WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 29, 2012

LIVERPOOL SINGKIRKAN MANCHESTER UNITED


Liverpool meneruskan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA selepas membenam cabaran Manchester United 2-1 pada pertembungan di Anfield semalam.

Pemain gantian, Dirk Kuyt menjaringkan gol dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk memastikan kemenangan Liverpool pada perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan United, Patrice Evra diejek. Evra turut menjadi perhatian apabila membuat kesilapan yang membawa kepada jaringan kemenangan Reds.

Pertahanan kiri United, Evra diejek akibat insiden penghinaan perkauman dengan pemain Liverpool, Luis Suarez pada Oktober lalu, yang menyebabkan pemain Uruguay itu digantung lapan perlawanan.

Liverpool mendahului pada minit ke-21 apabila Daniel Agger melakukan tandukan hasil sepakan sudut yang gagal dibaca penjaga gol United, David De Gea.

United, yang beraksi tanpa Wayne Rooney akibat cedera, bangkit menerusi rembatan tepat Park Ji-sung pada minit ke-39.

Hantaran Andy Carroll gagal dipintas Evra, yang memberi ruang kepada Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.

Liverpool mengiringi Chelsea ke pusingan kelima selepas Blues menang 1-0 ke atas Queens Park Rangers.Gol hasil sepakan penalti Juan Mata pada minit ke-62 sudah cukup untuk Chelsea meneruskan kemaraan.

Penalti tersebut berpunca daripada kekasaran Clint Hill ke atas Daniel Sturridge dan Mata yang diberikan tugas melakukan sepakan, tenang memperdayakan penjaga gol QPR, Patrick Kenny.

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Gembira sakan peminat Liverpool.
Bila agaknya pasukan kita nak capai tahap seperti liverpool.

TQ

Deru Ombak said...

Hurmmm... Kecewa sungguh!..
Time2 ni lak Rooney injured... :(

[PCL] said...

lamak ..baru je beli jersi MU.

Lelaki Ini said...

tahniah liverpool!

Ruby Mahabbah Fillah said...

Assalam...

Yerr Liverpool da best..

yg pasti Ruby x suukaa MU..

chayoook LP!!!



follow awak sekali yaaa :)

delarocha said...

harap2 liverpool jumpa chelsea lepas ni..baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah..ahakss

mie said...

liverpool memang terbaik...
hahahaaa

ckLah @xiiinam said...

Hehehehehehe...
(makcik tak reti ulas. Semua lelki je kat atas tu ya! Hehehehe)

ckLah @xiiinam said...

***SHAh...nak tanya, Gerbang Malam Ipoh kat jalan apa. Jawab ya? Ada orang ngidam buah keranji kat situ!

IMANSHAH said...

@ckLah @xiiinam

naj jawab dalam blog CkLah tapi tak dapat..x jumpa mana tempat komen..

saya tak tahu jalan mana, tapi sebelah KAMDAR, kat pekan..BSN bandar

ckLah @xiiinam said...

...tadi nampak URL Shah datang ckLah tengah ubah suai blg, sambil tengok Hockey Anderson kat Buletin Utama. Hehe..

Ok, tak apa!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget