WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, January 17, 2012

BATU BELAH BATU KONKRIT

Imanshah tertarik dengan satu lirik lagu bertajuk BATU BELAH BATU KONKRIT (BONDA) yang menampilkan Monoloque dan Azlina Aziz. Penuh bermakna setiap bait lirik lagu jika dihayati. Tidak hanya bercerita tentang CINTA, CINTA dan CINTA yang tak berkesudahan. Cuba hayati.



Wahai anakanda ku sayang

Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

oh lagu ni dah dengar pon 2 minggu lepas. dengar tajuk pon dah menarik perhatian

Afida Anuar said...

tak pernah dengar pulak lagu ni..jap nak streaming...:)

IntaNBerliaN said...

xpnh dgt pulak lagu ni sblm ni..

hafiz hafizol said...

cite batu belah batu bertangkup pernah r tengok.. hak3

cheqna said...

loq ni memang kreatif bab2 buat lagu

azwa amani said...

mendalam maksudnya tuu

Rtp Farra Arisha said...

tinggi bahasanya, tinggi juga pengertiannya! :) akan cuba selami apa yang dikatakan :) will play on this faster!

Zul Fattah said...

seyes.. x pernah dngar pun lagu ni.. nak kena cari ni.. tapi lirik dia mendalam r.. sape yg lupa daratan memang trasa r

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget