WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 19, 2012

SAYA BUKAN PENGETUA

Sekarang ni musim semua ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara. Sebagai seorang guru di Sekolah Berasrama Penuh, Imanshah cukup memahami betapa perasaan ibu bapa yang anak-anak mereka gagal ke SBP atau ke MRSM.


Imanshah mengenali ramai ibu bapa bekas pelajar. Dan boleh dikatakan sepanjang lima tahun, kami bersahabat baik dan saling kenal mengenali. Baru-baru ini dua orang ibu bapa bekas pelajar yang agak 'rapat' meminta bantuan Imanshah untuk membuat rayuan ke Sekolah Bintang. 

Gulp, beban atas jemala patik. Bukan apa, sesetengah ibu bapa menganggap semua guru memiliki 'kuasa' untuk membantu menempatkan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh.Padahal hanya pengetua dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai kuasa yang sepenuhnya. Memang kami hanya menerima senarai pelajar yang dibekalkan oleh kementerian.

Tak ditolong dikatakan sombong. Nak menolong, jalan untuk menolong itu tiada. Nak tak nak terpaksalah berterus terang. Seperti biasa dialognya , " Saya akan tolong hantar nama kepada pengetua, kalau ada rezeki dapatlah, kalau tak ada rezeki mungkin di tempat lain.."

Yang sebenarnya ayat sepatutnya, SAYA BUKAN PENGETUA. Apapun, ditelan mati emak , diluah mati sahabat kan. Keluarga sendiri pun tak tertolong, inikan pula kenalan. Apapun usah terlalu obses dengan Sekolah Berasrama Penuh kerana kadang-kadang realiti tak seindah yang diimiginasi. Selamat malam !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

sebenarnya macam tak sedap je kan kalau guana kabel segala bagai ni... macam tak adil je... orang lain pon nak masuk sekolah bagus... kalau dah takdir anak tu masuk sekolah bagus, tak perlu nak berkabel segala bgai... dulu saya masuk mrsm tak perlu pon nak guna kbel... walaupun pmr tak seberapa...itu namanya rezeki yang tuhan bagi....

DaHLia said...

itu la..bila org mintak tolong, kita pun jadi serba salah.. tak tolong kata sombong, nak tolong, memang xmampu..last2 kadang tu terpaksa bagi ayat penyedap je :D

GBM said...

cikgu memang selalunya menjadi orang perantaraan. kena banyak bersabar yer. :)

❤ eyeme ❤ said...

saya sekolah biasa je..kadang2 semua tu bergantung pada cara kita bawak diri jugak kan..hihihi

blog-tips-kurus said...

patutnya utamakan anak2 drpd keluarga susah utk penempatan di SBP ni..

hani@debumelukut said...

suami akak pengetua di sebuah sekolah kawalan/ sekolah primier/cluster di kelantan ni..di waktu2 begini ramai lah tamu yg singgah nak cari kabel..fening kepala!

Afida Anuar said...

tu baru jadi cikgu shah, kalau ada rezeki jadi pengetua sok2 bila, tatau la berjujuk kut orang datang minta tolong... hehe..

apa pun, itulah jawapan sebaiknya.

Kakcik Seroja said...

Sebenarnya... sekolah bukanlah jaminan kejayaan kalau yang menuntut ilmu itu sendiri tiada kesedaran...

Muhammad Adam bin Roslan said...

sbar cikgu.. insyaAllah cikgu akan jadi ketua satu hari nnti

cheqna said...

ditelan mati emak diluah mati bapak..jadi kemam jela =)
hehehe
tu la pasal...kadang2 dilema kita as a penjawat awam dalam bidang2 tertentu kan..cikgu dengan masalah cikgu....
sabar jela,,,

tunz said...

biarlah kemasukan ank2 mereka secara adil...

Yatie Awang said...

itulah orang kita...masih nak mengunakan KEBEL

Cikgu Ma said...

saya ni pun tak pernah pakai2 kabel...ikut la tang mana ada rezeki...

norfaridahanum said...

mintak2 lah ibu bapa pelajar tuh baca blog imanshah nih.senang.habis cerita!

mie said...

sekolah terbaik sentiasa menjadi pilihan....
gue juga pernah merasai zaman tu..
ehehhehee

gadisBunga said...

tapi dah betul la tu yg awak cakap tu. tolong sekadar termampu kan...

Mat Som said...

Susah juga jadi orang-orang besar ni ya?

Sham said...

dia mengharap sangat tu.tolong le setakat yang termampu...

Pengetua in the making...heee

Gen2Merah said...

ya, sekolah biasa pun alhamdulillah la kan...

NaeBlog said...

Salam,

selalunya begitulah, kita yang bukan siapa-siapa ini rasa serba salah

Insyaallah adalah rezeki pelajar tersebut nanti

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget