WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 31, 2011

DUMBBELL


Baru beli
Namanya Dumbbell
Nak work out sedikit..kuatkan otot tangan
Buat pukul kayu hoki
tidaklah sampai nak jadi macam Sazali Samad.

Tengah fikir, apa nak tulis sempena Hari Lahir esok 1 Januari. Ok babai..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LIVERPOOL TEWASKAN NEWCASTLE UNTUK LONJAK KE TANGGAN KE LIMA


KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard akhirnya meledak gol sulungnya selepas 10 minggu untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan lima teratas memintas Arsenal selepas mereka menewaskan Newcastle 3-1 di Anfield, awal pagi tadi.
Gerrard yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-78 selepas Bellamy meledak dua gol ke atas bekas pasukannya itu pada minit ke-29 dan 67 bagi memadam jaringan awal Newcastle menerusi gol sendiri Daniel Agger pada minit ke-25.
“Ia sesuatu yang baik dapat kembali dan saya berasa cukup seronok dapat menjaringkan gol. Saya gembira dapat melihat semula 2011 yang memberitahu kebenaran bahawa saya mengalami cukup banyak kecederaan.
“Jadi saya kini berharap dapat terus beraksi dan membantu pasukan mencapai keputusan lebih baik pada tahun baru ini. Kemenangan ini cukup bermakna kerana kami gagal melakukan yang terbaik pada aksi di laman sendiri kebelakangan ini,” kata Gerrard.
Tujuh lagi aksi bakal berlangsung malam ini, antaranya Manchester United bertemu Blackburn (8.45 mlm), Arsenal bertemu QPR (11 mlm), Chelsea bertemu Aston Villa (11 mlm) dan Swansea bertemu Tottenham (11 mlm) manakala esok, West Brom bertemu Everton (8.30 mlm) dan Sunderland bertemu Manchester City (11 mlm).

SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, December 30, 2011

MENGENANG YANG INDAH

Mengenang yang indah! Begitulah bunyi bingkisan bicara buat penutup tahun 2011 ini. 2011 mungkin secara peribadi adalah tahun yang sangat mengecewakan, tahun kesedihan malahan tahun "terduduk" Imanshah. Segala-galanya adalah ketentuan takdir kerana sebaik mana perancangan insan, perancangan ALLAH tiada tolok tandingannya. Ya Imanshah hanya mampu melihat 'dia' menjadi milik suaminya. Apa perlu dikata? Apa juga perlu diseksa jiwa?? Perlu membiarkan lirik lagu.." aku merana terseksa dihari persandinganmu.." terus menjadi siulan?? 

Mengenang yang indah. Dan Imanshah percaya kesedihan yang dilalui harus menjadi sesuatu yang indah. Walau yang indah itu bukan untuk diri ini, sebagai seorang sahabat dan saudara seagama, melihat dia bahagia, melihat ada insan yang boleh menjaganya, sesuatu yang indah. Alhamdulillah, masjid berjaya dibina, bukankah itu indah?? menangakkan tuntutan ALLAH dan sunnah Rasulullah?? Bukan kesedihan mahupun kepedihan yang harus dikenang, tetapi pandanglah dari sudut keindahan hidup melihat dua jiwa disatukan. Apatah lagi melihat kebahagiaan yang dikecapi, inilah keindahan alam berumah tangga.

Mengenang yang indah. Habis, bagaimana dengan hati sendiri?? Bisa dipujuk lara yang panjang? Rajuk yang tak sudah? Biarlah, kerana muslim yang percaya pada qada dan ketentuannya, terimalah secara berlapang dada. Kenang yang indah, padamkan harapan yang punah, matikan hasrat yang musnah. 

Moga tahun 2012 adalah tahun yang indah untuk dilalui.

Mengenang yang indah !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JENDELA 2011 TIBA KE PENGHUJUNGNYA

Jendela 2011 hampir ke penghujungnya
Musim 2012 pastikan tiba
Mari kita renung seketika
Setahun berlalu bertambah usia

Setahun berlalu bertambah usia
Apa dibuat 365 hari lamanya
Cuba soal akan diri kita
Semakin dekatkah pada Pencipta?

Semakin dekatkah pada pencipta
Itu soalan paling utama
Jika jawapannya TIDAK yang ada
Maka rugilah hidup manusia

Maka rugilah hidup manusia
Hidup di dunia disia-sia
Apa bekalan nak bawa ke sana
Hanya keseronokan dunia milik kita

Keseronokan dunia milik kita
Lupa Allah lupa Pencipta
Solat kemana bertambah dosa
Maksiat berlaku di mana-mana

Maksiat berlaku di mana-mana
Baik di kampung baik di kota
Alquran dan sunnah sudah dilupa
Seronok mengikut syaitan durjana

Seronok mengikut syaitan durjana
Terus hanyut terus leka
Bilakah masa nak bertaubat kepada-Nya
Kepada semua saya bertanya

Kepada semua saya bertanya
Marilah kita bertaubat bersama
Insaflah kita kembali pada-Nya
Lembaran baru kita buka

Lembaran baru kita buka
Jendela 2012 yang akan tiba
Menjadi muslim yang diredhai-Nya
Semoga Allah berkati kita


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, December 29, 2011

YOU RAISE ME UP

Assalamualaikum, video ini saya petik dari You Tube dan pernah disiarkan dalam blog sahabat blogger AZLAN THE TYPE WRITER. Menontonnya saya sungguh terkesan kerana saya juga merupakan seorang jurulatih sukan di sekolah. Tiap jurulatih ingin melihat anak didiknya berjaya, bukan untuk dirinya, tetapi untuk pasukan. Walaupun banyak wang, masa dan tenaga dihabiskan, namun bukanlah penghalang untuk terus berkhidmat. Moga semua yang menonton mendapat inspirasi dari video ini.




When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, December 28, 2011

COVER MAJALAH MASKULIN ?

Malam ini Imanshah nak menghabiskan beberapa soalan. Soalan apa tu?? haha jangan terkejut, Imanshah dipilih menghiasi muka depan majalah MASKULIN. Wow, majalah untuk lelaki tu?? 

Haha, ambik kau ? Lepas ni terkenal la mak satu Malaya. Tak tahu lah kenapa pula guru muda pula jadi pilihan maskulin.  Kak Nab, kau ado?? 

Jangan marah, jangan terkejut beruk. Sebenarnya Imanshah dipelawa menghiasi ruangan DIARI GURU dalam sebuah majalah akademik. Huhu, alahai bukan majalah terkenal pun. Tak lah menjadi penghias muka hadapan pun. Setakat bahagian sisipan sahaja. Takpalah, satu pengalaman yang menarik dalam karier hidup Imanshah. 

Nantilah kita bercerita jika benda dah ada. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, December 27, 2011

TARIKH PRU 13 PADA 11 MAC 2012?

Dipetik bulat-bulat dari : SUARA PAKATAN RAKYAT


PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar  pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.
Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012.  Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.
Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).
Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.
No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah.  Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.
Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.  Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.
Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis  bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi.  Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.
Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.
Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang.  Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.
Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.
Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat.  Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.
Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.
Ayoo kalau betul masa tu pening juga Imanshah kerana bertembung dengan majlis perkahwinan adik bongsu di kampung. Appaun meriah sikit, pergi mengundi dan balik makan kenduri


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BAS EKSPRESS BERTANDAS

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar semua. Hari tu sewaktu pulang sekejap ke Kelantan, Imanshah menaiki bas ekspress Mahligai. Bas dua tingkat la. Maklumlah dah lama tak naik bas ekspress dalam jarak perjalanan jauh kecuali bas sekolah Imanshah sahaja jika ke sana ke mari membawa pelajar. Yalah dunia semakin maju, bas juga semakin maju. Rata-rata bas ekspress sekarang merupakan bas dua tingkat. Sebenarnya Imanshah takut juga menaiki bas dua tingkat ni. Yalah rasa tak selamat, tapi Alhamdulillah akhirnya Imanshah selamat sampai ke destinasi.

Bila naik bas ni Imanshah teringat zaman berulang-alik dari kampung ke Minden (USM). Selalunya Imanshah menggunakan perkhidmatan syarikat Naela ataupun Mutiara. Tapi sekarang Naela dah ditutup kerana sering terlibat dengan kemalangan maut. Kalau yang sebaya dengan Imanshah tentu masih ingat tentang syarikat bas Naela yang rasanya memang menduduki carta tertinggi kemalangan maut melibatkan bas ekspress.

Tapi yang menariknya bas dulu ada tandas di belakang. Perasan tak?? Kalau nak cari semula sekarang memang tak ada la. Selalunya juga jika ingin memulakan perjalanan jauh, perkara pertama yang dibuat sewaktu membeli tiket ialah meminta supaya diberikan tempat duduk hadapan atau tengah. Tujuannya?? Tak mahu duduk belakang sebab ada tandas. Yalah, baunya semerbak bro. Kalau masa tu pulak ada penumpang yang sedang menguruskan hajatnya, alamak wanginya sampai ke depan lah. hehe. Rugilah siapa yang tak ada pengalaman naik bas bertandas ni. 

Mungkin waktu tersebut tidak banyak lebuh raya yang ada di Malaysia ni. Zaman sekarang bila dah banyak lebuh raya, banyaklah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan. Senang lah untuk para penumpang menggunakan tandas dan sebagainya. Begitu juga banyak juga restoren yang menjadi tempat persinggahan bas ekspress sekarang. Memudahkan para penumpang untuk berehat serta melepaskan hajat masing-masing. Mungkin sebab itulah tandas tidak disediakan lagi di dalam bas ekspress.



Ekspress mutiara. Tengok betapa cantiknya bas sekarang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, December 26, 2011

PEMANDU BAS EKSPRESS TOLONG JANGAN BERLUMBA

Semalam sewaktu dalam perjalanan ke Kuala lumpur melalui Jalan Merapoh-Kuala Lipis, Imanshah berhadapan dengan satu situasi yang sangat menyakitkan hati. Kebetulan sewaktu melalui jalan tersebut, bas-bas ekspress baru sahaja selesai makan tengah hari di beberapa buah restoren di Sekitar Merapoh. Kerana pertama kali melalui jalan ini, Imanshah tak dapat lagi nak mengagak waktu jalan ini 'sesak' dengan bas ekspress.

Pertamanya beberapa buah syarikat bas terkenal seperti Transnasional, Mutiara, Shamisha, Sani Ekspress begitu banyak di atas jalan. Ramai sungguh warga Kelantan yang menuju ke Kuala Lumpur. Ke duanya Imanshah agak terkejut kerana kebanyakan bas merupakan bas dua tingkat. Tiada lagi bas ekspress satu tingkat. Ke tiganya, Ya Allah lagak pemandu bas ekspress seperti samseng jalanan. Mereka mengekori kereta kita sedekat dan serapat yang boleh. Naik seriau bulu roma. Dah lah hujan begitu lebat. Tambahan pula jalan nya sangat sempit.

Yang Imanshah tak tahan apabila melihat  pemandu-pemandu bas membawa bas begitu laju melebihi had yang dibenarkan di samping memotong sesuka hati walaupun di selekoh. Kalau di lebuh raya Utara Selatan senario begini sudah biasa. Namun di jalan Merapoh-Kuala Lipis yang terkenal dengan kawasan hitam kerana sering melibatkan kemalangan maut pun keadaannya tetap sama.

Mengucap panjang Imanshah. Ya Allah pemandu-pemandu bas ekspress kita sungguh tidak bertanggungjawab.  Nampaknya berita-berita kematian sebelum ini tidak menginsafkan mereka. Walaupun ajal dan maut Allah yang tentukan, namun ingatlah anda sedang membawa puluhan nyawa bersama anda. Semoga pihak berkuasa dapat memantau para pemandu bas ekspress di laluan Merapoh-Kuala Lipis. 


Adakah kita sering terlupa dengan kemalangan sebegini??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

RANKING PMR 2011 MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)


Sebelum ini Imanshah ada mengemaskini ranking PMR SEKOAH BERASRAMA PENUH. Kini, Imanshah kemaskinikan kedudukan ranking PMR Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


1 GEMENCHEH 1.0204

2 PASIR TUMBOH 1.0210
3 KUALA KUBU BHARU 1.0238
4 PEKAN 1.0248
5 PASIR SALAK 1.0313
6 LENGGONG 1.0341
7 TERENDAK 1.0380
8 GERIK 1.0385
9 SERTING 1.0408
10 KUALA KLAWANG 1.0414
11 KUALA TERENGGANU 1.0420
12 MUADZAM SHAH 1.0461
13 BESERI 1.0479
14 TRANSKRIAN 1.0479
15 KUBANG PASU 1.0489
16 BATU PAHAT 1.0490
17 BALIK PULAU 1.0494
18 LANGKAWI 1.0508
19 PENDANG 1.0511
20 PDRM KULIM 1.0533
21 PONTIAN 1.0534
22 MERSING 1.0626
23 KEPALA BATAS 1.0631
24 KOTA KINABALU 1.0658
25 KUANTAN 1.0661
26 KUALA BERANG 1.0691
27 FELDA 1.0708
28 PENGKALAN HULU 1.0748
29 ALOR GAJAH 1.0748
30 KUALA LIPIS 1.0748
31 KUALA KRAI 1.0774
32 MERBOK 1.0811
33 KUCHING 1.0817
34 KOTA PUTRA 1.0833
35 BESUT 1.1066
36 JELI 1.1174
37 TAWAU 1.1252
38 BETONG 1.1263
39 MUAR 1.1563

SUMBER : PENA BERKALA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, December 25, 2011

TANGGUNGJAWAB


Pagi ni  Iman tengah bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Inilah pertama kali dalam hidup Imanshah memandu dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Selalunya dari Ipoh ke Kuala Lumpur sahaja. Seperti biasa, apabila pertama kali, berbagai pertanyaan menerpa,  bagaimana jalannya?? Sempit ke luas ke?? Bengkang bengkok ke?? Sesak ke?? Hehe, bukan apa kalau jalan tak mesra ni kena berhati-hatilah kan.

Sebenarnya Imanshah nak menghantar adik dan pembantu rumahnya pulang ke Kuala Lumpur setelah sebulan bercuti di kampung. Adik Ipar Imanshah 'outstation". Jadi nak tak nak Imanshah lah kena menguruskan,  tambahan adik sedang mengandung anak ke dua. Yalah tanggungjawab abang walaupun adiknya dah bersuami kena lah jaga juga.

Seminggu ni juga telah berlangsung majlis pertunangan adik bongsu. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Sebagai  abang, banyak perkara yang nak difikirkan untuk majlis perkahwinan nanti yang dijadual berlangsung pada bulan Mac nanti. Tambahan pula ayah dah meninggal, sedikit sebanyak tugas sebagai ketua perlahan-lahan Imanshah laksanakan. Yang pasti Imanshah kena jadi wali nanti.

Soal harta keluarga juga hampir selesai. Pada mulanya keadaan agak tegang. Maklumlah harta peninggalan datuk nenek moyang ni susah nak mentadbir ni. Kalau ada dalam kalangan ahli keluarga yang besar tu jenis susah nak berkira, semua harta adalah hartanya payahlah. Nak mengeahkan pun susah sebab nenek moyang dah tak ada. Sudahnya, setelah berkeras, maka hak yang sepatutnya dapat akhirnya dapat semula. Alhamdulillah.

Apapun, selepas ini Imanshah akan kembali ke bandar istimewa Ipoh untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pendidik untuk tahun ke sepuluh. InsyaAllah moga tahun 2012 akan lebih baik dari hari-hari yang lepas. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HARTA


Kalau terkena si getah nangka
Basuhlah tangan di dalam baldi
Kerana harta bermasam muka
Pesan nenda tak siapa peduli

Burung berkicau di tengah laman
Terbang bebas ke sawah padi
Harta dunia hanya pinjaman
Ilmu dan amal itu abadi

Cantik wajahnya Puteri Maya
Duduk bersimpuh tepian Bidara
Usah berebut harta dunia
Kelak putus kasih saudara


Terbang sekawan burung tempua
Hinggap di tepi pohon keladi
Fana dunia kaburkan jiwa
Musnah pekerti hilanglah budi



Kalau pergi ke Tanah Rata
Belikan hamba bunga melati
Harta dunia hiasan semata
Bukan untuk dibawa mati

Tinggi sungguh pohon bidara
Berbuah lebat baiknya benih
Tautkan semula tali saudara
Buangkan keruh ambil yang jernih


Saya izinkan untuk dikongsi bagi pencinta sastera melayu..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, December 24, 2011

SPBA : TARIKH AKHIR TANDATANGAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 JANUARI 2012

Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.

“Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, December 23, 2011

RANKING PMR 2011 SEKOLAH BERASRAMA PENUH


1 SM SAINS HULU SELANGOR (1.0054)


2 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.0139)

3 SM SAINS TELUK INTAN (1.0191)

4 KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.0196)

5 SM SAINS KUALA SELANGOR (1.02)

6 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.0203)

7 SM SAINS JOHOR (1.0233)

8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)

9 SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)

10 SM SAINS SELANGOR (1.0263)

11 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)

12 SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)

13 SEKOLAH SERI PUTERI (1.0279)

14 SM SAINS POKOK SENA (1.0279)

15 SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)

16 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327)

17 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)

18 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)

19 SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)

20 SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)

21 SM SAINS MACHANG (1.0411)

22 SM SAINS MIRI (1.0427)

23 SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)

24 SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)

25 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)

26 SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)

27 SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.0627)

28 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.0678)

29 SM SAINS KOTA TINGGI  (1.07)

30 SBP INTEGRASI SELANDAR (1.0724)

31 SM SAINS REMBAU (1.0727)

32 SM SAINS KEPALA BATAS (1.0746)

33 SM SAINS LAHAD DATU (1.0759)

34 SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.0761)

35 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.0817)

36 SM SAINS LABUAN (1.0829)

37 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.0893)

38 SBP INTEGRASI JEMPOL (1.0939)

39 SM SAINS KUBANG PASU (1.096)

40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.1007)

41 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.1014)

42 SBP INTEGRASI RAWANG (1.1084)

43 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.113)

44 SM SAINS KUCHING (1.1258)

45 SM SAINS SABAH (1.1282)

46 SBP INTEGRASI BATU RAKIT (1.1447)

47 SBP INTEGRASI GOPENG (1.1464)

48 SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.149)

49 SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.1518)

50 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.155)

51 SBP INTEGRASI KUANTAN (1.1824)

52 SM SAINS DUNGUN (1.1952)



* Dalam kurungan ialah Gred Purata Sekolah (GPS)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEPUTUSAN PMR 2011 STAR, IPOH


Semalam 22 Disember 2011 telah diumumkan keputusan PMR 2011. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh mempertaruhkan seramai 114 orang calon pada tahun ini. Daripada seramai 114 orang calon, seramai 96 pelajar berjaya memperoleh  keputusan semua A dalam 8 matapelajaran yang diambil. Peratusan semua A meningkat daripada 83.81 peratus pada tahun 2010 kepada 84.21 peratus pada tahun ini. Manakala Gred Purata Sekolah ialah 1.0241.

Di peringkat negeri Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke -2 di belakang Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Manakala di peringkat Sekolah Berasrama Penuh, STAR berada pada ranking ke-7 (setakat 22/12/2012). Dua matapelajaran iaitu Sains dan Kemahiran Hidup mencatatkan keputusan 100 peratus A.


Blog Hok Sengoti mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah buat semua pelajar, guru-guru, pentadbir, alumni, PIBG serta ibu bapa yang telah bertungkus lumus memastikan STAR dalam kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan PMR 2011.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, December 22, 2011

HATI-HATI KHATANKAN ANAK ANDA TAKUT DOKTOR SILAP POTONG

Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.
Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.
“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.
“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.
Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.
SUMBER : MYNEWSHUB

Kata Imanshah : Para ibu bapa diminta berhati-hati memilih doktor yang bertauliah untuk mengkhatankan anak-anak anda. Takut menyesal seumur hidup !!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

EIZLAN YUSOF, AC MIZAL KINI BERGELAR DATUK


Pengacara televisyen Datuk Mizal Zaini atau AC Mizal (kiri) bersama kawanya Datuk Idris Md Yusof atau Eizlan Yusof menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk. Ia disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Khamis. - Foto: Bernama

Tahniah buat ke dua-duannya. Senang betul dapat datuk sekarang. Rezeki mereka. Dengki lah tu Imanshah. Nak datuk juga ke?? Tunggu kau dapat cucu.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS


1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.



Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah



1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.



PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.

Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.



BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).

Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.



Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.



هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

petikan : SUMBER



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

CUACANYA BEWARNA -WARNI


Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Buat anak-anak di STAR, Ipoh, semoga ada berita gembira untuk kalian esok. Semoga kejayaan milik bersama !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, December 21, 2011

WANG KERTAS RM 20 AKAN DIKELUARKAN SEMULA




Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan.

Nampaknya mulai tahun hadapan, note RM 20 akan dikeluarkan semula. Kalau masih ingat sebelum ini note RM 20 Malaysia dah ditarik balik.


Ini note RM 20 zaman saya sekolah dulu.

Tak sabar rasanya nak menggunakan semula note Rm 20. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget