WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 31, 2011

SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT DUAN!!

Pagi ini, Imanshah dikejutkan dengan berita kematian saudara Imanhshah di kampung. Alhamdulillah, sementara masih di kampung, Imanshah dan ibu bergegas ke Rumah Mayat Hospital Tumpat. Di sana sudah kelihatan ahli keluarga dan saudara mara yang sedang berbincang untuk urusan pengkebumian dan sebagainya. Imanshah difahamkan saudara Imanshah ini, Arwah Duan, telah terlibat dalam kemalangan ngreri sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Motosikal yang dinaiki olehnya telah tersangkut pada kereta sewaktu cuba memotong kereta. Dan arwah terjatuh di laluan sebelah kanan. Lalu datang teksi yang dipandu laju telah melanggar dan menggilis arwah sehingga cedera parah. Arwah meninggal di tempat kejadian.

Selalunya Imanshah hanya membaca kemalangan ngeri yang berlaku di dada akhbar dan menonton di dalam berita televisyen sahaja. Namun, hari ini tragedi ini benar-benar terjadi kepada keluarga Imanshah. Kalau dua tahun sudah arwah ibunya yang meniggal, jua kemalangan jalan raya, hari ini anak bongsunya Duan pula yang mengikut jejak, meninggal di atas jalan raya. Ngeri melihat keadaan mayat yang digilis oleh kereta. Semoga Allah mencucuri dan mengampunkan segala dosa Duan. Alhamdulillah, Duan pergi dalam usia muda.

Cuma bila kita berbicara soal penunggang motosikal di jalan raya, benar-benar menakutkan. Imanshah sudah berapa kali hampir terlanggar penunggang motosikal yang memandu laju di jalanraya. Tak dapat dibayangkan jika terlanggar penunggang motosikal. Nauzubillah. Teringat juga zaman naik motor sepuluh tahun yang lepas. Darah muda kadang-kadang sukar dimengertikan. Yang kami tahu masa tu, tekan minyak sahaja. Kini anak-anak buah Imanshah juga penunggang motosikal sama ada ke sekolah mahupun ke IPT. Imanshah selalui berpesan kepada mereka agar berhati-hati kerana bimbang suatu hari nanti, jenazah yang tiba. Kepada keluarga Duan, takziah dan semoga tenang dan tabah menghadapi dugaan ini!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MARI KITA BERHENTI MEROKOK CIKGU!

Selamat pagi semua. Hari ini merupakan 31 Mei, hari terakhir di bulan Mei. Pagi tadi juga Imanshah ternampak dalam FB tentang Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Oh, hari menggalakkan orang ramai khususnya para perokok supaya berhenti merokok. Bercerita pasal rokok ni, sebenarnya mempunyai kolarasi terus dengan hidup Imnshah, apatah lagi sekarang Imanshah di kampung.

Apa yang dikatakan mempunyai hubungan terus ye? Sebenarnya keluarga Imanshah merupakan keluarga petani. Dan tanaman utama penduduk di Tumpat ialah tembakau. Dan keluarga Imanshah dulu memang tanam tembakau. Seingat Imanshah, tanaman inilah yang bertahun-tahun lamanya menyara kehidupan kami sekeluarga. Imanshah tak tahu sama ada menanam pokok tembakau tu dibenarkan dalam Islam ataupun tak. Waktu kecil kita mana tahu benda-benda macam ni. Ayah mintak turun ke bendang, maka turunlah kadang-kadang malam pun masih di bendang jika bulan terang. Tapi Imanshah dapat merasakan betapa kesungguhan dan kegigihan para petani di kampung Imanshah dalam menyara kehidupan keluarga mereka. Namun, sekarang semua tinggal kenangan. Tanaman tembakau sudah pun digantikan dengan tanaman lain, bahkan tanah-tanah pertanian juga sudah digantikan dengan rumah-rumah penduduk. Bila pulang ke kampung halaman, kenangan 15  tahun yang lepas pasti akan bertandang. Busuk bau tembakau masih tidak dapat  dilupakan.

Imanshah tidak merokok! Namun, kami di rumah ada tiga orang lelaki, arwah ayah dan abang serta Imanshah. Arwah ayah dahulunya merupakan perokok tegar. Masih ingat rokok BENSEN & HEDGES ? Ianyan merupakan satu-satunya pilihan arwah.Kalau disuakan DUNHILL, menggeleng-geleng kepala arwah tanda tak mahu. Kotak-kotak rokok disusun kemas di atas kayu dinding rumah. Nampak cantik dan kemas disusun rapi berbagai corak. Begitu juga abang, mula merokok selepas SPM dan ayah tidak melarangnya. Cuma Imanshah sahaja yang tidak merokok. Pernah sesekali mencuba namun rasanya rokok bukan jiwa Imanshah. Sehinggalah ayah disahkan mengidap kencing manis, arwah mula berhenti merokok. Alhamdulillah, doa Imanshah dikabulakan apabila ayah berhenti merokok sepenuhnya awal tahn 90-an. Cuma abang sahaja sekarang yang measih belum berhenti merokok. Yalah, perokok ni kita cakap apapun kan, bukan senang mereka nak berhenti. Walaupun harga rokok sekarang ni dinaikkan sehingga RM 50 sekalipun, payah rasanya.

Ni satu benda yang Imanshah nak cakap. Kalau ada dalam kalangan cikgu-cikgu yang terasa, Imanshah minta maaf lah ye. Kadang-kadang kita dok tangkap budak-budak yang merokok kat sekolah la, kat asrama lah dan kita sangat expert dalam bab-bab ni. Tengok bibir pun sebatu kita dah cam dia tu merokok. Tapi yang sadis nya kita pula merupakan perokok tegar. Bibir tu dah tak nampak merah dah. Sekali buka mulut, macam- macam bau keluar. Masa soal budak pun mulut kita bau rokok. Dalam hati bebudak tu cakap " nak tangkap orang, tapi diri sendiri 2 kali lima."

Maka kita pun sibuk menegakkan benang yang basah. Aku dah kerja, aku penguatkuasa, aku cikgu, korang tu budak-budak. Mak bapak hantar sekolah suruh belajar, bukan suruh hisap rokok. Ada kan dialog ni?? Imanshah bukan nak menuding kepada sesiapa, namun lebih kepada peringatan terhadap diri sendiri sahaja kerana di mana-mana kita berada selalulah ingat-mengingat. Selalunya kita ajak murid-murid kita supaya berhenti merokok, jangan cuba-cuba merokok. Apa salah kali ini, Imanshah nak ajak kawan-kawan semua, MARI KITA BERHENTI MEROKOK! Apapun, fikir-fikirkan dan semoga rokok dapat kita jauhi bersama! Selamat bercuti cikgu !


Pernah dengan pasal rokok eletronik?? Kalau nak tahu lebih lanjut, KLIK SINI.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN SALIH YAACOB DENGAN ISTERI KE-4

Gambar di sekitar majlis pernikahan dramatis, pelawak dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 49  dengan isteri ke-empat beliau , Emi atau nama sebenarnya Samihah  bt Sheikh Ali di Masjid Jamek Kulai Jaya. Dengan dua kali lafaz, Salih sah menjadi suami Samihah. Samihah menerima mas kahwin sebanyak RM 25, wang hantaran sebanyak RM 25 000 dan sebentuk cincin. Walau bagaimanapun, isteri pertama, kedua dan ketiga Sallih tidak hadir. Hurm, dah cukup koata Salih ye. Tahniah!! Semoga bahagia hendaknya.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, May 30, 2011

PELAJARAN DARI MEMORY LANE IPOH

Sebelum pulang ke kampung Imanshah sempat 'bersiar-siar' ke Memory Lane atau lebih mesra dengan panggilan lockin oleh orang-orang Ipoh khususnya. Seperti biasa, tempat yang akan selalu Imanshah kunjungi semenjak tahun 2003 lagi. Walau pun tanpa membeli apa-apa, namun hati cukup seronok dan teruja setiap kali melewati kawasan ini. Melihat hiruk pikuk manusia yang tawar menawar, bunyi lagu-lagu yang dimainkan sehinggalah suara penjual ubat memangguil pembeli untuk melihat ubat resdungnya. Semuanya bersatu di sini.

Dan melihat kepada kesungguhan dan ketabahan para peniaga memperaga dan memujuk pembeli agar membeli barangan mereka waima majalah wanita keluaran tahun 1998 mahupun sekeping CD yang entah berapa lama usianya, hati seolah-olah mendapat suntikan semangat. Ada antara mereka yang sudah begitu tua, namun masih gigih mencari rezeki. Dan para peniaga yang terdiri daripada pelabagai bangsa (termasuk indonesia) menjadikan memory lane begitu istimewa dan dekat di hati. Kalau ikut kan kepada mata kasar semmeangnya hati akan berfikir, mampukah mereka menyara hidup dengan hanya menjual barangan antik mahupun radio-radio lama yang barangkali orang seperti Imanshah tak pernah pandang pun. Namun sebaliknya mereka membuktikan segala hipotesis itu salah, dan para peniaga barangan lama dan terpakai ini terus kuat dan teguh meneruskan kelangsungan hidup mereka.


Ya, dalam hidup ini harus berani dan yakin dengan apa jua tindakan yang dilakukan. Dalam kesulitan, sudah tentu ada pertolongan dan untuk meneruskan kehidupan, seharusnya mesti kuat mencari rezki yang halal untuk  secebis kehidupan. Memory Lane Ipoh, terima kasih!! Semoga dikau terus teguh dan wujud bukan hanya untuk para peniaga mencari sedikit rezeki Tuhan, namun untuk manusia lain belajar sesuatu darimu!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HARGA BARANG TANPA SUBSIDI

Tiada niat untuk mempolitikkan senarai ini, sekadar perkongsian bersama kawan-kawan sahaja mengenai harga sebenar barang jika tidak diberikan subsidi oleh kerajaan. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

1)Petrol RON95- RM1.90, Harga sebenar RM2.33 sen, Jumlah subsidi 43 sen 
(Subsidi Kerajaan= RM486 Juta)


2) Gas- RM 26.60 setong, Harga Sebenar RM53.62 sen, Jumlah Subsidi RM27.00 setong 
(Subsidi kerajaan = 1.43 billion)



3) Tepung Gandum-RM 1.35, Harga Sebenar RM1.80 sen, Jumlah Subsidi 45 sen sekilo
 (Subsidi Kerajaan=RM89 juta)



4) Gula-RM 2.30, Harga sebenar RM3.50, Jumlah subsidi RM1.00 sekilo 
(Subsidi Kerajaan= RM813 juta)



5) Minyak Masak-RM2.50, Harga Sebenar RM3.50, jumlah subsidi RM1.00 sekilo.
 (subsidi kerajaan=RM813 juta)



6) Beras ST15-RM18.00 sekampit, Harga Sebenar RM24.00, Jumlah Subsidi RM 6.00 sekampit, (Subsidi Kerajaan=RM486 juta)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, May 29, 2011

KEPUTUSAN MENTOR MUSIM KE-5 : SALMA MUNCUL JUARA

SEMUA sudah tahu Iqa, Shiha dan Salma bakal berentap untuk merebut gelaran juara Mentor musim ke lima (M5), Ahad ini di Stadium Malawati, Shah Alam yang akan disiarkan secara langsung di TV3 mulai pukul 9 malam. TV3 ada alasan tersendiri memasukkan Salma, protege Erra Fazira ke peringkat akhir bersama Iqa dan Shiha yang diumumkan pada pertandingan separuh akhir kedua minggu lalu, walaupun ia menimbulkan cakap-cakap dan rasa tidak puas hati.nPenerbit Eksekutif dan Pengarah M5, Muhamad Sufian Isa berkata, kemasukan Salma berdasarkan banyak faktor termasuk menilai corak persembahannya sepanjang minggu dan beberapa perbincangan lain.
“Sejak awal memang telah ditetapkan dua peserta akan ke peringkat akhir berdasarkan markah tertinggi yang dikumpul. Bagaimanapun, bukan menjadi satu kesalahan kalau ada tiga peserta akhir,” kata Sufian. Salma atau nama penuhnya, Salma A. Asis, 21, dikatakan dipilih masuk bukan atas dasar kasihan atau sekadar memenuhi kuota tetapi kemampuan yang ditonjol. Selain itu kehadirannya dilihat dapat memberi saingan sengit kepada Iqa dan Shiha. Tidak dinafikan persembahan Shiha, protege Datuk Sharifah Aini memang konsisten setiap minggu sejak M5 dimulakan Mac lalu. Namun, kehadiran Salma tidak boleh dipandang 

remeh.
Dengan kehadiran Salma, ia bukan sahaja menjadikan pertandingansengit tiga penjuru, malah dikatakan mampu menggugat peluang Iqa walaupun persembahannya minggu lalu mengatasi Shiha yang pernah disebut-sebut akan bergelar juara.“Saya perlu meningkatkan usaha kerana saingan saya bukan seorang tetapi dua. Untuk pertandingan akhir ini, kami perlu mencari sesuatu yang baru,” kata Shiha.Memang sesuatu di luar jangkaan apabila protege Edry Abd. Halim mengatasi Shiha dan Salma pada pertandingan separuh akhir kedua, namun Iqa telah membuktikan kebolehannya tidak boleh dipandang rendah.
Bak kata Edry, Iqa ada peningkatan setiap minggu. Jika Iqa mampu mengekalkan prestasinya pada peringkat akhir, tidak mustahil gelaran juara menjadi miliknya. “Pertandingan ini seperti marathon. Pada peringkat awal, mungkin kita perlahan dan kita akan melipat ganda di penghujung garisan. Itulah yang akan kami lakukan. “Selagi Iqa boleh menyanyi dengan penuh jiwa, saya yakin dia mampu mendapat kedudukan yang terbaik. Apa-apa pun kami akan berusaha memberikan yang terbaik,” kata Edry. Salma ketika separuh akhir kedua minggu lalu telah melakukan kesilapan besar apabila salah masuk key ketika mendendangkan lagu Nirmala dan Mimpi Laila.
Menurut juri tetap M5, Datuk Ramli M.S, kesalahan Salma itu tidak boleh dimaafkan kerana sudah berminggu peserta itu membuat persembahan. “Jika peserta terus melakukan kesalahan yang sama terutama asas menyanyi, sudah pasti mereka tidak akan berjaya.“Saya juga ingin nasihatkan pada mentor jangan cuba buat eksperimen kerana ini bukan masanya. Pilihlah lagu yang sesuai dengan genre protege,” katanya. Kini hanya tinggal dua hari sahaja lagi bagi Iqa, Shiha dan Salma mempertingkatkan kemampuan daripada segi vokal dan mental untuk meraih gelaran juara kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada pertandingan akhir, setiap protege akan mendendangkan tiga lagu iaitu solo, berduet dengan mentor dan sebuah lagu baru.Seperti biasa format permarkahan dibagi kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian sistem pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus daripada juri awam.

Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet.
Mentor setiap protege juga layak menerima hadiah wang tunai RM100,000 jika anak didik mereka berjaya menjadi juara.Sementara itu, tempat kedua akan mendapat wang tunai RM30,000 untuk mentor dan protege serta sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World untuk protege.


Siapa yang akan mucul juara?? Keputusannya akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Ally Iskandar. Sabar Na..

JUARA MENTOR MUSIM KE-5

SALMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

RINDU NASI BELAUK IKAN TONGKOL

Salam, sewaktu entri ini diterbitkan Imanshah sudah pun dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Meninggalkan seketika kesesakan ibu negeri Perak,  Bandaraya Ipoh menuju ke pekan koboi TUMPAT. Dan buat kesekian kalinya Imanshah akan melalui lebuhraya timur barat yang menghubungkan negeri Utara dengan Pantai Timur. Alhamdulillah, inilah nikmat kehidupan sebenarnya yang dikurniakan Allah. Kita memiliki lebuh raya yang hebat bagi membolehkan perjalanan dipercepatkan. Dan kita juga dikurnakan kemampuan untuk mencipta kenderaan bagi emmbolehkan kita menaikinya dan membantu kita sampai ke destinasi.

Bercerita tentang lebuh raya ini, sememangnya ia mengundang nostalgia yang takkan dilupakan sampai bila-bila sewaktu berlaku kemalangan yang hampir meragut nyawa Imanshah suatu waktu dulu. Baca SINI. Alhamdulillah walaupun sedikit trauma, namun terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Doakan lah semoga Imanshah selamat sampai ke destinasi ya!! Hampir 4 bulan tak pulang ke kampung. Rindu rasanya menikmati nasi belauk ikan tongkol..Nyam-nyam sedap!! Ok babai jumpa lagi!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MANCHESTER UNITED - BARCELONA : RAMALANKU BENAR BELAKA

90' - Tamat perlawanan

85'Kad Kuning Victor Valdes

79' Kad  Kuning Antonio Valencia

73'Lagi Barca nyaris menambah gol. Messi menghantar  bola ke arah Xavi yang berjaya menghantar bola dalam keadaan pertahanan United yang kelam kabut.  Sayang sentuhannya kurang sempurna.

70'Luar biasa! Tendangan placing David Villa meluncur laju  masuk ke bahagian atas  kiri  gawang Van der Sar. Barcelona melebarkan kedudukan kepada 3-1

62'Barca terus menekan. Umpanan  Iniesta diakhiri tendangan Messi, sayang bola tepat ke Van der Sar.

61' Kad  Kuning Michael Carrick

60'Kad  Kuning Daniel Alves

54'Messi memperlihatkan keajaibannya. Tendangan kerasnya ke sudut gawang gagal ditepis Edwin van der Sar. Kedudukan 2-1.

46' Mascherano melakukan larian solo , menghasilkan tendangan sudut bagi Barcelona.

46' - Kick Off babak kedua.

45'Babak pertama berakhir, pertandingan final Liga Champions 2010/11 berlangsung menarik. Buat seketika keputusan 1-1. 

34'Aksi satu-dua Ryan Giggs dan Wayne Rooney diselesaikan sempurna oleh penyerang  Inggris dengan tendangan  sederhana ke arah tiang jauh gawang Valdes. MU menyamakan kedudukan melaui Rooney.

27'Tekanan yang dilakukan Barcelona akhirnya membuahkan hasil . Xavi menyorongkan bola ke arah Pedro yang merobek gawang  Van der Sar.

24'Strategi ball possession Barcelona mulaimemaksa para pemain  Manchester United melakukan kesalahan demi kesalahan, hingga membuka peluang juara La Liga itu untuk menciptakan gol.

15' Park cuba  merebut bola dari Alves yang melakukan serangan ke kotak penalti, tetapi bola jatuh ke kaki Xavi yang memberi umpan ke arah Pedro, sayang tendangannya masih tersasar.

13'MessiMessi kelihatan sukar mendapatkan bola kerana Park sentiasa mengekorinya.

10' Barcelona mula memperlihatkan kemampuan kolektif dalam menguasai  pertandingan dan mencari peluang  untuk menciptakan peluang gol, tetapi belum membahayakan.

5' - Dalam tempoh lima minit Chicarito sudah dua kali terperangkap dengan off side dalam keadaan yang cukup berbahaya.

3' -Di awal perlawanan kelihatan MU cuba menguasai perlawanan dengan gerakan satu dua Park Ji Sung dan Dani Alves

1'Kick-off!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 28, 2011

KETIKA NAMA SEDANG WANGI

Alhamdulillah, cuti pertengahan tahun akhirnya menjengah jua. Cepat benar masa berlalu, terkenang cuti pertengahan tahun lepas dihabiskan di ROME, Italy.Nak baca klik SINISINISINISINISINISINI, dan SINI. Hurm, dah separuh perjalanan persekolahan untuk tahun 2011 dilalui. Fasa pertama sudahpun berlalu kini fasa ke dua yang lebih mencabar bakal menjengah dua minggu dari sekarang. Apapun untuk fasa yang pertama Imanshah rasakan ada sedikit peningkatan dan kepuasan dalam kerjaya. Pertamanya keputusan SPM 2010 bagi matapelajaran yang diajar meningkat dengan banyak. Alhamdulillah berkat teamwork yang baik dengan rakan panitia. Dan untuk tahun 2011 Imanshah doakan keputusannya akan terus meningkat.

Selain itu, pasukian hoki Imanshah berjaya memenangi Kejohanan Hoki SBP Zon Utara buat pertama kali setelah enam tahun mencuba, walau kami tewas di peringkat kebangsaan, namun ianya cukup sebagai permulaan kepada kebangkitan kami. Dan terbaru, pasukan bahas Imanshah berjaya mengulangi pencapaian tahun 1996 apabila layak ke pertandingan akhir Piala Perdana Menteri Julai nanti. Inilah antara kepuasan yang tak dapat digambarkan sebagai seorang pendidik.

Apapun, seringkali juga Imanshah tertekan dengan persekitaran sekolah yang inginkan kecemerlangan dalam segenap aspek. Dan dengan tekad serta kesungguhan, akhirnya usaha selama ini dirasakan berbaloi. Orang kata, kalau nama sedang wangi, semuanya dipuji. Hilang segala tohmahan dan cop mohor BUDAK NAKAL. Dan Imanshah tidak terlepas dari menerima situasi ini. Dan Imanshah takut suatu hari nanti, ibarat roda kita bukan sahaja jatuh, malah terjelepuk dan di saat itulah kita seolah-olah tiada dipandang walau sebelah mata pun. Sebab itulah Imanshah tak pernah ambil peduli dengan pujian-pujian melangit yang diberikan. Begitu juga dengan anak-anak buah Imanshah. Mereka diterapkan dengan sikap merendah diri dan tidak terbuai dengan kejayaan. Pada Imanshah kita tidak hidup dengan pujian dan kita tak kan mati dengan kejian.

Apapun kepada pasukan yang kalah, jangan putus asa. Kita dah bersama 8 tahun lamanya, dan situasi jatuh dan bangun pasti ada. Memang perit untuk menerima apatah lagi seolah-olah sumbangan yang diberikan selama ini untuk menaikkan  nama sekolah seolah-olah dinafikan. Begitulah resmi manusia, kebaikan yang banyak akan tenggelam bila sekali membuat keaiban. Bersabarlah! Allah bersama dengan orang yang sabar. Apapun terngiang kata-kata mantan pengetua " BERPINDAH SELAGI NAMA MASIH WANGI" !!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 28 MEI 2011

Malam ini 28 Mei 2011 akan berlangsung tujuh perlawanan Liga Super 2011. Perlawanan-perlawanan malam ini merupakan perlawanan ke 23. Bermakna hanya tinggal 4 perlawanan sahaja yang berbaki dan seterusnya juara Liga Super 2011 akan diketahui. Apakah Terengganu akan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga? Sama-sama kita saksikan nanti. Sudah tentunya Kelantan yang akan melayan kunjungan Pahang tidak akan mensia-siakan peluang di tempat sendiri. Tujuh perlawanan pada malam ini ialah :

KELANTAN (1) VS PAHANG (0)
SELANGOR (2)   VS NEGERI SEMBILAN (0) 
TERENGGANU  (0) VS KEDAH (1) 
PERAK  (2)  VS T-TEAM (0) 
KUALA LUMPUR (1)  VS JOHOR FC (2) 
HARIMAU MALAYA A (2)   VS SABAH (0) 
PERLIS  (0) VS FELDA UNITED (1) 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, May 27, 2011

PIALA PERDANA MENTERI : PENANTIAN 15 TAHUN BERAKHIR

Lima belas tahun bukan satu tempoh yang singkat. Lima belas tahun juga bukan jangka masa yang cepat. Jika diterjemahkan sebagai seorang insan, jiwa ini sudah berada dalam tingkatan tiga, mekar menjadi seorang remaja yang elok rupa parasnya dan baik budi pekertinya. Lima belas tahun yang dahulu, pasukan bahas Bahasa Melayu STAR telah melangkah ke finale Pesta Piala Perdana Menteri dan sehinggalah ke hari ini, mereka berterusan mencuba untuk membawa pulang Piala Perdana Menteri ke bumi Ipoh, namun sayang tersekat di tengah jalan.

Mulai tahun 2004, pasukan ini telah diambil alih oleh Imanshah dan Puan Noridah. Dan mulai tahun tersebut juga, kami telah cuba untuk melakukan yang terbaik untuk ke pentas final dan seterusnya menjulang Piala Perdana Menteri, namun nasib tidak seindah cita-cita. Yang paling hampir ialah pada tahun 2008 dan 2010 apabila kami melangkah ke separuh akhir. Namun, langkah kami terhenti disitu sahaja kerana tewas di separuh akhir.

Kehadiran ke bumi Seremban bukan hanya untuk melayakkan diri ke pentas finale pada Julai nanti, namun lebih kepada mempertahankan maruah kami yang sering dianggap pasukan kelas ke dua. Bermula di peringkat kumpulan, pasukan bahas STAR berjaya mengenepikan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Muzafhar Shah (MOZAC), Integrasi Sabak Bernam dan Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMERDU). Dan Alhamdulillah, kami muncul juara kumpulan N. 

Sebagai juara, kami melangkah ke pusingan ke dua, dan sewaktu pengundian, kami ditakdirkan bertemu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP K), lawan yang dianggap kuat dan nama besar dalam arena perbahasan PPM. Namun, dengan tenang, pasukan ini berjaya menumpaskan aura SMAP K dan kami menang dalam satu pertarungan yang dramatik. Mara ke suku akhir, pertemuan menentang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) juga menjanjikan persaingan yang sengit. Dengan usul " Seni dan Budaya Memupuk Jati Diri Bangsa", kami memenangi perlawanan di peringkat ini.

Seterusnya kami hadir ke fasa yang sangat mencabar, fasa yang akan menentukan kelangsungan hayat kami di PPM dan fasa yang akan membezakan pasukan mana yang akan ke pentas finale di PICC, Putrajaya pada bulan Julai kelak. Dan pasukan yang menanti di separuh akhir ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, pasukan yang telah mengecewakan kami pada tahun lepas di separuh akhir. Ibarat pertemuan isi dengan kuku, peluang untuk menebus kehampaan tahun lepas terbuka. Dengan usul " Hukuman Khidmat Masyarakat Berjaya Mendidik Pesalah Juvana" bertindak selaku pihak Kerajaan, kami hadir untuk bersemuka menggagaskan usul. Dan akhirnya, Stadium Paroi, Negeri Sembilan telah menjadi saksi betapa akhirnya, tangisan kesedihan  pada tahun 2008 dan 2010 telah kami gantikan dengan tangisan kegembiraan. Alhamdulillah, kami layak ke final, dan lebih manis lagi Nur Qushairi telah berjaya menjadi pembahas terbaik keseluruhan.

Ibarat kapal yang berlayar, pelayaran untuk Piala Perdana Menteri sudah hampir sampai ke destinasi. Hanya PICC yang belum ditawan. InsyaAllah pasukan muda ini akan terus berjuang bagi mengembalikan kehebatan arena perbahasan Bahasa Melayu STAR. Sekalung apresiasi buat teman seperjuangan PUAN NORIDAH yang banyak mengepalai dan membimbing saya, seorang sahabat dan kakak yang memiliki ketabahan dan kegigihan yang ampuh, dan buat semua pembahas QUSHAIRI, UTHMAN, AMSYAR dan AMIRUL. Juga buat semua keluarga Debat Bahasa Melayu STAR yang banyak bekorban untuk kejayaan ini. Buat bekas pembahas AZRI, PAMAN, SIRAJ, BEBET, HARINN, FAiZS, FARID (di UK) yang sentiasa memberi sokongan samada pengalaman dan juga kepakaran mereka. Terima kasih, 15 tahun yang mendebarkan dan kini kita buktikan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, May 25, 2011

SELANGKAH SAHAJA LAGI KE FINAL

Update ringkas dari Kolej Tunku Kurshiah. Pasukan bahas BM STAR akan berentap dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak pagi esok setelah berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, petang tadi. Alhamdulillah. Pertandingan pagi esok akan mengulangi perlawanan separuh akhir pada tahun 2010 menentang pasukan yang sama di Sekolah Menengah Sains Pasir Putih. Hanya selangkah sahaja lagi ke final. Salam, babai!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KHABAR GEMBIRA DARI SEREMBAN

Salam, agak sepi laman ini. Mohon maaf tak berkesempatan bersiaran. Imanshah di Seremban sedang berjuang bersama anak-anak Bintang.  Hari ini kami sedang berjuang di peringkat suku akhir. Alhamdulillah pada pusingan ke dua, musuh tradisi SMAP Kajang berjaya ditewaskan. Pada petang ini akan bertemu Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di peringkat suku akhir. Doakan kejayaan mengiringi perjalanan pasukan Imanshah. InsyaAllah berita penuh akan menyusul nanti. Wassalam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 21, 2011

GAMBAR SEKITAR TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAQWA

Petang tadi, Imanshah menerima maklumat daripada seorang sahabat berkaitan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat. Dengan perasaan ingin tahu, Imanshah cuba menyelidiki berita tersebut di internet. Malangnya internet bermasalah kerana hujan di Ipoh. Lalau, Imanshah hanya berkesempatan menonton berita tersebut melalui Buletin Utama, TV3. Sungguh sedih dan sayu mendengar berita tersebut, dan Imanshah rasakan seluruh rakyat Malaysia juga bersedih atas tregedi yang menimpa mereka. Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat anak-anak yatim ini yang telah pergi meninggalkan kita. Dan kita sama-sama berdoa agar baki yang belum ditemui selamat hendaknya. Hanya gambar yang dapat bercerita tentang tragedi ini.











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GAMBAR SEKITAR PERASMIAN KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSSM 2011 DI IPOH, PERAK

Semalam, telah berlangsung upacara perasmian Kejohanan Padang dan Balapan MSSM 2011 di Stadium Perak. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Haji  Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.  Untuk mengikuti laman web rasmi kejohanan anada bolehlah berkunjung ke SINI.


Para pembawa bendera Kejohanan.


Maskot kontijen PErlis " SINGA UTARA"


Pertunjukan bunga api.


Koir Pendidikan oleh guru-guru Perak.


Antara tetamu kehormat yang hadir.


Persembahan dinamik sukan oleh pelajar-pelajar sekolah sekitar Ipoh.


Kontijen Perak Darul Ridzuan.


 Ucapan perasmian oleh TPM.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BOIKOT?

Pagi tadi berbual ngan anak- anak buah sewaktu menghantar mereka ke stadium.


A : Cikgu, nanti kenduri  Miss H cikgu pergi tak ?
B : Pergi , InsyaAllah
A : Boikot lah cikgu, kalau saya, saya dah tak pergi.
B : Owh kenapa?
A : Yang patut berkahwin dengan dia bukan C, tapi cikgu.
B : Owh, takpa. Jadi gentleman sikit, jodoh takda. 
A : Kalau saya saya pergi kenduri sepupu saya. Buat apa pergi kenduri dia. 
B : Ini bukan pengakhiran hidup lah. Jangan putus sahabat kerana ini. (ayat cover)..hehe


Itulah anak-anak. Telus dan tulus. Kebetulan pada masa yang sama , sepupu saya di kampung juga berkahwin. Saya baru dapat tahu semalaam tarikhnya bertembung.  Sana keluarga, sini "kawan" baik. Mana satu yang nak pergi. Kalau tak pergi belah keluarga, nanti dikatakan tak mendahulukan saudara. Tapi kalau tak pergi ke kenduri  Miss H, nanti dikatakan merajuk membawa diri, tak sanggup melihat dia bahagia. Kalau kawan-kawan, mana satu yang nak pergi. Satu di Tumpat, satu di Ipoh?  


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 JAM TIDAK BERSIARAN

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Baru berkesempatan untuk on9 malam ini setelah 24 jam tidak ke udara. Hari yang sangat memenatkan. Alhamdulillah, keputusan contest telahpun diumumkan dan Alahamdulillah sekali lagi tiada bantahan secara bertulis terhadap keputusan tersebut. Terima kasih buat teman-teman yang menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada.

Pada hari ini Imanshah menghadap tiga perkara yang agak besar. Pertamanya pasal teater muzikal yang akan dipersembahkan di Hotel Royal Bintang, Seremban sempena Majlis Anugerah Cemerlang HKSBP Kebangsaan nanti. Masih banyak aspek teknikal yang perlu dipertingkatkan. Kesian melihat anak-anak buah berlatih dari pagi dan di bawa hingga ke malam hari. Aspek tarian Dabus agak memuaskan, namun aspek teater masih perlu dipertingkatkan.  Namun, mujur semangat mereka kental untuk membuat persembahan yang terbaik untuk tatapan warga Sekolah Berasrama Penuh nanti. Doakan yang terbaik ya kawan-kawan.


Pada hari ini juga di sekolah berlangsung majlis aku janji ataupun bai'ah melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima dan tiga yang menduduki tempat 20 terbawah dalam peperiksaan. Juga melibatkan kehadiran ibu dan bapa mereka. Di sinilah para ibu bapa berpeluang untuk bertemu mata bertanyakan permasaalahan anak-anak mereka. Waktu inilah melihat ibu bapa berleter memarahi anak-anak dan sebagai guru kena bijak memainkan peranan agar moral anak-anak tidak terjejas. Alhamdulillah, mereka berjanji untuk mengubah sikap terhadap pelajaran. Moga usaha yang sedikit ini akan membuahkan hasil yang hebat nanti.

Hari ini juga Imanshah sibuk dengan persiapan pasukan bahas ke HKSBP di Kolej Tunku Kursiah pada hari Ahad ini. Dan selalunya latihan dijalankan hingga ke malam. Bukan apa, persediaan bahas ini bukan boleh ala kadar sahaja. Fakta perlu banyak, struktur bahas mesti tepat, penghujahan mesti sempurna dan persembahan juga seharusnya mantap. Mujurlah anak-anak ini memahami kesibukan kami guru-guru dan mereka banyak menjalankan R& D sendiri. Cuma Imanshah dan Puan Noridah akan memperkemaskan dari aspek penghujahan, pembinaan konsep dan juga persembahan.


Inilah gambaran perbincangan usul. Setengah jam diberikan untuk mereka membincangkan usul perdebatan dan selepas itu perlawanan diadakan. Imanshah dan bekas pelajar bertindak sebagai juri.


Beginilah junior-junior. Menunggu dengan setia abang-abang mereka habis berbahas. yalah nak jadi hebat kena merangkak dulu. Tak kuat jati diri lagi ni. Namun, banyak juga bantuan yang diberikan. Merekalah tukang cari maklumat, tukang kemas dan tukang bancuh air. Baiklah, malam dah terasa sangat larut, perlu ke kamar beradu sekarang. Jumpa lagi.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, May 20, 2011

DAN INILAH PEMENANGNYA

Di tanah suci tumbuh kurma
Dipetik daun buat ubat
Debaran kini melanda semua
Sampailah masa keputusan dibuat

Kalau pergi ke Batang Kali
Letaknya jauh hujung benua
Memilih pemenang payah sekali
Penyertaan kalian hebat semua

Kalau memakan buah berangan
Kulit dibuang di dalam paya
Terima kasih atas sokongan
Inilah tanda persahabatan maya

Kalau tuan pergi ke pekan
Jangan lupa mnyapa singa
Tempat ke tiga saya umumkan
Milik si cantik manis GADIS BUNGA 

Terbang tinggi burung tempua
Membuat sarang di Pualau Pinang
Beralih kita ke tempat ke dua
WAN MOHD SALIM itulah pemenang

Tanam tebu di damansara
Tumbuh pula pohon kelapa
Tibalah kita umumkan juara
Milik KAK ZAKIE  kreataif orangnya

1) Tahniah kepada pemenang, bagi yang kurang berjaya, saya hanya bisa memilih tiga sahaja bagi mengisi slot juara, ke dua dan ke tiga. 

2) Penyertaan semua hebat sekali sehingga terpaksa saya meminta pertolongan sahabat-sahabat saya untuk membuat  keputusan.

3) Kebanyakan penyertaan yang diterima adalah dalam bentuk puisi, tidak hairanlah pemenang-pemenangnya juga terdiri dari puisi-puisi yang sangat indah dan dekat di hati.

4) Kepada para pemenang, sila hubungi saya di alamat email cikgu.shah@yahoo.com dengan menyertakan nombor akaun MAYBANK atau CIMB. (jika boleh)

5) Saya mohon maaf jika sepanjang contest ini dilaksanakan, saya ada melakukan kesilapan dan kekhilafan. 

6) Jangan serik untuk menyertai contest saya lagi, mana tahu rezeki kalian pula nanti. InsyaAllah semua penyertaan akan saya review blog tuan-tuan dan puan-puan semua.


Terima kasih semua.........I M A N S H A H

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, May 19, 2011

TAK LAMA LAGI KEPUTUSAN CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU AKAN DIUMUMKAN





Nama-nama di atas  merupakan senarai 58 peserta CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU. Alhamdulillah, rasanya proses pemilihan pemenang telah pun selesai dijalalankan, dan Imanshah hanya tinggu masa sahaja untuk mengumumkannya pada 20 MEI 2011. Imanshah cuba membuat penilaian terbaik atas setiap penyertaan. Di sini Imanshah mengambil kesempatan atas kesudian kalian memeriahkan contest pertama kali yang Imanshah anjurkan ini. Alhamdulillah, walaupun tidak sehangat contest-contest yang lain dari segi bilangan penyertaan (sekadar 58 penyertaan sahaja), namun Imanshah bersyukur kerana ramai kawan yang menyokong penganjuran contest ini. Yang paling penting, Imanshah terharu membaca ucapan-ucapan yang dititipkan buat seluruh warga pendidik. Terima kasih kami pendidik anda ucapkan.Apapun, tunggu ya keputusan nanti. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget