WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 28, 2011

KEMENANGAN

Salam buat semua. Lama sungguh tak menjenguk ruamh nan satu ni. Rasanya dah bersawang pun. Hurm, memang saja Imanshah nak fokuskan kepada kejohanan di sana. Tak mahu ada gangguan luar. Apapun Imanshah nak ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang sudi menjengah rumah ni, dan meninggalkan ejjak dan memberi kata-kata semangat buat pasukan Imanshah.

Apapun berkat kesungguhan dan kegigihan akhirnya team hoki kami menang juga akhirnya. Muncul johan Kejohanan Hoki SBP Zon Utara mengalahkan 15 pasukan sekolah lain. Keputusan seperti berikut :

Peringkat Kumpulan

STAR vs SM Sains Pokok Sena (2-0)
STAR vs SM Sains Kubang Pasu (3-0)
STAR vs SBPI Kubang Pasu (4-0)

Suku Akhir

STAR vs SM Sains Kepala Batas (4-0)

Separuh Akhir

STAR  vs  MCKK (4-3) penalti

Akhir

STAR vs SM Sains Raja Tun Azlan Shah (1-0)

Apa lagi perasaan yang nak digambarkan. Kesyukuran pada Ilahi kerana memberi kekuatan untuk pasukan ini, Cg Nizam, Cg Iqbal, Cg Fazlin, Cg Zulkifli DIn, AMirul, Nasron  yang tak jemu memberi sokongan. Jua buat Muazzin yang setia menemani. Dan paling penting buat semua anak-anak saya yang menunjukkan semangat berjuang yang tinggi memastikan kejayaan milik kita kali ini. Cikgu bangga dengan kamu semua. InsyaAllah kita akan emmbawa cabaran Zon Utara ke peringkat Kebangsaan nanti di Kuala Ternegganu pada bulan Mei nanti.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, February 22, 2011

DOAKAN KAMI DI RIVER FARMER

Mulai 23 hingga 27 Februari nanti, kemungkinan besar HOK SENGOTI akan terbiar sepi. Tiada lagi kidungmu. Hehehe. Untuk makluman semua, pada tarikh yang disebutkan tadi Imanshah bersama anak-anak buah Imanshah sedang berjuang di Kejohanan Hoki SBP Zon Utara di Sungai Petani @ River Farmer.

Kalau blog rakan-rakan tak dijejaki tu, ampun dan maaf Imanshah pohonkan. Jika berkesempatan nanti, InsyaAllah Imanshah akan update keputusan dari SP. Doakan kejayaan kami ya.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

390 PELAJAR MALAYSIA SELAMAT

Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu hari ini.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.
Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.
65 orang dilaporkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut.
Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lepas di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan.
BERNAMA
Semoga anak2 murid saya juga selamat dengan izin Allah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CONTEST PILIHAN HATI WR

Ni Imanshah nak join Contest Pilihan Hati WR. Kalau nak join bleh KLIK SINI

So, buat Ustazah White ROse, ni pilihan saya
1@PH3
2@PH4
3@PH1

Kenapa nak join contest ni yek?? Sebab nak support kengkawan lah, bukan nak hadiah sangat pun. Kengkawan penting dalam berblog ni. WR n i sapa yek. Nilah ustazah rock kita. Bukan rock sebab suka nyanyi macam Ella, atau pakai seksi2 tau..tapi rock sebab easy going dan tak mudah melatah. Kuat hati, teguh peribadi..Tak gitu ustazah??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HUJAN DAH TURUN..ANGKAT JEMURAN

Pagi tadi, masa terluang sedikit sebab hari ni tak kesekolah memandangkan Kejohanan Hoki MSSD sedang berlangsung, Imanshah membasuh baju. Banyak lah juga sebab biasalah stok seminggu sekali baru basuh. Usai membasuh, bergegas pula ke ampaian untuk menjemur. Tiba-tiba teringat kata-kata arwah nenek.
Kau, kalau nak tengok seseorang tu jenis teliti ke tidak, kau tengok lah cara dia menjemur pakaian. 
Nenek tidak meneruskan kata-katanya, mati di situ sahaja. Saya tak ambil pusing pun apa yang diperkatakan. Tapi bila dah berdikari, dah belajar dan bekerja, barulah terfikir semula kata-kata nenek. Saya melihat jemuran saya begitu cantik. Satu baris dijemur baju, seluar pula di barisan lain. Untuk seluar dalam, singlet, stokin pula saya susun di bahagaian lain. Nampak sungguh cantik, dan teratur. Dan saya seringkali menikmati keindahan itu. Benar, hanya dengan melihat kain dan baju tersusun cantik dan kemas di ampaian boleh membuatkan saya bahagia.

Pelikkan. Lalu saya terkenang semula nenek. Inilah yang dimaksudkan. Orang yang teliti. Hurm, selalu juga saya menegur anak buah yang suka mencampuradukkan antara pakaian bila menjemur. Tapi biasalah, jawapannya dah boleh agak. Klise sahaja.
Alah ayah Shah, susun ke tak , kering juga kan semuanya?? betul tak??
Saya tak ada jawapan untuk menafikan kata-katanya. Memang kita menjemur pakaian di ampaian adalah dengan tujuan untuk mengeringkannya. Anak-anak azaman sekarang.

Teringat pula dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.
Ani, angkat jemuran, hujan dah turunnn..

Masih kah terkenang akan wajah ini??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, February 21, 2011

ORANG GAJI JEPUN

Salam buat semua. Hurm, makin bersawang nampaknya blog yang satu ini. Mohon maaflah andai sepi tanpa berita. Tu dia, kalah Perdana Menteri tu, sibuk berkempen pilihanraya apa. Taklah minggu sukan di peringkat daerah telah pun bermula. Begitu juga sukan sekolah. Memang masa banyak dihabiskan bersama kanak-kanak. Hehe.Kadang-kadang melayan kanak-kanak lagi best. Tak memeningkan kepala, tak perlu nak jaga golongan-golongan yang dah berusia kan. Opps..maaf, tapi itulah kenyataan, mereka telus dan tulus.

Tadi sewaktu bersembang bersama kawan-kawan bujang di kawasan luar rumah kuarters kami antara isu yang  dibangkitkan ialah pasal kegemukan. Haha, masing-masing mengata antara satu sama lain. Itulah kerja kami kalau takde kerja. Ialah berbincang kan. Bagaimana nak kelihatan cantik, segak dan menawan. 

A : Aku dah kurus sikit ok.
B : Aku tengok sama je. Makin bulat ada.
A : Mana ada, tengok ni buat kerja rumah. Lipat kain, basuh kain.
B : Kau tu bujang pemalas. Ada orang gaji Jepun lagi...
A : Eh, mana ada. Aku basuh sendiri, kemas sendiri. Mana pakai orang gaji.
B : Tu mesin basuh kau tu?? Bukan Jepun punya.
A : Ceh mati-mati aku ingat aku ada orang gaji. Hehe..

Kan.. Sekarang ni kerja kita banyak mesin yang buat. Sebab tu ramai yang tak berapa nak sihat. Semuanya diuruskan oleh mesin. Bukan maksudnya mesin tak bagus. Sekurang-kurangnya ia memudahkan. Tapi yang menjadi masalahnya, bila dah senang, malas lah pulak nak bersenam. Dan makanan pula pelik-pelik. layan jelah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 20, 2011

TIROD

Pagi tadi kakak telefeon. Katanya mak sakit. Terus hubungi mak. katanya ada bonjolan pada lehernya. mak cakap tirod. sudah pergi ambil darah di hospital. Juga berubat tradisional. memang saya tak tahu pasal tirod ni. Cuba recall balik masa belajar dulu. Penyakit tirod. Puas godek-godek, tak ingat juga.

Bahayakah? Saya sendiri tak tahu. Malam nanti nak cuba search internet tentang penyakit ini. Ada sesiapa yang memiliki pengalaman penyakit tirod? Harap boleh share dengan saya. Dua hari lepas juga, anak  murid saya kehilangan ayahnya yang pergi secara tiba-tiba. Padahal minggu lepas saya baru sahaja berbual dengannya. Memang begitu ketentuan Ilahi. Pergi dengan mudah sekali. Takziah buat Amirul. 

Maaflah, sejak akhir-akhir ini penulisan saya agak simple sekali. Keinginan untuk berblog memang ada, namun saya memang mengejar masa. Petang hingga malam ini, kami di stadium untuk latihan hoki. Pagi besok, sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina. InsyaAllah masa untuk bersenang-senang akan tiba juaa nanti. Assalamualaikum.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, February 17, 2011

KEMPUNAN DURIAN DI ARSENAL

Salam tengah hari buat semua. Petang ni septutnya ikut kengkawan makan durian dan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak staff di Layang-layang kiri. Namun di saat-saat terakhir terpaksa membatalkannya kerana kena buat fitness test untuk budak-budak hoki. Adei, kempunan untuk melepaskan kerinduan bermain bola dalam perlawanan. Setakat main sepak-sepak tu selalulah. Yang penting tak dapat makan durian Padang Rengas, antara durian yabg tersedap. Hehe. Alamak kempunan betul nak makan durian. tapi takpe, kat Perak durian dah bersepah sekarang sebab dah musim.

Seronok juga tengok aktiviti kawan-kawan. Selalu juga ada perlawanan badminton dengan rakan-rakan dari sekolah lain. Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan perhubungan dan juga dapat menjaga kesihatan kita. Yalah, kadang-kadang masa tu sangat  mencemburui kita. Bukan senang dah nak duduk bersama kemudian lakukan aktiviti bersama. Mungkin agak janggal sedikit sebab ramai dah rakan-rakan seangkatan yang dah berpindah. 

Bila bercakap pasal bola, Imanshah nak ucap tahniah buat Fan Arsenal kerana menang dengan Barca malam tadi. Bukan senang nak menang dengan team-team hebat. Tapi tiada yang mustahil kan. Bak kata David Villa, Arsenal telah menunjukkan permainan yang baik, namun aksi di Barca pasti berbeza. Saya doakan barca menang nanti. hehe, jangan marah Arsenal. Ok, minta diri dulu, perut sudah berkeroncong. Kita jumpa nanti malam ya!.. Insyaallah Imanshah akan jenguk kawan-kawan semua!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DIRGAHAYU SEKOLAHKU, TAHNIAH DIIKTIRAF SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Tahniah buat seluruh warga Sekolah Bintang atas kejayaan dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi tinggi 2011. Buat seluruh warganya, inilah saat yang dinanti-nantikan, catatan sejarah sekali lagi berjaya dilakarkan pada kanvas pendidikan negara. Semoga terus cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berguna buat agama, bangsa dan negara. Dirgahayu sekolahku!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK

Tengah godek-godek blog kengkawan, terjumpa satu segmen yang disertai oleh AISYA HUMAIRA. Katanya nak masuk bloglist Atok. Huhu lalu Imanshah terjah blog Atok kat SINI. Atok suruh letakkan headernya kat entri ni. Ok, untuk Atok ya.


Sesiapa nak masuk bloglist Atok, sila lah join ya. Seronok juga geng ngan orang-orang tua ni. Hehe..Masalahnya tua ke Atok. nak tengok tua ke tak, silalah terjah blog  PETUA KITA SEMUA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BAU BADAN

Salam..Malam ini sebenarnya Imanshah menghadapi masalah internet yang sangat slow macam siput babi..(baca terus ok) ..jangan baca ada koma macam ini ..SIPUT, BABI..ok..haha gurauan semata. Usah ambil hati wahai Kak Nab ngan Dollah Jendol ok. Lalu, dengan penuh dedikasi Imanshah berkelana sekejap ke Cyber Cafe Taman Cempaka ini. Buang tebiat apa malam-malam buta ni. Maklumlah jejaka terhangat, mana nak bersosial malam-malam. Haha, jaga diri selalu.. Kahkah sila pengsan dengan ayat memuji diri sendiri itu.

Aapapun sekadar entri pendek malam ini. Sebenarnya dari tadi Imanshah sangat tidak selesa kerana di sebelah Imanshah ada seorang mamat ni baunya Ya Allah, sangat macham. Tengik btol baunya. Mana entah datang. Tolonglah tinggalkan CC ini jika kau membaca blog aku ini. Dah hampir sejam terpaksa memendam rasa di sini. Menjeruk perasaan akan baunya yang tengik itu. Tiba-tiba bukak kasut pulak, lagi membuatkan diri rasa nak pengsan. Adei, baiklah rasanya terpaksa undur diri, Imanshah tewas jua. Kalah dengan haruman badannya yang semerbak. Tewas daku malam ini.

Hasrat untuk bersosial di CC terpaksa dipendamkan. Nampak gaya dia tak mahu mengalah. nak pindah ke PC lain, nampaknya penuh dengan pelajar politeknik. Baiklah, jumpa lagi ya!! Pekena teh tarik best juga. Adios!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, February 16, 2011

SEGMEN MATA KE MATA

Salam, malam ni Imanshah nak join satu segmen yang dibuat oleh NURUASHIA yang berjudul SEGMEN MATA KE MATA. Bannernya di sini :-



Baiklah, tugasan yang telah diberikan..kena jawab soalan subjektif ini sahaja.



Nama ; Imanshah
Asal : Tumpat Kelantan
Umur : 30
Education Level : Sekolah Pondok Je

Hurm, saya sayang ibu saya..sungguh, hanya ibu yang tinggal.. Saya sayang juga team Liverpool saya. Sayang anak2 didik saya especially team HOKI sekolah saya.
Blog saya dah berusia 2 tahun. Blog saya hanya blog simple..ayat-atay simple, topik-topik simple yang insyaAllah tak akan memberatkan kepala.
Dunia blog sekarang semakin maju. Ramai dah yang ada blog even my students yang umur 13 tahun.
Jangan malas nak update entri, jangan sombong dan bongkak diri.
Hurm, entahlah, femes datang dengan sendiri. Binalah karekter sendiri jangan tiru2 ok.
Tang tag yang malas ni..hehe..saya tag semua yang  membaca blog ini. Jom sahut dan sokong segmen kawan baru saya ini. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

NYANYUK

Salam sejahtera. Hari ni rasanya tidak ada apa yang menarik untuk dikongsikan. Kedidupan diteruskan seperti biasa. Sekolah, P & P, mesyuarat guru, sukantara dan malamnya baru berpeluang mengadap laptop. Alhamdulillah, musim-musim kesibukan ini dapat diuruskan dengan baik. Sedang menunggu tamatnya musim kesibukan ini akan berakhir. Paling kurang sehingga Mac, insyaAllah.

Mendapat perkhabaran betapa kehidupan yang sekejap ini terkadang sangat tidak adil bagi mereka yang baik. Maaf bukan niat saya untuk mempertikaikan apa yang dikurniakan oleh Allah, kerana bercakap soal adil, yang maha Adil hanya Allah semata-mata. Nenek saudara saya, menjadi fokus penceritaan saya pada malam ini. Menyerahkan sebidang tanah kepada cucunya seorang, sedangkan cucu-cucu lain tak memperoleh hak yang sama. Begitu juga anak-anak ya yang masih hidup merupakan pewaris hartanya. 

Namun inilah yang dikatakan sebagai "ingin menumpang" cucu. Kini usia hampir 80-an, kedut-kedut mula kelihatan, begitu juga kudrat tidak sekuat dulu lagi.Tambah menyedihkan ingatan juga semakin berkurangan, dan mulai nyanyuk. Biasalah orang nyanyuk, berak pun kadang-kadang tak sedar. Dan cucu yang disayanginya dan diserahkan sebidang tanah untuk dibuat rumah, mula menunjukkan belang sebenar. Mula mengungkit, memaki hamun dan memarahi si nenek tua jika kencing merata-rata.

Beristighfar saya mendengarnya. Kenapa begitu lagakmu bila kau sudah senang? Mengapa sikapmu bila orang tua itu sudah nyanyuk? Mengapa angkuhnya sikapmu bila kau sudah dapat hartanya? Tiada siapakah yang berani untuk menasihatimu?? 

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Andaikan ada kalimah yang lebih ringan dari kata UF (Cish) untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya derhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang derhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka."




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SUNGGUH INDAH KATA-KATAMU ITU

Entri ini saya ambil dari catatan rakan saya yang mengajar di sebuah sekolah di Klang, Selangor. Saya sengaja letakkan catatan ini untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan dan peranan kita sebagai ibu bapa, guru, serta golongan yang lebih  dewasa dalam menangani permasalahan ini.
1) Huh , then cikgu apa ntah , cakap budak islam pegi kantin , tau apa dia cakap ? dia kata , setiap hari jumaat kena datang before 7.00 a.m sebab ada baca yasin . huh , malas , then dah lah pukul 7.30 a.m - 8.10 a.m ada ape entah yang nilam , like hell . haha . then , masuk kelas , sejuk gila duduk bawah kipas ,dah tempat aku kat situ . haha . tahun lepas , sesi petang , duduk tepi tingkap , panas gila . tahun nie , sesi pagi , duduk bawah kipas , sejuk gila -.- lepastu , the english lesson starts . bosan sial . cikgu tuu kan , haihh , nak guna english , ayat buku jea , mana lah kitorang naak faham sangat . huhh . nasib setengah jam sahajaaa , okay , and the lesson ends .
2)belajar bm , bosan gila . lepastu maths , cikgu , tuuuu , okay fine , the teacher's cute and beautiful , but like , uhhhh . dia suruh kitorang salin notes dekat maths notes , pastu sabar lah do , kitorg tak habis salin lg , dia dah padam whiteboard and start explaining about the stupid topic -.- lepastu dah lah bagi homework banyak gila . sial betul . tahu tak yang aku tak faham satu apa pun ? macam mana aku nak buat homework dol ? huhh -.-''
3).and lepastu , amek IC pegi photostat and went to the stupid fucking school to send the photostated IC to the tuutttt teacher -.-''
4).....the stupid teacher came to our big circle and starts scolding us . sial doo . pastu dia nak marah marah cakap yg dia dah ajar main bola tampar , mcm mana boleh tk tahu main lg sumee . babi . padahal dia tak ajar pun sial . budak india sendiri yg ckp . bodoh nak marah marah plak . pastu , isk , entah lah , pegi mampos ah ckgu tu . memang sial . orang lain , PJ have fun , kita , takk , PJ yg paling dibencii !! pukimak betul . and masuk kelas serious takde mood gila...

 Mohon maaf kalau penggunaan kata-kata yang keterlaluan. Saya petik seratus peratus di ayat-ayat tersebut. bukan tujuan mencari publisiti, tetapi untuk berkongsi merenungi dan menginsafi tentang hal ini. Baik di pihak ibu bapa, pihak guru, pemerintah, mahupun para pelajar, masing-masing ada saham.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LIGA JUARA-JUARA (AKSI 16 TERBAIK)

Malam ini, Liga Juara-juara kembali merancakkan saingan bola sepak dunia. Malam ini juga sebanyak 16 pasukan mula bertemu sesama sendiri  untuk melangkah ke babak berikutnya. Dari 16 pasukan , kelab inggeris  menjadi penyumbang terbanyak dengan empat pasukan ke babak 16 pasukan terakhir. Antara lain Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur.  Penyumbang terbanyak kedua adalah Itali (Roma, Milan dan Inter) dan Spanyol (Valencia, Barcelona dan Real Madrid).  Jerman dan Prancis mempunyai dua wakil, Schalke 04 dan Bayern Muenchen di kubu Jerman, dan Olympique Marseille dan Olympique Lyon pula mewakili Perancis. FC Copenhagen dan Shakhtar Donetsk pula melengkakan baki dua pasukan. 

Untuk aksi malam  ini, ada beberapa   perlawanan manarik.  Antaranya ARSENAL bertemu BARCELONA.  Inter Milan  melawan Bayern Muenchen juga bakal memperlihatkan aksi yang menarik. Hurm aksi-aksi ini merupakan ulangan Liga juara-juara tahun lepas. Apakah keputusannya sama? Sama-sama kita nantikan.  Sistem nya masih lagi sama, di mana menggunakan sistem kalah mati dalam dua perlawanan.pasukan yang memiliki agregat yang lebih baik akan mara ke pusingan lapan terbaik (suku akhir). Sama-sama kita nantikan keputusan nanti.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, February 15, 2011

SUKAR MEMBUAT PILIHAN

Petang tadi mengadakan pemilihan terakhir untuk pasukan sekolah. Dari 20 pemain, dikecilkan kepada 18 sahaja, dan daripada 18, kepada 15 sahaja. Saat ni lah payah sikit, nak buang mana-mana pemain. kalau boleh senaraikan semua bakat-bakat muda yang ada, nak sahaja Imanshah senaraikan. Huhu. Sedih tu memang lah sedih. Setiap kali membuat pemilihan, pasti ada yang menjeruk rasa dan berjauh hati. Paling tidak, seminggu dua tak turun latihan.

Tapi sebagaimana yang selalu Imanshah tekankan, bukan sahaja bakat yang dipertaruhkan, tapi ianya melibatkan soal disiplin, semangat, dan kesungguhan. Kalau setakat berbakat, tapi disiplin tak ada, makanya senang sikit kerja. Dan mereka harus akur bahawa dalam dunia ini tiada jalan singkat untuk berjaya. Liga hoki Perak semakin melabuhkan tirai, dan Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Hoki SBP Zon Utara pula megambil tempat. Semoga pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang terbaik.


Dan selalunya, pemain yang tak terpilih akan mengambil dua pilihan. Pertama terus menarik diri. Ni kira memang tak memiliki semangat kesukanan yang tinggi lah. Takpa, peluang diberikan, kalau tak mahu terpulang kepada individu. Dalam pasukan, tiada istilah anak emas. Dan yang kedua, mereka menganggap ianya satu cabaran buat mereka. kali ini mereka akan terus giat berlatih, menggilap bakat, menambahkan stamina dan yang paling penting taat dan akur pada guru atau jurulatih. Dan ada dalam kalangan mereka akhirnya berjaya dan menjadi ayam tambatan pasukan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SERVIS KERETA

Pagi tadi menyelesaikan hutang pada kereta. Kena servis ma..Alahai eksian kereta dah lebih tarikh dan jumlah kilometer perjalanan. Huhu, bukan apa, nak servis di Pusat Servis Honda yang agak jauh dari rumah (20 km) kena plan btul-betul. Kalau pergi hantar kemudian tinggal, malas pula nak menyusahkan kawan-kawan. Imanshah selalu servis pada hari cuti atau hari Sabtu. Senang begini, tunggu sehingga selesai, kemudian terus pulang.

Apapun, sejak dulu lagi dari zaman memakai Honda sejak 2007 dulu, memang Pusat Servis Honda menjadi tempat Imanshah servis kereta. Walaupun agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan bengkel-bengkel biasa, namun rasanya berbaloi. Jarang lah kereta ini merajuk dan buat hal. Apapun, mana-mana servis, terpulang lah kepada individu. Yang penting kita selesa dan kereta yang diservis tidak buat hal.

Imanshah suka ke sini kerana servisnya yang cepat, mesra dan khidmat selepas servis pun ada. Selalu juga Honda memberikan hadiah seperti payung, tong sampah, beg, t-shirt selepas servis kereta. Dan setiap kali servis, Imanshah akan dimaklumkan jumlah bayaran untuk servis yang seterusnya. Dapatlah sediakan wang secukupnya untuk servis berikutnya.  Kawan-kawan servis kereta di mana??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HONDA INSIGHT

Selamat tengah hari  buat semua. Hari cuti ini Imanshah berpeluang untuk meninjau Show Room Honda di Ban Hoe Seng, Jalan Kampar. Dengar cerita depa ada lancarkan Honda Insight hari ni di cawangan Ipoh. Kebetulan lalu, Imanshah jenguk sekejap, maklumlah, Imanshah memang pengguna Honda yang setia. Hurm, untuk makluman semua Honda Insight ini merupakan kereta yang termurah dalam kelasnya iaitu Hibrid, cuma RM 98, 000 termasuk insurans. murah kan??haha..murah lah bagi yang berduit.. yang kurang duit macam kita ni, mahal la tu.

Walaupun tak berkesempatan membuat test drive, dari penenrangan yang diberikan , Imanshah dapati antara kelebihan honda insight ialah :

Lampu utama dan wiper automatik
Cermin sisi automatik
Keyless Entry
Cruise Control
Stereng dengan kawalan audio
Sistem penghawa dingin Automatic Climate Control
Sistem audio 4 speaker dengan keupayaan MP3,CD, dan USB
Ecological Drive Assist (EDA)
Dua beg udara SRS
Sistem brek ABS,EBD,BA dan Vehicle Stability Assist (VSA)


Honda Insight didatangkan dengan empat warna iaitu Premium White Pearl, Dyno Blue Pearl, Alabaster Silver Metallic dan Crystal Black Pearl. Nak cerita lebih-lebih pun tak berapa nak reti, jom kita ke Honda yang berdekatan. Selamat memandu. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, February 14, 2011

TIPU BIRTHDAY DI FACEBOOK

Pernah tak bila korang bukak Facebook..sebut BM nya muka buku ok, terpampang tarikh hari jadi kawan-kawan dalam friend list kita. Kita yang sekali sekala bukak FB ni pun dengan perasaan bangga dan mengenang sahabat mulalah nak mengucapkan selamat hari jadi. Pergh, beratus-ratus ucapan hari jadi yang diterima. Sekali daa dia tipu. Patutlah rasanya bulan lepas dah wish, aik bulan ni hari jadi lagi??

Apa perasaan korang?? Orang macam ni  kalau Imanshah comfirm kena delete dari senarai rakan. Orang macam ni selalunya tak tahu nak bergurau, tak tahu mana yang dikatakan gurauan dan mana pembohongan. Tak tahulah kalau korang suka dengan gurauan melampau macam ni. Tapi Imansha rasakan ada benda yang boleh dibuat lawak, dan ada perkara yang perlu serius dalam hidup ini. 

Apapun , jangan ada pulak yang buat lawak bodoh campur bangan dok fitnah si polan bin si polan sudah meninggal dunia ok!! Kenapa Imanshah cakap begitu?? Kerana dah banyak kes yang berlaku, ada orang yang belum mati doikhabarkan mati dalam FB. Nak jadi sensasi, lepas tu tunggu komen berjela-jela. Takpun penuh dengan perkataan likes..huhu. Apapun, FB pada saya medium yang baik untuk berhubung, gunakanlah dengan sebaiknya!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BINTANG MENANG

Alhamdulillah, perlawanan ke 7 Liga Hoki Perak antara Sekolaha Bintang dan 1 Mas B berkesudahan kami menang 6-1. Walaupun memperoleh kemenangan yang agak sederhana besar, namun masih banyak yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah buat semua anak-anak Imanshah yang berjaya menghadirkan tiga mata berharga buat pasukan. Untuk perlawanan terakhir pada hari Ahad nanti kita perlu buat sebaik mungkin. Bertemu "King of Hockey" di kinta dan juga Perak, iaitu Anderson, memerlukan kekuatan dan kekentalan di semua bahagian. Bermula dari keeper, pertahanan, sayap dan serangan. 

Usai Liga Hoki Perak, kejohanan yang menunggu seterusnya ialah MSSD Kinta Utara dan SBP Zon Utara. Harap-harap kedua-dua kejohanan yang menjadi target kami bakal memberikan memori terindah nanti. Good job boys. See u tomorrow kat padang.. Lagi-lagi cuti kan. Lepas berarak untuk Maulidurrrasul, kita buat latihan ok!..Terima kasih buat semua pembaca yang sudi membaca berita kejayaan tak sehebat Man United mengalahkan Manchester City dua malam lepas. take care semua!! Nak basuh jersey.hehe..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BEN ASHAARI TIDAK LOKEK ILMU

" nak tanya, bagaimana kalau blog kita ditegur oleh boss/ketua jabatan??rasanya blog saya ni santai je..tak mewakili mana2 pihak..tapi jadik sensasi sebab depa suka baca..dan sinis2.. " 

Blog aku , mmg dibaca oleh bos aku ... Aku ada 3 boss dan kesemuanya perempuan .. Setakat ni , alhamdulillah .. mereka tidak pernah nak halang aku dari berblog asalkan keje siap .. gulp ! Malah boss aku yang berada di Denmark sekarang ni pon sering masuk untuk mengetahui perkembangan anak buahnya.. erk.. aku la .. hehe.. Thanks Miss Lai .. Yang lain , aku tak pasti.. hehe...

Dulu aku kerap jugak bercerita mengenai rakan rakan dipejabat aku tu.. Sebarang majlis yang dibuat pon aku akan cerita dalam tu.. Tujuan adalah untuk 'rekod' peribadi.. Mana la tau tahun tahun mendatang , aku nak kenang kembali detik detik tu .. kan ? 

Cuma , ada bahagian bahagian tertentu kita TAK BOLEH cerita kerana boleh membahayakan pihak pihak tertentu secara kita tidak sedari .. Mungkin bagi kita ianya sekadar santai tetapi tidak bagi mereka..

Nasihat aku satu jer .. Blog kita , cerita kita .. elakkan bercerita mengenai mereka .. Jika nak meluahkan perasaan , elakkan letak gambar mereka atau nama mereka .. Itu lebih selamat .

Ini ialah jawapan yang diberikan oleh BEN ASHAARI kepada soalan yang Imanshah kemukakan kepada beliau dalam segmennya. kalau nak tengok ada kat SINI. Apapun, terima kasih buat Encik Ben yang sangat tidak lokek ilmu. Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama dengan saya, bolehlah ambil nasihat beliau!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JERSEY

Entri pendek sahaja. Malam tadi tiba-tiba teringat, jersey untuk digunakan dalam perlawanan petang nanti belum dibasuh. Kelam kabut dibuatnya membasuh jersey-jesey ini. Almaklumkan bau yang harum semerbak memenuhi ruang tamu rumah. Mak aii, tiga hari dalam plastik tak buka-buka. Boleh pengsan dibuatnya. Terpaksalah mendobi malam-malam buta. Mujur ada pembantu setia, mesin basuh. kipas berputar 24 jam bagi membolehkan jersey-jersey ini kering pada hari ini juga.

Petang ini sekali lagi kami turun padang untuk perlawanan ke-7 liga. Doakan kejayaan anak-anak muda Imanshah. Salam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 13, 2011

SENYUM

Owh si dia dah bertunang??..bibir mengumtum SENYUM.

Eh ingat dia bertunang ngan hang??Bukan tu buah hati hang ka?? bibir masih TERSENYUM.

Eh kenapa si polan bin si polan dikebas orang?? masih menguntumkan SENYUMAN.

Tu lah hang, juai mahal. SENYUM  lagi.

Blur dan hilang kata-kata. Namun mujur ada hoki yang saban hari ada pertandingan dan latihan. Lupakan sekejap soal hati. Tapi sejauh mana boleh menipu?? Wallahua'lam. Maaf kalau beberapa ini Imanshah agak menyepi dari dunia blog, jejak ditinggalkan tiada kunjungan balas. Selain kesibukan yang mencengkam, hati sedikit berkocak di dalam. Alhamdulillah..mujur sedari dulu diajar untuk menjadi seorang manusia berlapang dada. InsyaAllah, ada hikmah di sebaliknya. Benarlah, soal jodoh itu Allah tentukan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KELUARGA, ORANG PUTIH PANGGIL FAMILY

Salam semua. Untuk pelajaran hari ini, cikgu rasa kita buat satu karangan. Oleh kerana murid-murid baru sahaja masuk Tingkatan Satu, eloklah kita buat karangan tentang Keluarga Saya. Semua orang dalam kelas ni ada keluarga kan. Jadi, hari ni, cikgu nak murid-murid ceritakan tentang keluarga masing-masing. Cikgu bagi masa selama setengah jam untuk siapkan. Kalau dah siap sila hantar kepada cikgu!!




Kanak-kanak memang jujur. Walaupun karangan pelajar ini (bukan murid saya) penuh dengan kesalahan bahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya, namun di sana ada kejujurannya. Tentang keluarga yang porak peranda, tentang keinginannya untuk memiliki keluarga bahagia. Marilah kita bina keluarga bahagia demi anak-anak.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, February 12, 2011

ADIKKU KEMALANGAN

Suatu hari IMANSHAH dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa. Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat IMANSHAH kerana tersekat d idalam trafic jam

"Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenapa pula sesak hari ni” 

Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke”.

"Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau”.

Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul. 

" Ini tak boleh jadi ni. Aku mesti buat sesuatu”

Imanshah keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. 

"Ada accident la encik"  kata sorg mat rempit. 

Lalu Imanshah  pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii, Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Sebenarnya Imanshah cuba menarik perhatian orang ramai supaya memberi laluan kepadanya yang hendak melaui jalan tersebut dengan cepat tanpa mempedulikan perbuatannya salah kerana dia tak mempunyai adik pun.

Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati Imanshah  berbangga dan berkata:

“Menjadi juga idea aku ni”

Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Imanshah matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu…

Imanshah meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya .Dalam hati dia berkata 

"Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!"

Rupa-rupanya seekor monyet yang sedang melintas jalan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SEKEMBALI DARI MESIR : SABAR, SYUKUR DAN SERONOK

ENTRI terakhir oleh my beloved student HAIKAL tentang pengalaman beliau di Mesir. Alhamdulillah HAIKAL telahpun berada di bumi Malaysia. Setelah entri-entri yang sebelumnya daya paparkan di SINI, DI SINI dan DI SINI. Promote blog anak murid..wahaha. Kalau nak jenguk blog Haikal bolehlah berkunjung  DI SINI.

3 perkataan ini cukup untuk mengambarkan semua pengalaman yang saya terima selama 11 hari darurat di Egypt dan 5 hari di Kompleks Tabung Haji di Jeddah.


Sabar
Mungkin ada yang berfikiran ujian kesabaran yang paling getir diihadapi oleh kami ialah ketika berada di Egypt, tapi tidak kerana saya seronok ketika berada di Egypt . Bagi saya ujian kesabaran yang paling dirasai ialah apabila melihat karenah manusia yang suka mengambil hak orang lain ataupun bersikap seperti enau dalam belukar yang cuba untuk melepaskan pucuk masing-masing. Sedih melihat umat islam menindas umat islam yang lain dan tidak menghiraukan kepada saudara sesama islam mereka.perkara ini jelas dapat dilihat ketika proses penyerahan passport untuk mengambil token giliran pulang ke Malaysia. Sepatutnya siapa yang sampai ke Jeddah dahulu diberi keutamaan untuk pulang dahulu, tetapi ramai yang baru tiba di Jeddah sudah menyerahkan pasport mereka dengan harapan dapat pulang awal. Sama juga ketika agihan makanan, tak kiralah kamu pelajar jurusan agama yang sepatutnya berperwakatakan warak ataupun pelajar perubatan yang dikatakan pelajar pintar, semuanya sama mengambil makanan lebih tanpa memikir orang belakang. 

Syukur
Saya sangat bersyukur diletakkan oleh Allah di bumi Egypt untuk menyaksikan sendiri umat Islam dan Kristian bersatu hati bangkit untuk melawan pemerintahan kuku besi di Egypt. Semangat pejuang-pejuang ini sangat saya kagumi dari cara mereka mempertahankan hak mereka, berkongsi segala kudrat dan makanan untuk riot ini. Dahulu saya bangga melihat pemain bola egypt melakukan sujud syukur di atas padang setiap kali mereka menjaringkan gol, kini saya dapat berbangga dengan egyptian yang beragama kristian yang mempertahankan pejuang islam yang sedang solat dari tentera-tentera Egypt. Pengalaman ini sangat berharga kerana kali terakhir malaysia mengalami darurat ketika peristiwa 13 Mei. Kini saya dapat merasainya sendiri bagaimana ketakutan untuk keluar rumah sewaktu darurat. Harap-harap perkara sebegini tidak akan berlaku di Malaysia.

Seronok
Mungkin ada yang pelik mengapa saya rasa seronok? Lama saya berdoa untuk dapat menjejak ke Tanah Haram Mekah tapi kali ini dengan rancangan Allah saya dapat memijak bumi Saudi, Negara kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad. Pada mulanya bercadang untuk menunaikan umrah namun dek undang-undang manusia, terbantut rancangan tersebut. So near, yet so far..tapi pengalaman 5 hari hidup di Kompleks Tabung Haji sangat menguji ketahanan diri, cuba bayangkan selepas 3 jam menaiki charlie, kemudian menunggu untuk pelepasan visa selama 6 jam di airport jeddah, kami dibawa ke kompleks tabung haji, setibanya di sana selepas pendaftaran kami diberitahu yang tempat penginapan.dek kerana kepenatan kami mengambil kotak dan tidur ditepi coridor. Ketika ini tiada sentimen kau anak datuk aku anak petani. Semua tidur seperti pengemis. Satu pengalaman yang sangat berharga. 

Saya juga turut seronok melihat rakan-rakan yang dapat pulang ke Malaysia setelah sekian lama berjauhan dari rumah. Ada yang sudah 8 tahun tidak pulang ke Malaysia, ataupun mempunyai masalah kewangan untuk pulang ke Malaysia. Sedih menjadi seperti mereka. Namun berkat kesabaran mereka, alhamdulillah Allah mengurniakan nikmat selepas ujian. Syukran lillah Ya Allah.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses evakuasi pyramid, Kerajaan Malaysia, penderma dan sesiapa sahaja.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BANGLA MANA NI?

Seminggu dua ni, sukan sekolah, sukan daerah, sukan SBP semuanya berebut mengambil tempat. Mulalah kepala weng, badan lemah (bahaya ni) dan otak kurang cardas. Yalah, keluar jam 6.45 pagi..balik jam tujuh malam. Bagi kes saya, solat pun di stadium. Memang selalunya inilah sindrom yang dihadapi oleh cikgu-cikgu terutamanya yang digalaskan memegang jawatan sebagai guru pembimbing sukan dan permainan. Tapi yang tak boleh tahan, bila kulit muka tiba-tiba bertukar kaler.

Hehe, bukannya tukar kaler putih jadik hitam, tapi dari cerah sedikit, jadi gelap banyak. Kalau orang putih cakap SUN BURN. Kalau india cakap..ntah tak tahu le. Walaupun disyorkan untuk memakai sun block, tapi saya jenis tak gheti nak pakai benda-benda alah tu. Rasa macam susah nak bernafas je kulit. Lepas tu, kalau ada parut-parut jerawat yang jelita tu, maka nampak melekat lak kat parut kan. Haha, apo-apo yolah. Ada aku kisah??

Lagi satu, bila time macam ni ada sedikit lah ketegangan dengan guru-guru akademik, walaupun saya bukanlah guru sukan , tapi kadang-kadang pasal pelajar yang keluar untuk latihan, perlawanan dan sebagainya ni memang menjadi duri dalam daging. Mana satu yang salah. Cikgu akademik kata budak-budak yang teruk result jangan bagi wakil sekolah, tapi guru-guru pembimbing sukan merangkap jurulatih kata kalau dia tak wakil sekolah, sapa lagi yang tinggal. Maka di sinilah peranan yang harus dimainkan oleh pentadbir. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak. Hehe..

Teringat seorang kawan yang SUNBURN sebab melatih pelajar di padang untuk satu pertandingan.  Seminggu berada di padang dari jam 8 pagi hingga enam petang. Tiba-tiba pada hari ke-6 apabila pulang ke rumah, anaknya menangis apabila didukungnya. 

Kalau anaknya tu boleh bercakap, agak-agaknya apa yang dia kana tuturkan??


NI BANGLA MANA NAK DUKUNG AKU??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, February 11, 2011

SAHABAT TERBAIKKU

Sehari dua ini perasaan menjadi sedikit berserabut. Hati tidak tenteram, jiwa resah mengenangkan sahabat baik telah melukakan hati dengan tindak-tanduknya. Memang tidak menyangka dan menduga, persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya menjadi dingin kerana beberapa sebab yang tak dapat Imanshah ceritakan di sini. Namun, walaupun hati agak terkilan dan berjauh hati, Imanshah berharap agar keterlanjuran yang berlaku ini cepat-cepat dapat dibuang jauh dan hubungan kami kembali seperti sediakala. Teringat satu kisah tentang sahabat, mungkin kalian pernah membacanya di blog-blog lain .Imanshah letakkan jua sebab nak share kerana ianya memang memberi pengajaran dan pelajaran berguna untuk orang yang memiliki sahabat.


Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir.
"HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU".

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah pantai, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan  diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di atas batu:
"HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU".
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya:


 "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, 


"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin".


Begitulah persahabatan wahai teman-teman. Bila ianya menyakitkan, melukakan dan memilukan, biarkanlah ianya berlalu dan berikanlah maafmu. Dan jika ada kebaikan yang diberikan kepada kita, pasakkanlah kebaikan itu di dalam hati supaya ianya terus kekal menjadi kenangan terindah untuk dikenang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, February 10, 2011

KENAPA TAK SIAPKAN HOMEWORK?

Salam buat semua. Hari yang memenatkan. Kebasahan  dan kehujanan di stadium, terlupa nak angkat kain di jemuran..semua berserabut. Persediaan P&P yang belum selesai, minit mesyuarat yang belum disiapkan. Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana pemimpin-pemimpin negara berhadapan dengan jadual kerja yang begitu sibuk saban hari. Mudah-mudahan Allah permudhkan jalan hamba-Mu ini.

Apapun kita layan lah gambar ni, maaf kerana saya tak berkesempatan berkunjung ke blog kawan-kawan semua. Terasa mahu MC sahaja esok, namun apa kan daya ada tujuh  waktu esok. Akan gagahkan jua diri.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, February 9, 2011

JANGAN MENANGIS IQBAL

Ahad menangis, Isnin menangis. Hari ini Selasa pun menangis. Tiada hari yang tidak menangis. Kasihan melihat seorang anak yang terpisah jauh dari keluarganya. Iqbal, pelajar saya kelahirang Temerloh Pahang, mengalami sindrom homesick, satu sindrom yang bukan sahaja dijangkiti oleh kana-kanak seperti Iqbal, bahkan orang dewasa juga. Cuma yang membezakan antara kedua-duanya, kanak-kanak akan berlarutan dan akan mencari jalan untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Iqbal salah seorang contoh dari ribuan pelajar sekolah berasrama yang sebenarnya memiliki potensi yang tinggi untuk berjaya , namun kecundang di tengah jalan akibat gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kasihan saya melihat guru-guru saban waktu memujuknya supaya terus kekal bersekolah di Sekolah Bintang. Begitu juga dengan pelajar semuda Iqbal yang ttrpaksa berperang dengan perasaan antara keinginan untuk mendapat prasana pendidikan terbaik dengan kerinduan kepada keluarga. Apatah lagi melihat kepada latar belakang keluarga nya yang boleh dikategorikan sebagai pelajar miskin, sayu jika Iqbal akhirnya kalah dalam perjuangannya, dan akhirnya pulang ke kampung halaman.

Kami sempat meminta Iqbal menulis alasan kenapa dia ingin berhenti dari meneruskan persekolahan di sini. 
Buku teks tinggal kat rumah

Seluar hilang
Tuala hilang
Terjatuh
Slip bank hilang
Rindu mak ayah
Apapun, inilah antara rencam dan ragam pelajar yang sering ditemui saban tahun sepanjang bergelar guru. Kepada Iqbal, semoga kuat jati dirimu, setinggi kasihmu kepada keluarga, tinggi juga hasrat dan tekadmu untuk mengubah nasib mereka. Adios!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget