WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 30, 2011

MOOD SUKAN

Lama tak main bola. Dah renggang rasanya sendi-sendi ni. Berada di tengah padang dengan berlari untuk mengejar bola berbeza dengan selalu berada di tepi padang memberi arahan (hoki). Esok petang insyaAllah jika diberi kekuatan, Imanshah akan terlibat dengan satu perlawanan bola sepak antara staf Sekolah Bintang menentang pasukan bekas pelajar. Mengambil semangat kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Lubnan dan Taiwan, Imanshah berharap pasukan kami akan menang. 

Malamnya pula ada pulak 'dinner' sempena majlis penghargaan guru-guru dan staf. Kalau ikut di hati memang nak ponteng. Tapi memikirkan arahan adalah wajib, maka sebagai yang menurut perintah terpaksa lah hadir. Apa yang nak dihargai tu nanti-nantilah bercerita.

Lusanya pada hari Sabtu kena pula datang ke sekolah lagi. Dengarnya ada larian 1 Murid 1 Sukan. Larian ini serentak seluruh negara na. Semua warga pendidikan kena turut serta. Sama-samalah kita berlari. Kepada rakan-rakan pendidik, Imanshah ucapkan selamat berlari semua. Jangan semput udah le.

Dan cuti hujung minggu ni pun diakhiri dengan satu lagi program sukan. Ada perlawanan hoki pula antara Sekolah Bintang menentang STAROBA. Nampak penuh  dengan aktiviti kesukanan tak? Selagi mampu dan terdaya, kita main je lah. Pesan Imanshah, kalau main, kena bersungguh-sungguh, kalau belajar, pun mesti bersungguh-sungguh. Ok murid-murid?? Jumpa lagi..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

WARDINA OH WARDINA

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.


Isu terhangat minggu ini ialah kisah WARDINA. Imanshah ada beberapa pandangan, mungkin tak sama dengan pandangan tuan-tuan dan puan-puan. Mungkin ada negetif , mungkin juga ada positifnya.

1) Imanshah rasa nak menyaman blogger tu tak wajar lah terutamanya blogger-blogger politik. Pada Imanshah jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai. Biasalah, penulis mahupun blogger, memang mencari isu untuk dijadikan bahan penulisannya. Sudah semestinya isu hangat dan panas akan mendapat tempat di dada akhbar mahupun blog-blog. Sekarang terpulanglah kepada beliau untuk meneruskan niatnya. Hanya yang selalu mengikuti blog-blog politik akan memahami sepak terajang politik. Ke dua-dua belah pihak akan terus mempertahankan ideologi mereka. Dan InsyaAllah, di sinilah peranan kita untuk menilai mana satu yang baik, dan satu lagi yang buruk dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk undi pilihanraya.

2) Kalau sesiapa yang selalu mengikuti twitter wardina, memang status beliau ada unsur-unsur politik terutamanya lebih memihak kepada parti selain daripada kerajaan.Dan Imanshah rasa itu pilihan peribadi Wardina. Justeru sekarang ni Imanshah rasa, Wardina kalau kecenderungan untuk berpolitik, dan terpulang kepada beliau utuk memilih parti politik yang disukainya. Ini negara demokrasi, terpulang kepada mana-mana individu untuk menyokong kumpulan yang disukainya. Jika berminat boleh terus menjadi calon, dan bertanding dalam pilihanraya, dan inilaah Imanshah rasa medannya untuk membuktikan pengaruh dan kepimpinan beliau.

3) Tentang gambar-gambar lama beliau tu, rasanya tiada asas untuk menyuruh blogger keluarkan dari blog mereka. Pertamanya, gambar tersebut memang dah lama ada dalam laman maya ini. Yang ke duanya tak berapa logik lah, kalau ada 300 blog yang pernah memaparkan gambar-gambar lama beliau, takkan nak saman 300 bloggers ataupun pengendali laman web pulak. Lagipun kalau search google untuk melihat image Wardina masa zaman remajanya, banyak lagi laman web yang masih ada gambar beliau. Begitu juga sitkom popular SPANAR JAYA, masih lagi diulang tayang. Namun, kalau ditanya Imanshah, Imanshah pun tak ingin nak melayari dan melihat gambar-gambar Wardina di zaman mudanya. Itulah harga yang  harus dibayar sebagai selebriti.

4) Rasanya, Wardina tidak perlu melatah dengan apa yang telah berlaku. Rasanya diam itu bukan beerti kalah. Lebih kepada proses untuk menyejukkan keadaan. Istilah berani kerana benar, takut kerana salah, tidak sesuai sekarang kerana beliau akan diserang dari segenap penjuru. Memang dia mempunyai keluarga yang perlu dijaga ai mukanya, namun usah lah lagi mengeruhkan keadaan. Itu nasihat Imanshah. Semoga isu ini tidak berpanjangan. Kalau tak percaya buka lah blog-blog politik, macam-macam ditulis.

5) Mungkin isunya ialah Wardina bekerja dengan media yang sememangnya boleh dikatakan pro kerajaan. Yalah,yang ni ibarat kita dibayar gaji ikut tangan kanan, tangan kiri pula digari. Ditelan, memang tekak tak boleh terima, apatah lagi untuk diluah, tempiasnya kena merata-rata. Faham-fahamlah Wardina, tak perlu berlebih-lebih. Kalau rasa inilah masa untuk meninggalkan Tv3, pergilah dan berjuanglah dalam apa jua organisasi yang disukai. Namun rasanya, kalau isu sekecil ini pun sudah heboh satu negara, Imanshah bimbang Wardina tak kuat untuk berada dalam pentas politik nanti yang memang tak pernah kenal kawan mahupun lawan.

Apapun, sebagai pemerhati bebas, kita doakan yang terbaik untuk WARDINA. Bukankah Islam mengajar kita saling menghormati dan berkasih sayang?? Semoga tabah WARDINA!

Al-Hujurat, ayat 11


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamumenyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

WORDLESS WEDNESDAY-TAK PASAI-PASAI




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, June 29, 2011

TUKANG GUNTING

Pada suatu hari seorang ketua kampung  dan seorang tukang gunting berjalan di kampung mereka.

Tukang gunting  berkata kepada ketua kampung, "Lihat, inilah sebabnya saya tidak dapat percaya pada Tuhan yang katanya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika Tuhan itu baik sebagaimana yang engkau katakan, Dia tidak akan membiarkan semua kemiskinan, penyakit, dan penderitaan. Bahkan kejahatan yang dilakukan oleh manusia, di manakah Pengasih dan Penyayang-Nya? Sanggup membiarkan umat manusia menjadi jahat?

Ketua kampung itu diam saja sehinggalah  mereka bertemu dengan seseorang yang sangat tidak terurus seperti orang gila yang sedang merayau-rayau. Rambutnya panjang dan janggutnya seperti tidak dicukur dalam tempoh yang agak lama.

Ketua kampung  berkata, "Kamu bukanlah  seorang tukang gunting yang baik kalau kamu membiarkan orang seperti dia hidup dengan rambut dan janggut yang tak terurus."

Merasa tersinggung, tukang gunting itu menjawab, "Mengapa salahkan aku atas keadaan orang itu? Aku tidak mengubahnya. Ia tidak pernah datang ke kedaiku. Aku  boleh mengguntingkan rambutnya supaya dia nampak lebih kemas dan rapi.," 

Sambil melihat dengan tenang kepada tukang gunting itu, Ketua Kampung itu berkata "Kerana itu, jangan menyalahkan Tuhan kerana membiarkan orang hidup dalam kejahatan, kerana Allah terus menerus mengundang mereka untuk datang dan 'dicukur' akan tetapi mereka selalu mengabaikan-Nya. Alasan mengapa orang-orang itu menjadi jahat adalah kerana mereka menolak ajakan petunjuk Allah, untuk menyelamatkan mereka."


  
Sahabatku, banyak dari diri kita lebih suka menyalahkan takdir, daripada menyalahkan diri sendiri, kita merasa Tuhan tidak adil atas pemberian-Nya. Kita merasa telah diperlakukan tidak adil karena kemiskinan kita, masalah-masalah yang menimpa kita.

Sadarkah engkau sahabatku, bahawa Tuhan selalu memberikan petunjuk dan ajakan kepada kita, akan tetapi diri kita ini mengabaikan bahkan menjauh dari ajakan-Nya. Bahkan kita hanya memandang sebelah mata petunjuk-petunjuk-Nya, di bandingkan petunjuk-petunjuk manusia yang belum pasti kebenarannya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KISAH TUKANG ARAH

Pengarah? Tukang arah? Sesuai benar gelaran untuk yang suka mengarah. 

Alkisah di sebuah negeri bernama CACA MERBA, ada seorang  menteri yang kerjanya memang suka mengarah. Memang sesuai kerja mengarah ni dengannya juga dengan jawatan yang diberikan kepadanya. Maka, sesuaka hatilah, arahan demi arahan diberikan kepada orang bawahannya. Yang menjadi persoalannya, kadang-kadang arahan memanda menteri ini  tidak jelas. Kadang-kadang menggunakan orang tengah, maka si kuli-kuli yang diarahnya kadang-kadang tidak mendapat arahan yang jelas.

Bila masa sesuatu hendak dilaksanakan, arahan yang diberikan tidak dihiraukan. Maka memanda menteri ini akan naik hantu, diarahkan pula ketua-ketua kuli untuk mengejar kuli dan meminta kuli-kuli menyiapkan keperluannya dengan segera. Dan jika gagal, maka hukuman akan dikenakan kepada kuli-kuli. Kuli-kuli yang gagal menyiapkan permintaannya akan dipancung. Kuli-kuli akan dikenakan tindakan tunjuk sebab pula meletakkan jawatan sebagai kuli.

Selalu juga, kuli yang telah menyiapkan kerja turut mendapat tempias gertakan dan kemarahan memanda menteri. Semua kuli dipukul rata dengan amaran. Namun, timbul lagi persoalan. Memanda menteri ini sebenarnya memilih bulu orang yang hendak diarah, kepada pahlawan negara, menteri ini takut berbuat sesuatu. Sekali pahlawan negara menjengilkan biji mata, terkencing si menteri. Maka, kuli-kuli yang di bawah lah yang selalunya menjadi mangsa. 

Kesimpulannya :

1) Arahan mesti jelas supaya semua orang faham.
2) Arahan mesti adil dan jangan ada golongan yang terlepas.
3) Jangan selalu menggertak orang bawahan sebaliknya bimbinglah dengan berhemah. Sebab itulah dilantik sebagai MENTERI supaya dapat membimbing KULI-KULI yang di bawah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, June 28, 2011

BETA BERADU

Penat, sehari suntuk di Putrajaya, kini baru menjejakkan tayar kereta di bumi Ipoh. Izinkan beta masuk beradu dulu kerana mata ini sudah tidak mampu menjalankan tugasnya. Sekian..

"SAYING  GOODNITE IS NOT JUST PUTTING AN END TO A DAY..IT WAS SAYING, I REMEMBER ALL OF U BEFORE I GO SLEEP. HOPE U CAN FEEL THE CARE THAT GOES WITH IT. NITE EVERYBODY!!"




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MENJENGUK PUTRAJAYA

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, baru terjaga di subuh-subuh shafie ni. Ada urusan seri paduka baginda yang harus diselesaikan. Imanshah tengah bersiap-siap untuk ke Putrajaya ni, ada mesyuarat penting yang harus dihadiri, Mesti berada di sana pada jam 8.30 pagi. Jadi nak tak nak, kenalah bergerak awal. Tak dapat nak berblogwalking ke blog rakan-rakan. Doakan semoga Imanshah selamat pergi dan pulang ya. InsyaAllah ada umur panjang kita pasti ketemu lagi. Jaga diri baik-baik!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, June 27, 2011

INSTANET-JALUR LEBAR PRA BAYAR PALING MURAH KINI DI PASARAN


Rakyat negara ini kini boleh melayari internet pada kadar serendah RM1 sehari, menerusi pelancaran jalur lebar terbaik dari Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Instanet yang disifatkan caj jalur lebar termurah yang berada di pasaran tempatan buat masa ini.
Lebih menariknya, instanet didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, segmen pelanggan sasaran untuk produk berkenaan ialah pelayar internet yang bermusim seperti belia dan beliawanis, pelancong, surirumah tanpa perlu membayar caj yang tinggi.
“Dengan pakej-pakej menarik dalam Instanet bermula belian pek serendah RM12.50 tanpa modem kepada caj langganan yang paling rendah untuk tempoh harian, mingguan dan bulanan,
“Bayaran atau tambah nilai boleh dilakukan di lebih 11,000 peruncit Celcom sedia ada, sama seperti menambah nilai pra-bayar atau membayar pasca bayar Celcom,” katanya semasa pelancaran Instanet di sini, hari ini.
Mengikut analisa, kesemua pakej yang ditawarkan oleh Instanet adalah jauh lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh dua pesaing Celcom yang lain.
Mengulas lanjut, Shazalli berkata, bagi pelanggan yang tidak mempunyai modem USB, mereka boleh mendapatkan pakej bundle pra-bayar Instanet yang didatangkan dengan model USB spesifikasi tinggi (muat turun 7.2 Mbps dan muat naik 5.76 Mbps).
“Pada masa yang sama, pelanggan turut mendapat kad sim dengan nilai tersedia sebanyak RM10 yang ditawarkan dengan harga RM108 dan kelajuan sehingga 512Kbps,” tambahnya.
Ditanya mengenai sasaran pelanggan, Celcom berharap dapat menjana 200,000 pelanggan baru menerusi Instanet menjelang hujung tahun ini. SUMBER : MYNEWSHUB
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman http://www.instanet.com.my/index.php

Kalau ada yang pra-bayar macam ni macam menarik juga. Selalunya kalau bercuti panjang di kampung, memang ada masalah sebab maxis tak de line di kampung. Kalau sebulan bercuti makanya sebulan lah tak online. Jika ada pakej pra-bayar dari celcom , rasanya macam nak cuba bila sesekali pulang ke kampung. Tambahan pula, broadband dah ada, tinggal beli sim card je. Kemudian jika nak guna, pergi ke kedai CELCOM yang berhampiran dan tambah nilai sahaja. Nampaknya CELCOM mendahului para pesaingnya untuk segmen pelanggan bermusim. Tahniah!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SIAPA BERANI BERHENTI MELANGGAN ASTRO?


KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu. Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan. Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka. Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini. "Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri. "Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit. "Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan. Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara. "Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio. "Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya. Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban. Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya. "Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya.

Selamat petang semua. Berita yang Imashah petik dari MYNEWSHUB. Kempen untuk memboikot telah digerakkan oleh PPIM. Cuma Imanshah takut kempen tinggal kempen sahaja. Tahu-tahulah rakyat Malaysia, secara teori memang hebat, namun tindakan belum menggambarkan kehebatan teorinya. Imanshah ambil satu contoh sahaja iaitu boikot barangan yang ada kaitan dengan ISRAIL dahulu. KFC la, McD la, colgate lah dan banyak lagi. Sekarang kempen tu macam mana? Apa perkembangannya? Setahu Imanshah setiap tahun keuntungan yang dicatatkan oleh McD meningkat, begitu juga jumlah cawangannya juga terus bertambah.

Imanshah sendiri pun tidak berani mengambil keputusan menghentikan langganan ASTRO. Mungkin ramai orang bertanya, kenapa? Jawapannya bagi yang mementingkan rancangan-rancangan seperti National Geographic, Berita, Hystory Chanel, mahupun sukan, maka ASTRO adalah jawapannya. Mungkin bagi sesetengah orang keadaan ini adalah remeh, namun bagi yang meminati sukan khususnya, susah juga. Contohnya lah, sekarang ni Imanshah sedang mengikuti perlawanan tenis WIMBLEDON. Begitu juga dengan perlawanan hoki, dan juga bola sepak. 

Apapun, Imanshah berharap sangat agar kerajaan yang patut memainkan peranan dalam soal ini. Contohnya dengan membenarkan pembukaan stesen telivisyen berbayar lain seperti ASTRO supaya check and ballance dapat diwujudkan. Dengan ini, tidak timbul soal monopoli dalam industri. Dengan kualiti yang lebih hebat, dan harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan, tidak mustahil ramai orang akan beralih kepada TV berbayar yang lain. Dan Imanshah telah lihat adanya perkembangan positif dari aspek persaingan syarikat telekomunikasi dalam memperkenalkan pakej broadband dan juga internet. Semua orang berebut untuk menggunakan perkhidmatan yang lebih murah namun berkualiti. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HADIAH HARI GURU DARI MAT PUNK

Salam dan selamat menyambut hari Isnin semuanya. Sekejap je hujung minggu dah nak kerja balik. Rasanya hari ini Imanshah agak sibuk di sekolah, Imanshah tinggalkan kalian dengan beberapa cerita lawak. Walau dah selalu baca, buat-buat ketawa je lah ya. Nanti bila dah habis kerja , bolehlah ziarah kawan-kawan semua.

HADIAH HARI GURU


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.


Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.







MAT PUNK

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... 

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?" 

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GAMBAR PENGHINAAN TERHADAP ISLAM

Gambar-gambar ini Imanshah ambil dari blog MEE UDANG PENANG. Gambar tentang penghinaan golongan kafir terhadap Islam. Sekadar berkongsi sensitiviti dengan para pengunjung HOK SENGOTI supaya kita tahu yang kita diserang dari segenap penjuru sekarang.


Babi sedang mengonggong Al-quran


Kalimah Allah dopermainkan diletakkan di selipar


 Penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam bentuk lego di Denmak


Kiblat umat Islam Kaabah juga turut tidak terlepas

Semoga Allah memelihara kesucian agama Islam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, June 26, 2011

OH WANITA: WHICH ONE U CHOOSE?


Salam dan selamat petang. Mintak maaf kepada kaum wanita. Tadi Imanshah menjenguk sedikit entri-entri popular di GENG CYBER.COM. Dalam bahagian popular, Imanshah lihat kebanyakan entri yang mendapat hit atau mempunyai rating tertinggi adalah berkaitan dengan wanita. Kecut perut melihat dan membaca kisah-kisah wanita yang semakin hari seperti barang dagangan di dunia maya. Tidak habis-habis bercerita tentang masalah moral wanita yang melanda. Antaranya :

TENGOK TETEK DULU BARU TENGOK YANG LAIN
OH AWEK SEKOLAH YANG TERLAMPAU
OH NAEMAH SEKSI YANG MENGGAIRAHKAN
 dan banyak lagi.

Tak sanggup rasanya untuk Imanshah tulis satu persatu di sini. Apapun renungilah seloka hasil tulisan K@MOKAZ


Pakai tudung tapi bertelanjang 
Itulah gaya orang sekarang 
Mana tidaknya, ukuran badan semua terang-terang 

Baju nipis nampak bayang 
Aset saja ditayang 
Lebih baik tak pakai baju senang 
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang 
Baju ketat seluar sendat 
Pakai tudung just ikat-ikat 
Dari mula memang bukan adat 
Disudut agama pun gaya tak berkat 

Tudung jarang baju nipis 
Pakai sikit boleh nampak 'garis' 
Mata orang terbeliak, kita membengis 
Bila kena kutuk, kenapa menangis 

Lengan pendek blaus gantung 
Jeans ketat melekat dipunggung 
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung 
Agama tak suruh berbungkus macam pocong 

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah 
Kalau takat rambut orang kurang ghairah 
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah 
Mata yang memandang boleh keluar darah 

Kebaya ketat, kain terbelah 
Ikat tudung macam tak sudah 
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah 
Tapi Islam sebenarnya indah 

Tutup aurat bukan suruh berselubung 
Sampai tak nampak muka dan hidung 
Yang faham tuntutan amat beruntung 
Taklah bersungut mulut pun muncung 

Dah kalau mula minat nak bertudung 
Cubalah sesuaikan apa yang disarung 
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung' 
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung 

Bertudung itu bukan satu paksaan 
Ianya lebih kepada keinsafan 
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan 
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan 

Asal menutup aurat itu tuntutan 
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan 
Yang ye nya hati tak berkenan 
Tu yang berjela-jela mencipta alasan 

Menutup aurat satu syariat 
Kepada agama kita taat 
Hidup berkat pahala berlipat-lipat 
Didunia selamat, di akhirat hebat 

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat 
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat 
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat 
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat 

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej 
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis 
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis 
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis? 

Kita memang hidup dalam era serba maju 
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju 
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu' 
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu 

Banyak salah faham bila mula bertudung 
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung 
No more pant suit, kebaya or kebarung 
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung 

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna 
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa 
Pun tak usahlah juga terlebih gaya 
Islam itu suka yang sederhana 

Kenalah pula kita wanita bekerjaya 
Fesyen busana muslimah yang paling kena 
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je 
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa 

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua 
Kalau sendiri memandang muka pun layu je 
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina 
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula 

Siapa kata kita tak boleh berwarna 
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita 
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler 
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa' 

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat 
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad 
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat 
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat 

Kalau dah memang rasa nak berubah 
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah 
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah 
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah 

Bersamalah kita mengkaji semula 
Pakaian kita yang bagaimana gayanya 
Andai belum betul-betul bersedia 
Janganlah kita mencemar kesuciannya 

Andai terasa hidayah menyinggah 
Lakukan yang betul mengikut sunnah 
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah 
Mengapa diperleceh, itukan perintah 

Andai dihati redha dan ikhlas 
Diwajah Nur terpancar jelas 
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas' 
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas 

Harap maaflah kalau terlalu panjang 
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan 
Berpantun seloka bukan setakat hiburan 
Yang mana betul jadikan pedoman.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BADMINTON TERBUKA INDONESIA : CHONG WEI MUNCUL JUARA

KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan keempat Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade 21-11, 21-7 di Istora Senayan Jakarta.

Pemain nombor satu dunia itu merupakan satu-satunya pemain negara yang beraksi di peringkat akhir kejohanan tersebut mudah menewaskan lawan yang berada di ranking kelima dunia.

Terdahulu pasangan China, Cai Yun dan Fu Haifeng menewaskan pasangan senegara Chai Biao dan Guo Zhendong 21-13 dan 21-12 untuk menjuarai acara beregu lelaki.

Kecemerlangan China itu diteruskan oleh pemain perseorangan wanita mereka Wang Yihan yang menewaskan pemain India, Saina Nehwal dengan tiga set iaitu 12-21, 23-21 dan 21-14. - Utusan


Tahniah sekali lagi buat Dato' LCW atas kejayaan yang cukup bermakna ini. Rasanya beliau merupakan pemain terbaik Malaysia yang pernah dilahirkan sebaris dengan pemain badminton negara yang lain seperti Misbun Sidek, Rasyid Sidek, Foo Kok Keong. Maaf saya tidak dapat menyenaraikan pemain yang lebih senior kerana tidak berada pada zaman tersebut. Apapun, kita mengharapkan lebih ramai pemain pelapis negara yang dapat dilahirkan memandangkan Dato Lee Chong Wei sudah berusia 29 tahun. Sudah tentu  Lee Chong Wei juga mengharapkan apabila dia mengundur diri kelak dari arena badminton negara sebagai pemain, sekurang-kurangnya sudah ada bakat baru yang akan mengambil alih tempatnya.

Imanshah perasan sukan-sukan yang dikuasai oleh Malaysia seperti badminton dan squash semakin ketandusan bakat-bakat baru. Badminton dan squash contoh terbaik. Namun, harapan kita agar MSN dan persatuan sukan yang terlibat akan sentiasa berusaha untuk melahirkan Dato' Lee Chong Wei dan Dato' Nicol yang baru. Malaysia boleh!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

APA YANG PEMBACA CARI?

Salam. Semalam Imanshah jenguk-jenguk lah Nufnang tu, nak tengok apa sebenarnyakata kunci yang selalu pengunjung search di blog Hok Sengoti. Yalah macam yang selalu korang post kat entri korang lah. Imanshah tak pernah buat lagi, ni kira kali pertamalah. Makanya, inilah hasilnya

Tara, alo, banyak juga yang pengunjung cari ye. Yang tak tahan bila depa cari tentang GOLONGAN GAY. Ayo, maknanya entri Imanshah ni ada unsur-unsur gay kot. Ahah adalah sekali tu, Imanshah cerita pasal golongan ini. KLIK. Tapi Imanshah rasa seronok juga sebab ada yang cari pasal Tilawah Al-Quran , Alhamdulillah masih ada yang berminat ye. Apapun, terima kasihlah buat semua pengunjung. Selamat berhujung minggu ya kawan. Sesekali periksalah kata kekunci anda. Jumpa lagi!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

VIDEO AMAH INDONESIA DIPANCUNG DI ARAB SAUDI

"&g;

Video di atas  ini memaparkan berita dan visual  Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.




RUYATI SATUBI


JAKARTA - Kerajaan Arab Saudi memohon maaf berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja wanita Indonesia yang dipancung di Makkah, minggu lalu.  Media Indonesia melaporkan, Duta Arab Saudi di Jakarta, Mohammad Amin Al Khayyat memohon maaf bagi pihak negaranya kerana tidak memaklumkan mengenai waktu perlaksanaan hukuman itu kepada Jakarta semasa mengadakan pertemuan de-ngan Kementerian Luar Indonesia, kelmarin. Indonesia, minggu lalu membantah hukuman itu dan meminta pekerja negara itu diberi pelindungan lebih baik di Arab Saudi. Selain itu, kerajaan Indonesia juga meminta Arab Saudi memulangkan mayat wanita itu ke negara asalnya untuk pengebumian. Kelmarin, Parlimen Indonesia menggesa kerajaan berhenti menghantar pekerja ke Timur Tengah terutama Arab Saudi selepas pembantu rumah Indonesia, Ruyati Sapubi, 54, dipancung kerana membunuh majikannya menggunakan pisau pemotong daging selepas tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. Kebanyakan Ahli Parlimen menegaskan Arab Saudi tidak patut mendapat faedah buruh murah Indonesia sehingga Riyadh bersetuju melindungi hak asasi pekerja tersebut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LIRIK LAGU TEMAN FACEBOOKKU

Imanshah nak kongsikan satu lirik lagu dari sebuah band Indonesia, FEELHONEY.. Sebuah lirik lagu yang Imanshah rasakan sangat sesuai untuk diri sendiri serta para pengguna Facebook sekalian. Liriknya ringkas, tapi bermakna..


Telah kau sampaikan salam pada temanmu
Lewat laman sosial difacebookmu
Telah kau kirim gambar terbarumu
Telah kau reply komen-komen itu

Sudahkah kau balas panggilan tuhanmu?
Sudahkah kau kirim selawat ke nabimu?
Sudahkah kau baca ayat cinta Tuhanmu?
Sudahkah sahabat, oh sudahkah?

Main facebook tidak salah
Asal jangan langgar syaratnya
Jangan sampai melalaikanmu
Berjam-jam di depan laptopmu
Ku di sini hanya mengingati
Teman-teman yang aku sayangi
Hanya kerana facebookmu
Kau lupakan tuhanmu, teman facebookku



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget