WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 26, 2012

PELAJAR KITA MAKIN KURANG AMBIL JURUSAN SAINS

Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.

"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya.
Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya sukar dan membosankan.

"Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains,” katanya.Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.

"Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan,” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

anak saya 3 aliran sain, 1 akaun dan 2 baru menegah

Original CikTeddy said...

eh yeke x ramai..hmm,bru tau =)

siti murni said...

diorang rasa berisiko tinggi untuk gagal dapatkan keputusan cemerlang kot..kikiki..tu saya punya opinion masa kena pilih aliran dulu..takut punya pasal.

che mid said...

Salam..anak Che Mid nak jadi tukang gunting ..marah tak tuk khaled..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Ledakan dunia tanpa sempadan, tak perlu belajar sains, boleh buat bom dengan merujuk panduan dari internet.

Tapi sains bukan semata-mata bom...

Semoga para guru kita terus gigih memberi perangsang kepada pelajar agar meminati sains.

TQ

Hairun Azmi Hashim said...

Rugi nanti ,bangsa kita juga.

Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

hafiz hafizol said...

Aku pun x suka jurusan sains.. hahaha.. kimia paling x sukee.. blueekksss

cikguNae said...

mungkin sebab sekolah tidak lagi boleh paksa pelajar masuk aliran sains

Sekarang pelajar pilih sendiri
Kat sekolah saya pelajar yg PMR ok tak nak masuk kelas sains, tapi yang tak ok berlumba-lumba masuk ikut kawan... ponin!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget