WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 5, 2012

BERDEBAR MASUK KELAS MACAM NAK JUMPA KEKASIH

Dua hari yang sangat letih, itulah kesimpulan dari dua hari pertama persekolahan. Semalam, para pelajar baru tingkatan satu mula mendaftarkan diri di Sekolah Bintang. Seperti biasa hari yang sangat sibuk kerana Imanshah merupakan pengurus koperasi. Masa nilah nak menjual buku tulis, keperluan asrama, baju, seluar dan sebagainya. Dan untuk dua hari pertama jualan mencecah RM30 k. Wah kayalah kalau bisnes sendiri.

Semalam juga bermula sesi latihan yang pertama untuk pasukan hoki sekolah. Alhamdulillah semua bersemangat. Dan hari inibaru berkesempatan untuk Imanshah masuk ke kelas dan memulakan sesi P & P. Walaupun sudah tahun ke sepuluh, namun masih lagi berdebar-debar untuk memulakan kelas yang pertama. Haish, macam nak jumpa kekasih le pulak. Cikgu-cikgu lain macam Imanshah juga ke?

Bermula sesi persekolahan bermakna masa yang ada untuk berblog juga semakin kurang. Apapun, terima kasih kerana sentiasa mengunjungi Hok Sengoti. Nipun kemaskini entri selepas solat subuh. Nanti kita bercerita lagi ya. Salam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

MAT SOM said...

Murid dah besar2 mestilah berdebar2, macam saya ni kurang sikit, sebab budak2 tu kecik lagi.

Selamat bertugas semula

Afida Anuar said...

amboi2...jumpa kekasih berdebar2 eh?;)

jumpa student kali pertama lagu tu, memang la berdebar kot... klu saya pulak, nak jumpa team mate baru tuk projek baru. Memang berdebar lah!

kakcik said...

Macam orang yang nak bernikah untuk kesekian kali, pasti ada rasa berdebar2 juga agaknya ya? :)

abah khalisha said...

Lain macam plak debaran dia ye

cheqna said...

jumpa kekkasih???
lalalalalala

Papa PUSS said...

salam

selamat berkhidmat semula hehe..;)

tunz said...

selamat bertugas !!

Kakzakie said...

Selamat kembali bertugas cikgu...

Berblog kian kurang sebab tahun baru ramai yg sibuk...

Muhammad Adam bin Roslan said...

form 1 da masuk? awalnye?

Azham Vosovic said...

da 10 tahun....cepatnya masa berlalu kan? tahniah cikgu2....cepat2 kawen hehehehe

Gen2Merah said...

selamat bertgas cikgu.. alhamdulillah ,amsuk hari kedua mengajar, segalanya berjalan dgn lancarnya...

azwa amani said...

selamat bertugas cikgu..

ISZA said...

akak seperti setiap tahun..
steady je..
:D

Dinas Aldi said...

Akak berdebar jugak tapi sikit aje. Kalau jumpa kekasih lagi dahsyat debarnya kot. Nasib baik akak takda kekasih, hehe.

mekjangok said...

camaner nih?? masuk class dah nak pengsan..tu blom lagi jumpa mak mentua..hahahaha

siti murni said...

Sibuk di kelas..lepas tu sibuk di koperasi pulak kan..haih...mesti meletihkan...

apa2 pun harap ia tak mematahkan semangat anda...:D

chaiyook cikgu imanshah...hehe

sonata anak kancil said...

selamat bertugas cikgu...

capt. keon alhan said...

selamat bertugas che gu...

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi

dah sampai hadiah tadi

zarazueyin said...

a ah...saya pun sama
berdebar rasa nk jumpa murid2 baru
dua hari ni sgt2 letih

Rtp Farra Arisha said...

happy nu year and happy working.

reza al-razi said...

brdebar2 nk jumpa freshie baru perempuan.. hehe..

IMANSHAH said...

@reza al-razi

huk aloh, sekolah kami lelaki semua

ummiross said...

hehe berdebar lagi ke, berdebar ada, seronok pun ada kan. Selamat menjalankan tugas..

ROZILA said...

Salam Imanshsh,

N3 yang suspense......aje

adrenalina said...

itu yg seronoknya pada hari pertama sekolah!hahaha...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget