WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 30, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 APRIL 2011 : KELANTAN BAKAL AMBIL ALIH TERAJU LIGA

Malam ini 30 April 2011 Perlawanan Bola sepak Liga Super mengambil tempat lagi. Malam semalam, pasukan Kedah telah berjaya menewaskan Perak 3-1, Manakala Terengganu dan Selangor seri 1-1. Dengan keputusan ini, Selangor masih kekal di tangga teratas, manakala Terengganu masih mengekori rapat di tangga ke-2. Namun, tumpuan seharusnya terarah kepada Kelantan, yang bakal melayan kunjungan Kuala Lumpur di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad IV. Jika menang,  Kelantan bakal mengambil alih teraju liga dengan 33 mata, berdasarkan kelebihan jaringan, iaitu 34 jaringan, manakala Selangor setakat ini mengumpul 20 jaringan. Berikut merupakan jadual perlawanan untuk malam ini.


Kelantan vs Kuala Lumpur 2-0

Felda United vs Negeri Sembilan 2-2

T-Team vs Pahang 0-0

Perlis vs Harimau Muda A  1-2

Johor FC vs Sabah 1-0

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk terus setia di HOK SENGOTI.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TUA KE MUDA?

Assalamualaikum WBT. Hanya sekadar entri pendek, nak bertanya dengan kawan-kawan. Bahaimana nak tahu buah mangga kita tu muda ke tua? Kalau pokok kelapa tu saya tahu lah. Bukan apa, Imanshah nak petik dan peram. Banyak sangat lah. Sampai dah melandut ke tanah pula. Bukan apa. Kalau dibiarkan masak di pokok nanti berebut dengan burung pula. Ingat nak hulur kepada kawan-kawan sebiji dua. Terima kasih ye.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ALLAH MAJIKAN KITA PALING AGUNG

Assalamualiakum WBT dan salam hujung minggu. Alhamdulillah, hari terakhir di bulan April. Sekejap sahaja rasanya perjalanan tahun 2011. Sedar tak sedar Mei hampir tiba meninggalkan April yang penuh dengan kenangan. Esok , 1 Mei 2011 merupakan Hari Pekerja dan ianya disambut di seluruh negara. Dan InsyaAllah, oleh kerana 1 Mei jatuh pada hari minggu, maka Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum. 

Semalam, Imanshah mendengar khutbah jumaat berkaitan dengan Hari Pekerja. Antara bait-bait khutbah yang disampaikan oleh Khatib yang masing terngiang-ngiang dalam ingatan ialah, Walaupun kita PM, CEO sebuah syarikat, guru, pekerja kontrak, majikan kita yang paling agung ialah ALLAH Subhanahuwataala. Kita   bekerja, kita hidup  di dunia ini haruslah bersandarkan kepada Allah semata-mata. Allah yang membayar gaji kita setiap hari atas pekerjaan yang kita lakukan. Tak percaya? Lihatlah rezeki yang kita perolehi. Kemurahan rezeki itulah balasan Allah kepada 'pekerja-Nya' yang soleh, beriman dan bertaqwa. Dan yang paling utama, 'gaji' dan ganjaran yang paling hebat dijanjikan adalah SYURGA Allah. InsyaAllah.

Wahai sahabatku sekalian, Imanshah mengajak semua supaya kita bekerjalah mengikut lunas-lunas Islam  yang telah digariskan. Pertamanya soal halal dan haram. Pilihlah pekerjaan yang halal kerana pendapatan yang dimiliki akhirnya menjadi darah daging kita dan keluarga. Begitulah juga soal keikhlasan dan kerja buat kita. Amanah yang dipikul itu seharusnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mana mungkin kita tega menerima gaji dari kesungguhan dan dedikasi orang lain. Sedangkan kita, selau sahaja culas, curi tulang dan mengelak sewaktu bekerja. 

"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, April 29, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 29 APRIL 2011

Bola lagi. Sorry ye geng-geng wanita. Pada malam ini, hanya ada dua perlawanan sahaja dilangsungkan. Untuk perlawanan malam ini keputusannya adalah seperti berikut :


PERAK vs KEDAH  1-3

SELANGOR vs TERENGGANU  1-1


Jadual Perlawanan pada 30/4/2011

Kelantan vs Kuala Lumpur

Felda United vs Negeri Sembilan

T-Team vs Pahang

Perlis vs Harimau Muda A

Johor FC vs Sabah





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JUMAAT INI KITA TERUS BERNAFAS

Salam jumaat buat seluruh umat Islam di dunia. Moga kehadiran penghulu segala hari ini ditempuhin dengan rasa ketaatan dan kecintaan buat Sang Pencipta Yang Maha Agung. Hari ini Jumaat bersamaan 25  Jamadil Awal 1432 Hijrah Alhamdulillah, masih bernafas kita saat ini menghirup udara pemberianNya, moga tindakan kita hari ini penuh keberkatan. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Hari ini mood berbaju MELAYU. Semoga bertemu lagi, Assalamualikum


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BAYI ARWAH FAIZAL YUSOF

Masih ingat dengan berita ini?
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.  Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.  Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.  Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.  Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.  Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. 

Alhamdulillah, setelah hampir lima bulan pemergian Allahyarham Faizal Yusof, isterinya Rosmunira Rashid telah melahirkan seorang zuriat lelaki pada tangga 23 April yang lepas. Sudah tentu kehadiran bayi comel ini amat dinanti-nantikan oleh ahli keluarga Allahyarham, apatah lagi melihatkan wajah bayi comel ini saling tak tumpah seperti arwah ayahandanya. Alfatihah buat roh Allahyarham.


 Allahyarham Faizal Yusof


 Wajah bayi yang baru dilahirkan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, April 28, 2011

TENDA BIRU

Secara rasminya, hari ini Imanshah menerima kad undangan perkahwinan dia. 

Jemput tau, jangan tak datang!!
Kalau saya datang, awak kena masak menu istimewa ye..
Cantik nama kamu berdua. Memang sesuai. Nama dah dekat sama, nama ayah pun dekat sama. Memang jodoh.

Itulah perbualan antara saya dan dia. Saya tahu dalam hati kami tetap ada getar masing-masing. Dan saya pasrah, semuanya atas ketentuan tuhan. 

Kamu semakin berseri menghampiri hari bahagiamu. Kudoakan semoga bahagia! Masih terngiang-ngiang usikan sahabat, nampaknya nanti ada yang menyanyi lagu TENDA BIRU di hari perkahwinan Miss X. Dan Imanshah tetap tersenyum, walau di dalam ada duka yang bertandang. InsyaAllah, undanganmu, akan kupenuhi!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DALAM DAKAPAN UKHUWWAH

Sangat sejuk membaca puisi oleh Salim A.Fillah ini. Ingin Imanshah kongsikan kebaikan dan mesej puisi ini dengan  kawan-kawan.

Kerana beza antara kau dan aku sering jadi sengketa
Kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Karena satu kesalahanku padamu  seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
Wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali : “Jadilah hamba-hamab Allah yang bersaudara
Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
Berdiri malam malam, bersujud dalam dalam
Bertafakur bersama iman yang menerangi hati
Hingga tiba waktunya menjadi kupu kupu yang terbang menari
Melantunkan kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
Lalu denagn rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
Mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
Dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani,
Sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji
(Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim. A . Fillah)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DUA GOL LIONEL MESSI HAMPAKAN REAL

Malam tadi, Real Madrid gagal membendung asakan Barcelona dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara. Barcelona telah memenangi perlawanan tersebut 2-0 di sebalik aksi penyingkiran Jose Maurinho ke tempat duduk penonton dan kad merah untuk pemain REal Madrid. Dua gol kemenangan Barcelona dijaringkan  oleh Lionel Messi pada 15 minit terakhir pertandingan. Sebelum ditutup dengan aksi gemilang Messi, pertandingan seolah lebih sering diwarnai sandiwara pertikaman lidah dan pergaduhan pemain. 


Pertemuan  pertama separuh akhir Liga Juara-juara  ini merupakan yang ketiga dalam 12 hari terakhir. Kedua pasukan menghadapi pertandingan dengan sikap yang sama seperti dua perlawanan  terdahulu. Madrid lebih banyak menunggu di belakang sambil menanti membuat serangan balas  ketika Barcelona naik menyerang. Barcelona pun bermain lebih berhati-hati memandangkan mereka  telah tewas kepada Madrid dalam aksi final Piala Raja Sepanyol minggu lepas.



Barcelona mendapatkan jaringan mereka pada minit ke-76. Umpanan  Ibrahim Afellay  telah berjaya disambut oleh Messi untuk menghantar bola di celah kaki Cassilas.  Berselang sebelas minit kemudian, gol ke dua Barcelona pula dijaringkan.  Kali ini Messi meledakkan gol keduanya melalui aksi individu yang memikat. Menerima bola dengan jarak 30 meter dari gawang, Messi menggelecek  empat pemain Madrid sebelum memberikan sepakan deras yang tak mampu  dijangkau Casillas.


Tahniah Barca, Tahniah Messi. Imanshah pilih Messi sebagai pemain terbaik perlawanan. Pusingan ke dua nanti di Camp Nou nanti kelihatan agak mudah. InsyaAllah pasukan kesayangan dunia aini bakal menjejakkan kaki ke Wembley nanti dalam aksi FINAL!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DAH TUA BOLEH KE MAKAN UBAT CACING?

Selamat malam buat semua. Minggu yang agak menyesakkan nafas khidupan dunia bujangku. Walala, ayat itu tak boleh blah. Bukan apa, banyak pakai duit minggu ni. Semalam. Imanshah servis Encik Honda, dekat-dekat RM 200 juga berhabis. Kemudiannya hari ini tukar tayar dua biji, berjumlah RM 550. Kebetulan pula terbeli seluar adidas adalah dalam tiga angka juga. Hampir seribu dalam tempoh dua hari. Tu yang dikatakan menyesakkan nafas dunia bujangku. Takpalah untuk kereta, sememangnya satu keperluan untuk merawat kereta kita walaupun tidak sakit. Kata orang mencegah lebih baik dari berubatkan.



Lupakan kisah kereta, malam ini Imanshah membeli ubat cacing. Namanya ZINTEL. Bukan apa, teringat pesan seorang pegawai tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia sewaktu bertandang ke Sekolah Bintang. Beliau meminta semua guru dan pelajar diberi ubat cacing, bagi melegakan perut. Pada mulanya Imanshah tak ambil peduli sangat pun, tapi malam ni tergerak pula nak mencubanya. tak dapatlah Imanshah nak bayangkan bagaimana bentuk dan rupa cacing yang nak dinyahkan dari perut Imanshah. Teringat zaman kanak-kanak dulu, ubat cacing antara perkataan yang agak popular juga masa tu.

Teringat kata mak : Perut mung buncit tu, kena makan ubat cacing ni.
Teringat kata cikgu : Budak ni malas betul buat kerja sekolah. Ni mesti cacing penuh dalam perut.
Teringat kata nenek : Jangan jalan kaki ayam, nanti cacing masuk ikut kaki.
Hurm, namun kini kata-kata tu dah lama Imanshah tak dengar. Almaklumlah, dah lama meninggalkan sekolah, nenek pun dah meninggal. Takkan mak nak tegur kita lagi pasal cacing kan. Dah besar panjang. Apapun, Imanshah nak tunggu esok, nak lihat apa yang akan terjadi. Agak teruja sebab kali terakhir makan ubat cacing rasanya 20 tahun yang lalu. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, April 27, 2011

MAAFKAN PATIK TUANKU!

Malam tadi Imanshah menyaksikan perlawanan bola sepak antara KELANTAN dan SELANGOR yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Alhamdulillah pasukan RED WARRIOR berjaya mengalahkan RED GIANT dengan keputusan 1-0, hasil jaringan Nor Shahrul Idlan Talha. Dalam perlawanan tersebut juga, Sultan Kelantan, Sulran Mohamad V telah berangkat mencemar duli bagin menyaksikan perlawanan tersebut. Alhamdulillah, sokongan begitu padu dari sultan sehinggalah kepada rakyat marhain. sukan memang dapat menyatukan manusia.

Sebelum perlawanan berlangsung, dimainkan lagu negeri Kelantan. Imanshah dengan penuh semangat cuba untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Namun malangnya, Imanshah dah lupa bait-bait lirik lagunya. Rasa sangat malu dan berdukacita. Kenapalah boleh lupa lirik lagu negeri sendiri. Rentak lagunya pun agak lupa. Sebenarnya Imanshah sudah lama tidak menyanyikan lagu ini semenjak tahun 1999 kot. Tahun tersebut selepas meninggalkan alam persekolahan dan memasuki institusi  pengajian tinggi seterusnya berkerjaya, Imanshah tak pernah terlibat dengan majlis rasmi di Kelantan. Hurm hampir 12 tahun  juga tu. Memang lupa habis. Terukkan??

Bagaimana dengan rakan-rakan? Satu lagi semenjak berada di negeri Perak ni hampir 9 tahun, Imanshah jarang sekali mendengar lagu Negeri Perak dimainkan. Nak hafal?? Jauh sekali lah. Sebabnya lagu negeri Perak sama rentaknya dengan lagu NEGARAKU, jadi memang di sekolah atau di majlis rasmi kami tidak menyanyikan lagu Perak, hanya menyanyikan lagu NEGARAKU sahaja. Nak tanya sikitlah, terutamanya kaum kerabat Imanshah yang berkelana berpuluh tahun lamanya di perantauan, masih kah ingat dengan lagu negeri kita?? Kalau tak ingat, maknanya adalah geng. Kalau masih ingat, Imanshah tabik springlah. SENGOTI mung oghe Kelate. Hehe.

Ampun tuanku! Mohon maaf kerana kegagalan patik untuk menghafal lagu negeri kita. Bukan patik tidak cinta akan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga, namun yalah patik cuma manusia biasa. Rasa cinta pada negeri kita masih menebal dalam jiwa. Doakan patik semoga suatu hari nanti berpeluang mencurah bakti dan khidmat tenaga untuk negeri kita!! 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011

Kepada calon-calon SPM 2010, keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini 28/4/2011.
Kementerian Pelajaran Malaysia  dalam kenyataan hari ini berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Okt tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my  dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.
Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.
Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 
Pendaftaran akan diadakan pada 23 Mei nanti dan para pelajar dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman WEB Kementerian Pelajaran Malaysia.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, April 26, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 APRIL 2011 : KELANTAN TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN

Malam ini akan berlangsung tujuh perlawanan Liga Super di seluruh negara. Perlawanan yang sudah memasuki pusingan kedua ini bakal merancakkan saingan liga super musim ini. Mampukah Selangor mengekalkan kedudukan mereka di tahta liga? Atau Kelantan yang dilihat sudah sembuh dari luka terus mencengkam kedudukan Selangor di persada liga. Berikut merupakan jaduan perlawanan Liga Super 26 April 2011. Sama-samalah kita memenuhi setiap venue perlawanan bagi memberi sokongan kepada pasukan negeri masing-masing. Untuk rekod, Astro Arena akan menyiarkan secara langsung perlawanan antara Kelantan menentang Selangor melalui saluran 801.

Sabah lwn Terengganu (1-2)
Kelantan lwn Selangor (1-0)
T-Team lwn Kedah (3-1)
Perak lwn Kuala Lumpur (5-3)
Harimau Muda A lwn N. Sembilan (1-1)
Felda United FC lwn Johor FC (0-0)
Perlis lwn Pahang (1-2)
Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DUHAI SUAMIKU, AKU REDHA MENJADI ISTERIMU

IMANSHAH amat terkesan membaca coretan ini. Ingin bersama berkongsi kebaikan dari penulisan yang tidak diketahui siapakah penulisnya ini.

Ketika Allah Menjadi Alasan Paling Utama
Bismillahir-Rahmanir-Rahim....
Kepada yang ingin menikah tapi sampai sekarang belum menikah, kepada yang sering berdoa dipertemukan dengan jodohnya tetap belum dipertemukan, kepada para pasangan yang sudah ingin menikah tetapi belum dimuluskan jalannya menuju pernikahan, ada baiknya surat dibawah ini menjadi renungan bersama. Surat yang ditulis oleh seorang istri kepada suaminya. Selamat membaca… dan merenung ;)

Suamiku, ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan untuk menerima pinanganmu dan berpasrah ketika kau berkehendak menyegerakan pernikahan kita.

Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan dengan siapa aku akan menikah. Aku tidak banyak ragu tentang dirimu, kau jemput aku di tempat yang Allah suka, dan satu hal yang pasti, aku tidak ikut mencampuri ataupun mengatur apa-apa yang menjadi urusan Allah. Sehingga aku dinikahi seorang lelaki shalih, tegar, dan menjadi komitmenku berbakti kepada suami.

Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berusaha sekuat tenaga untuk tidak melihat segala kekurangan suamiku. Dan sekuat tenaga pula, aku mencoba membahagiakan dia. Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka menitis air mataku saat melihat segala kebaikan dan kelebihan suamiku, yang rasanya sulit aku tandingi. Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka akupun berdoa, Ya Allah, jadikan dia, seorang lelaki syurga, suami dan ayah anak-anakku, yang dapat menjadi jalan menuju syurga-Mu. Amin.

Telah menjadi azamku, kalau Allah menjadi alasan paling utama untuk menikah, maka seharusnya tidak ada lagi istilah, mencari yang cocok, yang ideal, yang menggetarkan hati, yang mententeramkan jiwa, yang…..yang.…yang……dan 1000 “yang”…… lainnya….. Kerana semua itu baru akan muncul justru setelah melewati jenjang pernikahan. Niatkan semua karena Allah dan harus yakin kepada Sang Maha Penentu segalanya.

Ketika usiaku 20 tahun, aku sudah memiliki niat untuk menikah, meskipun hanya sekadar niat, tanpa keilmuan yang cukup. Kerana itu, aku meminta jodoh kepada Allah dengan banyak kriteria. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.

Ketika usiaku 21 tahun, semua orang-orang yang ada di sekelilingku, terutama orang tuaku, mulai bertanya pada diriku dan bertanya-tanya pada diri mereka sendiri. Maukah aku segera menikah atau mampukah aku menikah? Dalam doaku, aku kurangi permintaanku tentang jodoh kepada Allah. Rupanya masih terlalu banyak. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.

Ketika usiaku 22 tahun, aku bertekad, bagaimanapun caranya, aku harus menikah. Saat itulah, aku menyedari, terlalu banyak yang aku minta kepada Allah soal jodoh yang aku inginkan. Mulailah aku mengurangi kriteria yang selama ini menghambat niatku untuk segera menikah, dengan bercermin pada diriku sendiri.

Ketika aku minta yang tampan, aku berpikir sudah cantikkah aku?

Ketika aku minta yang cukup harta, aku berpikir sudah cukupkah hartaku?

Ketika aku minta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku?

Bahkan ketika aku minta yang soleh, bergetar seluruh tubuhku sambil berpikir keras di hadapan cermin, sudah solehahkah aku?

Ketika aku meminta sedikit….. Ya Allah, berikan aku jodoh yang sehat jasmani dan rohani dan mau menerima aku apa adanya, masih belum ada tanda-tanda Allah akan mengabulkan niatku.

Dan ketika aku meminta sedikit…sedikit…sedikit…lebih sedikit….. Ya Allah, siapapun lelaki yang meminangku langsung  kuterima ajakannya untuk menikah tanpa banyak bertanya, beerti dia jodohku. Dan Allah-pun mulai menujukkan tanda-tanda akan mengabulkan niatku untuk segera menikah. Semua urusan begitu cepat dan mudah aku laksanakan. Alhamdulillah, ketika aku meminta sedikit, Allah memberi jauh lebih banyak. Kini, aku menjadi isteri dari seorang suami yang berilmu, bijaksana, dan menerimaku apa adanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PANDUAN MENGISI E-FILING. IMANSHAH DAH ISI, ANDA BILA LAGI?

Assalamualaikum W.B.T dan selamat malam semua. Baru sekejap Imanshah baru siap mengisi e-filing untuk taksiran cukai tahun 2010. Ada lima hari sahaja lagi untuk mengisi borang e-filing ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana kemudahan yang disediakan. Sudah dua tahun Imanshah menggunakan e-filing ini. Sungguh cepat, cekap dan efisyen. Masalah kesibukan dalam talian?? Oh tidak, bagi yang mengisi e-filing pada saat-saat akhir memanglah akan mengalami masalah ini. Rasanya sudah lama talian ini dibuka. Orang-orang macam Imanshah nilah yang menimbulkan masalah, sering melakukannya di saat-saat akhir. 

Untuk panduan semua, antara langkah untuk mengisi e-filing ialah :

1) Masuk ke laman web rasmi LHDM http://www.hasil.gov.my dan klik e-hasil.

2) Klik Login Kali Pertama (bagi pertama kali mendaftar). Masukkan nombor pin dan nombor kad pengenalan untuk pendaftaran sijil digital.

3) Bagi yang telah memiliki no pendaftaran (bukan kali pertama) terus login ke e-borang. Pilih borang yang dikehendaki dengan klik Login.

4)Isi borang dengan lengkap dan klik tanda tangan dan hantar. Pengesahan Penerimaan akan dipaparkan. Sila cetak ataupun simpan pengesahan tersebut.

Awas, jika tidak memberi laporan yang tepat, PENALTI akan dikenakan. Jadi, jangan bertangguh-tangguh lagi. Jalankan tanggungjawab kita kepada negara!


Nampak tu, slip Imanshah? Ada cukai terlebih bayar lagi. Alhamdulillah rezeki kan. Abaikan jumlah pendapatan yang ciput itu. Malu i....



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, April 25, 2011

CERITA SUBUH

Selamat pagi Isnin buat semua. Hari ini hari kerja ya kawan-kawan. Dah ready ke?? Jangan sesakkan kepala, bangun dengan niat yang baik, kerja kita sebagai ibadah. Kerja kita sebagai amanah dan kerja kita sebagai saham untuk ke akhirat. Imanshah memang tak sabar untuk ke sekolah. Hari-hari terasa baru nak bekerja. Meski mungkin ada banyak masalah yang terpaksa dihadapi di tempat kerja. Masalah dengan pelajar, masalah dengan kawan-kawan malah masalah dengan pentadbir mungkin. Namun, anggaplah masalah itu sebagai sebahagian dari rencam kehidupan. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari segala masalah yang menimpa. Lihatlah masalah dari sudut positif, insyaAllah, ada jalan penyelesaiannya.

Apa Imanshah akan buat bila bangun pagi? Alhamdulillah urusan dengan Pencipta itu yang utama. Memulakan langkah petama dalam kehidupan harin ini mesti berkomunikasi dengan Allah. Alhamdulillah. Kemudian?? Biasalah tugas hakiki orang bujang, membasuh baju dan menggosok baju. Dah cekap wei, gosok baju pun sambil pejam mata. Kahkah. SILA JANGAN PERCAYA. Kemudian , masaklah apa lagi..Nak makan apa? Nasi Lemak yang dilarang ke sekolah? Atau mee goreng ala pagar dawai?? Semua boleh. JANGAN PERCAYA SEKALI LAGI. Kuat benor melabun nya. Imanshah tak suka masakan sendiri. Imanshah suka masakan makcik kantin walaupun macam nak menangis bila mengunyah nasi goreng kacang panjangnya. Argh, menu sama je hari-hari. Biasalah, bayar sehengget, nak macam hotel, mana maunya.

Apapun, sekali lagi, selamat bekerja. Mulakanlah harimu dengan SENYUMAN. Biar nampak gigi yang hampir dimamah usia tu. Jangan tengok anak murid nampak masalah sudah. Merekalah sebenarnya yang mewarnai hidup kalian wahai guru-guru. Tanpa mereka, siapalah kita. Ate, kalau murid-murid takde, mana maunya, mike nak datang  ngajor kerusi ngan meja??  PENGSAN SEMINGGU!

Ate, cuba mike nengok gambar baju ngan selu0r teman kat bawah ni. Baru je snap selepas jemur ni. Banyak benor warna merah. Feveret kaler teman. Penuh lemari tu ngan baju kaler merah. Kalau nak bagi hadiah, pilihlah kaler merah ye. Huhu. Teman nak ke sekolah dulu ya!! Kita jumpa lagi yeop!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KALA HUJAN INI, KUTETAP BERSAMAMU

Hari yang amat mengembirakan, menyeronokkan dan seperti kembali ke zaman remaja. Mandi hujan, melihat hujan dan merasai kenikmatan hujan. Petang tadi, selama empat jam Imanshah berada di padang hoki menemani, melihat dan merasai keseronokan 15 anak muda berlatih bermain hoki dalam kehujanan.  Teringat zaman kanak-kanak seharian bermain hujan pabila tiba musim tengkujuh sehingga di piat seluruh badan dengan tali oleh ayah. Berbirat juga. Itulah kenangan manis bersama arwah.


Oh Imanshah nak kongsikan apa ni?? Nak menunjuk-nunjuk yang Imanshah ni rajin ? Sanggup berhujan walau di hari minggu?? Tidak, sesekali tidak. Jangan salah sangka. Imanshah hanya ingin berkongsi. Maaf kepada pembaca semua. Imanshah tahu ada yang tidak senang dengan Hok Sengoti kerana sering memaparkan cerita Imanshah. Macam dia seorang sahaja guru kat Malaysia ni. Dia je yag rajin, dia je yang berkaliber. Sungguh, Imanshah dah terdengar cakap-cakap belakang. Tapi takpalah, Imanshah tak heran pun. Hok Sengoti hanyalah tempat Imanshah berkongsi citra hidup Imanshah. Tak lebih dari itu. Yang sudi membaca, dan menyukainya Alhamdulillah, Imanshah sangat menghargai. Yang menyampah tapi masih  sudi baca  (berkali-kali pulak tu) pun Imanshah ucapkan terima kasih walaupun kalian tak suka.

Dan Imanshah tetap yakin, betapa jika seorang guru sentiasa memberikan masanya untuk anak-anak didiknya atas apa yang mereka minati, InsyaAllah pasti mereka akan berjaya. Betapa di luar sana, begitu ramai guru-guru yang komited dalam memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak muridnya. Di kelas, di padang, di arena perbahasan, di surau, mereka sentiasa gigih memberikan yang terbaik buat anak-anak ini. Dan Imanshah yakin berapa ramai anak-anak yang dahagakan perhatian dari insan bergelar guru, telah pun berjaya atas komitmen yang dicurahkan. Dan berbanggalah wahai teman-teman guruku atas kejayaan yang telah sama-sama kita lorongkan buat mereka.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, April 24, 2011

JARI JEMARI DIKELAR-KELAR

Tengah hari ni dalam penat-penat baru pulang dari jejalan, tiba-tiba Imanshah terjumpa satu gambar yang amat mengerikan. Ada dalam muka buku. Tiba-tiba rasa takut lak kan. Bukan apa kalau betul lah gambar ni original, maka sungguh pedih betul dugaan Allah di dunia. Kita yang terluka sedikit pun tak tertahan  sakit ini kan pula jari jemari dikelar-kelar. Bagaimana kah nanti di akhirat ye?? Allah dah berjanji bahawa di akhirat ada balasan bagi mereka yang melakukan kemungkaran dan tidak beriman kepada-Nya. Serius, melihat gambar ini, tiba-tiba Imanshah menjadi takut sendiri, dengan hebat nya siksaan Allah di akhirat kelak. Imanshah doakan teman-teman semua terselamat dari siksaan api neraka.  
Sekadar renungan hujung minggu.


Gambar betul ke ni erk??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ANTARA NIKMAT DAN MUSIBAH

Bersyukur,
Rasa itu hadir kala bahagia
Atau kenikmatan hadir dalam kehidupan kita.
Mendapat tempat pertama dalam peperiksaan, atau tiba-tiba
Kita dikurniakan wang yang banyak
Reflek saja lisan ini mengucap "Alhamdulillah" 
Kala sesuatu yg sifatnya kesenangan, kebahagiaan datang
Padahal suatu nikmat, belum tentu hadir dalam bentuk kebahagiaan
Bersyukurlah kala UJIAN  datang,
Ketika MUSIBAH  juga menjengah 
Ketika sesuatu yg tidak dikehendaki terjadi.
Kerana kita tak pernah benar-benar tahu mana yang terbaik untuk kita
Allah saja maha mengetahui yang  mana terbaik untuk kita, 

Seringkali yang hari ini kita kita anggap musibah mungkin  selang beberapa lama
Itu merupakan nikmat
Biar waktu saja yang menjawabnya
Dan sebagai hamba yang dhaif
Tetaplah bersyukur untuk semua yang kau terima hari ini




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LIVERPOOL MENANG BESAR 5-0

Liverpool meraih mata  penuh malam tadi,  Sabtu (23/4) . Melayan kunjungan Birmigham City, Liverpool menang besar 5-0.


Maxi Rodriguez menjadi bintang  Liverpool dengan mencatatkan hatrik dalam gol pasukan lawan.  Namun, walaupun meraih  tiga mata  penuh, Liverpool tidak berganjak dari  kedudukan tempat ke-6 liga. 


Gol-gol Liverpool telah dijaringkan oleh Maxi Rodriguez pada minit ke 7, 67 dan 74. Dirk Kuryt pula menyumbangkan gol pada minit ke 24 untuk gol ke-13 nya  dalam liga. Manakala Joe Cole pula melengkapkan kemenangan Liverpool pada minit ke-84. Apapun dengan perlawanan berbaki 4 perlawanan, masih ada sisa harapan yang tertinggal untuk Liverpool sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-juara Eropah nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 APRIL 2011

Malam tadi, telah berlangsung lima perlawanan Liga Super. Keputusannya adalah seperti berikut :

Sabah vs Selangor 1-2
Terengganu vs Perak 3-0
Johor FC VS T Team 2-1
Kedah vs Harimau Muda A 1-2
Negeri Sembilan vs Pahang 3-1
Nampaknya Selangor terus kekal mendahului liga dengan kejayaan menewaskan Sabah manakala Terengganu naik semula ke tempat dua liga memintas Kelantan yang sebelumnya menewaskan Perlis 4-0. Seperkara yang menarik apabila melihat Negeri Sembilan mula menemui rentak kemenangan setelah bermula dengan begitu goyah sekali dalam pusingan pertama. Kedah pula yang baru mendapatkan khidmat Wan Jamak Wasn Hassan selaku pengendali baru bermula dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada Harimau Muda A.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, April 23, 2011

PENGKISAHAN WARISAN HARTA ZAMAN INI

Sekadar hiburan petang, Imanshah petik dialog ini dari muka buku seorang teman.

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun dan ladang  nenek..

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu...

Nenek:Nenek tau Rahmat memang cucu yang baik.

Rahmat: Tapi dimana kebun dan ladang nenek tu? Rahmat tidak pernah tahu?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.

Rahmat : "?????"

Kihkihkihkih......




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Bintang telah pun tamat sebentar tadi. Hari di mana segala sumbangan guru-guru dan pelajar dalam menaikkan bidang akademik di Sekolah Bintang dihargai. Seperti biasa, Imanshah menjadi pengacara majlis tetap dan berpencen. Sejak 2004, rasanya belum ada lagi tahun yang boleh untuk Imanshah berehat. Penat rasanya pakcik, dah tua, malu lah digandingkan dengan wanita-wanita muda. Apapun, Imanshah sekadar ingin berkongsi perjalanan majlis pagi tadi bersama kawan-kawan kerana melalui gambar, sekurang-kurangnya semangat untuk berjaya juga ada. Jom layan!!

Tetamu Kehormat, Yg Bhg Puan Ashah binti Samah sedang memukul gong menandakan perasmian majlis.

Pelajar sedang menerima anigerah dari tetamu kehormat.

 Persembahan Choral Speaking oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Selain itu ada juga persembahan nyanyian lagu perancis.
Saudara Azam bersama ayah bonda sedang menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2010
Puan Ashah sedang memotong kek kejutan sempena persaraan dan sambutan hari lahir beliau. 
Jejaka-jejaka terhangat di pasaran. Bekas murid-muridku yang hadir menerima anugerah. Semoga berjaya semuanya dengan temudaga  kalaian.

Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, April 22, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 22 APRIL 2011 : KELANTAN AMUK LAGI DI KOTA BHARU

Bagi yang menantikan keputusan perlawanan Liga Super malam ini antara Kelantan melawan Perlis di Kota Bharu dan Kuala Lumpur melayan kunjungan Felda United, inilah keputusannya.

KELANTAN VS PERLIS  4-0
KUALA LUMPUR VS FELDA UNITED 0-0

Nampaknya Kelantan mula menemui semula sentuhan retak sang juara apabila dengan bergaya menewaskan PERLIS 4-0 setelah menang 5-1 pada minggu lepas. Jaringan Kelantan dilakuakn oleh :

1) Tendangan cantik oleh Izuan Salahudin pada minit ke -40 menghasilkan gol yang pertama.

2) Norshahrul Idlan Talha menjaringkan gol kedua untuk Kelantan hasil hantaran cantik oleh Daudsu pada minit ke-52

3) Nizad Ayub, pemain gantian dan tidak dijaga, tak sampai 5 minit menjaringkan gol ketiga untuk Kelantan pada minit ke-70.

4) Jaringan kapten Kelantan, Mohd Badri hasil hantaran silang cantik dari tepi sebelah kanan pada minit ke 74.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget