WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, September 30, 2011

CHEF WAN KRITIK MAJLIS PERSANDINGAN NORMAN- MEMEY



Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.
Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.
“If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.
“Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la,” komen Chef Wan di laman Facebook miliknya itu.
Selain itu, beliau yang merupakan antara 200 tetamu terpilih majlis berkenaan turut menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh serta tidak sepadan dengan kos tajaan majlis yang sangat mahal itu.
“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.
“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.
“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,” katanya lagi di laman web yang sama.
Menurut Chef Wan lagi, ramai media yang hadir di majlis itu memberikan reaksi negatif terhadap lagu-lagu gereja yang dinyanyikan, malah tiada doa selamat pun dibuat sedangkan majlis itu merupakan majlis perkahwinan pasangan Islam.
“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.
“I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti,” tambahnya lagi.
Chef Wan menyimpulkan bahawa majlis tersebut bukanlah merupakan majlis perkahwinan Norman dan Memey, namun ia lebih kepada majlis keramaian Rafflesia bertujuan untuk mempromosikan barangan kemas mereka dan ‘menenggelamkan’ pasangan itu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

IKLAN JAWATAN KOSONG - RUGI BESAR TAK HADIR


Sangat kreatif dalam menyampaikan mesej terhadap kelebihan solat berjemaah. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa berusaha meningkatkan amalan kita.

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JOM TAMBAH FOLLOWER

Sebelum bertolak pulang ke Ipoh hari ni Imanshah nak join satu segmen yang dibuat oleh LULU iaitu segmen jom tambah follower. Kalau nak dapatkan keterangan lanjut bolehlah klik pada header cik Lulu yang pakai jersey Chelsea ni.




Harap-harap dapat tambah kenalan baru..Oh lupa tarikh tutup petang ni, jam 3.00 petang.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

NORANIZA IDRIS BERKAHWIN DENGAN BILAL MASJID DARI SINGAPURA




Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.
Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.
Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.
Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.
Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.
Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

p/s..semoga bahagia hingga akhir hayat buat KAK ANI

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, September 29, 2011

RAMLI, SAFEE SERASI BERSAMA

RAMLI, SAFEE SERASI BERSAMA. Itulah tajuk utama yang keluar dalam arena metro, Sabtu 24 September 2011. Hehe, sekadar hiburan santai sahaja. Maaflah Imanshah masih berkursus dan tidak mempunyai masa untuk menulis entri yang panjang. Sekadar hiburan petang Khamis. InsyaAllah, esok balik ke Ipoh.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA BAKAL KENA TANGKAP??



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.
"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.
Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama



Kata Imanshah..pasal hina ISLAM ??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CEDERA PARAH TANDAS PECAH

Imanshah dapat gambar ni menerusi FB seorang rakan. Seorang lelaki di dapatai cedera parah akibat mangkuk tandas duduknya pecah. Lelaki ini mencangkung di atas tandas duduk. Justeru, berhati-hatilaah agar kejadian ini tidak berulang.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY- EMPIRE GALLERY SUBANG JAYA MELETUP

SEBELUM


SELEPAS





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

POLIS LEBIH STRESS BERBANDING GURU


Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.


Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. 
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.


Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu. BERITAHARIAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, September 27, 2011

PEMAIN JARINGKAN PENALTI GUNA TUMIT MENINGGAL DUNIA


PEMAIN bolasepak Emiriah Arab Bersatu, Theyab Awana yang menjadi sensasi internet musim ini kerana menjaringkan penalti dengan tumit sambil membelakangkan badannya dilapor meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu.
Kenyataan itu disahkan oleh persatuan bola sepak negara berkenaan.
Pemain bahagian tengah berusia 21 tahun itu yang mendapat perhatian media meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya ketika pulang dari latihan di Al Ain menuju ke Abu Dhabi merempuh belakang sebuah lori.
Theyab ketika itu pulang daripada latihan persediaan pusingan piala dunia di mana negaranya dijadual bertemu dengan Korea Selatan pada 11 Oktober ini.
Pemain muda berkenaan menjaringkan gol kontroversi itu pada minit ke-78 di mana UAE menang 7-2 ketika bertemu Lubnan untuk perlawanan persahabatan Julai lalu.
Theyab menjaring gol ketika pasukannya mendahalui 6-2.

Dia ketika itu berlari ke arah gol seperti biasa untuk mengambil tendangan penalti tetapi ketika tiba ke arah bola, dengan gaya berseloroh secara tiba-tiba memusingkan badannya 180 darjah dan menjaringkan gol dengan sepakan menggunakan tumit.
Theyab dilayangkan kad kuning oleh pengadil permainan, Ali Hassan atas lawak yang dilakukannya dan Jurulatih UAE, Srecko Katanec yang berang dengan sikap pemain itu mengarahkannya kembali ke tempat duduk pemain simpanan.
Ketika itu, Theyab baru 10 minit menyertai perlawanan sebagai pemain gantian.
Pengurus UAE, Ismail Rashed menyifatkan gaya sepakan Theyab sebagai tidak menghormati pasukan lawan.
Gaya penalti diambil oleh Allahyarham Theyab diletakan dalam laman Youtube dan menerima lebih 1 juta hits.(SUMBER : MYNEWSHUB
Imanshah setakan youtube sepakan penalti oleh beliau.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ANTARA IPOH DAN ALOR SETAR

Janjinya selepas tamat hari pertama, Imanshah akan kemaskini entri berkaitan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Zon Perak. Namun lain pula yang jadinya hari ini. Apabila Imanshah ke sekolah, Imanshah dapati ada sepucuk surat arahan untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Hoki di Alor Setar. Dalam dilema pula rasanya. Maklumlah kursus ini penting untuk meningkatkan kemahiran sebagai jurulatih hoki. Anak didik pula ada kejohanan yang sedang berlangsung.

Setelah menimbang semasak-masaknya, maka Imanshah mengambil keputusan untuk ke Alor Setar dan meninggalkan Ipoh. Kasihan budak-budak ni. Namun apakan daya, dalam membuat pilihan, salah satu akan terkorban. Perlawanan atau kejohanan sudah tentu banyak lagi, namun peluang bukan datang selalu, budak-budak ini Imanshah tinggalkan kepada pembantu Imanshah.

Apapun, sebagaimana pesanan kepada para pemain, Imanshah hanya ingin menerima sms yang baik-baik sahaja. Dan alhamdulillah, sms yang diterima petang tadi.. " Cikgu, kita menang 3-0. Alhamdulillah. Semoga berjaya lagi anak-anak untuk esok hari. Teruskan perjuangan.

p/s ..Imanshah berada di Hotel Regency, Alor Setar selama lima hari.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, September 26, 2011

DOAKAN KEJAYAAN KAMI.. "ROUSE UP"

Assalamualikum dan selamat malam buat semua. Sekadar entri ringkas malam ini. InsyaAllah, esok pasukan hoki Imanshah akan berjuang dalam Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier Zon Perak 2011 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Sebanyak sembilan pasukan akan bertanding dalam kejohanan tiga hari ini. Pasukan Sekolah Bintang diletakkan dalam kumpulan B bersama Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michel (SMI), SMK Clifford Kuala Kangsar, SMK King Edwerd 7, Taiping dan The Malay College Kuala Kangsar. Doakan kejayaan kami ya rakan-rakan. InsyaAllah untuk perkembangan seterusnya akan dikemaskini selepas tamatnya hari pertama. 


Rouse up rouse up young Starians all,
Through out the land our voice resound,
It's Tuanku Abdul Rahman's call,
To win for him our youth our town,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side,

To this glorious school we give,
Our pledge of loyalty and love,
Oh teachers always in our heart,
Behold the golden age of STAR,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 25, 2011

PENTING ! PERINGATAN KEPADA KAUM WANITA. TOLONG BACA KALAU ANDA WANITA



Saya petik artikel ini dari page TEH SECAWAN.

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !


Jadikan amalan :


1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sebarkan!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

POKET KERING SEBELUM WAKTU


Semalam Imanshah terbaca satu artikel dalam majalah maskulin keluaran bulan Oktober berkaitan POKET KERING SEBELUM WAKTU. Imanshah nak kongsikan bersama-sama dengan rakan semua.

Belum lagi hujung bulan, gaji sudah tinggal separuh. Itulah, belanja kawan-kawan dan shopping tak ingat dunia. Sudahnya terpaksa guna duit kecemasan. Apapun beberapa tips bagi mengatasi masah ini.
1) Asingkan duit wajib.Tiap-tiap bulan pastinya benda yang sama harus diselesaikan. Hutang itu dan ini yang perlu dibereskan. Jadi duit wajib itulah yang harus didahulukan. Contohnya bayar kereta, bila api, air, astro, bayaran rumah dan sebagainya.
2) Beli borong lagi jimat. Kalau mahu membeli barang-barang keperluan seperti dedoren, sabun mandi dan sebagainya, rasanya lebih baik beli secara borong. Sangat berguna di saat kesempitan wang.
3) Ubah gaya hidup. Baru dapat gaji terus belanja tak ingat dunia. Dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti akan beli pakaian baru. Orang kata biar papa asal bergaya. Berbelanjalah berpada-pada. Ubahlah gaya hidup mewah kamu kerana ukur baju di badan sendiri.
4) Oh berdisiplinlah!! Jangan sesekali menangguhkan bayaran wajib. Biar gaji kecil tapi bayaran mesti ikut disiplin. Dan disiplinkan diri kamu untuk menyimpan wang demi kegunaan masa hadapan atau berhadapan dengan saat kecemasan.
5) Jangan ikut nafsu, tapi ikut bajet. Selalunya bagi yang memiliki hobi-hobi tertentu. Yang penting jangan beli barang mahal-mahal, akhirnya menjadi barang perhiasan sahaja.
6) Guna pengangkutan awam. Kenapa perlu bersusah payah menggunakan pengangkutan sendiri kalau kawasan anda memiliki pengangkutan awam yang banyak. Selain jalan raya yang sesak, anda juga boleh menjimatkan masa dan minyak. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang untuk minyak, tol, paking dan mungkin juga SAMAN.

Dan yang paling penting, jangan lupakan ibu bapa di kampung. Hantarlah duit dan belanja kepada mereka, InsyaAllah hidup kalian akan diberkati.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SENGOTI 1000 ??


Sedar tak sedar sepanjang 2 tahun berblog, Imanshah telah menghasilkan 1000 entri. Mungkin sesetengah blogger, apalah sangat 1000 entri inikan. Ada blogger sampai berbelas-belas ribu entri. Walaupun tak semua entri-entri yang ada dalam HOK SENGOTI merupakan idea asal Imanshah terutamanya petikan-petikan dari mana-mana blog dan laman web, namun, ianya sudah cukup membuatkan Imanshah tersenyum. Kenapa tersenyum ?? Sebab kedatangan pelancong (pelancong ke) ke blog HOK SENGOTI dari sehari ke sehari semakin bertambah. Terima kasih buat semua sama ada teman-teman blogger mahupun silent reader, kereana kalian HOK SENGOTI terus bertahan. Dan semangat untuk menulis juga tak kunjung padam. 

Ya lah, blog kecil ini bukan ada apa-apa yang istimewa. 
Ya lah blog picisan ini, bukan sapa-sapa untuk diterokai lama-lama
Ya lah, blog kerdil ini, bukan nak bertanding dengan sesiapa..

Apapun, semoga HOK SENGOTI tak terus mati dalam kemunculan blogger-blogger baru yang sentiasa segar ideanya, dalam khalayak blogger-blogger lama yang terus gah dan utuh, moga juga HOK SENGOTI terus diberi ruang untuk berada di sini. 

HOK SENGOTI
Apa ada pada sengoti
Mereka sering tertanya
Sengoti tu apa
Apa itu  sengoti

Lantas kuberikan jawapannya
Sengoti tu benar
Sengoti itu betul
Sengoti itu jolo

Oooo makanya HOK SNEGOTI itu ada maknanya
Ingatkan bahasa German tadi
Yang betul
Yang benar

Moga hanya yang sengoti sahaja
Moga yang benar sahaja
Menjadi perkongsian bersama
Moga sedikit ilmu dan pengajaran
Buat semua pembaca

PAH TU ?? HOK SENGOTI lah ya..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, September 24, 2011

NORMAN & MEMEY BAKAL BERGELAR SUAMI ISTERI HARI INI



Ibarat merpati dua sejoli, artis Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi akan diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah di kediaman keluarga pengantin perempuan dekat Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor bila-bila masa sahaja hari ini.
Norman adalah bekas suami kepada Abby Abadi dan ayah kepada Mohamed Danish Hakim 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.
Dengan ini, Memey menamatkan zaman bujangnya pada usia 23 tahun dengan mengahwini Norman yang 12 tahun lebih tua dari dirinya setelah melalui pelbagai kontroversi termasuk dakwaan ditangkap khalwat bersama jejaka yang sama sebelum ini.
Seterusnya, pasangan pengantin baru itu akan bersanding dalam satu majlis gilang-gemilang yang menelan kos sebanyak RM12 juta di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini pada 28 September ini.
Kos tersebut termasuk barang kemas yang diinsuranskan dan juga hiasan dewan yang menampilkan persandingan ala New York rekaan khas perunding perkahwinan, Nas Great Idea melibatkan kos sebanyak RM150,000.
Hiasan dewan yang menampilkan konsep warna putih itu bakal dipenuhi dengan bunga-bunga segar yang diimport.
Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta serta dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.
Selain dua persalinan yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.
Sementara itu, dua pasang kasut yang direka khas oleh Jimmy mengikut kesesuaian pakaian dan hiasan barang kemas yang bakal dipakai oleh Memey dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
Majlis perkahwinan yang bakal mencatat sejarah sebagai Wedding of The Year itu dijangka dihadiri 200 tetamu termasuk artis luar negara. SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KALAU KAU NAK LOMPAT PAGAR, KAU MASUK OLAHRAGA, TAK PAYAH MASUK HOKI


Selamat berhujung minggu untuk semua. Imanshah dah selesaikan membayar semua jenis bil yang ada Senang hati aku Jah. Bukan apa, rimas kalau lambat-lambat bayar hutang ni kan. 

Lama juga tidak berceloteh soal pelajar-pelajar Imanshah kan. Malam tadi, Imanshah mengadakan pertemuan mata ke mata dan hati ke hati diselangseli dengan sedikit "buah tangan" dengan pemain-pemain hoki tingkatan dua Imanshah. Nampaknya semakin tiba ke penghujung persekolahan 2011, semakin menampakkan perangai yang tidak berapa elok. Pelanggaran disiplin !! Bukan disiplin sukan, tetapi pelanggaran disiplin sekolah. 

Ada di kalangan mereka yang ditangkap kerana "fly" ataupun keluar malam dari asrama ke kawasan luar sekolah. Kira lompat pagar lah. Tak kiralah makan di restoren, menonton wayang ataupun ke cyber cafe. Tersentap juga melihat pelajar tingkatan dua yang sudah berani melanggar peraturan sekolah. Makanya mesyuarat tergempar diadakan.

Pertamanya mengadakan amaran keras, jika terdapat mana-mana pemain hoki yang sekali lagi ditangkap "fly", maka dengan automatik Imanshah akan gugurkan dari pasukan. Ko pergilah cari sukan lain seperti petanque ke, bola sepak ke, ragbi ke. Kalau betul-betul hebat, masuk acara lompat pagar iaitu 110 meter lompat pagar. Hoki hanya memerlukan pemain yang berdisiplin. Bukan sahaja disiplin di padang, tetapi disiplin di sekolah dan dalam kehidupan.

Kedua, Imanshah akan susahkan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka akan dihubungi. Biar ibu bapa di kampung pun susah hati dan sama-sama mencari jalan dan ikhtiar membantu anak-anak mereka. Barulah fair and square kan? Asyik kita je bertungkus lumus menjaga anak-anak mereka. Bukan Imanshah merungut, tetapi ada sesetengah ibu bapa bukan sahaja tak mahu berterima kasih tetapi selalu menyalahkan sekolah jika anak-anak gagal ke, melanggar pearturan sekolah ke. 

Ketiga, kalau tak mahu dengar juga kata, jangan marah kalau Imanshah hadiahkan rotan di punggung masing-masing. Ini dah biasa Imanshah buat, biarlah pakar psikologi kata jangan merotan, nanti mendera. Kalau dah cakap elok tak dengar, nasihat buang ke longkang, apa lagi nak buat?? Hantar kaunseling?? Pun tak jalan.

Bukan senang nak menjaga budak-budak sekolah zaman sekarang. Tambahan di sekeliling penuh dengan tarikan-tarikan yang akhirnya menjadikan para pelajar hanyut. Dengan pusat snooker nya, cyber cafe, mall dan banyak lagi, terutamanya di bandaraya Ipoh ni.  


Esok-esok, bila berada di luar sekolah, bimbang akan kena ugut, dirompat, diragut, dibelasah dan sebagainya. Balik-balik cikgu-cikgu yang kena. Sebabnya, tak jaga budak!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

M.DAUD KILAU

Dalam satu kelas sejarah, seorang guru bertanya kepada muridnya.


Guru : Amad, nyatakan tokoh yang menentang British di Terengganu??
Amad : Haji Abdul Rahman Limbong Cikgu..
Guru : Bagus Amad. Sekarang giliran Amin pulak, sila bangun.
Amin : Erk, apa soalan cikgu saya tak dengar,
Cikgu : ish, saya belum soal lagi..tu lah termenung je kerjanya.
Amin : mana ada cikgu..saya ni kalau cikgu mengajar memang bagi tumpuan yang penuh cikgu.
Cikgu : Baiklah, nyatakan tokoh yang membantu perjuangan Dato' Bahaman menentang British di Pahang?
Amin : Alahai cikgu, tu soalan senang. M. Daud Kilau.
Cikgu : Owh senang pakcik kamu. Tu penyanyilah. kau ni ayik dok ingat artis je..

Satu kelas menggelakkan Amin. Hehe ini kisah benar dari cerita seorang rakan. Siapakah tokoh tersebut? MAT KILAU lah korang.. Dah dekat-dekat tu ..MAT KILAU ngan DATO M.DAUD KILAU...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, September 23, 2011

LEE CHONG WEI, BEREGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR TERBUKA JEPUN



Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk mengenepikan saingan sengit pemain muda Jepun Kenichi Tago sebelum melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Tokyo, Jumaat.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, kalah set pertama 21-23 sebelum bangkit semula untuk mengatasi pemain berusia 22 tahun itu dengan 21-7, 21-18 dalam masa 56 minit.
Juara All-England itu akan berdepan dengan pemain veteran Denmark, Peter Hoeg Gade pada perlawanan separuh akhir.
Gade turut mara ke separuh akhir slepas mengalahkan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-14, 21-15 pada peringkat suku akhir.
Sementara itu, beregu utama negara, Koo Kean Keat/Tan Boon Heong turut melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan beregu senegara Goh Wei Shem/Lim Khim Wah 21-16, 19-21, 21-17.
Khoo dan Tan, beregu pilihan ketiga, akan menentang pilihan utama Cai Yun/Fu Haifeng dari China pada perlawanan separuh akhir Sabtu. – BERNAMA


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BUDAK 2 TAHUN DIPERKOSA DI RUMAH PENGASUH


Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.- myMetro

Salam semua, macam-macam berita kita dengar sekarang yang menakutkan, menjengkelkan dan merisaukan. Tiba-tiba pula terkenang kepada anak saudara yang turut berada di rumah pengasuh. Apalah dosa kanak-kanak yang tak berdosa tersebut. Tunggulah azab di akhirat kelak!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GLEMER RAYA YG TAK GLEMER

Tahun ini, sambutan Aidilfitri di Sekolah Bintang berlangsung agak lewat sedikit memandangkan beberapa keutamaan harus diberikan kepada aktiviti akademik. Dan malam tadi Majlis Mesra Aidilfitri 2011 telah berlangsung di dewan sekolah serentak dengan majlis perpisahan guru kanan yang bertukar ke sekolah baru. Kalau masih ingat, majlis GLEMER RAYA pada tahun 2010 telah berlangsung dengan meriah sekali. Dan Alhamdulillah, pada tahun ini walau dalam keadaan lebih sederhana , namun kemeriahannya tetap terasa.


Antara tetamu yang hadir. Sapa je pun kalau 600 anak jantan ni jelah kan. Tu menunggu nak makan lah tu, maklumlah biasanya 6.30 petang dah makan, kali ni makan jam 10.00 malam. Tak ke haru ?


Sedang menanti giliran untuk membuat persembahan. Inilah kumpulan "Sumbangsuara BINTANG "..ok tak nama kumpulan ni. Nak bagi suara sumbang nampak benor tak sedap suaranya. Hehe, jangan baling gitar kat saya udoh ye.



Turut berlangsung majlis perpisahan. Sob sob, sedihnya apabila Imanshah kehilangan seorang sahabat dan sifu yang sangat memahami dan menyayangi. Kelihatan para pelajar sedang membuat persembahan terakhir buat Puan Noridah.


Antara juadah yang disediakan pada malam tadi. Yang tak tinggal selalunya sate lah kan. Tapi macam biasalah, kontrol-kontrol, kan tak pasai-pasai kolestrol naik mendadak.


Hari raya terakhir mereka di Sekolah Bintang. Lepas ni masing-masing akan meninggalkan sekolah dan memulakan kehidupan di tempat baru. Apapun, sekali lagi selamat hari raya buat seluruh warga sekolah bintang. Kepada yang bertukar, selamat bertukar ke tempat baru dan jumpa lagi dalam glemer raya 2012.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget