WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 14, 2012

KUNJUNGAN SAHABAT SERUMPUN DARI ACHEH

Semenjak akhir-akhir ini selepas menerima pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Bintang sering menerima kunjungan daripada delegasi luar negara dan dalam negara. Semalam, kami menerima kehadiran seramai 35 guru dari Sekolah Menengah Atas Negeri Modal Bangsa, Banda Acheh, Indonesia diketuai oleh Bapak Kepala Sekolah Bapak Yunaidi. Alhamdulillah, deligasi dari Acheh ini merupakan pelawat dari luar yang pertama untuk tahun 2012 yang mahu melawat dan melihat sistem pengurusan dan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bintang.

Selaku guru yang dipertanggungjawabkan menjadi Setiausaha Majlis dan Perhubungan Luar, maka Imanshah terlibat secara langsung dalam program ini.


Ketibaan rombongan dari Acheh di sambut meriah


Taklimat dari Penolong Kanan dan selepas itu diadakan perkongsian pintar anatar guru-guru


Deligasi bergambar kenangan bersama Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran malaysia yang kebetulan mengadakan mesyuarat di Sekolah Bintang.


Jamuan makan tengah hari buat deligasi dan pegawai dari kementerian


Sesi  bertukar hadiah antara ke dua-dua sekolah.

Satu program telah berlangsung. Kita tunggu apa lagi program yang akan berjalan.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

MAT SOM said...

Besar sungguh tanggungjawab Imanshah
Tahniah bapak guru

Afida Anuar said...

orang acheh comel2 kan shah?;)

che mid said...

Salam, lepas ni tentu ada rombongan balas ke Acheh ke cikgu

cheqna said...

ouh..
lepas ni mesti berpelunag g acheh jugok ork??

Yatie Awang said...

majlis itu berjalan lancarkan??? Tahniah

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

cikgi2 Aceh comel2...nanti berulang alik ke Aceh aje ler... he he

azwa amani said...

amani suka slot perkongsian pintar,,, macam2 idea boleh dapat

Gen2Merah said...

pasti banyak pengalaman yang bole d kongsikan bersama

insan_marhaen said...

pengalaman yang baik. mungkin ada cerita-cerita terbaru aceh yang boleh dikongsi bersama.

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget