WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 30, 2011

PENDAFTARAN BANTUAN KEWANGAN RM500 DIBUKA PADA 10 DISEMBER

Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MAUT DIBASUH BAPA DALAM MESIN BASUH

PARIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris.
Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.
Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.
“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.
Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.
Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.
Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam.

SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 29, 2011

APEK TUA ITU


Setiap hari sementelah cuti ni, saya selalu menghabiskan waktu pagi saya sekitar dua jam di padang hoki. Dari jam 7.00 pagi sehinggalah jam 9.00 pagi saya mendisipkan diri untuk membuat latihan, senaman dan juga meningkatkan kemahiran asas saya dalam sukan hoki. Selalunya tatkala saya sampai kelihatan ramai warga emas berbangsa cina yang akan melakukan aktiviti larian, senaman dan juga taici. Sungguh meriah sekali sekitar kawasan stadium. Cuba juga mengintai jika ada dalam kalangan bangsa kita, ada tu memang ada. Tapi sedikit sangat lah.

Saya tertarik melihat seorang 'apek' tua yang selalu akan berjalan di sekitar stadium hoki hingga ke stadium bola. Membawa guninya. Membongkok saban hari mengutip botol dan tin minuman. Beginilah caranya menyara kehidupan. Melihat botol terbuang, pasti akan segera dikutipnya. sesekali dia mengangkat tangan kepada saya, menegur dengan cara begitu mesra sekali.

Kita sering terlepas pandang akan kecekalan golongan seperti ini. Walaupun mereka mencari rezeki dengan menjual botol minuman serta tin-tin kosong, namun sebenarnya apek tua dan ramai lagi golongan sebegini  sentiasa bekerja keras memastikan bandar kita bersih dan terjaga. Ibarat pekerja majlis bandaraya yang tidak bertauliah, kehadiran mereka sebenarnya memberi manfaat kepada  semua.   Betapa ramai dalam kalangan kita yang begitu tega mengotorkan kawasan dengan botol-botol plastik dan tin-tin minuman, namun apek tua ini tetap yakin, rezekinya ada dengan mengutip semula hasil buangan manusia ini.

Hari ini apek tua itu terus dengan aktiviti hariannya yang sudah sebati dengan kehidupannya.  Berjalan, sambil tersenyum riang. Dengan pandangan yang tajam,  membongkok sambil mencari dan mengutip rezeki buat menyara kehidupan. kau tetap yakin betapa rezeki ada di mana-mana !!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MOGA BERMANFAAT

Alhamdulillah, sewaktu saya menulis entri tentang teks ucapan pengacara majlis buat pertama kalinya pada 21 April 2011, saya hanya beranggapan ianya hanyalah sekadar teks pengacara majlis biasa sahaja. Dan hanyalah sekadar entri biasa sahaja. Jika ada yang hendak mengambilnya sebagai contoh serta membuat rujukan, saya mengizinkannya. Namun, saya agak terkejut setelah tujuh bulan teks ucapan pengacara majlis ini berada di alam maya, entri ini sahaja sudah mencapai  11,000 pengunjung. Satu pencapaian peribadi untuk saya. Entrinya ada DI SINI.

Bukan apa, blog yang biasa-biasa ini dapat juga memberi manfaat. Kalaulah nak dibandingkan dengan entri blogger-blogger terkenal tu, memang saya kalahlah. Setakat 11, 000 apalah sangat kan. Namun, bukan itu tujuan berblog. Bukan ingin bertanding dengan sesiapa. Saya amat bersykur kerana entri ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang, terutamanya mereka yang terlibat sebagai pengacara majlis. 

Apapun, selain daripada TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK ini, saya turut menghasilkan beberapa siri teks pengacara majlis yang lain. Kalau sudi jenguk-jenguk lah ya.






Saya izinkan untuk para pembaca untuk menyalin atau mengubahsuai teks-teks ucapan ini supaya setiap ilmu yang ada dapat dikongsi dan disebarluaskan kepada semua. Selamat menjadi pengacara majlis.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, November 28, 2011

FINAL ATP : FEDERER JUARA, AKHIRI MUSIM 2011 DENGAN REKOD BARU


London menjadi saksi sejarah kehebatan seorang Federer. Semalam (27/11), pemain nombor empat dunia  menewaskan Tsonga  6-3, 6-7, 6-3 dalam final yang berlangsung 2 jam 18 minit. 


Hebatnya, ini merupakan gelaran  ke-6 Federer dalam pertandingan itu dari 7 kali memasuki final sejak tahun 2003. Hanya pada 2009, Federer kalah di  Final ATP World Tour. Lebih bersejarah  lagi, kemenangan atas Tsonga merupakan yang ke-806 dalam karier profesional Federer. 

Pemain yang  berusia 30 ini mengatasi rekod peribadi idolanya sewaktu  kecil, Stefan Edberg. Setakat ini, Federer mencatatkan 17 kemenagan tanpa kalah selepas kali terakhir tewas dalam Terbuka Amerika Syarikat.

"Gelaran di London sungguh istimewa. Ianya merupakan antara  prestasi terhebat saya. Sebuah pengakhiran yang sangat berkesan untuk menutup musim yang begitu indah buat saya," kata Federer. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

RM20 K

Alhamdulillah, berita baik dari sedikit usaha Imanshah dan rakan-rakan. Lima bulan yang lalu, Imanshah dan rakan-rakan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM30, 000 untuk menaiktaraf peralatan, rak, almari dna kaunter koperasi. Dan Alhamdulillah setelah menunggu hampir lima bulan, berita gembira apabila kami menerima bantuan kewangan sebanyak RM 20, 000.


Walaupun jumlahnya sedikit kurang daripada permohonan Imanshah, namun kami tetap berbangga kerana koperasi kami terpilih daripada berpuluh koperasi yang memohon. Dan pagi tadi seawal jam 9.00 pagi, Imanshah sudah berada di Dataran Majlis Daerah Grik untuk menghadiri majlis penyerahan replika cek sempena Coop Festival Peringkat Negeri Perak. Replika cek telah disampaikan oleh Y.B Dato' Tan Lian Ho, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, merangkap Ahli Parlimen Grik. InsyaAllah, wang yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi koperasi kami. InsyaAllah.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, November 27, 2011

ROGER FEDERER CAPAI FINAL KE-100 DALAM KARIER

Roger Federe reached the 100th tour-level final of his career Saturday to guarantee he will finish in the Top 3 of the year-end South African Airways ATP Rankings for a ninth straight season. Third seed Federer beat fifth-seeded Spaniard David Ferrer 7-5, 6-3 at the Barclays ATP World Tour Finals for a place in his seventh year-end championship final. It was Federer's 806th win, which draws him level with Stefan Edberg at No. 6 overall for most match wins in the Open Era (since 1968).The five-time champion will now look to lift his 70th trophy (69-30) against either No. 6 seed Jo-Wilfried Tsonga or seventh seed Tomas Berdych in Sunday's final. Federer has a 15-0 indoor record this year and is looking to lift his third straight indoor title.

Tahnian buat Federer yang semakin menunjukkan sentuhan cemerlang beliau walaupun tahun 2011 mencatatkan saat-saat sukar Federer dalam beberapa siri kejohanan jelajah ATP dan juga grand slam. Semoga Federer akan berjaya dalam final nanti sama ada bertemu Tsonga atau Berdeych.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 26, 2011

GEMPAR : MALAYSIA BUNUH ORANG UTAN INDONESIA



Satu demi satu tuduhan tidak masuk akal dilempar mat-mat Indon terhadap Malaysia.
Jika dahulu kita dituduh mencuri tanah dan kebudayaan mereka, kini tuduhan yang hampir sama tetapi melibatkan perkara lain pula.
Terbaru, syarikat Malaysia dituduh membunuh Orang Utan di Indonesia dan sekali gus mencalarkan reputasi negara itu.
Baca komen yang dilemparkan oleh salah seorang Mat Indon di bawah ini yang kami petik daripada laman web Centre For Orang Utan Protection (COP) di Indonesia.
Pusat Perlindungan Orang Utan (COP) mengkritik cara kejam dan tidak bermoral ladang-ladang kelapa sawit Malaysia yang berpusat di Kalimantan, terutamanya Metro Kajang Holdings (MKH) Berhad. Syarikat ini telah membersihkan hutan-hutan dan mengancam kehidupan orang utan serta hidupan liar lain di Muara Kaman, Timur Kalimantan.
Daniek Hendarto sebagai orang yang berkempen bagi pihak COP berkata:
“Aktiviti jenayah dan kekejaman yang dilakukan oleh MKH Berhad, telah menghancurkan reputasi Indonesia. Pemusnahan hutan dan banyak binatang menjadi terancam di Indonesia, dan ini tidak akan memberikan apa-apa kekurangan kepada Malaysia. Sebaliknya, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia. Dunia akan mengenali industri minyak sawit Indonesia sebagai industri kejam. Akhirnya, para pengguna enggan membeli produk minyak sawit kami. Dan pengguna akan memilih minyak sawit Malaysia dan bukannya Indonesia. Untuk membolehkan produk-produk Indonesia dijual di pasaran antarabangsa, minyak sawit Indonesia akan dibeli oleh Malaysia terlebih dahulu, dan melabelkannya sebagai produk mesra-eko. Ini hanya satu ulangan jenayah pembalakan haram. Hutan Indonesia dibersihkan, balak dijual kepada Malaysia dengan harga rendah kemudian mendapat sijil mesra-eko, dengan itu ia akan dijual dalam pasaran dunia sebagai produk mesra alam Malaysia,”.
“MKH Berhad menguji integriti pihak penguatkuasaan undang-undang Indonesia. Mereka menguji kesabaran kita dan keberanian Indonesia sebagai sebuah negara. Sementara siasatan kes pembunuhan orang utan sedang dijalankan, terdapat seekor orang utan dewasa yang dijumpai cedera dipukul di kawasan konsesi mereka. Undang-undang Republik Indonesia dan Undang-undang nombor 5/1990 berkenaan dengan Pemeliharaan Sumber Semulajadi Kehidupan dan Ekosistemnya telah dipandang rendah oleh MKH Berhad.”
“Cukup-cukuplah. Ini masa untuk MKH Berhad and syarikat Malaysia yang lain meninggalkan Indonesia. Sudah cukup untuk mereka menimbulkan masalah di Indonesia.”
Kenyataan ini telah disampaikan dalam satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia. Para sukarela COP memakai kostum Hanoman, Jaya Anggodo dan Suwido, mereka adalah pahlawan-pahlawan beruk dalam cerita epik Ramayana.

SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TIPS MENYEDIAKAN TEKS UCAPAN

Seperti biasa, jika cuti sekolah, majlis-majlis yang berlangsung semua orang tak ada. Nak tak nak, kitalah juga mengambil tanggungjawab ini. Tambahan pula, majlis-majlis sekolah yang diadakan pada musim cti persekolahan, selalunya nama kita je lah naik sebagai penyelaras. Kalau hati jahat dan minda negatif, maka kita akan berkata, mentang-mentanglah aku ni tak pernah membantah, asyik aku je kena. Namun, sebagai pendidik yang rasional, kena ingat tanggungjawab dan amanah. Maka, kerja akan jadi lebih mudah dan lancar.

Untuk majlis graduasi pelajar tingkatan lima ni, selain bertindak sebagai penyelaras program, Imanshah juga menyediakan teks ucapan perasmi. Alhamdulillah, pada tahun ini, Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi bin Hashim akan menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar yang akan menamatkan persekolahan mereka pada 1 Disember nanti. 

Menjadi seorang penulis teks ucapan bukan senang. Pernah tengok Perdana Menteri, menteri-menteri mahupun orang-orang besar negara menyampaikan ucapan. Bukan mereka yang sediakan. Tapi pegawai media, egawai khas mahupun penganjur kepada sesuatu program. Dan selalunya kalau di sekolah, kami bergilir-gilir menyediakan teks ucapan. Alhamdulillah, teks ucapan perasmi telahpun siap dan telahpun dihantar ke pejabat Datuk Bandar Ipoh.  

Di sini Imanshah nak kongsikan sedikit tips menyediakan teks ucapan :

1) Teks yang dibuat hendaklah berkaitan dengan majlis. Maksudnya latarbelakang majlis dan tujuan penganjurannya hendaklah difahami sepenuhnya. Contohnya jika mengadakan majlis anugerah kokurikulum, seharusnya isi kandungan teks berkisar kepada pencapaian, kepentingan serta cabaran dalam bidang kokurikulum.

2) Bahasa. Bahasa yang mudah dan tepat adalah penting. Jangan menggunakan bahasa pasar sebagaimana percakapan seharian. Seeloknya biarlah membuat rujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran dalam bahasa.

3) Mesti meletakkan diri ataupun membayangkan diri penulis sebagai orang yang akan berucap. Justeru setiap patah kata yang ditulis akan mencerminkan keikhlasan dan kecaknaan kita terhadap isu yang hendak dituturkan.

4) Mesti membuat rujukan. Selalulah melihat contoh-contoh teks ucapan yang ada di internet dan sebagainya. Ianya sangat penting untuk meningkatkan gaya penulisan kita. Namun, penulis mestilah peka, jangan pula mencedok isu-isu yang lapuk. Misalnya peristiwa-peristiwa yang berlaku dua tiga tahun lepas, tetapi dijadikan contoh. Namun, jika peristiwa tersebut releven dan tepat untuk dijadikan contoh, ianya tidak menjadi masalah.

5) Semakan. Mesti menyemak teks ucapan yang ditulis sebelum dihantar kepada tokoh berkenaan. Adalah penting menyemak waima sepulih kali sekalipun, kerana ianya mencerminkan ketelitian dan kecekapan organisasi. Tidak manis, jika draf ucapan yang dihantar tadi silap ejaan di sana-sini. 

6) Jangan lupa untuk menghantar salinan dalam bentuk "soft copy" kerana kadang-kadang perasmi ingin membuat pembetulan dan penambahan terhadap teks tersebut. 

Semoga bermanfaat !!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 25, 2011

TAMAK SUNGGUH MAHUKAN NIKMAT DAN RAHMAT


Kita mahu semua yang baik-baik dari Allah. Tamak sungguh mahukan nikmat dan rahmat. Tapi diri sendiri berbuat maksiat. Enggan bertaubat, kerana menunggu senja lusa, baru mahu pulang ke muara. Sedangkan entah subuh esok sudah kaku di katil kematian.

Salam Maal Hijrah dari Imanshah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MAAFKAN BILA AKU MENGELUH


Hari ini, siang tadi di sebuah stesen bas ketika pulang dari kerja, aku melihat seorang remaja tampan dengan rambut sedikit ikal. Aku cemburu melihatnya. Dia tampak begitu ceria, dan aku sangat ingin memiliki wajah yang tampan sepertinya.Tiba-tiba dia terhuyung-huyung berjalan. Dia mempunyai satu kaki saja, dan memakai tongkat kayu. Namun ketika dia melewatiku…..ia menyapaku dan tersenyum padaku. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya kedua kaki. Dunia ini milikku.

Aku berhenti untuk membeli sedikit kuih. Anak laki-laki penjualnya begitu mempesona. Aku berbicara kepadanya. Dia tampak begitu gembira. Ketika aku pergi, dia berkata, “Terima Kasih, Engkau sudah begitu baik. Menyenangkan berbicara dengan orang sepertimu, lihatlah, aku buta. “ Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku mempunyai dua mata. Dunia ini milikku.

Lalu ketika berjalan. Aku melihat seorang budak lelaki. Dia berdiri dan melihat teman-temannya bermain sepak bola. Dia tidak tahu apa yang bisa dilakukannya. Aku berhenti sejenak. lalu berkata “Mengapa engkau tidak bermain dengan yang lain?” Dia memandang ke depan tanpa bersuara. Lalu aku tahu dia tuli. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku mempunyai kedua telinga. Dunia ini milikku.

Dengan dua kaki untuk membawaku ke mana aku mahu. Dengan dua mata untuk memandang mentari. Dengan dua telinga untuk mendengar desir angin dan segala bunyi.

Pernahkah  kita mengeluh? Padahal kita dikurniakan  Allah dua lengan yg lengkap dan kuat untuk mengubah dunia. Perlukah  kita berkesah? Padahal kita dikurniakan  Allah kecerdasan hingga kelak jadi sarjana. Jangan selalu mengeluh saudaraku.Bersyukurlah, bersyukurlah kerana Allah Maha Kaya kurniaan-Nya. Bersyukurlah dengan anggota tubuh yang lengkap dan berfungsi dengan baik, bersyukurlah dengan nikmat air, udara, nyawa dan kesihatan yang kau terima setiap hari. Bersyukurlah engkau masih mampu bersekolah hingga ke peringkat tertinggi. Di luar sana, masih ada ribuan bahkan jutaan saudara kita yg keadaannya tidak lebih baik dari kalian.

Ya Allah, maafkanlah aku bila aku sering mengeluh. Maafkan aku yang masih sering lupa akan nikmatmu. Maafkan aku yg begitu dungu dengan segala kemurahan yg KAU tampakkan dalam kehidupan seharianku.

Diubahsuai dari CERITA MOTIVASI




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AKSI GIGIT, LARI DAN SEMBUNYI



Nak tengok bagaimana aksi pesilat Indonesia dalam Sukan Sea acara Pencak Silat ? Kelihatan beliau (pesilat Indonesia) berlari-lari ke keliling gelanggang dan bersembunyi di belakang wasit (pengadil). Yang tak tahannya, digigitnya bahu pesilat dari Thailand. Dan akhir sekali pesilat Indonesia menang!! Para penyokong pula bergembira dan bersorak menyaksikan aksi sarkas pesilat mereka. Jom tengok !!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, November 24, 2011

KEM 1 MURID 1 SUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Selama empat hari tiga malam, Imanshah bersama lebih kurang 300 warga Sekolah Berasrama Penuh yang terdiri daripada guru, pelajar dan para pegawai SBP berkampung di Marina Cove Resort, Lumut untuk mengikuti Kem 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah Berasrama Penuh. Alhamdulillah, pelbagai input yang berguna telahpun diperolehi sepanjang empat hari di sana. Antara objektif utama penganjuran kem ini ialah memperkenalkan dasar Sekolah Berasrama Penuh sebagai pusat kecemerlangan sukan. Sebanyak empat jenis sukan telahpun dikursuskan iaitu memanah, bola keranjang, olahraga dan hoki. Tedapat enam sukan elit di peringkat SBP termasuklah ragbi dan kriket.


Para peserta mula melaporkan diri pada 20 November 2011. Sanggup mengenepikan sementara waktu cuti persekolahan untuk menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kelihatan seorang penceramah begitu bersemangat berkongsi pengalaman dan kemahiran bersama para peserta. 


Praktikal memanah oleh Pengerusi Teknik Memanah Negeri Perak. Susah juga nak menjadi pemanah ni.


Praktikal olahraga untuk acara Lompat Kijang. Kalau nak suruh cikgu-cikgu melompat memang tak dapatlah.


Ayuh dong poco-poco !


Bergambar kenangan di akhir kursus bersama Timbalan Pengarah SBP. 

Apapun tahniah buat penganjur dan semua peserta kerana berjaya menjadikan Kem pada kali ini antara yang terbaik dalam sejarah. Jumpa lagi tahun hadapan.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, November 23, 2011

PENAT

Assalamualaikum. Hampir empat hari tidak menjangah blog ini kerana berada di Lumut mengikuti kursus 1 murid 1 sukan. Harap-harap semua sihat adanya. InsyaAllah, blog ini akan dikemaskini selepas kepenatan Imanshah hilang nanti. Apapun,terima kasih kepada yang sudi berkunjung dan insyaAllah Imanshah akan membalas kunjungan kalian selepas ini. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 19, 2011

PROJEK GURU BEKERJA 9 JAM SEHARI TIDAK DITERUSKAN


Projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor tidak akan diteruskan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.
“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan disebaliknya. Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru.
“Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Labuan di bilik orang kenamaan di Lapangan Terbang Labuan di sini Sabtu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.
Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.
“Profesion perguruan ini ada keistimewaan…berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu.

SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PANTANG

Tengah hari tadi Imanshah sempat berkunjung ke Pasar Besar Super Kinta. Hajat nak jenguk-jenguk je sebab lama tak ke sana. Tup-tup Imanshah ternampak cangkul. Tiba-tiba teringat cangkul dan penyodok kat ghomah tu kena curi dah. Ambil tanpa kebenaran. Almaklumlah, semua besi. Deme jual dapat juga duit kan. Sekarang ni semua ada sindrom PANTANG. Pantang nampak. Hak oghang ke, idok deme peduli. Asalkan buleh deme jual, sapu jelah.


Inilah ghopenya cangkul dan penyodok longkang. Setiap satu berharga RM 7 sahaja. Kira murah le jugak. Kalau berpeluang turun Ipoh, Imanshah cadangkan singgahlah kat Super Kinta ni. Macam-macam peralatan rumah, pertanian, kerja dan banyak lagi.Kebanyakan dijual oleh peniaga-peniaga cina yang dah tua. Memang deme jual murah-murah je. Lesung batu pun banyak.

Berbalik kepada penyakit PANTANG tadi, memang Imanshah akui ramai yang Imanshah jumpa oghang ghope ini. Bukan sahaja pantang nampak barang orang mula nak panjang tangan, tapi ada juga yang pantang datang kerja, hari-hari asyik dok pot pet pot pet pasal orang lain. Tapi kalau PANTANG ada koje, deme buat koja bersungguh-sungguh, itu bagus. PANTANG nengok sampah, terus buang. Itu lagi bagus. Jangan pula PANTANG ketua takde, mula lah nek MENGULOR. Yang pasti ramai dalam kalangan kita pernah BERPANTANG waktu bersalin.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MARINA COVE RESORT

Sekolah dah bermula cuti , makanya bermulalah juga waktu untuk para guru melepas lelah dan letih. Imanshah seperti biasa, di awal-awal cuti persekolahan mempunyai jadual yang padat untuk dilakukan. Lebih baik mencari kerja dari tak buat apa-apa kerja. Nak bercucuk tanam pun tanah di Ipoh ni tak ada. Mulai semalam sehinggalah awal disember, Imanshah masih lagi seperti hari-hari persekolahan. Diari Imanshah setakat 5 Disember 2011.

18-19 November 2011 - Kursus Kejurulatihan Asas Hoki Kinta Utara (urusetia) di Stadium Azlan Shah, Ipoh
20-23 November 2011 - Kursus 1 Murid 1 Sukan Sekolah Berasrama Penuh  di Marina Cove Resort, Lumut
30 November 2011 - Virrilion Grand Dinner (Pengurus)
1 Disember 2011 - Majlis Graduasi Batch 51 (Penyelaras majlis)
2-5 Disember 2011 - Kejohanan Hoki Dalam Dewan Kebangsaan Bawah 14 (Ahli Jawatankuasa)


Lepas tu, InsyaAllah, akan kembali ke Tumpat, Kelantan menghabiskan masa bersama bonda di desa. Sekian.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MASAKAN CINTA (LOVE DISH)


Apa komen anda tentang video ini??
Banyak caranya untuk memberi teguran, kritikan mahupun tentangan terhadap Lynas. Namun, seperti ada yang tak kena tentang video ini. Tak keterlaluan seolah-olah mempersendakan rezeki. Kreatif tetapi nampak sedikit 'kekurangan' yang menampakkan krtidakmatangan. Apatah lagi seorang Ahli Parlimen. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 18, 2011

RUMAH MERAH PAHAT NAMA HATRIK PIALA AGONG

Salam buat semua. Imanshah nak berkongsi sedikit kejayaan rumah Imanshah dalam Majlis Anugerah Kokurikulum di Sekolah Bintang tempoh hari. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2011, Rumah Merah (Imanshah merupakan penolong ketua guru rumah) telah berusaha keras bagi memastikan kejayaan bakal diraih nanti. Sememngnya di Sekolah Bintang, semangat rumah sangat menebal dalam kalangan pelajar dan guru. Apakan tidak kerana semua pelajar diasingkan mengikut rumah masing-masing. Terdapat enam bangunan asrama yang didiami oleh enam rumah yang berbeza.

Sesuatu yang unik di Sekolah Bintang, nam rumah adalah mengikut warna. Ada enam rumah di sini iaitu Merah, Kuning, Hijau, Putih, Hitam dan Biru. Dan untuk pertandingan antara rumah tahun ini tiga piala dipertandingkan iaitu Piala Pengetua, Piala Presiden dan Piala Agong.

Untuk Piala Pengetua, pemarkahan adalah berdasarkan pertandingan sukan dan koko akademik antara rumah seperti bola sepak, bola tampar, ragbi, hoki, bahas, debat, pidato, sepak takraw, kriket, ping pong dan banyak lagi. Manakala piala Presiden pula merupakan pertandingan yang melibatkan sahsiah, kebersihan dan keceriaan asrama, akademik pelajar serta kepimpinan. Manakala dalam pertandingan Piala Agong, markah bagi ke dua-dua piala akan dicampur untuk mendapatkan piala Agong.

Dan sesuatu yang menarik, Rumah Merah telah mensasarkan untuk mendapatkan ke tiga-tiga piala pada tahun ini. Pelbagai strategi telah diatur dan dibuat untuk memastikan ketiga-tiga piala dapat diraih. Dan Alhamdulillah, pada tahun 2011, visi dan misi Rumah Merah telahpun berjaya. Dan sesuatu yang sangat mengembirakan apabila kami telah membolot ke tiga-tiga piala yang telah dipertandingkan.


Kelihatan 'house captain' sedang menerima piala dari tetamu kehormat.



Inilah tiga piala yang telah dimenangi dalam Majlis Anugerah kokurikulum. Hidup Red Rouser !!


Para senior (Tingkatan lima dan empat) yang benyak menggerakkan aktiviti rumah merah. Kudos untuk House Capt, Ameen Ngarox yang telah mengetuai rumah merah dengan jayanya.

Sebenarnya pada tahun ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Piala Agong menjadi milik Rumah Merah. Semoga barisan AJK baru tahun 2012, mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011: TERBAIK DALAM TEMPOH EMPAT TAHUN


Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.
Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.
Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.
Mengulas mengenai penurunan peratusan calon yang mendapat kesemua A tahun ini berbanding tahun lepas, Abd Ghafar berpendapat kenaikan dan penurunan itu merupakan perkara lazim dalam peperiksaan.
"Penurunan itu agak kecil iaitu 0.54 peratus sahaja. Tetapi kalau kita lihat yang dapat minimum C bertambah. Kalau lihat keseluruhan yang (mendapat pencapaian) minimum itu berkurangan iaitu yang dapat gred D dan E berkurangan... itu bermakna baiklah," katanya.
Abd Ghafar berkata, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar pada tahun ini dapat dirapatkan sebanyak 0.01 daripada GPN 0.16 tahun lepas kepada 0.15 tahun ini berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan kementerian untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar.
Beliau percaya usaha kementerian seperti menerusi 'School Improvement Programme' yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memberi kesan.
"Kita menggerakkan keseluruhannya dari sudut nazir, dari segi pihak guru cemerlang untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar. Jadi nampak pada saya hasilnya program kita (untuk meningkatkan sekolah luar bandar ini," kata beliau.
SUMBER : MSTARONLINE

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BUKAN ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK

Nampaknya musim 2011 semakin menghampiri penghujungnya. Dan Imanshah seperti orang-orang lain di luar sana tidak terkecuali mengalami masa-masa sibuk yang tak berkesudahan dan Alhamdulillah, semuanya hampir berakhir. Tinggal satu dua perkara yang belum dibereskan sebelum pulang bercuti. Apapun, di penghujung-penghujung ni, Imanshah nak kongsikan sedikit kegembiraan Imanshah.

Baru-baru ini segala penat lelah Imanshah dalam membangunkan beberapa cabang dalam bidang kokurikulum di sekolah telah diiktiraf. Walaupun sekadar pengiktirafan dari pihak sekolah dalam satu majlis anugerah kokurikulum, sedikit sebanyak ianya memberikan sejuta kepuasan terhadap diri ini. 'Imanshah tak mengharapkan  sebarang anugerah atas kerja buat, tapi kalau orang nak bagi, Imanshah sungguh terharu..." Haha itu ayat artis tu. Jangan keliru.

Apapun, terima kasih kepada Unit Kokurikulum atas dua anugerah sekaligus yang telah diberikan ini. Moga ianya menjadi pendorong terhadap kejayaan yang lebih gemilang padamasa akan datang.


Anugerah guru penasihat terbaik persatuan kerana berjaya membawa pulang Piala Perdana Menteri (PPM) setelah kali terakhir memenanginya 16 tahun yang lampau, manakala anugerah ke dua ialah anugerah guru penasihat kelab sukan terbaik melalui pasukan hoki sekolah.


Jurulatih hoki.Tahap-tahap kampung je ni..

p/s : maaf saya menayang anugerah untuk kenangan saya di esok hari. Kalau pengintai-pengintai HOK SENGOTI mencebik, Imanshah tak kisah pun Tambah-tambah blog ni ramai yang FOBIA. Kena periksa hari-hari.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget