi johan claim nak makan Quater Pounder Mc D pulak. Hehe, apapun tahniah buat North Marzel. huhu. Cikgu hoki merangkap cikgu Rumah merah kamu sangat berbangga.

Berbalik kepada penyertaan Cikgu Imanshah tadi, merupakan satu-satunya peserta kategori veteren. Hehe. Tak ada pun kategori ni, saja wujudkan sendiri. Keputusannya, Cikgu Imanshah TEWAS kepada peserta wanita dari sekolah-sekolah lain. 12 peserta wanita potong Cikgu Imanshah. Lalu dalam hati berdetik, " Kau tu dah tua, mana nak lawan pucuk muda" hehe.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 23, 2011

SPEGHETI CINTA SAYANG THAIPUSSAM

Hari Thaipusam yang lalu, tiba-tiba  mood datang bulan memasak tiba. Berkat kegigihan aku menjadi tukang masak terkenal sekejap akhirnya menu  SPEGHETI CINTA SAYANG THAIPUSSAM pun dengan megahnya dapat disipakan untuk makanan 25 orang pemain hoki aku. Seperti biasa, para pembantu setia seperti tukang kacau kuah, tukang potong cendawan, capsicum, bawang diimport khas. Tukang kacau kuah dan rebus spegheti juga dibawa dari India.Hehe. Jangan marah.

 Nampak aku yang hujung sekali tu, pakai spek mata hitam ngan snow cap. Inilah contoh tukang masak yang profesional. Snow cap tu takut rambut jatuh dalam masakan tuan-tuan dan puan-puan. Spek mata hitam tu pula bagi mengelakkan mata dimasuki percikan bawang dan cili nanti bukan sahaja mata yang pedih, tapi turut mengeluarkan air yang bayak. 
Inilah ghopenya spegheti yang dah siap. Huhu ulang sekali lagi namanya SPEGHETI CINTA SAYANG THAIPUSSAM. Sila sebut kuat-kuat. Ni belum tambah lagi menu lain ye. Imanshah buat untuk 50 orang makan walau semuanya ada 25 je sebab tahu budak-budak tu memang pantang. Pantang nampak makanan.
Huh, cuba lihat hasilnya. HABIS dalam tempoh setengah jam sahaja, sampaikan tukang masak sempat makan sedikit sahaja. Wah betapa sedap masakan itu. Haha jangan marah atas pujian yang diberikan kepada diri sendiri. Depa cakap TERBAIK DARI LADANG.
Dan akhirnya ketiduran dan kepenatan semuanya. Aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli pasukan. Tambah-tambah makan dari hasil tangan cikgunya yang memang tak reti masak. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 22, 2011

PERMULAAN BAIK DI TAHUH 2011 : MENANG CONTEST KALI KE-2

Selamat malam. Hari ini saya mendapat perkhabaran dari TEACHER SOFFEA bahawa saya telah memenangi satu contest yang dianjurkan oleh CIK IEQA bertajuk CONTEST AKU DAN GENERASIKU. Alhamdulillah kejayaan kedua selepas mendapat tempat kedua dalam contest yang dianjurkan oleh ARETIKZ bertajuk PICTURE OF MY LIFE CONTEST. Gembira kerana ada 40 penyertaan dalam contest yang dianjurkan ini.  Apapun, untuk tatapan teman-teman saya pertaruhkan semula gambar dan coretan mengenai contest tersebut. 



Untuk makluman semua gambar ini diambil sewaktu aku bersama pelajar-pelajarku menyertai program homestay di Rome Italy bulan Jun yang lepas. Gambar ini dirakamkan di padang sebelah Villla Herdana sewaktu menunggu ketibaan pemandu pelancong. Apa yang nak diikongsikan tentang gambar ini menunjukkan bahawa batasan persahabatan tidak sesekali dihalang antara status guru dan pelajar. Sesekali, aku bergurau mesra dengan anak-anak murid ini ibarat adik beradik. Namun, kecil jangan disangka anak, besar pula tak selamanya bapak. Perlu ada ketegasan dalam setiap tindakan. Kalau salah, usah dibiarkan menjadi benar. Kalau benar, harus berkata benar. Yang mana perlu ditegur, jangan berat mulut untuk menegur. Yang mana perlu sesekali dirotan atas kesalahan yang dilakukan, usah takut jika didendam. Alhamdulillah, mereka berpijak di bumi yang nyata. Hormat guru itu yang utama. Kerana berada di sekolah berasrama penuh, mereka berjauhan dari keluarga dan sanak saudara. Kamilah yang menjadi pengganti ayah dan bonda. 
Sehingga sekarang hubungan yang akrab ini sentiasa berkekalan walau ada dalam kalangan para penuntutku ramai yang sudah meninggalkan alma mater ini setelah berkelanan selama lima musim di sini. Walau ada yang sudah jauh terpisah di benua yang lain (oversea), namun ikatan perhubungan antara guru dan murid tak pernah kunjung padam. Sesekali skype dan FB menjadi medium perantaraan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 21, 2011

MAK, SAYA NAK KENA CUCUK

Berada di sekolah hari ini seronok juga melihat gelagat para pelajar yang kena cucuk. Seperti biasa Suntikan ATT atau nama penuhnya dikenali sebagai ‘Anti Tetanus Toxoid’ merupakan suntikan wajib untuk semua pelajar tingkatan 3. Suntikan ATT ini diberikan bertujuan adalah untuk menggelakkan mendapat penyakit ‘Kancing Gigi’ yang disebabkan oleh virus.

Nak tergelak bila ada yang panggil mak, ada yang menjerit dan tak kurang juga yang menutup mata rapat-rapat seolah-olah nak kena sunat. Apapun, terkenang pula zaman belajar dulu. Yalah di awal-awal tahun 90-an rasanya tahap kesihatan dan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat taklah sehebat sekarang. Makanya berada di sekolah kampung dan tidak terdedah dengan kecanggihan IT dan sebagainya. Apabila pihak Pejabat Kesihatan Daerah datang ke sekolah mulalah kecut perut. Sampai pihak Pejabat Kesihatan nak datang bagi suntikan rubella pada murid-murid perempuanpun, ingatkan semua kena cucuk. Siap lari sembunyi dalam tandas lagi tu. bahkan ada yanag tak datang ke sekolah terus.


Hurm, nasihat cikgu untuk semua remaja ataupun yang dah dewasa, janganlah kita cuba-cuba  untuk cucuk sana, cucuk sini kerana diakhirnya kita juga yang merana. Sesuangguhnya dadah itu musuh durjana.
Kalau tuan pergi ke hutan
Keluar gelap pulangnya cerah
Cucuk ATT untuk kesihatan
Cucuk sendiri itu yang parah


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 20, 2011

BUANGLAH WORD VERIFICATION TU

Semalam, dalam entri bertajuk KAU ISTIMEWA, satu komen diberikan oleh
Cikgu Shah,buang la word verification ni.Kesian orang nk komen.huhu

Rupanya baru aku perasan bahawa aku masih mewajibkan para pengunjung HOK SENGOTI yang ingin komen supaya memasukkan perkataan dalam WORD VERIFICATION. Mula-mula macam bengong sikit, macam mana nak buat. Godek punya godek akhirnya aku berjaya menghilangkannya juga. Nilah ghopenya WORD VERIFICATION tu. Alah Cikgu Iman ni, ingat orang tak tahu ke?? Orang tahulah word verification tu apa. Takpe kalau korang tahu bagus lah. Aku nak tunjuk gak. Haha



Bila tengok ramai lagi blog rakan-rakan yang masih mempunyai Word Verification, aku sengaja buat entri ni. Yelah walau taklah sepopular blog-blog yang ada tutorial yang hebat-hebat tu, sekurang-kurangnya kawan-kawan yang masih terlupa , boleh diingatkan tak gitu. Cara-caranya mudah je yeop :

 Mula-mula pegi ke Dashboard. jangan kelain pulak.

 Kemudian pergi ke Setting dan klik Comments.Dah buat? Kalau dah  scroll down sehingga anda jumpa ini - show word verification for comments? - tekan [No]. Tekan No maksudnya pengunjung yang ingin tinggalkan jejak boleh la terus mengomen tanpa sakit hati. Yalah kadang-kadangkan tulisannya rapat-rapat, salah satu huruf kena buat sekali lagi. Apa punya susah dah, yang tak best nya, terus orang tak jadi komen. Haha. Terus ubah setting ye kawan-kawan

Akhir sekali jangan lupa untuk SAVE ye. Selamat membuang word verification . Kadang-kadang bukan apa, kita tak perasan, tapi pengunjung yang nak komen akan berhadapan 
dengan masalah ni.  

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AMALAN TERBALIK

Artikel ini IMANSHAH petik dari makalah mingguan yang dikeluarkan oleh Badan Dakwah dan Rohani sekolah IMANSHAH. Tajuknya  AMALAN TERBALIK.

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk gossip-gosip artis kepada kawan-kawan. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan-kawan kita??
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW:

 “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KAU ISTIMEWA

Salam buat semua. Alhamdulillah, cuti Thaipusam ini dapat jua saya mencuri sedikit waktu untuk menulis. Walaupun terasa otak agak tepu dengan idea-idea baru lantaran diri dibebani dengan tugasan dan hambatan kerja yang semakin banyak. Namun Alhamdulillah, semuanya dapat dibereskan dengan sebaik dan sehemah mungkin. Mungkin pada sesetengah orang berpandangan bahawa kerjaya seorang guru adalah mudah dan punyai banyak masa untuk istirehat. Namun, rasanya jika diberi pilihan untuk menambah bilangan jam sehari menjadi 30 jam pun sanggup.

Usai solat subuh di Masjid Azlan Shah Jalan Dairi,  siap berpakaian kerja, bergerak pula ke pasar Taman Cempaka untuk membeli sarapan dan kadang2 jam 6.45 sudah bersarapan di Mc Donalds. Haha orang kaya..ngehngeh. (jangan marah gurau je)  Kemudian hadir ke sekolah untuk mengajar sehinggalah jam 4.50 petang. Apabila jam menunjukkan 5.15 petang, membawa diri pula ke padang untuk memantau latihan hoki. Untuk sebelah malam pula, selepas solat maghrib, tugasan di koperasi menunggu. Perniagaan waktu malam bermula jam 8.00-10 malam. Sambil-sambil tu, siapakan proses menanda latihan pelajar. Dan keadaan ini akan berulang hampir setiap hari, membuat rutin yang sama. Makanya jumlah jam berada di sekolah adalah 15 jam sehari. Rasanya dinding sekolah pun dah menyampah tengok muka yang sama.

Buat teman-teman yang sentiasa menjenguk dan sesekali meninggalkan jejak pada Hok Sengoti, saya mohon maaf jika tiada kunjungan balas dari saya. Jangan berkecil hati kerana anda semua cukup istimewa di hati saya. InsyaAllah, minggu-minggu awal persekolahan dan kesibukan semakin berkurang, saya akan sentiasa bersiaran seperti sediakala dan sesekali bertandang ke teratak kalian.

Mari mengait si buah laici
Buat bekalan pergi berburu
Bukan hati hamba membenci
Hambatan masa makin cemburu

Kalau mengail ikan cencaru 
Hasilnya dijual di negeri Kelantan
Hambatan masa makin cemburu
Sahabat semua dalam ingatan

Pergi berperang Laksamana Bentan
Sayang mati ditikam belati
Sahabat semua dalam ingatan
Sudah kemas tersimpul mati


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, January 19, 2011

ANDA PELAJAR SBP?



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun ini berbanding hanya 5,300 tempat yang ditawarkan.Menurut kenyataan oleh kementerian itu hari ini, semakan mengenai keputusan pemilihan dan penempatan pelajar boleh dilakukan dengan melayari laman web www.moe.gov.my bermula hari ini.

"Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan menggunakan e-rayuan," jelas kenyataan itu. Tempoh rayuan ialah selama 14 hari mulai hari ini sehingga 2 Februari ini. Pelajar yang terpilih akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada 7 Februari ini.

Berita ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Januari 2011. Saban tahun, permohonan untuk memasuki sekolah berasrama penuh sama ada untuk para pelajar tingkatan satu atau empat sentiasa meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Sebagai seorang warga Sekolah Berasrama Penuh, saya semmengnya cukup gembira kerana SBP terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang inginkan kemudahan pembelajaran terbaik kepada anak-anak mereka.

Apakah keistimewaan Sekolah Berasrama Penuh sebenarnya? Sebagai seorang pendidik di SBP, saya melihat ada pro dan kontranya. Antara kelebihan Sekolah Berasrama Penuh ialah :

1) Memiliki persekitaran belajar cemerlang kerana semua pelajar yang masuk ke SBP adalah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Biasanya antara rakan sebaya mereka menjadi mentor atau guru muda kepada rakan yang tertinggal dalam pelajaran. Selain itu juga, persaingan sesama mereka juga sengit terutamanya untuk mencatat keputusan yang terbaik.

2) Jumlah bilangan pelajar di dalam kelas adalah kecil iaitu antara 25-30 orang sahaja memberi peluang kepada guru untuk memberi fokus kepada P&P.

 
3) Bantuan kewangan oleh kerajaan seperti biasiswa, dan bantuan makanan sebanyak 90 peratus kepada para pelajar. (Jika harga makan RM 10, kerajaan akan menanggung kos sebanyak  RM9)

4) Pelajar terikat dengan disiplin dan rutin harian. Contohnya wajib bersolat berjemaah, kelas persediaan dan riadah.

5) Pelajar didedahkan dengan gaya hidup berdikari. Dengan ini menguatkan jati diri mereka kerana terpaksa berpisah dengan keluarga seawal usia 13 tahun.

6) Dilatih untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan kerana latihan kepimpinan yang diberikan adalah terbaik.

7) Kebiasaan tawaran biasiswa untuk ke luar negara diberikan kepada pelajar-pelajar SBP, namun ianya bukanlah perkara yang termaktub dalam pekelililng kerana jika pelajar harian juga layak, maka mereka juga akan diberi keutamaan.
 
8. Memiliki rangkaian dengan alumni sekolah tersebut dan memudahkan mereka untuk mendapatkan biasiswa, bantuan nahupun pekerjaan.
 
Serba sedikit mengenai kelebihan berada di SBP. Namun, saya tidak menolak ada sesetengah ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran mereka.  Dan dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan, kita dapati ramai pelajar sekolah harian yang turut mencatat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, maknanya, para pelajar sekolah harian juga memiliki potensi untuk berjaya. Terpulanglah kepada ibu bapa sama ada ingin menyekolahkan anak mereka di sekolah Berasrama Penuh atau sebaliknya.
 
DIMANA KITA BERMULA TIDAK PENTING, TETAPI YANG PENTING
 DI MANA KITA BERAKHIR.
 

Kredit gambar Nazmisaarani (batch 2008)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, January 17, 2011

CONTENGAN KENANGAN

Salam. Hari ini rasanya jadual begitu padat sehingga tak berpeluang untuk menjenguk HOK SENGOTi, apatah lagi untuk ziarah menziarahi rakan-rakan. Walaupun hari minggu, tugas tetap menunggu. Selain daripada menyertai perlawanan hoki,  hari ini juga Imanshah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku rancangan mengajar dan rancangan mengajar tahunan. Ditambah pula tugasan memeriksa latihan pelajar yang berlambak. Yalah prinsip Imanshah cukup mudah, blog jatuh nombor dua atau seterusnya. Keluarga dan kerjaya, itu yang pertama. 

Walaupun begitu sebagai seorang blogger terkenal , tak berapa seronok rasanya kalau setiap hari tidak bersiaran dengan satu entri sekurang-kurangnya. Walaupun sekadar entri ringkas, sudah cukup memberitahu betapa kita ada. Justeru, kali ni Imanshah nak bercerita pasal conteng-conteng. Masih lagi berkisar kepada dunia pendidikan (dah namanya cikgu). Kali ini bercerita tentang hari-hari terakhir bergelar pelajar. Pelajar-pelajar Imanshah akan buat perkara yang sama dari dulu sampai sekarang ialah menconteng baju dengan tandatangan rakan-rakan. Bukan sahaja baju, bahkan seluar (pelajar Imanshah memakai seluar putih), cadar, bahkan selimut juga turut menjadi sasaran. Apabila ditanya, kenapakah signifikannya menconteng pakaian?? 

Nilah kenangan seumur hidup bersama kawan-kawan. Bila dah berpisah, boleh ingat balik kenangan bersama mereka.
Nak conteng dinding cikgu penampar kang, kami contenglah baju sendiri.
Nak bawak balik ke rumah bagi adik, takda adik lelaki. kalau ada pun saya saiz 4XL, adik saiz S. Dapat kat mak buat lap kaki je.
 Hurm, terkenang pula kenangan selepas SPM. Selain bertukar-tukar cincin kononnya tanda nak buat isteri la tu, kami juga selalunya akan conteng katil double deck dengan lirik-irik lagu, no telefon, alamat dan sebagainya. Dan ada juga yang terlebih rajin, selain dari dibakar sampah-sarap di asrama atau buku-buku sekolah, dibakar sekali tilam asrama. Berkejaran pula dengan warden pada waktu tu. Inilah kenangan zaman jahiliah dulu. Dan kini, bertugas sebagai guru dan pernah menajdi warden di sekolah berasrama, Imanshah memahami bagaimana perasaan guru-guru Imanshah suatu waktu dahulu.

Apa pula kenangan rakan-rakan selepas SPM? Boleh kita kongsi?



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 16, 2011

AKU TIADA DI SANA

Malam tadi, aku dimaklumkan oleh adikku yang ibu telah pulang ke kampung. Terpinga-pinga juga, dan aku terkejut kerana dia tidak memaklumkan untuk pulang. Sebenarnya ibu tinggal bersama adik di Gombak, Selangor selepas pemergian ayahanda. Yalah sambil menjaga cucu, ada juga orang yang menemankan adik kerana suaminya bekerja di luar negara. Adik pula seorang guru di Gombak.
"Ibu beria-ia nak pulang kerana katanya jika ayah "pulang" tengah malam, tiada siapa di rumah"
Terdiam aku mendengar alasan tersebut. Walau kutahu itu hanya sekadar alasan pelarian kepada masalah ibu yang timbul. Aku tahu ibu menanggung rindu yang maha hebat kepada arwah ayah yang telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut lewat 2009. Yalah hati isteri mana yang tidak rindu andai insan tersayang pergi tanpa meninggalkan tanda. Hati isteri mana yang tidak remuk, suami yang dikahwininya selama 40 tahun terlebih dahulu meninggalkannya. Namun, ibu kutahu jiwamu cukup kental, hatimu cukup kuat untuk memahami dan menerima takdir betapa kekasih hatimu itu sudah meninggalkanmu.


Di kala resah itu kian mendesah dan merobekkan jiwamu 
Aku tiada di sana
Disaat kau terluka 
Hingga akhirnya
Tercabik-cabiklah keteguhan hatimu
Aku juga tiada di sana
Ketika kau lelah dan hatimu patah untuk meneruskan perjuangan
Aku masih di sini bukan di sana

Saat kau terduduk, renyuk dan sakit
Ingin sekali kuberikan bahu untuk kau sandarkan kesedihan itu
Saat kau rebah dalam menaggung derita rindumu
Ingin ku berlari menyeka air matamu
Semoga dikau tabah
Buat insan bernama IBU


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget