WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 27, 2012

KAWAN CAKAP, IMANSHAH CAKAP DAN IBU CAKAP

Imanshah bukan selalu pun memanjakan diri dengan membeli gajet-gajet mewah. Sekadar yang termampu, maklumlah ukur baju di badan sendiri. Tapi di tahun 2012 ni memang Imanshah ada terdetik untuk memiliki dua gadjet yang menjadi sebutan hari ini.


Kawan cakap "Beli lah satu Iman, bagus ni. Tak payah kau nak usung laptop kau ke sana ke mari. Kalau kau nak buat latihan hoki, kau bawa ni je ke padang. Kau tunjuklah cara-cara dan teknik tertentu yang kau ambil dalam internet untuk ditunjukkan kepada pemain-pemain kau !!"

Imanshah cakap, " Aku takut membazir je kawan. Takut tak guna. Lagipun laptop dah ada."

Dalam hati : Nanti lah aku ada duit aku beli. Kau ingat kau je mampu??


Kawan cakap, " Puas lah aku tengok bola sepak melalui LCD ni. Bulu hidung Messi pun jelas nampak. Baik kau angkat satu, kepuasan beb"

Imanshah cakap, "Aku bukan apa, bukan tak mampu. Tapi aku mana ada masa sangat nak tengok TV ni bang. Hampir 18 jam aku di sekolah, di padang kan. Belipun tak ada orang tengok buat apa?"

Dalam hati : Erm, semua orang dah ada LCD TV. Si Mail, Si Harun. Takpa, dapat bonus nanti aku beli lah. Lebih besar dari kamu semua.


Kawan cakap, "Eh Iman, cuti ni kami nak ke Ho Chi Min. Amacam, nak ikut tak. Tak mahal dalam RM 1700 je. Alah setakat Ho Chi Min je, jom la"

Imanshah cakap " Erm, tahun sudah dah ke luar negara, tahun ni nak simpan duit la nak kahwin."

Dalam hati : Erm rugi ni, aku belum pernah sampai lagi Vietnam. Esok aku nak bagitahu lah, aku nak ikut..."

Ini antara beberapa dialog Imanshah (cerita benar) tentang keinginan untuk memiliki gajet dan melancong ke luar negara. Namun, semalam,

Ibu cakap, "Kerusi makan kita ni dah patah la. Meja makan dah rasa kecil benar. Ahli keluarga dah meningkat, cucu mak saja ada 17 orang, anak ada tujuh tak masuk menantu lagi.."

Makanya, InsyaAllah, permintaan ibu lebih utama dari segala-galanya. Lupakanlah yang lain. InsyaAllah, akan anakanda makbulkan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

kakcik said...

Bahagiakan hati ibumu, InsyaAllah ada ganjaran buatmu dari DIA yang memerhati. :)

cheqna said...

bila kita penuhi kehendak ibu terasa sangat kepuasan tu...betul...=)

Kakzakie said...

Syabas cikgu. Kakak rasa beli kerusi utk ibu lebih baik kerana gadje yg dua masih ada yg sama juga beza teknolgi. Gunalah apa yg ada. Simpan duit banyak-banyak... Kelak dah kawin nak berbulan madu ke mana pun duit dah ada... sebut je mana nak pergi..

akuzle ayu said...

akak sebagai ibu juga guru berdoa yg terbaik utk awk...amin3!!

Pencacai Alim said...

beli LCD Tv yg kna tarik kat mammoth je..murah..

p/s:aku ziarah ko sbb lama tak lepak sni..

IMANSHAH said...

@Pencacai Alim

ada murah ke??

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

pilihan tepat
Syurga di bawah telapak kaki ibu

ckLah @xiiinam said...

Baiknya anak Kak Ramlah ni.....

IMANSHAH said...

@ckLah @xiiinam

org yg nama ramlah ke, anak ramlah ke memang baik

hani@debumelukut said...

Alahai anak mak...sejuk hati baca N3 ni..kalau lah semua ibu ada anak macam ni..Syabas, kekalkan begitu..

ziraziz said...

:) moga semua ank2 zmn skrg mncontohi cikgu..

Aisumi Chan Kawa'i said...

keutamaan keluarga yang didahulukan ;) utk diri sendiri insyaallah kalao ada rezeki ada la nanti..

sue-ab said...

cikgu..gejet2 tu sume buat riang ati kejap je..tindakan beli meja tu lagi baik..hehheheh

gadisBunga said...

amboih. dgr ada LCD yg murah terus dia tanya! hahaha!!!

LIPISLADY said...

Assalamualaikum Imanshah,

Alhamdulillah, imanshah dah membuat satu keputusan yang baik, yang lain2 tu pasti akan menyusul nanti insya Allah.

Cikgu Ma said...

alhamdulillah..taat pada ibu..

Azham Vosovic said...

Anak yang baik....

Alhamdulillah, bro ni memahami lah hehehehe

sahromnasrudin said...

alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandungkan tuan..syabas penuhi keperluan ibu

EruzuLiyana said...

alhamdulillah, anak yang baik, insyallah, syurga menanti :)

IMANSHAH said...

@gadisBunga

mana tau kan buleh dapat 300 ke..ecececeh

ISZA said...

betul3..
penuhi hajat ibu insyaallah hajat kita juga akan terlaksana suatu hari nanti..

shera haifa said...

gunakan duit tu untuk ibu dahulu.. Insyallah bertambah rezeki..

cikguNae said...

beli apa yang ibu perlukan

bagi saya, dahulukan duit untuk beli rumah... gadjet2 tu nantilah...

ariff haikal said...

cee kawin, saye rasa lagi sejuk hati mak cikgu dari dapat meja baru.hehe

h A n Y S said...

dulukan mana yang cikgu rasa lebih penting dan bermakna.. =)

Nur-nba said...

Bertuah ibu Cikgu Imanshah..

Mudah-mudahan semua hajat cikgu yg lain akan tertunai.. Insya-Allah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget