WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, January 31, 2012

BERMULA GARANG

Hari pertama Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara menyaksikan pertemuan kumpulan C anatara STAR menentang SMK Bercham. Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 4.20 petang semalam, STAR seperti diduga menang mudah apabila menewaskan Bercham 5-0. 



Gol-gol STAR dijaringkan oleh Faris Habeha (2 gol), manakala masing-masing 1 gol oleh Nur Alham, Iqbal Ramlan dan Zahran Syahmi. Secara keseluruhannya, STAR berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan. Manakala sesekali Bercham melakukan serangan, namun benteng yang diketuai oleh Rusydi berjaya dikawal dan dipatahkan dengan mudah.

Namun, sesuatu yang patut diberi perhatian yang serius apabila STAR berjaya memperoleh sebanyak SEPULUH pukulan sudut penalti, namun hanya dua sahaja gol berjaya dijaringkana melalui PC. Begitu juga penyudah yang tidak berkesan oleh para penyerang apabila hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Petang ini, STAR akan bertemu dengan SMK Tambun pada jam 3.30 petang. Semoga STAR berjaya menyerap tekanan dan menjuarai kumpulan C.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

cheqna said...

semoga berjaya

aracahayacinta said...

nice stetmen..sudah diduga menang mudah..
keyakinan yang amat diperlukan,,huhu..

IMANSHAH said...

@aracahayacinta

tapi budak2 ni takleh berleka2 sangat..huhu

adol ihsan said...

Salam, cikgu ..

Huhu.. tahniah la STAR , terbaik !! :)

IMANSHAH said...

@adol ihsan

ade kamu..ingat dah pencen berblog

Deru Ombak said...

Cikgu boleh jadi pengulas sukan. Padat terperinci..baca pun sedap jek..

Spudin said...

cool ..

aku budak klang said...

alamak rindunya nak main hoki lagi...

Azham Vosovic said...

Good luck cikgu!

Bacalah entry terbaharu saya pasal Kelantan hehehehe

c'axoera ヅ said...

dulu salu folo team RMC :D

klcitizen cikgunormah said...

saya pun beraksi garang hari ini, walau bukan bermain hoki :)

Kalamhati said...

tahniah!hope lebih gemilang thn ni

Cikgu Ma said...

memang sesuai jd cikgu sukan...saya???takat main zero point boleh la..hehe

Yatie Awang said...

go go..semoga berjaya

teringat zaman sekolah, akak pun main hoki juga

tunz said...

tahniah.teruskan kejayaan hingga muncul juara!!!

♥ manje ♥ said...

moga lebih cemerlang bila mengambil pukulan penalti dan lebih banyak gol... :D ~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget