WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 23, 2012

NAK TUNJUK NI

Kali ini, entri berbaur menunjuk-nunjuk ok. Jangan marah dan jelik ye, Imanshah nak tunjukkan gambar suit kot Imanshah yang baru dibeli. Sepasang kot tadi di Jusco Kinta City. Lama dah rasanya Imanshah tak beli kot baru untuk kerja. Akhir sekali tahun 2007 rasanya, itupun Imanshah tempah di kedai. Kali ini ada jualan murah di Jusco, maka Imanshah sambar lah satu. Sepasang tu dalam RM 300. Agak murah juga. Warnanya juga boleh tahan, tidaklah asyik hitam sahaja. Kali ini kelabu kehitaman. 

Jenama?? Idak, Imanshah buakan penggemar PADINI ke, John Master ke. Semua tu untuk yang bergaji 5 angka. SUAVE sahaja, dan Imanshah sangat selesa dengan SUAVE dari zaman belajar lagi terutamnya seluarnya. Kalau kemeja tu, kadang-kadang bertukar juga jenama. Tetapi untuk seluar sememangnya SUAVE merupakan pilihan zaman berzaman. Rasanya harga boleh milik lah SUAVE ni. Kepada rakan-rakan yang hendakkan keselesaan dan harga berpatutan, dan gaya yang terkini, beralihlah ke SUAVE. Wah promo lagi.

Kami di Sekolah Bintang, sememangnyaa perlu mengunakan kot setiap hari isnin dalam perhimpunan rasmi. Begitu juga dengan beberapa program sekolah sememangnya guru-guru diarahkan untuk memakai kot. Jadi menang membeli, menang juga memakainya. Nak tengok?? Nak tunjuk ni, nak tunjuk ni. 


erm ok tak?? haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Cerita Saya, said...

300 jer? Boleh beli tuk sanding nanti.. Kat mana2 jusco pun ada kan?

IMANSHAH said...

@Cerita Saya,

yg ada jenama SUAVE..mana3 ade kot..tak sampai pun 300...berbaloi

Cerita Saya, said...

Okay thanks broooo.. :)

Si GaJus!!!= said...

whoaaaaa!!!! cun2 :P

AHMAD ZAQWAN said...

mesti uncle nampak lebih macho kan..( sori sya call uncle)..

aimaniman said...

salam perkenalan drpd akak

entahlah,.. mampu milik ke x ke, akak pakai untuk beberapa minit je, pd akak yg seminimum mungkin akak beli,.. dr amoi datang sekolah jual kot murah2....

adrenalina said...

whoa...smart2x...mesti kacak lagi kalau pakai dgn tali leher warna merah terang!!!

sonata anak kancil said...

semakin hensem...

sonata anak kancil said...

semakin hensem...

reza al-razi said...

RM 300 sepasang ok ler.. berbaloi-baloi..

Areef Ibn Naim said...

salam,

suave pun jenama pilihan sy... hanya terdapat di jusco :)

ili said...
This comment has been removed by the author.
Mat Som said...

Utk Cikgu Imanshah tersangatlah sesuainya. Bagi saya yg mengajar kat ceruk dunia ni, cukuplah memakai baju kot ala sport sikit.

alif haris said...

berbaloi r tu .. 300 ..pakai mesti smart punye hehe ^^

Cheq Sue said...

kalau kat sekolah saya, ngajar pj pun rasa nak pakai kot...memang berbaloi kalau beli

insan_marhaen said...

sekolah bintang memang selalu kena ada 'class' tersendiri!

ISZA said...

Gi JJ eh? Kenapa x gtau? Kalau x boleh kita dating...
Ngee..
Akak gi tebus baucar buku 1 Malaysia kat popular tadi. Punyalah sesak JJ

ajumohit said...

Mesti smart kan, dah Pakai nnti tayang lagi ;)

Aien Not Alien said...

dah pakai...tayang & tunjuk baru boleh komen...hehehe..


*berbaloi-baloi kalau harga mampu milik setanding dengan kualitinya yang baik.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget