WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 22, 2012

BIBIR SEKSI


Sejak akhir-akhir ni Imanshah mengalami masalah pecah-pecah bibir. Bibir menjadi kering, lesu dan tak bermaya. Wah, macam artis pula kan. Tapi bibir masih merah ye kerana menyahut seruan "tak nak merokok'.

Mungkin faktor cuaca dan kurang meminum air suam menjadikan bibir semakin kering. Lantas seorang rakan mengesyorkan Imanshah untuk menggunakan PLANTA.

PLANTA?? Yelah majerin planta yang mak-mak kita buat kek tu. Sebelum ini Imanshah dok perabis duit beli 'lip balm'. Kadang-kadang terbeli yang warna pink, dengan bibir-bibir jadi pink you. Tapi tak menyelesaikan masalah juga. Bibir kembali kering jika tidak menggunakannya.

Alhamdulillah dengan PLANTA, hasilnya cukup memberangsangkan. Baru dua minggu Imanshah menggunakannya. Bibir lebih lembap, tidak lagi pecah dan yang penting seksi you. Imanshah gunakannya sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Jangan risau walau pun sebelum tidur, semut tak gigit walau itu adalah PLANTA. 

Jadi, kepada yang memiliki masalah bibir kering dan pecah, jangan malu-malu untuk mencuba. Senang, murah dan cepat !


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Mat Som said...

Saya baru saja baik dpr kena penyakit itu.

Memang menyiksakan, lepas ni kalau kena lagi akan gunakan marjerin spt yg Cikgu sarankan.

Awie Omar said...

kalau ada ulser dalam mulut guna Bonjela. Kalau taknak bibir kering guna Vaseline. Cari kat farmasi.
Nak menjemput singgah ke sini sebentar
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-penjenayah-terkemuka-malaysia.html
Terima kasih :)

insan_marhaen said...

jika pecah tepi pipi di dalam mulut juga boleh guna planta.

orang kata la, IM tak pernah cuba lagi!

Awan Biru said...

Tapi, jika guna marjerin, bukan menyebabkan bibir menjadi gelapkah?

Awan dulu masa sekolah sapu dengan madu asli.

cheqna said...

cheqna wehi sapu ngan vaseline..

Yatie Awang said...

awwww...seksinya hahahha...petua tu.

Umar Kadir said...

Yg penting boleh dimakan. Eh!

Norsalmi said...

Akak pun amalkan petua yang sama. Berkesan..

Zul Fattah said...

erk.. x pernah cuba.. huhu

gadisBunga said...

kalau taruk planta nanti lipstick tak tahan lama. heheh~

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah, bibir cikgu iman ala2 angelina jolie gitu, hehehe...

tq share petua ni...

ISZA said...

oo.. x tau pun leh guna marjerin...
selalu guna madu je..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget