WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 25, 2012

KITALAH GURU, BAPA DAN SAHABAT

Beberapa minggu yang sudah Imanshah pernah menulis entri ini. IMANSHAH COVER MASKULIN?. Alah entri pasal perasan masuk majalah tu. Semalam Imanshah berjaya mendapatkan majalah tersebut di pasaran setelah menerima beberapa ucapan tahniah daripada bekas pelajar di FB.


Terima kasih atas ucapan tahniah serta ingatan semua. Tidak terniat pun nak menunjuk-nunjuk apa yang selama ini "ditanam" dalam bendang bernama pendidikan ini. Tak terlintas sekalipun untuk ditemuramah persis artis tersohor yang saban hari menghiasi dada akhbar arus perdana, jua persisi tokoh politik yang bijak meraih populariti saban hari melalui petah bicara mereka.


Sekadar perkongsian pengalaman yang sangat cetek lagi tohor dalam bidang yang saya cintai ini kepada semua. Kerana pastinya pengalaman itulah merupakan guru terbaik untuk mendepani hari-hari muka. Dan moga sedikit perkongsian saya di dalamnya untuk tatapan para pendidik di luar sana betapa sebagai guru kita adalah pewaris para anbiya', berilah yang terbaik buat anak bangsa kita yang saban hari begitu hebat diduga dengan pelbagai tarikan dan godaan dunia.


Alah, Cikgu Imanshah tu bukan masuk TV ke, masuk UTUSAN ke kan. Masuk majalah akademik je, FOKUS SPM. Alhamdulillah, terima seadanya. Sekali lagi, entri ini hanyalah entri untuk kenangan saya di masa tua mungkin. Juga sebagai inspirasi dan motivasi untuk saya melangkah dengan lebih yakin dan gagah di bidang yang saya sayangi ini. Semoga Allah memberkati.

p/s : Terima kasih kepada majalah FOKUS SPM, terbitan kumpulan Karangkraf.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

tunz said...

tahniah & semoga terus diberkatiNYA

IMANSHAH said...

@tunz

terima kasih Mama

LIPISLADY said...

Sallam cikgu imanshah,

Tahniah kerana berjaya menarik perhatian majalah Fokus SPM, apabila kita berjasa, orang pasti nampak dan pasti akan dihargai.

Mat Som said...

Tahniah Imanshah
Semoga menjadi pemangkin kepada semua yang bernama guru, di bumi Malaysia ini agar terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Gen2Merah said...

wah alhamdulillah.. sebuah penghargaan tu kan utk diri sendri.. asalkan kita ikhlas utk mendidik, hasilnya pasti akan d berkati... teruskan usaha cikgu

che mid said...

Salam, beli lagi majalah tu banyak-banyak dan simpan untuk tatapan anak cucu nanti..pemangkin semangat tuuu..

Panglima Muda said...

salam cikgu

adrenalina said...

wah Tahniah2x...ni boleh jadi motivasi buat semua guru2 di luar sana...ye lah dlm dunia perguruan ni pun byk dugaan2 yg boleh menjatuhkan semangat seorang guru

Areef Ibn Naim said...

tahniah, u deserve it :)

Spudin said...

congrats :D

@xiiinam said...

Cikgu Shahnun tu siapa?






Ooooooooo, Shahnun nama dia.....hehe!

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...harus berbangga jadi seorang pendidik

♥ manje ♥ said...

tahniah cikgu... moga lebih cemerlang dan bersemangat lepas ni ya... ~

IMANSHAH said...

@@xiiinam

buat2 xtahu lak dia..amboi

Kakcik Nur said...

TAHNIAH. Semoga terus menjadi pendidik yang kental jiwanya. :)

insan_marhaen said...

tahniah. hebatnya perkataan maskulin tu!

Original CikTeddy said...

wah..tahniah =)

Norsalmi said...

Salam Imanshah,
Tahniah.. Moga dapat menaikkan semangat guru2 terutama yang masih baru untuk terus menabur bakti dlm bidang yg amat mencabar ini

Azham Vosovic said...

Tahniah bro!

lepas ni kalau ada pelajar yg dpt keputusan cemerlang...tak mustahil bro masuk TV hehehehe

HeNRieTTa JoSe said...

Tahniah cikgu....

Firdaus® said...

chayok2 semoga dapat buat yg terbaik ye~

Dinas Aldi said...

Huih, dik Iman masuk majalah! Fewit!

azwa amani said...

x kisah org cakap ape, janji Allah redha.. wah. tahniah2. nanti amani cari majalah fokus SPM, walaupun SPM dalah bertahun2 ku tinggalkan. huhu

Uthman Ag said...

tahniah cgu. xkn lupa jasa pengorbanan cgu.

Admin Unit Sejarah said...

salam imanshah, ada tak teks untk biodata guru nak bersara...hehe..mama kena wat lak kali ni..teringt kat imanshah , tu yng tanye....

tunz said...

choppp!! yg kat ats td tuh..mama tau..kalau ada teks untuk biodata guru nk pencen yer....
tq2

Khairiz said...

tahniah juga diucapkan :)

Aien Not Alien said...

tahniah cikgu imanshah :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget