WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 4, 2012

KEPUTUSAN PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH PADA 21 JANUARI 2012

 Keputusan pelajar yang berjaya masuk ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2012 akan diketahui pada 21 Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagi kes rayuan masuk ke Tingkatan Satu SBP pula akan dimaklumkan pada 16 Februari 2012.
“Pengambilan pelajar SBP sesi 2012 ialah seramai 7,380 orang untuk Tingkatan Satu dan 5,500 untuk Tingkatan Empat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.
Mengulas lanjut,  Mohd. Puad berkata, terdapat 63 SBP ketikan ini dan sembilan daripadanya merupakan sekolah premier.
Katanya, sebanyak 40 SBP lagi adalah sekolah menengah sains, 12 sekolah berasrama penuh integrasi dan dua sekolah menengah agama persekutuan.
Tambah berliau, sebuah lagi SBP akan dibuka di Bentong, Pahang pada Mei ini.
Pada 24 Disember lalu media melaporkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak 2,214 daripada 7,400 tempat di SBP untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada keluarga miskin dan luar bandar yang berdaftar dengan program e-Kasih.
Daripada jumlah tersebut seramai 360 pelajar mendapat keputusan 3A, 660 pula memperolehi 4A dan bakinya memperolehi 5A.
Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira cabaran pelajar msikin dari segi tekanan kehidupan dan kekurangan kemudahan untuk belajar. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

abah khalisha said...

Selamat kembali ke sekolah adik-adik..cikgu pun sama..hehehe

:Cikgu Akim: said...

semoga pelajar yg dapat tawaran SBP akan gunakan peluang dan kemudahan yg ada sebaik mungkin..

Nizam Ijam said...

selamat bersekolah..hehe

Afida Anuar said...

anak sepupu saya ada apply, dapat ke..idak ke..moga2 yang terbaik.. untuk dia, untuk semua..

siti murni said...

kalau time macam ni dulu2...memang dup dap dup dap..tak tau dapat ke tidak...

akhirnya..saya frust..tak dapat tawaran SBP...sedih..:( tapi good luck la untuk semua nya...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget