WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 9, 2012

LIWAT II : MAHKAMAH TETAPKAN ANWAR TIDAK BERSALAH

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.
“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.
Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.
DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.
Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.
SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

kakcik said...

Kalau dia di pihak yang benar, syukurlah keadilan berpihak kepadanya. Jika sebaliknya, Allah itu Hakim Yang Maha Adil untuk memberikan hukumanNya.

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

bagaimana dgn Saiful Bukhari....!

Kakzakie said...

Kalau yg satu tidak bersalah bagaimana pula di pihak sebelah? Kakak dengar berita hari dari radio. Tak apa kakak lebih suka mendengar berita dari negara jira malam ini. Apa ulasan mereka yg di sana kita tunggu....

Lelaki Ini said...

tahniah anwar

wahida said...

perhimpunan 901 ni dekat sgt ngan ofis saya...boleh dgr dorang terjerit2 ckp lepaskan Anwar...

takut pun ada tgk perhimpunan tu...huhu...

Ahmad Haziq Azlan said...

ada letupan ke tadi

Afida Anuar said...

Alhamdulillah....

Gen2Merah said...

yang baik kita jadikan teladan, yang tak baik kita jadikan sempadan.. (",)

Cikgu Ma said...

kebenaran akan muncul siapa pesalah siapa tertuduh...apa2 pun jadikan iktibar...

tolong jawab soalan kat bawah entry ku!!

NzA said...

Hanya Allah yg Maha mengetahuai segala2nya..Tak berani nk komen lebih2.....

Rtp Farra Arisha said...

ucapan syukur dan alhamdulillah :)

siti murni said...

belum berakhir..selepas ni ke Mahkamah Rayuan pula..

Cik SHiNJU said...

Saya setuju dgn komen Kakcik..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget