WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 31, 2011

MATA YANG BERHARAP

Permohonan untuk bertukar bagi perpindahan pada bulan Jun telah pun dibuka. Dalam mesyuarat guru semalam, guru data telah emmaklumkan bahawa permohonan untuk mengikut pasangan, perpindahan kerana lari dari ancaman akan diutamakan. Hurm, masa untuk lari tiba lagi. Untuk makluman semua, dalam setahun, permohonan untuk perpindahan dibuka sebanyak dua kali. Dan Imanshah antara pendidik yang agak istiqamah dalam mengisi borang perpindahan. Cuma rezeki belum berpihak kepada diri ini.

Eh, kau tak isi ke tukar? Selalunya kau orang pertama ! Sapa sahabat saya.

Entah lah, kali ini nafsu untuk mencuba nasib seakan tiada. Dan seakan masih terbayang mata-mata comel ini meluahkan. Cikgu, jangan lah mintak tukar. Kesian kami budak hoki!! Dalam dilema juga saya. Mata-mata yang penuh mengharap itu, terus berharap dan mengharap!! Argh!! Dilema antara kerjaya dan anak didik!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, March 30, 2011

PEMANDU WANITA MELENTING?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan. 
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. ‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita. 
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini. Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum. 
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya. Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.  ‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya. Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Sehari dua ni kenyataan Bung Mokhtar di Perlimen telah membangkitkan polemik di kalangan rakyat Malaysia. Imanshah terbaca dalam surat khabarUtusan Malaysia  mengenai kenyataan YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menasihatkan Bung Mokhtar supaya tidak mendikriminasikan wanita melalui kenyataan beliau di dewan Rakyat. Hurm, boleh plak macam ni ya. Tentu sentap pemandu-pemandu wanita kita terutamanya geng-geng blogger kaum hawa kan? Haha, ada sapa-sapa yang nak pertahankan wanita?? Sila-sila.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BEST KAN SELALU SEDEKAH TELEFON BIMBIT KAT ORANG

Careless!! itu sahaja gambaran terbaik untuk Imanshah. Telefon bimbit hilang lagi. Entah ke berapa kali dah kehilangan telefon bimbit. Malam tadi Imanshah mengunjungi kiosk maxis untuk bayaran broadband. Yalah nak dijadikan cerita, telefon bimbit tertinggal atas mesin pembayaran maxis. Mula-mula tak perasan, tapi bila sampai pertengahan jalan, barulah tersador. Semuanya sudah terlambat. Kucing mana yang tak makan ikan depan mata kan. Terus telefon bimbit Imanshah dimatikan oleh si tangan panjang. Panggilan dimatikan dan masuk ke mel peti suara.

Sayang semuanya, sudah terlambat. Sesi bersedekah malam ini diteruskan lagi. Nak tidur pun tak dapat ni. Tengah menung memikirkan. Hurm pagi-pagi dah dapat hadiah, malam -malam rupanya Allah nak tarik sikit rezeki kita. Nak buat macam mana. Cuma sedikit ralat kerana banyak sangat  nombor telefon penting dalam tu. Sabor je lah kan.!!

p/s : Kali ke berepa belas entah!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, March 29, 2011

KIRIMAN BAHULU CINTA LARA DARI GADIS BUNGA

Pagi-pagi tadi Imanshah menerima satu bungkusan dari seseorang. Suspenda juga, manalah tahu kan. Kot-kot ada dadah ka, syabu ka, maklumlah zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku tanpa diduga. Kalau tidak takdalah muda-mudi kita terperangkap dek sindiket dadah antarabangsa. Dalam hati sapalah hantar bungkusan pepagi buta ni. Bila dibuka, wah ada sesuatu. Bukan satu, tapi dua. Apa yek??


Wah bahulu. Hurm, sapa plak nak mengorat main hantar bahulu ni. Nama pengirim takda, lalu tiba-tiba teringat pada GADIS BUNGA. Adakah gadis itu?? Mungkin jua sebab dulu dia sibuk promosi bahulu untuk disedekahkan. Tambah-tambah Imanshah kan anak yatim ni.

Wahaha, terharu juga sebab rasanya Imanshah tak kasi alamat pun kat GB. Macam mana dia tahu alamat Imanshah. Apapun terima kasih lah ya GB atas kiriman bahulu ini. Macam tahu-tahu Dato Imanshah memang suka makan bahulu cicah kopi. Kenyang dah ni.. Nyam-nyam..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, March 28, 2011

AKADEMI FANTASIA TERUS BERFANTASI


KUALA LUMPUR, 28 MAC 2011: Selepas menjalani proses undian secara online menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) serta penjurian dari juri profesional, inilah dia barisan 12 pelajar AF9 yang telah dipilih secara sah serta bakal mengharungi cabaran sebagai penuntut AF9.
AF9 yang diterbitkan Astro akan mula disiarkan di Astro Ria saluran 104 bermula 2 April ini.
Bagaimanapun, daripada 12 pelajar AF9 yang diumumkan dalam majlis sidang media pelajar AF9 dan tenaga pengajar AF9 di AEON AU2 Setiawangsa, sebentar tadi, tiga di antaranya berstatus artis realiti TV yang mana sebelum ini mereka pernah menyertai program realiti TV bukan terbitan Astro.
Apatah lagi, ada juga yang sudah mempunyai lagu single sendiri dan pernah dicalonkan dalam program Muzik-Muzik iaitu Azri. Selain Azri yang pernah menyertai program Mystar LG, Afif yang juga saudara kepada pelakon kacak, Kamal Adli pernah bersaing menerusi program yang sama. Pun begitu, Azri bertanding dalam Mystar LG 2 dan Afif pula Mystar LG musim pertama.
Seorang lagi pelajar lelaki AF9 yang pernah menyertai program realiti TV adalah Erul yang mana sebelum ini dia dikenali dengan nama Khairul dari kumpulan Evo iaitu protege kepada Jaclyn Victor dalam program Mentor.
Produksi AF9 kali ini turut memilih adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Kay yang tidak putus-putus mencuba nasib sebagai pelajar AF bermula dari musim yang kelima lagi. Selebihnya, 8 pelajar AF9 yang lain ialah Amir, Raqib, Lena, Laika, Eka, Aida, Nera dan Miza.
Selain mengumumkan barisan 12 pelajar AF9, majlis pada petang itu turut mendedahkan senarai barisan tenaga pengajar yang bakal mendidik kesemua pelajar ini. Mereka yang dipilih adalah Syafizawati dan Ning Baizura sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.
Bagaimanapun, pihak Astro masih lagi merahsiakan siapakah calon paling layak yang bakal menduduki kerusi panas pengetua yang mana nama pengetua yang rasmi akan diumumkan pada 2 April depan sewaktu siaran langsung ke udara di Tirai AF9 yangakan menampilkan Aznil Hj Nawawi sebagai hosnya.
Dalam pada itu, pihak produksi juga masih merahsiakan siapakah 2 selebriti yang bakal menjadi juri tetap AF9. Namun, penganjuran AF kali ini bertambah menarik kerana penonton dapat lihat sendiri setiap pelajar ini belajar yang mana kelas AF9 dibina di AEON2 Setiawangsa dalam studio kaca.
Apapun, jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert Tirai AF9 yang akan diadakan di AEON2, Setiwangsa jam 9 malam. Sebelum berlangsungnya konsert Tirai, sebuah mini showcase akan diadakan dengan menampilkan bintang AF seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Zahid, Shahir dan ramai lagi.

Akademi Fantasia?? Wah sudah masuk musim ke sembilan. Sebagai pemerhati bebas, Imanshah tak kisah pun siapa artis nya, pengetuanya, mahupun tenaga pengajarnya. Sebab tidak pernah mengikuti secara dekat program ini. Ya lah usia pun bukan muda lagi, tak segagah Mama Rina mahupun Akkkkaak Nita. Haha. Apapun, masing-masing punyai pandangan dan pendapat yang berbeza tentang rancangan realiti ini. Kalau dulu rancangan ini mencetuskan fenomena yang amat luar biasa dengan kemunculan tsuMawi, namun kini seolah-olah rancangan suam-suam kuku sahaja. Semua orang berlumba-lumba untuk jadi artis segera, sanggup tinggalkan persekolahan semata-mata mengejar kemasyhuran sekejap cuma. Alhamdulillah, bila mendengar ini merupakan musim terakhir, sekurang-kurangnya, RAKYAT MALAYSIA tidak lagi membuang wang ringgit secara percuma demi memenangkan penyanyi mee maggi kesayangan mereka. Ada rupa semua boleh jalan. Lepas ini harap-harap usah ada yang memaksa mata mereka mengeluarkan air mata pada drama-drama yang tak sesentap mana pun. Klise sahaja. Kepada anak-anak muda di luar sana, tiada kejayaan mudah tanpa ada nya usaha yang gigih. 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HARI GELABAH SEDUNIA

Salam dan selamat malam buat semua. Bagaimana hari Ahad kalian?? Semoga Ahad kalian baik-baik sahaja dan berlalu dengan penuh gembira. Ahad Imanshah? Hurm, Ahad yang gelabah. Kenapa gelabah?? Ce citer, ce citer.

Ada dua kisah, pertama Imanshah kehilangan tiket parking sewaktu mengunjungi Supermarket Green Town Mall, Ipoh. Makanya penat berjalan ke hulu ke hilior mencari tiket. Idak nya jumpa. Dan jalan terakhir, terpaksalah Imanshah mengadap geng-geng sekuriti. Gulp!! Telan air liur bila lihat di pintu bilik sekuriti itu tertulis:

DENDA HILANG TIKET KERETA RM 30. 

Hurm, RM 30 tu boleh makan tiga hari. Takkan nak gantikan dengan harga sekeping tiket yang jumlahnya RM 1 cuma. Namun setelah berlaku adengan tawar menawar, akhirnya denda diturunkan menjadi RM 10 sahaja. Alhamdulillah, selamat RM 20. Tapi sememangnya hari gelabah betul lah tadi.

Kisah kedua begini. Dua hari lepas Imanshah menghantar pakaian ke dobi, termasuklah 2 helai seluar kerja. Untuk tahun ini, Imanshah ada tiga helai kerana almaklumlah tahun ini  dah mengandung. Seluar tahun-tahun sudah tidak muat lagi. Nak dijadikan cerita juga sehelai seluar Imanshah tertinggal di kampung. Maknannya ke dua-dua seluar sudah berada di kedai dobi der.

Tiba-tiba jam 11 malam Imanshah baru  tersedar, pakaian belum diambil dari kedai dobi. Alamak hari gelabah tiba lagi.  Nak ke kedai dobi, sah-sah lah nak kena pelempang kalau telefon tuan dia. Nak ke supermarket, dah tutup. Tinggal sekuriti aja. Nak tak nak, terpaksalah belek-belek, singkap-singkap semula khazanah dahulu kala. Mak ai, saiz 29 semuanya. Mana nak muat. Puas dicuba, namun gagal jua. Tersangkut di bahagian perut itu. Haha.Yang muat saiz pinggangnya, koyak pula.

Hurm , masih buntu ni, nak pakai baju melayu ke esok. Nanti kata buang tebiat, nak pakai T-shirt PJ nanti dikatakan nak rampas kuasa cikgu PJ. Huhu. Tak tahu lah, biarlah esok yang akan menentukan!! Sungguh GELABAH hari ini!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, March 27, 2011

SOAL MAKAN BOLEH AJA : PENGAT PISANG

Setiap orang di dunia ini mestin ada makanan kegemaran masing-masing. Selalunya bila Imanshah mengajar tingkatan satu terutamanya bila ditanya tentang makanan kegemaran masing-masing, makanan moden lah yang jadi pilihan. Kadang-kadang terfikir juga, mak ai, zaman kita berbeza rupanya. Apa taknya , kalau jawapan seperti berikut :

Dominos Pizza, McD Prospereties Burger, Oblong Burger, Secret Recipe dan banyak lagi. Paling kurang pun nasi goreng kampung dan nasi ayam.

Hurm, yalah masa dan waktu turut berubah. Dulu mana ada secret recipe ni. Kalau ada pun kek sponge. Itu pun tak jadi. Orang kata apa ntah, Batak?? Eh kalau salah tolong betulkan ye. Memang tak merasa lah benda-benda macam ni. Sebab itulah sehingga sekarang Imanshah bukan jenis penggemar tegar kek dan aiskrim. Sebab memang masa kecil dulu kita tak merasa benda-benda macam ni. KFC jauh sekali lah. Bila dah besar, walau pun mampu namun tekak macam tak dapat menerima  makanan-makanan mewah ini.

Bercerita soal makanan kegemaran Imanshah, yang paling Imanshah suka ialah Pengat Pisang. Hurm, memang tak boleh lawan lah. Bila berada di Ipoh ni, terfikir juga, susahnya nak cari Pengat Pisang. Rupanya, ianya masih popular dan Imanshah selalu menikmatinya di Restoren Sabar Menanti. Jadi, kalau singgah di Restoren Sabar MEnanti, jangan lupa singgah, peken bermacam aneka pengat dan bubur. Hurm, tetiba pulak teringat Pengat Pisang. Imanshah ni jenis bukan boleh ingat, mula lah nak makan. Ok, petang ni kita pekena pengat pisang ya. Selamat berhujung minggu!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ANTARA GADIS BUNGA DAN WHITE ROSE, MANA SATU PILIHAN IMANSHAH?

Wah tajuk tak menahan kan?? Dua gadis yang semacam ada chemistry gitu..Yalah nama pun hampir sama. Satu GADIS BUNGA, satu lagi WHITE ROSE. yang White Rose ni verangan pula nak jadik orang putih, Haha. Jangan marah. Yang penting dua-dua bunga. Bukan kumbang ok!

Tapi, Imanshah nak minta maaf lah, pasal tajuk entri kali ini. Takda niat pun nak mendatinkan kedua-dua nya. Sekadar memberi penghormatan kepada kedua-dua blogger yang selalu menjengah dan meninggalkan komen di HOK SENGOTI. Hari ni Imanshah nak buat promosi percuma lah kepada kedua-dua blog ini. 

Blog GADIS BUNGA ni memang lah terkenal. Tak percaya cuba klik. Blog yang ringkas, tak berjela-jela dan yang paling penting Imanshah suka sebab gambar di blog ini cantik-cantik semua. Blog ni kira blog campur-campur lah macam HOK SENGOTI juga. Kejap pasal kerja, kejap pasal nikah, kejap pasal cuti. Haha, blog peribadi namanya tu. Kalu kawan-kawan ada kelapangan , sila lah untuk sama-sama memeriahkan laman GADIS BUNGA. Satu lagi, empunya blog ni suka sangat snap gambar. Kadang-kadang gambar kumbang pun jadi entri. Sangat class. Tuan tanahpun sangat peramah, siap bagi bahulu lagi kat kawan-kawan. 

Bunga yang satu lagi ni pun menawan juga. Kalau singgah di WHITE ROSE, jangan lupa sapa menyapa. WHITE ROSE ni seorang guru di Kampung Gajah, Perak. Namanya cikgu kalau tak ramah tamah, tak sahlah ye. Selalu juga dia usik Imanshah ni, pakwe la, abanglah, tapi takpe, Imanshah tak kisah lah. Imanshah ni jenis selamba juga, kamu usik beta, beta usik kamu balik. Ok tak?? Fair and square kan. Lagi satu, WHITE ROSE ni tengah sambung belajar, makin sibuk lah nampaknya ya!! Kalah kak Ros kita. Wehehe.

Apapun, kalau ada kelapangan, sesapa yang singgah di HOK SENGOTI, singgahlah  ke blog GADIS-GADIS INI. Pasti anda akan merasa gumbira di sana. Baiklah, promosi untuk hari ini, telah pun tamat. Kepada sesiapa yang inginkan sebarang bentuk promosi dari Imanshah, jangan malu dan jangan segan. Ikhlas tanpa bayaran, dariku promoter berjaya!! 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KILANG KICAP JE!!

Bila buka FB ada je orang hantar meseg. Ni Imanshah yang dulu belajar kat Universiti Sayang Menyayang ke?? Ni Imanshah yang dulu amik pendidikan ke?? Bila chat plak, Imanshah kerja kat mana?? Eh kenapa tak jadi  cikgu??   Eh bukan dulu awak lagi hensem ke?? Eh bukan   awak belum   kahwin ke??

Pening nak menjawab. Yelah Imanshah mana lagi. Padahal Imanshah dulu dan sekarang sama je. Bila tak menjawab, dikatakan sombong. Bila tak tegur kata berlagak. Tapi bila jawab, ditanya macam-macam. Kerja kat mana, anak berapa? Tinggal kat mana? Dulu belajar kat mana. Padahal dalam FB sudah tercatat semuanya. Takpalah , sebab Imanshah peramah, Imanshah jawab jelah. Kawan-kawan Imanshah pun sama-sama peramah juga.

Haha, tapi rupanya Imanshah baru tersedar patut depa dok tanya macam-macam benda asas walaupun mereka tu semua kawan-kawan satu U dan sekolah. rupanya Imanshah dah tukar maklumat peribadi. Huhu. 

Works at : KILANG KICAP JE

Studied at : SEKOLAH PONDOK JE!!

Status : DIVORCED

Patut le..Hehe



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, March 26, 2011

KARNIVAL JOM MASUK U TIBA DI IPOH

Fuh ramai sungguh manusia di KarnivalJom Masuk U, Kementerian Pengajian Tinggi Negara 2011 di Dataran MBI, Ipoh Perak. Imanshah berkesempatan secara dekat berkunjung ke sana membawa beberapa pelajar lepasan SPM untuk meninjau peluang kemasukan universiti dalam dan luar negara serta peluang biasiswa untuk mereka. Teringat masa lepas SPM tahun 1997, tak ada pun program seumpama ini untuk lepasan SPM masa tu. Kira kita pandai-pandai sendiri lah. Semua diuruskan sendiri. Tambah-tambah anak kampung kan. Tapi sekarang ni semua ada, dari aspek tempat sehinggalah biasiswa dan penajaan. Nak tak nak sahaja budak-budak zaman sekarang.

Para pempamer terdiri daripada wakil-wakil Institut Pengajian Tinggi Awam, Swasta, Politeknik, IPG, Biasiswa dan juga matrikulasi. Para pengungjung smemangnya bertuah kerana semua agensi dan institus pengajian tinggi berkampung dan berkumpul di Ipoh. Alhamdulillah, tahniah buat Kementerian Pengajian Tinggi yang telah mengambil inisiatif terbaik bagi mewujudkan suasana CINTAI ILMU kepada para pengunjung. 

Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah :

1) Pameran pendidikan
2) Informasi kemasukan
3) Kuiz Jom Masuk U
3) Cabutan Perdana/bertuah
4) Seminar peluang Pengajian Tinggi
5) Taklimat Bimbingan kaunseling IPT
6) Permohonan aplikasi talian
7) Semak kelayakan program

Semoga para pelajar SPM 2010 berjaya mendapat tempt terbaik di IPT nanti. InsyaAllah!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MANGGA

Lari sedikit dari kesibukan di sekolah. Lama sungguh tidak menjenguk pokok buah-buahan di belakang rumah. Ada lah pokok pisang, mata kucing dan mangga. Seronok bukan kepalang bila melihat buah-buah mangga Imanshah mula mengeluarkan hasil. Imanshah pun tak tahu apa nama buah mangga ni. Main tanam dan main makan jelah nanti. Yang Imanshah tahu mangga telur, mangga siam dan mangga siku. Satu lagi mangga epal. Sedap betul kalau dicicah kuah rojak. Dua tahun lepas, pokok mangga ni dah mengeluarkan hasilnya. Tapi waktu tu cuti sekolah. Balik dari kampung, mangga pun hilang. Khabarnya ada lah tangan-tangan yang tak bertanggungjawab yang mengambilnya. Dahlah tak mintak kan. Kesian empunya badan, mengidam mengalahkan orang mengandung.

Selalunya rezeki yang Allah berikan ni kena kongsi dengan orang lain. Dan ada pun jiran sebelah yang nak minta buat cicah kuah rojak. Hurm, sedap juga tu. Kalau kat kampung, memang suka benar keluarga Imanshah makan "colek". Terkenang pula arwah ayah yang memang suka makan colek pelam telur ni. Doakan lah mangga-mangga ini dapat bertahan ya!!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, March 25, 2011

M, NASIR, RAMLI MS, YB ZUL KINI BERGELAR DATO'



PEKAN 24 Mac - M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini. 
Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. 
Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin. - Utusan

 KUALA LUMPUR 24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini. 
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis. 
Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu. - Utusan

Kedua-dua berita ini Imanshah petik dari UTUSAN MALAYSIA. Imanshah mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat Dato'  M. Nasir dan Dato' Ramli MS atas penganugerahan ini. Wah makin ramai artis kita bergelar dato'. Jua buat YB Zul. 

Berita ke dua amat menggetarkan jiwa pula. Myanmar dah tak jauh dari Malaysia. Semoga semuanya selamat dan kita berdoa agar negara kita terselamat dari bencana dan musibah yang tak dijangka. Nauzubillah!!


p/s..wah Datin Marlia Musa??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, March 24, 2011

UBAH ANGIN

Malam ni sesaja nak kongsikan gambar-gambar Imanshah dan budak-budak hoki Imanshah ke Padang Polo, Ipoh untuk sesi fitness dan cuci mata. Wahaha. Bukan apa, selalu berlatih di padang dan juga di atas tourf, sesekali datang ke padang rekreasi, sesekali UBAH ANGIN depa bagi melihat dunia sikit. Tak mau cerita panjang, sekadar berkongsi beberapa keping gambar.


Refleksologi. Menjerit budak-budak ni bila berjalan atas batu yang tajam.


Ni pula sit up. Wah rusydi, sungguh bersemangat.
Cikgunya tukang bilang sahaja. 


Sesi memanjangkan tangan, untuk menyaingi encik monyet. Wahaha. untuk menguatkan tangan ni.


Cuba control macho plak. Tinggal separuh sahaja, selebihnya sudah pekena cendol!!

Ini sahaja entri pendek bergambar untuk malam ini. Jumpa lagi!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SEKOLAH KEHIDUPAN


 Buat anak-anak didik yang kurang berjaya....

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menangis …
Tunjukkanlah bahawa kamu punya 1001 alasan untuk tersenyum.

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu mengeluh …
Tunjukkanlah bahwa kamu punya 1001 alasan untuk bersyukur.

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menyerah …
Tunjukkanlah 1001 janji Allah bahwa kamu akan berjaya, sebab

Ketika kerjamu tidak dihargai,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.

Ketika usahamu dinilai tidak penting,
Maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN.

Ketika hatimu terluka sangat dalam,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN.

Ketika kamu  lelah & kecewa,
Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN

Dunia ini terlalu hina untuk membuat kamu menangis
Terlalu murah untuk membuat kamu bersedih
Terlalu lemah untuk membuat kamu putus asa

Tersenyumlah …
Kerana kamu mendapat kesempatan & sedang menimba ilmu di sekolah kehidupan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, March 23, 2011

KEJAYAAN BERGANDA!!

Alhamdulillah, hari ini selain daripada berita tentang kejayaan SPM, ada satu lagi kejayaan yang Imanshah nak dikongsikan. Ingat tak Imanshah pernah buat entri tentang BAHAS UTP?? ALhamdulillah Pasukan Bahas Sekolah Bintang berjaya meenjejaki pentas final untuk bertemu  Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban (SDAR). Wah STAR melawan SDAR, dua sekolah lelaki primier SBP yang ditubuhkan pada eran 50-an dahulu.

Dan hari inilah harinya. Hari menentukan kejuaraan. Namun sedikit kesedihan di sudut hati kerana Imanshah tidak dapat ikut serta kerana Imansah diperlukan do sekolah untuk mengedarkan slip keputusan SPM. Hanya doa dan harapan dikirim bersama pemergian mereka ke Universiti Teknologi Petronas. 

Usul yang diperdebatkan berbunyi 'KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR : KITA SUDAH MAJU... SDAR bertindak sebagai pembangkang manakala kami pula sebagai kerajaan. ALhamdulillah, perbahasan berlangsung dengan lancarnya. Kepetahan mematahkan hujah serta kemapuan memberikan hujah yang bernas berjaya memikat panel juri. 

Alhamdulillah. Berkat doa dan usaha STAR berjaya muncul juara mengalahkan SDAR dan kejayaan berganda apabila Nur Qushairi diumumkan sebagai pembahas terbaik. Alhamdulillah!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

WAKE UP CALL

Salam alaik. Akhirnya debaran yang mencengkam sudahpun terjawab. Keresahan yang bermain di fikiran juga sudah terlerai. Keputusannya, Sekolah Bintang kali ini turun sedikit dari tahta. Jika dahulu, dengan megahnya beradu di kayangan, kini terpaksa menerima hakikat betapa roda itu bulat. Tidak selamanya kita berada di atas. Berada di kedudukan tempat ke-tiga keseluruhan negeri Perak, dengan Malay College Kuala Kangsar dan SBPI Gopeng dua tempat  mengatasi Sekolah Bintang.

Namun satu perkara yang agak membanggakan apabila jumplah yang mencatat kesemua A (straight A) meningkat kepada 31 orang tahun ini.  Yang lain-lain, keputusan yang biasa sahaja. Apapun tahniah buat semua guru, ibu bapa, alumni, PIBG yang telah menyumbang ke arah kejayaan Sekolah Bintang kali ini.

Harus dipersedarkan, keputusan yang begini merupakan Wake Up Call kepada pihak pentadbiran, guru-guru  dan pelajar tingkatan 5 tahun ini agar bangun dari lena yang panjang. Bangun dari mimpi yang indah. Sedar dari EGO yang tinggi, selalu memperlekehkan kedudukan orang lain, sehingga menampakkan riak dan ujub di hati.Tepuk dada, dan berpijaklah di bumi yang nyata.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, March 22, 2011

ES PI EM

Malam ini ramai pelajar Imanshah telah mula tiba ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan esok hari. Setelah 3 bulan meninggalkan sekolah, mereka kembali untuk menuai hasil selama lima tahun berguru di Sekolah Bintang. Wah ada yang perut dah naik, ada yang muka Apapun keputusan yang bakal diterima, terakhirnya selain usaha, tawakkal dan kesungguhan merupakan Takdir Allah Subhanahuwataala.

Teringat sewaktu mengambil keputusan SPM sekitar tahun 1997, huhu lama tu. Waktu tu Imanshah terasa takut sekali. Maklumlah sekolah kampung di hulu pedalaman. Kadang-kadang sekolah terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesetengah calon. Yalah calon yang diharapkan emmbantu melonjakkan keoutusan sekolah tak ramai. Dari pagi hingga malam, perasaan berdebar-debar dan tidak boleh melelapkan mata. Namun, Alhamdulillah sepanjang hari solat hajat dilakukan memohon dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah keputusannya seperti yang diharapkan. 

Suasana sewaktu mengambil keputusan. Menjerit?? Menangis?? Meraung?? Malu?? Pilu?? Semua ada. Hari yang begitu emosi rasanya. Tambahan pula bila dipanggil naik ke pentas menerima anugerah pelajar terbaik. Hurm, kenangan manis sekali. Apapun, untuk semua CALON SPM 2010 SELURUH MALAYSIA, Imanshah ucapkan selamat berjaya!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BIBIRKU SEKSI SEKALI

Salam buat semua. Dah tidur ke ni?? Alhamdulillah, hampir selesai urusan seharian kita, dan kini masa untuk merehatkan badan, dan minda setelah hampir seharian bekerja mahupun belajar. Entri lewat malam ni agak santai mengenangkan satu peristiwa lucu yang terjadi hari ini. Kira-kiranya begini kisahnya.

Seminggu dua ini cuaca tak menentu. Bibir Imanshah pecah-pecah dan menggelupas. Nak dijadikan cerita, Imanshah ke Farmasi Guardian untuk membeli lip balm ataupun pelembap bibir. Bukan ada pengalaman beli benda-benda macam ni, tapi dah terpaksa kan. Pernah juga beli Vacelin sebelum ni. tiba-tiba mata ni ternampak sesuatu. Wah, Collagen Lip Gloss. Macam menarik je. Imanshah tak baca pun yang kat bawah tu ada tulis lagi.."ROSE". Main ambil dan bayar sahaja. 

Nak dijadikan cerita, lip gloss ini Imanshah bawa ke sekolah. Almaklumlah, rajin bebenor 6.45 pagi dah sampai ke sekolah. Ni masih dalam kereta. Sebelum turun, teringat akan lipp gloss tersebut. Aya..apa lagi dalam gelap pagi itu, dengan bangganya Imanshah pun melumurkannya ke bibir, dengan harapan bibir akan lembap. Tanpa prejudis, Imanshah turun kereta dan menuju ke pejabat. Baik, tak berlaku insiden yang tak ingin dilihat.

Namun ketika selesai menghantar buku ke koperasi tiba-tiba rakan menegur :

Amboi hang, semenjak dua menjak ni, dah tukar jantina ka?? Bibir merah menawan, kalah aku!!

Ayooo, apa sudah jadi.. Rupanya bibir Imanshah ada warna.  Warna merah lagi..Tak terkata apa. Malu pun ada. Cepat-cepat pergi toilet dan basuh. Hurm, patutla, baunya lain macam , macam bunga ros sahaja. Pesanan buat lelaki kat luar, pilih lip balm yang betul-betul na. Jangan pi beli lip gloss la , gincu ka. Kan dah kena. Apapun, sesiapa yang nak lip gloss tu?? Sila angkat tangan ..Sekian.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ISTIMEWA UNTUKMU YANG AKAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 23 MAC 2011



SPM.
Rabu (23/3/2011)  adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan SPM tahun 2010 , pastinya sedang kecut perut berdegup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.

Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM .Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.

Maka, ini perkongsiannya.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan nanti.

Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas ujub, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit.

Pada orang begini, saya ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

“Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.
Jangan sesekali kalian kufur dan takbur dengan menyatakan: “Inilah hasil usaha aku. Aku memang berhak ke atas ini”

“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).
Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.

Pada orang sebegini, saya suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Jangan sangka buruk dengan Allah. Luruskan tubuhmu, bergeraklah menerobos kehidupan penuh liku.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut.

“Eh, aku dapat 10A seh. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni”

Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya.

Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Sesungguhnya, kejadian ini adalah teguran indah daripada Allah untuk anda. Dia menyelamatkan anda, dan mengajak anda berfikir bahawa manusia tidak akan selamanya bernasib baik.

Maka kembalikan segala rasa ajaib tadi, kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa berkira-kira(tanpa perlukan sebab dan alasan)” Surah Ali Imran ayat 37.

“Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur(tidak bersyukur)” Surah Al-Baqarah ayat 152.

Dan belajarlah untuk berusaha keras. Sesungguhnya anda telah diselamatkan.

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.

Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPMbukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan?

Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha.

Sepatutnya kamu bersyukur, Allah memberikan pengajaran yang hebat dan besar kepada kamu. Jauhilah putus asa. Kegagalan hanyalah batu loncatan, untuk mereka yang sedar dan memikirkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak adam melakukan kesalahan, tetapi sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat” Hadith riwayat Tirmidzi no 2499.
“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan?

Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku. Manifestasi cintaku kepada kamu

Maka, saya suka generasi muda untuk berfikiran luas, dan berjaga-jaga dalam segenap perkara. Perlu sedar betapa hidup ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT. SPM  juga adalah medan untuk mendapat redha Allah SWT.

“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 72.

Maka hadamilah pesanan-pesanan saya ini.

Jangan anda tertipu dengan kejayaan dan kegagalan anda. Ini hanyalah satu stesen dari stesen-stesen kehidupan. Ada banyak lagi stesen yang perlu kita lalui dalam keadaan berjaga-jaga jika ingin selamat.

Penutup: Kita hakikatnya mengejar kejayaan yang sebenar. Selamat berjaya!

Saya tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM  tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain.

Sebab itu, saya memakai neraca kejayaan yang Allah beri. Apa dia?

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.
Ya… itulah dia kejayaan.

Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.

Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.

Semoga semua keputusan diterima dengan baik.

Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.

Diubahsuai dari artikel Langit Illahi.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, March 21, 2011

PERIUK NASI

Salam, menyelusuri kisah pendidik lagi. Sewaktu berbual dengan rakan tadi, saya dimaklumkan adik iparnya merupakan seorang guru dan telah dilantik sebagai  penyelia petang di Sekolah Y. adik iparnya dalam keadaan stress yang amat kerana bebanan tugas yang melampau.

Pertama sekali soal guru. Bukan bermaksud membuka pekung di dada bidang pendidikan. Di mana-mana bidang sekalipun sudah tentu ada yang bekerja dengan penuh dedidkasi dan kesungguhan. Namun ada juga yang mengambil sikap sambil lewa. Dalam kes guru -guru di Sekolah Y, segelintir  daripadanya merupakan guru-guru yang tidak bertanggungjawab. Lupa akan ikrar yang dilafazkan menjadi pendidik yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Ramai guru yang tidak masuk kelas. Sudah berkali dinasihatkan, namun keadaan tidak  berubah. Pesan Imanshah pada guru-guru yang baru memasuki profesion ini, martabat profesion perguruan sangat mulia. Usiah kita cemari ia dengan sikap ketidakbertanggungjawaban kita.

Kedua, soal pelajar. Ramai dari pelajar BUKAN MELAYU yang tak pandai berbahasa Melayu. Ni parah. Berapa lama kita sudah merdeka. Nampaknya kita kena akui sistem pendidikan kita gagal sebenarnya membentuk Bangsa Malaysia yang fasih berbahasa kebangsaan. Bila berbahasa dengan guru, menggunakan perkataan aku engkau. Dan malang sekali apabila guru memarahi, mereka akan merakamkan percakapan tersebut menggunakan telefon bimbit. 

Tidak sampai setengah jam, ibu bapa akan sampai setelah ditelefon oleh anak mereka. Dan ibu bapa tanpa segan silu memperdengarkan perbualan guru dengan pelajar tadi sebagai bukti. Amboi, tak boleh jentik lah macam tu. Sebab tu pelajar sekarang banyak sangat lemaknya. Tak cukup dengan itu masalah disiplin bertambah. Lepas satu-satu, yang menjadi masalah ramai pelajar MELAYU yang hanyut. Kadang-kadang tertangkap di dalam stor berdua-duaan.

Akhirnya dari seorang yang lembut, karektor guru tadi terpaksa berubah. Menjadi lebih garang dan pemarah. Gara-gara suasana sekolah yang begini. inilah antara rentetan permasalahan di sekolah-sekolah harian terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti Ipoh. Apapun, nasihat Imanshah, dalam keadaan persekiaran hari ini, rasanya inilah yang menjadi sebab mengapa guru-guru mulai patah hati dengan bidang pendidikan. Ada yang stress, malah ada yang dirawat sebagai pesakit mental. Tak percaya?? Perkara ini memang berlaku. Yalah kadang-kadang semangat mendidik anak bangsa itu memang berkobar-kobar, namun jika inilah keadaannya, makanya periuk nasi sendiri perlu dijaga terlebih dahulu.

Bersetujukan rakan-rakan di luar sana, ibu bapa memang mengharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru membimbing, menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin. Bayangkan kadang-kadang dalam jumlah yang begitu ramai, sehingga mencecah 2, 000 orang pelajar. Namun, saya percaya untuk menjaga anak seorang pun, kadang-kadang ada sebahagian ibu bapa yang tidak memiliki kemampuan. Jika tidak, masakan anak-anak berperangai sedemikian. Bukankah pendidikan awal bermula di rumah?? Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah ADAKAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI IBU BAPA TELAH AKU TUNAIKAN?? Selamat beramal!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KUSUT

Besok, kembali dari pertapaan untuk bertamu semula di alma mater yang telah kusinggahi selama 8 tahun, Alma mater yang mana bukan tempat aku dibesarkan, tetapi di sinilah aku memulakan kerjaya sebagai pendidik. Lapan tahun bukan satu tempoh yang pendek. Lapan tahun membina kerjaya. Terkadang badai datang melanda, berjaya ditepis. Namun terkadang tiba jua ribut taufan, akhirnya tewas tak bermaya. Namun bak kata orang, kegagalan yang sebenarnya adalah mereka yang tak mampu bangun lagi. Walau jatuh akhirnya aku mempu berdiri jua. Kembali bertatih, membina semuala kekuatan yang hilang. Alhamdulillah, kusyukuri nikmatmu tuhan.

Buat mu teman-teman, terima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Keakraban persahabatan kita mendorong hati lelaki ini untuk terus tabah. Pesan pak guru, walau apa jua kesedihan yang kau tanggung, simpanlah di hatimu. Biarlah manusia lain mengenalimu kerana keramahan, dan keceriaanmu sahaja. Ya Pak guru, telah kusempurnakan pesanmu itu.



Namun sampai bila pak guru?? Kepada teman-teman, jika aku hadir ke tempat kita tanpa sapaan ramahku lagi, maafkanlah. Sudah penat aku menahan amarah mendengar cerita-ceritamu tentangku di belakang. Andai aku kini jarang dapat dilihat lagi dengan pandangan mata kasar kalian, bukan aku merajuk atau melarikan diri, hanya ingin berehat seketika dari kekalutan fikiran dan kekusutan jiwa sahaja. Bukan berdendam, jauh lagi memusuhi, kerana siapalah kita Hamba yang lemah untuk saling memusuhi, sedangkan Allah maha penyayang. Semoga Allah jua yang akan memberi keampunan untuk kita semua. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, March 20, 2011

DATO' NICOL MENANG LAGI

KUALA LUMPUR: Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh di sini hari ini.  Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.
Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010. 

"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada
Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan. Saya perlu bekerja keras untuk menafikan rentak perlawanan dia," kata Nicol, selaku pilihan utama  kejohanan itu. Atas kejayaan itu, Nicol menerima hadiah wang tunai US$8,550 (RM26,107) dan trofi manakala Madeline pula membawa pulang wang tunai US$5,850 (RM17,862). Nicol menerima trofi dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
 
Alhamdulillah, rentetan kejayaan terus dilakarkan oleh ratu squash negara, Dato' Nicoll Ann David. Nicol  merupakan antara contoh betapa usaha dan kesungguhan yang dilakukan, pengorbanan meninggalkan keluarga untuk berkelana ke luar negara menempa pengalaman dan ilmu, akhirnya membuah hasil yang sangat lumayan. Nicol antara ikon yang harus dicontohi oleh anak-anak muda kita terutamanya para ahli sukan kita. Amat malang apabila sehingga kini, squash gagal disenaraikan dipertandingkan di peringkat Olimpik. Semoga terus maju jaya Dato Nicol Ann David.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ALLAH SELAMATKAN KAMU PROF. EMERITUS ABDULLAH HASSAN


Salam buat semua. Buat kali ke dua dalam blog ini, Imanshah memberi penghargaan buat seorang pejuang bahasa kita  , iaitu Prof. Emieritus Abdullah Hassan yang menyambut hari lahirnya yang ke- 69. Alhamdulillah, Allah terus memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus mencurahkan pengalaman dan keilmuannya kepada seluruh warganegara Malaysia. Saya selalu juga mengikuti penulisan beliau di SEMANGGOL.COM. Terkadang, kita terlupa untuk memberikan penghargaan buat insan-insan bertuah seperti Prof (bukan beliau meminta penghargaan). Semoga ilmu yang dicurahkan dapat menjadi manfaat buat semua pencinta bahasa di Malaysia.

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tingkap papan kayu bersegi.
Sampan sakat di Pulau Angsa.
Indah tampan kerana budi.
Tinggi darjat kerana bahasa.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DIARI PENGHUJUNG CUTI IMANSHAH

Pejam celi, pejam celik, nampaknya cuti sekolah hanya berbaki sehari. Alhamdulillah, ada juga cuti, ada juga masa menjengah orang tua di kampung. Semua perkara berkaitan kerja diletak ke tepi. Imanshah menikmati cuti sepuas-puasnya tanpa banyak gangguan kali ini. Imanshah juga telah kembali ke Ipoh untuk memulakan sesi persekolahan esok. Di akhir-akhir cuti ni, terutamanya semalam, Imanshah seharian berada di Toronto Tronoh membawa pelajar menyertai bahas. Alhamdulillah, berjaya ke final.

Entri kali ni Imanshah nak kongsi aktiviti di penghujung-penghujung cuti. Maknannya, hari sibuk kembali melanda diri sendiri. Yalah kawan-kawan pun mesti ada hari sibuk. Sama-sama sibuk menguruskan urusan DUNIA, sehingga kadang-kadang terlupa dengan urusan AKHIRAT. Nak mencari bekalan di sana nun. Huh pagi-pagi ni seperti biasa, bercuti lama, baju pun banyak yang tak basuh. Huhu


Nampak tak, nah sebesen je. Yelah Imanshah ni pelik sikit, suka basuh baju, sebab suka sangat bau Softlan. Huhu. Nyaman dan menyegarkan. Pakai tangan?? huhu tak lah, pakai orang gaji Jepun, haha, mesin basuh yang setia membantu. Perlu sediakan duit je untuk membayar bil eletrik. 

Sambil-sambil tu, jangan lupa pula. Ada benda bertimbun mintak kasik penyepak  dibelai. Waduh-waduh, bab ni lah yang paling malas sekali. Belai membelai, nak mengadap benda ni sahaja. Apa dia?? Huh apa lagi. Benda ni lah, dah bertahun-tahun dah dok buat.


Tu dia, kertas soalan peperiksaan. Banyak tu, nak staple satu-satu. minggu depan, sekolah Bintan ada peperiksaan Selaras 1. Makanya tugas rutin setiap kali munculnya peperiksaan pun bermula. Orang lain dah siap berminggu-minggu, kita baru nak terhegeh-hegeh. Takpa, prinsip saya mudah, ada aku kisah?? janji masa menghantar kertas soalan ditepati. Itu sahaja.

Usai nanti, akan ke sekolah kembaali. Berjumpa dengan dato-dato, datin-datin, encik-encik, puan-puan dan kawan-kawan sekerja. Ada mesyuarat agung PIBG di sekolah. Sudah biasa dengan keadaan ini bekerja sewaktu hujung minggu. Ini pun kira kerja juga, hadir memberi sokongan kepada PIBG untuk memilih barisan AJK yang baru selain mendengar dan berkongsi permasalahan bersama para ibu bapa. Kemudiannya sama-sama mencari konsesus untuk meningkatkan pencapaian para pelajar. Wah, macam perdana menteri pula ucapan saya. Huhu.


Inilah sedikit diari pagi minggu Imanshah. Sekarang kena ambil mood untuk kerja pula. Maklumlah cuti lama-lama mood cuti je yang ada. Hehe. Jumpa lagi!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, March 19, 2011

KEPUTUSAN PIALA FA SUKU AKHIR KE DUA (19-3-2011)

TERENGGANU(3) VS (1)PERAK
*Terengganu mara ke separuh akhir dgn argregat 5-4
 
JOHOR (1) VS (3) SELANGOR
*Selangor mara ke separuh akhir dgn argregat 6-2

FELDA UNITED FC (0) VS (3) KELANTAN
*Kelantan Mara ke separuh akhir dgn argregat 5-2

KUALA LUMPUR (0) VS (0)PAHANG
*Pahang mara ke separuh akhir dgn argregat 2-1




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget