WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 2, 2012

GENDANG SUDAH DIPALU


Esok, 3 Januari 2012, gendang persekolahan 2012 mula bergema. Guru-guru akan mula berkampung di sekolah bagi menyambut ketibaan para pelajar lama (tingkatan 2, 3,4 dan 5) yang akan mendaftar semula. Rutin setiap tahun begitulah. Selagi bergelar guru, benda sama akn dihadapi di sekolah berasrama penuh. Apapun menyambut fajar menyingsing 2012, Imanshah berharap, berdoa dan berusaha untuk mencapai beberapa perkara.

1) Imanshah berharap dapat mendidik anak bangsa seagama dengan Imanshah ini menjadi anak-anak yang soleh. Yang tahu membahagiakan ibu bapa dengan akhlak dan jati diri Islam yang unggul.

2) Berharap agar pencapaian cemerlang dalam subjek Imanshah terutamanya peperiksaan SPM nanti. kalau boleh seratus peratus A+.

3) Pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR akan berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Perdana Menteri (PPM) bagi tahun 2012.

4) Menjuarai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh tahun 2012.

5) Bekerja keras bagi meningkatkan keuntungan bersih koperasi sekolah di mana Imanshah sebagai pengurusnya.

6) Memastikan rumah merah mengekalkan kejuaraaan dalam pertandingan antara rumah.

Antara secebis harapan yang disandarkan dalam kerjaya Imanshah tahun ini. Moga semuanya akan enjadi kenyataan InsyaAllah. Doakan ya. Assalamualaikum.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

gadisBunga said...

insyaAllah segala harapan akan jadi kenyataan. good luck!

Ahmad Haziq Azlan said...

moga dapat anugerah guru terbaik
hehehe

IMANSHAH said...

@gadisBunga

InsyaAllah..itulah yg diharapkan

budakmengong said...

insyaallah akn tcpai.tp smgt kne kuat

Pn Kartini said...

aKAK kena buat latihan vokal nii..as persediaan utk mengajar!!:P

Anyway..MOga 2012 menjadikan kita lebih bersemangat mendidik anak2 didik...InsyaAllah..
:)
Good Luck Ya!

Afida Anuar said...

eh...bukan ada satu lagi harapan yang tertinggal tu....

PS: semoga sukses sokmo dalam kerjaya! Aminn, insyaAllah..

Lelaki Ini said...

insyaALLAH moga tercapai!

^^nu[dd]yra^^ said...

selamat mengajar ;) semangat btol cikgu sorg nih !

hafiz hafizol said...

Gudluck cekgu Iman... XD

@xiiinam said...

Ya lah...esok ckLah akan jadi tetamu cikgu-cikgu yang berkampung di SABDA!

IMANSHAH said...

@@xiiinam

Dah nak hantar anak teruna ye..cepatnya dah nak masuk tingkat tiga

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu Iman Shah,

Insya Allah, niat yang baik itu pasti akan berjaya. Ramai rakan2 yang mendoakan kejayaan Cikgu.

Nizam Ijam said...

goodluck.. :)

siti murni said...

Imanshah cikgu koperasi rupanya...:D

mudah-mudahan semua azam dan resolusi anda tercapai..insyaallah.

Rozuan Ismail said...

semoga jadi cikgu STAR yg terbaik ok

Citarasa Rinduan said...

insyallah..
pasti berkat doa dan usaha gigih cikgu dan anak2 murid akan berjaya

cikgu,
esok ada pekara penting utk saya dan suami, jua tarikh y sama..
moga sama2 dipermudahkan urusan kita.amin

tunz said...

insyaallah.berkat usaha kuat imanshah pasti berjaya...

aimie amalina said...

chayok2 cikgu!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget