WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 31, 2011

TAWARAN RM 3 JUTA UNTUK SEORANG ASKAR YAHUDI



RM3 juta imbuhan kepada mereka yang berjaya menangkap seorang tentera Yahudi.
Itu tawaran yang dikemukakan oleh seorang kerabat Diraja Arab Saudi, Putera Khaled bin Talal yang juga adik kepada jutawan Putera Alwaleed Talal.
Menurut Putera Khaled, beliau membuat tawaran itu sebagai menyokong ulama Arab Saudi, Sheik Awadh al-Qarni yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300,000 untuk seorang askar Yahudi yang berjaya ditangkap.
Sheikh Awadh menawarkan hadiah berkenaan sebagai tindak balas ke atas ganjaran yang ditawarkan oleh satu kelurga Yahudi ke atas mana-mana pihak yang berjaya membunuh seorang penduduk Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel dalam perjanjian pertukaran tahanan yang ditandatangani dengan Hamas, awal bulan ini.
Bekas tahanan Palestin itu dipenjarakan atas tuduhan melakukan pengeboman pada 1998 sehingga menyebabkan kematian.
Salah seorang yang terkorban merupakan anggota keluarga yahudi berkenaan.
Putera Khaled memberitahu, beliau membuat tawaran berkenaan susulan ancaman Israel ke atas Sheik Awadh yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dalam pada itu, seorang penganalisis Asia Barat, Joseph Kechichnan berkata, tindakan Putera Khaled itu tidak ada kena mengenai dengan kerajaan Arab Saudi.
“Khaled berbuat demikian atas kapasitinya sendiri dan tidak mewakili Arab Saudi. Beliau merupakan seorang individu yang sering mengambil tindakan seperti itu,” katanya.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KERBAU KU LARI GAGAH BERANI


Besar sungguh kerbau ni. Aidiladha dah dekat, ramai yang tercari-cari. Adakah kanak-kanak zaman sekarang masih mengenali kerbau ? Rasanya makin hari makin kurang orang bercakap pasal kerbau. Terkenang zaman kanak-kanak Imanshah. Arwah ayah memiliki lembu, kambing dan kerbau. Bahkan kenduri - kendara pun orang cari kerbau. Tapi zaman sekarang hanya daging lebu yang tinggal. Imanshah pun dah lupa bagaimana rasa daging kerbau. Agak-agak tempat kalian masih ada ke kerbau ??

Nota kaki : Peribahasa "bagai kerbau runcing tanduk" bermaksud orang yang sudah terkenal kejahatannya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 30, 2011

UNDIAN PIALA CARLING : MANCHESTER UNITED DAPAT LALUAN MUDAH



ARSENAL bakal menanti kunjungan Manchester City pada aksi suku akhir Piala Carling, selepas undian berlangsung semalam.
Satu lagi pertemuan suku akhir bakal menyaksikan Chelsea berdepan Liverpool di Stamford Bridge.
Blackburn yang mara selepas kemenangan dramatik pada masa tambahan ke atas Newcastle pada pusingan keempat, akan bertandang ke Cardiff.
Manakala Manchester United berdepan undian paling mudah apabila akan menerima kunjungan kelab Liga Kejuaraan, Crystal Palace di Old Trafford.
Saingan suku akhir Piala Carling bakal bermula pada minggu 28 November depan.


UNDIAN SUKU AKHIR PIALA CARLING
Arsenal lwn Man City
Chelsea lwn Liverpool
Cardiff lwn Blackburn
Man United lwn Crystal Palace



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, October 29, 2011

TEMPAT INI AH LONG YANG PUNYA




Apa tindakan pihak berkuasa ??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SELAMAT HARI LAHIR BLOGGER KALAM HATI

Hok Sengoti @ Imanshah mengambil kesempatan ini untuk mnegucapkan selamat menyambut hari lahir buat blogger Kalam Hati iaitu Kak Wan yang ke ..? Rahsia lah. Hujung minggu ni Kak Wan bersantai-santai di Negeri Bawah Bayu, Sabah. Sebenarnya kami berdua ni (blogger KH dan Imanshah ) Tinggal di kawasan yang sama di Tumpat, Kelantan. Cuma tak pernah bersua lagi di alam realiti. KH pun kenal kawan-kawan Imanshah.Nantilah raya haji ni boleh lah ziarah menziarahi.

Apapun, Imanshah nak ucapkan selamat hari lahir, moga-mnoga bertambah usia akan lebih menambahkan amal ibadat kepada Allah dan mendekatkan diri kepadanya. Imanshah doakan yang terbaik untuk Kak Wan. 

Kalau nak jenguk KALAM HATI, dialu-alukan. Jumpa lagi.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BAYI NI LESS 20 %

Baru berkesempatan berada di Hok Sengoti malam ini. Di akhir-akhir persekolahan ni rasanya semakin bertambah kerja. Dah tak tahu yang mana satu harus dimulakan dulu. SPM makin dekat, banyak lagi yang harus dibincangkan. Maaf kalau Imanshah tak berkesempatan menjengah blog kalian semua. Apapun, Imanshah kongsikan gambar ini malam ini.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, October 28, 2011

"RIVAL" STAR-MCKK

Hari ini, pagi-pagi lagi Imanshah dan dua orang rakan guru sudah berada di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) membawa seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga untuk menyertai program lepas PMR MCKK-STAR yang diadakan di Kuala Kangsar. Pada minggu lepas deligasi dari bandar diRaja telah berkunjung ke Ipoh, dan pada hari ini merupakan kunjungan balas kami pula. Beberapa siri perlawanan persahabatan telahpun diadakan. 


Perlawanan pertama merupakan pertandingan bola keranjang. Sememangnya MCKK merupakan jaguh dalam acara ini dan memilik ramai pemain bertraf bintang. Kami tunduk mudah 8-42.


Perlawanan ke dua pula melibatkan perlawanan hoki. Pasukan hoki perlu menang bagi menebus kekalahan pasukan bola keranjang. Dan akhirnya walaupun hanya keputusan tipis, ianya cukup bermakna apabila menang 1-0.


Ini pula perlawanan bola tampar. Perlawanan dilangsungkan dalam tiga set dan STAR menang 21-18, 21-16 dan 21-15. Kedudukan menjadi 2-1.


Program diakhiri dengan perlawanan bahas dengan usul berbunyi " Penerbitan filem berunsur tahyul wajar diteruskan" dan STAR bertindak selaku pembangkang. Walau bagaimanapun tidak ada penghakiman terhadap perbahasan ini. Apapun kedua-dua pasukan telah berjaya mempertontonkan perbahasan yang bermutu.

Sememangnya STAR dan MCKK merupakan "rival" sejak dahulu lagi. Dengan adanya program seumpama ini, Alhamdulillah, persahabatan antara ke dua-dua sekolah ternama di Perak ini dapat dieratkan walaupun untuk kesekian kalinya, kami tetap "rival".



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 27, 2011

DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DI PADANG HOKI DAN ARENA BAHAS

Masih belum terlambat untuk berkongsi aktiviti Imanshah pada cuti umum sempena perayaan Deepavali hari ini. Alang-alang blog kita selalu menjadi "terjahan dan intaian" dari orang-orang tertentu kan, baik bercerita sesuatu. Moga-moga dapatlah pedoman sedikit, sebenarnya kita ni jenis bekerja. Dan tak pernah pun nak ke depan menunjuk-nunjuk kerja kita. Kalau dalam blog ni, sekadar bercerita tentang aktiviti seharian. Itu sahaja, kalau nak mengipas ke, kirim salam lah ya. Hamba bukan tukang kipas. Imanshah tidur je pakai kipas, dan makan kicap kipas cap udang. 

Seperti biasa, dari pagi ada latihan hoki kalau cuti umum. Esok, pemain hoki tingkatan tiga ada perlawanan persahabatan dengan pasukan The Malay College Kuala Kangsar. Makanya nak menyiapkan pasukan, kenalah bekorban cuti untuk melatih pasukan. 


Buat 'basic', susun pasukan, buat 'game situation', latihan PC dan banyak lagi. Nak kira letih memang letih, berpanas lagi.  Latihan disambung pula pada sebelah petang di padang sekolah  sehinggalah menghampiri maghrib. Alahai, ingat kau je ke yang latih budak ?? Aku pun latih la. Ini pun nak berceritakan. Bodek la tu Imanshah.

Habis kisah hoki. Boleh berehat ?? Belum ! Yang pasti malamnya ada lagi tugasan. Sambung pula dengan Pesta Bahas 2011. Pesta Bahas ini merupakan kelolaan Keluarga Debat Bahasa Melayu Sekolah Bintang dan sebagai jurulatih bahas, Imanshah kenalah mengawasi perjalanan nya. Pesta bahas ini akan berlangsung sehingga hari Jumaat nanti melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu. Yalah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Nak melentur buluh mestilah dari rebungnya.


Pasa peserta sedang mendengar taklimat pertandingan oleh Imanshah. Ada sepuluh pasukan yang bertanding di pusingan awal. Satu pencapaian yang baik.


Gigih dan gigih. Barisan juri yang Imanshah lantik dalam kalangan pembahas senior. Waktu inilah selain dari menjadi juri, mereka juga boleh berkongsi ilmu bahas dengan adik-adik.  Yang belakang-belakang tu penonton.


Salah satu aksi para peserta bahas. Selain dari melatih mereka bercakap dengan fakta, hujah dan sebagainya, sebenarnya di sinilah tempat memupuk keyakinan bercakap di hadapan khalayak ramai. Dan Alhamdulillah ramai dalam kalangan pembahas Imanshah menjadi pemimpin di peringkat sekolah dan dilantik sebagai pengawas dan pengerusi kelab dan persatuan.

Sebenarnya Imanshah baru pulang dari sekolah dan terus menulis entri ini. Haha, apa lagi, intailah ye. Mana tahu, kot-kot nak dapat cemerlang tahun ni. Intai Imanshah antara nampak, esok jangan dicanang-canang !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, October 26, 2011

PPSMI AKAN DIHIDUPKAN SEMULA ?



Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) berhasrat mengumpul lebih ramai golongan ibu bapa dan pihak berkepentingan dalam aspek pendidikan bagi mengesa kerajaan mengembalikan semula Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah.
Page melalui satu kenyataan media memberitahu, perkara itu perlu dilaksanakan bagi melihat anak mereka mencapai tahap aspirasi mereka.
“Masa depan anak-anak kami tidak wajar diabaikan semata-mata untuk tujuan politik jangka pendek.
“Isu ini tidak perlu rundingan kerana Akta Pendidikan 1996 menyatakan yang anak-anak harus didik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing dan itulah hasrat kami,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Page tidak membantah golongan yang mahukan Bahasa Malaysia dalam Pembelajaran Sains dan Matematik tetapi tidak jangan sampai ia `menyentap’ pelajar yang selesa dan dapat bergiat dalam PPSMI.
Kata kenyataan itu, perkara tersebut tidak akan menguntungkan negara sebaliknya kanak-kanak yang lebih giat dalam bidang itu haru didorong dengan lebih rapi.
Malah, kata kenyataan itu, kumpulan yang menyokong Page dalam permintaan itu kian berkembang dan mereka akan berkerjasama untuk mengumpul lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BUNGA TELUR DULU-DULU

Malam ni seperti biasa taman guru mengadakan pot luck bulanan kami. Hari ni giliran Imanshah menyediakan juadah sate. Haha, apa lagi mengipas sate lah Imanshah dari petang lagi. Tapi jangan silap, Imanshah mengipas di pasar malam sahaja. Hehe.

Sementelah bersembang tadi, tiba -tiba terkeluar cerita tentang bekas telur kahwin dulu-dulu. Seingat Imanshah sewaktu kakak dan saudara mara Imanshah kahwin sekitar tahun 80 an dan 90 an, hanya ada dua yang sangat terkenal. Satunya bekas telur dari kertas tisu dan yang ke dua diperbuat dari kertas lut sinar. Bekas telur dari tisu Imanshah jumpa bila google tapi dari kertas lut sinar tak jumpa la pulak. Apapun kita tengok dulu bekas telur dari tisu.


Senang dan mudah kan, bahkan murah pula tu. Berkumpul anak-beranak untuk menyiapkan bekas telur tisu ni. Satu lagi untuk bekas telur kertas lut sinar tu kiranya Imanshah tukang ketip lah. 

Kini, zamana makin berubah. Dan orang juga makin kreatif. Macam-macam bekas telur dan bunga telur yang digunakan . Katanya untuk kenangan seumur hidup. Kenalah cantik. Anak Bedah janda harga 2.50 satu, tak boleh kalah. Anak Minah pun kena lah naik sikit menjadi 3.00. Baru lah kelas. Kelas kau Minah. Hehe.

Apapun bagi yang dah lama berumah tangga tentu ada banyak pengalaman kan tentang bunga telur ni. Marilah kongsi di sini.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, October 25, 2011

BAYI DILAHIRKAN DENGAN DUA MUKA



Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.
Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.
Bercakap kepada akhbar The Nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.
“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.
Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.
“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.
Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.
Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.
Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.
Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.
Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.
Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.
Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ANTARA PULANG RUMAH, RUMAH ISTERI MUDA ATAU CARI ISTERI LAGI


Santai malam selasa. Buatlah pilihan terbaik. Masih belum dapat menerima hakikat seorang sahabat yang beristeri tiga tetapi sekarang dalam keadaan yang 'kurang mesra' kewangan. Faham-faham kan. Justeru, kalau anda semua jalan mana yang hendak dituju ??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, October 24, 2011

KUCING GORENG



Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.
Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat.
Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.
Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.
Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.
Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEBAJIKAN


Kalau orang yang sepatutnya menjaga kebajikan orang bawahan sendiri buat-buat lupa dan terlepas pandang pada HAK dan KEBAJIKAN orang bawahan kepada siapa lagi kami hendak mengadu ? Kami bekerja, memberi khidmat tanpa ada banyak soal. Cuma mahu hak dan kebajikan kami dijaga. Itu sahaja. Jangan lantang sangat, nanti kena surat tunjuk sebab. Oh lupa nanti jadi macam Profesor Aziz Bari. Orang akademik pun dirantai kanan dan kiri. Politik murahan sekolah malas nak layan.

Tapi kalau tak ada orang yang nak memperjuangkan, kesian juga kawan-kawan. 


Biarkan-biarkan. Lucai pasti terjun dengan labunya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MANCHESTER CITY LIBAS MANCHESTER UNITED 6-1 DALAM AKSI DERBY MANCHESTER



Manchester City berjaya membuktikan mereka terbaik kali ini dalam perlawanan 'derby Manchester" apabila membelasah Manchester United 6-1 di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Kekalahan itu juga membuatkan Manchester United menelan kekalajan pertama mereka musim 2011/2012. Kini hanya City dan Newcaste merupakan dua pasukan yang masih belum tewas setakat ini. Dengan kemenangan ini, City meninggalkan Manchester United lima mata untuk mengungguli carta Liga Perdana Inggeris. Syabas Manchester City.

Senarai penjaring gol Manchester United :

Darren Fletcher (81')

Senarai penjaring gol Manchester City :

Mario Balotelli (22' dan 60')
Kun Aguerro (69')
Edin Dzeko (90' dan 92')
David Silva (91')

KEPUTUSAN 

MANCHESTER UNITED (1)

vs

MANCHESTER CITY (6)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, October 23, 2011

VIDEO KEMALANGAN GRAND PRIX MALAYSIA YANG MENGORBANKAN PELUMBA ITALI

Video memaparkan insiden perlanggaran penunggang moto GP dari Itali iaitu Marco Simoncelli yang disahkan meninggal dunia petang tadi. Marco Simoncelli bertanding dalam kategori Moto GP dalam Malaysian  Grand Prix Motorcycle di Sepang, Selangor. Beliau mewakili pasukan San Carlo Honda Gresini. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JAGALAH NIKMAT KESIHATAN INI


Selamat berhujung minggu semua. Dua minggu lepas Imanshah pernah buat entri yang mengatakan Imanshah demam. Dan alhamdulillah Imanshah dah semakin sembuh. Tapi dua hari lepas Imanshah mengadakan latihan hoki dan kebetulan hujan sekejap, selepas itu panas balik. Tak semena-mena Imanshah mula rasa sakit tekak dan badan mula panas. Rupanya demam belum kebah dengan baik.

Apa yang Imanshah nak kongsikan dengan pembaca semua ialah tentang kesihatan kita ni mesti jaga betul-betul. Jika demam mesti mengunjungi doktor supaya dapat dikenalpasti penyakit. Jangan bergantung kepada panadol. Imanshah nak kongsikan dua cerita hari ini. Pertamanya sepupu Imanshah pada mulanya demam biasa. Beliau hanya bergantung pada panadol semata-mata. Selang seminggu Imanshah mendapat khabar dia sudah dimasukkan ke ICU kerana masalah jangkitan kuman. Sekarang sedang bertarung dengan maut di Hospital Batu Pahat, Johor. Imanshah doakan agar semuanya dalam perlindungan Allah.

Kisah ke dua tentang seorang pelajar di sekolah berhampiran yang meninggal sewaktu sedang menunggu untuk solat Isya'. Usia sangat muda iaitu 15 tahun sahaja. Dengar cerita kerana memiliki masalah jantung. Bukan Imanshah menolak ketentuan takdir Ilahi, namun kita yang masih sihat dan hidup ini kena selalu beringat. Penyakit yang tak dijangka akan menyerang bila-bila masa sahaja jika kita tidak menjaganya dengan betul. Hembusan asap rokok misalnya mungkin bisa menghayalkan, bisa mendamaikan (kata merekalah) , namun natijahnya ianya tak seindah gambaran. 

Marilah sama-sama kita menjaga anugerah yang tidak ternilai ini. Untuk apa ? Tidak lain dan tidak bukan untuk kita menjalani kehidupan kita sebagai khalifah dan abid di muka bumi ini. Selamat berhujung minggu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CHONG WEI JUMPA CHENG LONG PADA FINAL TERBUKA DENMARK 2011




Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan bintang muda China, Chen Long, pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, hari ini.

Chong Wei, yang mencari kejuaraan keenam musim ini, melangkah ke final selepas mengalahkan pemain tuan rumah yang berpengalaman, Peter Hoeg Gade, 21-19, 23-21 pada saingan separuh akhir semalam.

Pertarungan sengit memakan masa 40 minit itu membolehkan Chong Wei menjadi pemain tunggal negara ke perlawanan akhir selepas beregu lelaki negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong terkandas pada separuh akhir.
Chen Long pula mara ke final apabila menumpaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Beregu negara Thien How/Wee Kiong tidak dapat menyaingi kehebatan beregu pilihan utama China, Cai Yun dan Fu Haifeng apabila tunduk 11-21, 11-21.

Sebelum ini, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menerima nasib malang apabila terkeluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dikecewakan oleh pasangan Korea Selatan, Cho Gun Woo/Kwon Yi Goo 21-15, 15-21, 12-21. – Bernama

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, October 22, 2011

PISANG


Sebelum menunaikan solat Jumaat, lazimnya Imanshah akan singgah sekejap untuk makan tengah hari di sebuah kedai makan milik orang Patani, di ipoh ini. Selalunya Imanshah suka makan pisang yang disediakan oleh pemilik kedai sebagai sedekah untuk para pengunjung kedai makan. Ada pisang emas, pisang berangan mahupun pisang montel. Macam-macam ada. 

Begitu juga kalau ke masjid, selalunya ada sahaja pisang yang diletakkan di tempat mengambil wuduk pada setiap hari Jumaat. Masih ramai jemaah masjid yang berebut-rebut untuk bersedekah kepada jemaah yang lain. Kadang-kadang ada yang bersedekah dengan makan tengah hari dan diletakkan di bahagian penjuru masjid. 

Imanshah tertanya-tanya juga kenapa pisang begitu popular untuk dijadikan sedekah bagi mereka yang ingin bersedekah. Agaknya pisang lebih murah dan mudah didapati. Teringat pula zaman kecil-kecil dahulu. Selalunya apabila seseorang anak kampung yang ingin memulakan proses mengaji Al-quran, maka ibu bapa akan membawa setandan pisang ke rumah tok guru. Imanshah masih ingat kerana arwah ayah merupakan tok guru mengaji. Sekarang ni aktiviti tersebut dah tak ada. Nak tengok ada kanak-kanak mengaji di rumah tok guru pun dah semakin susah ditemui sekarang


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SAYA ORANG TAIPING, BUKAN FILIPINA MUI


Ini silibus sejarah Tingkatan Lima berkaitan dengan Birokrasi Barat dan Nasionalisme di Filipina. Tak tahulah sama ada betul pelajar yang tulis atau sengaja orang lain tulis untuk jadi bahan lawak di facebook. Kalau betul merupakan jawapan pelajar. Imanshah sangat sedih , sebab mata pelajaran sejarah semakin hari semakin menjadi tidak penting kepada para pelajar. Apapun layan, sebagai hiburan hujung minggu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, October 21, 2011

DIKIR AISHITERU

Bila sesekali menjenguk You Tube rasa tertarik pula dengan satu persembahan dikir barat oleh anak-anak muda di Kelantan. Dah banyak berubah rupanya dikir barat kerana terkesan dengan muzik moden dan sebagainya. Terkenang pada zaman persekolahan dulu apabila sering diminta menjadi Juara dalam persembahan dikir barat peringkat sekolah mahupun antara sekolah. Namun semenjak tinggal di Ipoh, rasanya dah lama benar tak mengikuti dikir barat ini. Pernah sekali Imanshah diminta untuk mengajar dikir barat di sekolah, namun Imanshah rasakan Imanshah bukanlah jurulatih terbaik untuk mengajar dikir barat. Apapun Imanshah na kongsikan persembahan dikir Aishiteru oleh anak-anak muda Kelantan ni ya. Bagi yang minat je lah. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, October 20, 2011

MUAMMAR GADDAFI AKHIRNYA TERBUNUH

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

BENGHAZI, Libya 20 Okt. - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.

“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. - AFP

Selepas Muamar Gaddafi disahkan terbunuh, tentera pemberontak mendedahkan anak pemimpin itu Mo’tassim turut diberkas dalam pertempuran di Sirte.

Televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya turut menyiarkan berita penangkapan Mo’tassim.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JEJAKA PENGHIAS MUKA DEPAN MAJALAH

Petang tadi saya menerima gambar muka depan Majalah Fokus SPM keluaran November 2011. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar saya iaitu Q, U, A1 dan A2 telah menjadi penghias muka depan majalah akademik keluaran Karangraf untuk edisi November 2011. Penggambaran telah dilakukan pada bulan September yang lepas. Sebenarnya  pasukan bahas Bahasa Melayu sekolah saya telah berjaya menjulang Piala Perdana Menteri tahun 2011. Entri kejayaan tersebut ada di SINI. Alhamdulillah, sebagai guru yang membimbing, saya turut berbangga dengan pencapaian ini.


Walaupun cikgunya idok le dapat interframe sama, namun sekurang-kurangnya kami guru-guru telahpun melakukan sesuatu untuk meletakkan nama sekolah di tempat yang sewajarnya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kejayaan yang lebih hebat lagi pada masa depan.

P/s : Kacak-kacak kan anak buah Imanshah ? Haha tengoklah gurunya.. Lari.......!!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

WANITA MENDOMINASI LAMAN SOSIAL



SUMBER : MYNEWSHUB
Seiring kemajuan dunia teknologi dan kemunculan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya, peningkatan pengguna daripada kaum wanita di laman sosial kini bertambah.
Di petik dari laman www.Nielsen.com baru-baru ini tentang penggunaan laman sosial di Amerika Syarikat menunjukkan, kaum wanita didapati lebih banyak mengakses laman sosial berbanding lelaki.
Jumlah paparan laman yang telah dibuka oleh pengunjung Facebook ternyata didominasi oleh kaum wanita dengan jumlah 62 peratus, dan jika dilihat berdasarkan umur pula yang paling aktif adalah yang berusia 18 tahun hingga 34 tahun.
Facebook dilihat menjadi rutin yang wajib dikunjungi berbanding laman sosial yang lain, dari jumlah tersebut, 57 peratus daripada mereka menonton video di Facebook.
Selain daripada itu blog dan laman web hiburan yang lain juga menjadi tempat kunjungan para pengguna internet, sebanyak 22.5 peratus pengguna internet AS mengunjungi laman-laman game online ( 9.8 peratus), email (7.6 peratus), Portal/website/blog (4.5 peratus), video/filem (4.4 peratus), laman pencarian (4 peratus) dan chatting/instant messaging sebanyak 3.3 peratus.
Jika kaum wanita lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial dan blog, lain pula halnya dengan lelaki yang lebih suka mengunjungi LinkedIn dan Wikia.
Menurut kajian yang dilakukan NM Incite, sebuah anak syarikat Nielsen.Mckinsey Company, hampir 2 daripada 5 pengguna laman sosial mengakses laman tersebut dari telefon bimbit mereka berbanding alat komunikasi yang lain seperti iPad, komputer riba, komputer peribadi dan sebagianya.
Nielsen juga melaporkan, bahawa Internet lebih digunakan untuk mendapatkan hiburan dan bersosial daripada mendapatkan berita.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget