WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 2, 2012

SENGEH BESAR LAH DEME

PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).



Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.


Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA



KOMEN IMANSHAH

Sengeh besar la deme. Yang jenis mengelat tu, makin seronok la. Tak tahulah apa yang diperjuangkan oleh Presiden CUEPECS ni. "Low" class betul kaki tangan  awam kat Malaysia ni kalau setakat 65 peratus tu. Sah-sah lulus. Sebagai kaki tangan awam, teman tak setuju lah dengan pengurangan ini. Jangan dok jenguk tempat kome keje je, jenguk la tempat-tempat lain. Ramainya yang tak memegang amanah! Sendiri mahu ingat lah. !!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

memang betul
tersengeh deme yg mengelat tu...he he

Cheq Sue said...

ingatkan tak lulus...kang ada pulak yang kata kita ni makan gaji buta... aishhh...

@xiiinam said...

Betul tu Shah...ckLah setuju! Ada staf DG48 di sini, dia kata kalau lanjutkan usia persaraan 75 tahun pun dia setuju. Apa tidaknya, semua kerja dia orang buat. Asyik hilang dari sekolah...Ditegur melenting! Tak taulah...

tunz said...

hanya Tuhan shj yang boleh membalas atas segalanya kpd sepsis2 yang pemalas n suka mnegulau....kat skolah mama pon ada...x pulak kena tukar...yg ok pulak... skolah lain tarik atas sbb kekurangan guru opsyen tertentu..nyampah!!!!!...

cheqna said...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE....TETTT
SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI BAHAGIA DUNIA AKHIRAT =)

CikAnyss' :O said...

batuk2 sini . hehe . selmat tahun baru ye

Jo Qusary said...

Kami pensyarah2 kat universiti pun rasa perkara yg sama... ade ke patut 65% je?

Cikgu Ma said...

x alert sangat lg sbb belum bergaji...guru pelatih katakan =)

HASNAH said...

betul kan cukgu.. lega la diaorang!!

NaeBlog said...

Itu yg mereka ubah? 65%?
Kat tempat saya, cikgu2 bujang selalu dapat pelbagai tanggungjawab... ganti tugas orang lain itu ini...
sekali sekala oklah... tapi...
kadang2 rasa meluat dan ia menghakiskan ikhlas

Gen2Merah said...

ya setuju.. patutnya setiap pekerj patut merenung diri sendiri agar lebiuh ikhlas dalam bekerja

aimie amalina said...

huuu
walau daku x keja lag dn mncri keje lag
sgt sokong dgn penulis entri ni :))

Mama Syamil a.k.a Miza said...

setuju ngan imanshah, mana2 yang suka menghilang masa kerja tersenyum lebar la...
Budak sekolah nak cemerlang 80%, kakitangan awam setakat cukup lulus 65%.... hmmmm

NzA said...

akak pn xsetuju sbnarnya w.pn suami akak salah sorg org kuat Cuepacs (Majlis Tertinggi Kebangsaan) yg mengiringi datuk omar Osman utk sesi prbincangan tu.....mrk sbnarnya punya alasan2 yg kukuh setelah membuat kajian demi kajian......

Kakzakie said...

Ada tu masa kerja asyik tidur dalam surau kerjanya. Lepas sarapan pagi ingatkan pergi dhuha alkisahnya berdengkur...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget