WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 30, 2012

AHAD PUN KOJE

Selamat memulakan persekolahan buat semua gugu-guru dan pelajar di seluruh negara yang bercuti panjang selama seminggu. Cuti-cuti juga, sekolah ganti menunggu tu. Dan semoga kedatangan minggu baru ini memberi semangat dan kesungguhan buat semua untuk melakukan yang terbaik. Nak mengajar terbaik, nak belajar juga dengan cara yang paling baik.

Sebenarnya kami guru-guru di Sekolah Bintang sudahpun memulakan "tugasan' kami lebih awal semalam. Kata orang Perak, Ahad pun koja. Cuti umum pun kadang-kadang koja. Minggu lepas sewaktu cuti tahun baru cina pun kami diminta koja yop. Udah-udah jangan dok hentam sapa-sapa kat sini. Nak hentam ketua ke, nak hentam sapa-sapa lah. Kamu buat je yop.

Pagi semalam ada Program Jaya Waris, iaitu satu program pertemuan pihak pentadbir, PIBG dan bu bapa bersama-sama anak-anak bagi membincangkan program-program peningkatan akademik  para pelajar.


Kelihatan para ibu-bapa dan guru-guru sedang berbincang tentang prestasi pelajaran anak-anak. Program diadakan awal bagi memberikan mood dan momentum terbaik para pelajar SPM dan PMR bagi menghadapi dua peperiksaan awam pada penghujung tahun 2012.

Pada sebelah petangnya maraton diteruskan. Hehe jangan marah ye orang atas. Kami panggil marathon jelah sebab belum sempat bernafas, dan disambung pula dengan Mesyuarat Agung PIBG. Sebagai ahli persatuan, kenalah datang yop. Mana mahunya melepak kat rumah. 


Mesyuarat PIBG sedang berlangsung. Inilah forum bagi membincangkan masalah anak-anak . Tapi kadang-kadang kalau pengerusi gagal memainkan peranan dengan baik sewaktu mempengerusikan mesyuarat, kemungkinan kecoh juga. Orang-orang kat depan kena cool, dan tenang. Yalah ibu bapa ni macam-macam ragam yop. Ada yang panas baran, yang emosi, yang kaki hantam dan paling ramai tukang angguk je lah. Semua ada.  Apapun mesyuarat berlangsung dengan baik. Mungkin beberapa isu timbul, namun dapat diselesaikan dengan baik. Apapun, kami pulang ke rumah pada jam 5.30 petang. Tu dah kira overtime kan ??
Jangan marah !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Deru Ombak said...

Selamat pagi Cikgu..
Selamat menjalankan tugas sebagai pendidik yang cemerlang dan terbilang..
Saya pun dah siap2 nak bagi kucing makan satgi... :)

aku budak klang said...

hahaha Cikgu...akak pun baru je g MEsyuarat PIBG kat SKRP Klang...jasa cikgu mmg tak dpt dibalas....Jutawan akhirat kan

Kakzakie said...

Sebab itulah cikgu sekolah dan tempat menimba ilmu adalah taman-taman syurga. Tempat mudah mendapat ganjaran pahala...

L said...

waw yop cegu uupernyer.. huhu

jom hayati..=)
lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

Eyeme said...

selamat tengahari cikgu..kagum dgn cikgu2..hihi..tanggapan masyarakat yg sepatutnya dibetulkan bila ckp cikgu tak kena keje sabtu atau ahad dan jugak time cuti sekolah kan :D

Fuz said...

benda-benda macam ni kena ada pengerusi yg cool dan tegas. Paksu aku jadi pengerusi kuaters guru dekat cheras ni. Kalau tak tegas, macam-macam karenahnya.

Kalamhati said...

bukti cikgu bekerja tak kira masa tanpa byran obertaim!huhu..

cheqna said...

kalau dah namanya keje..memang gitulah ghupenye...=)

mie said...

rajin sungguh cikgu2 zaman sekarang..
eehehheee

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu,

Wahh, ingatkan saya je yang tak tau hari minggu, hari cuti, memanjang kerja...cikgu pun macam tu juga yee, syabas ...jasa guru memang tiada tandingannya..

NzA said...

itulh cikgu..koje tnpa brkira masa n tenaga......

Norsalmi said...

Rupa-rupanya ramai cikgu yang bekerja cuti baru2 ni.. Inilah hakikat dalam kerjaya kita sekarang.. Tahniah buat rakan2 guru..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget