WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 16, 2012

DOKTOR, KENAPA LAMBAT??


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.


"Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni..?Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?"


Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.Dan sekarang, saya harap anda bertenang.Jadi, saya dapat buat kerja saya."

"Bertenang kamu kata?!Kalau anak kamu berada dalam bilik tu seakrang ni, bolehkah kamu bertenang? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat? kata si ayah dgn marah.

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tidak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak tuan."

"Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tersebut mengambil masa beberapa jam.Tidak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira..

"Alhamdulillah, anak tuan selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "Kalau tuan ada sebarang soalan, tuan boleh tanya jururawat!"

"Kenapa doktor tu sombong sangat? Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?"komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya, "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik.Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is and what they're going through...

 SUMBER : FACEBOOK




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

cheqna said...

sangat setuju

Kalamhati said...

huhu speechless..sedih dan kagum

zarazueyin said...

terharu baca ni (-_-)

@xiiinam said...

Jangan fikir masalah kita saja...masalah orang lain mungkin labih berat dari kita...

Dinas Aldi said...

Kesian doktor tu..

miss no right said...

betol. jgn suke2 judge org :)

gadisBunga said...

sedih..... :(

MAT SOM said...

Nak marah org kena fikir DULU 10 X

Nur-nba said...

Pernah membaca artikel ni.. Memang sedih.. Jangan cepat menilai seseorang jika kita belum mengenalinya.

Afida Anuar said...

pagi tadi kisah kucing..dh mengalir ayaq mata.

Malam ni kisah doktor pula... hampir nak mengalir juga.. Allah..

ps: Shah, hawat sedih sangat entry2 hari ni?

Mama Syamil a.k.a Miza said...

Sangat setuju dengan artikel ni. Kebanyakan kita hanya pandai mengkritik tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya.

~boy_Mr.K~ said...

terharu baca entry nih..

semoga aku menjadi seperti Doktor tu.. Tabah dan senyum dalam kesedihan.

klcitizen cikgunormah said...

menyedarkan diri saya... terima kasih :)

Azham Vosovic said...

ala...sedihnya cerita ni...tapi menarik...

Ahmad Haziq Azlan said...

doktor kerjaya mulia

tunz said...

pengajaran kpd kita semua..jgn cepat melatah

insan_marhaen said...

tersentuh hati membaca. tak terfikir endingnya begitu..

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

murni hati doc tu....

adrenalina said...

kesiannya kat doktor itu... ambil pengajaran utk tidak marah sesuka hati ...kita pun xsuka kan kalau orang marah kita membuta tuli

Hairun Azmi Hashim said...

Terharu...

kasihibu said...

ragam manusia kan?
hari hari akak menemui melayan ragam manusia bila berada di bahagian depan ni

NzA said...

sedihnya..brkorban utk org lain w.pn trkdg diri sndiri menjadi korban...

azwa amani said...

amani pernah alami keadaan yg lebih kurg macam ni.. memang sagt sedih dn tuhan je tahu... biarlah org tidak mengetahui apa yg sedang kita alami ketika itu..

hafiz hafizol said...

er.. sgguh mulia hati seorang doktor.. T___T

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget