WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 12, 2012

COUNTDOWN


Sungguh jarang bersenang-senang di Hok Sengoti sehari dua ini. Jadual penuh dari pagi sampai ke malam. Semalam, telah berlangsung "Countdown" Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dan Asian School Debating Championship 2012 di sekolah.

Untuk perkongsian, Sekolah Bintang akan menjadi tuan rumah kepada dua acara mega pada tahun ini. Pertamanya Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) dan kedua Asian School Debating Championship. Kedua-dua acara ini akan berlangsung secara berturut-turut pada bulan Mei dan Jun nanti. 

HKSBP merupakan acara tahunan yang menghimpunkan kesemua 64 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. InsyaAllah warga Sekolah berasrama Penuh akan berkampung di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh mulai 25 sehingga 29 Mei 2012. Bayangkan 2000 peserta berhimpun , berkumpul, bertanding dan bersahabat pada waktu itu. 

Selang 3 hari, ASDC akan mengambil tempat pula, Dijangkakan sebanyak 100 pasukan debat Bahasa Inggeris akan berkumpul di STAR. Pertandingan ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh Asia termasuklah Korea, Jepun, Indonesia, Singapura, China, Qatar dan banyak lagi.

Tahun 2012 merupakan tahun sibuk kami. Harap-harap para pelajar tidak menjadi mangsa kepada keseronokan menjadi penganjur. Namapun guru, tentulah serba boleh, walau mungkin usai kejohanan, ada di antara kami yang lembik tak bermaya!! Adios !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

cheqna said...

sibuk ah demo kekgi =)

Gen2Merah said...

wow.. mmg menarik event ni..

Yatie Awang said...

seronok bunyinya...

nazmi shaarani said...

wah hebat skang ni...goodluck utk semua semoga sukses!

arsal74 said...

Tak mau makan burger pakai kupon thn ni... :)

Ahmad Haziq Azlan said...

dah bertahun tahun tinggalkan dunia debat...
eh sekolah bintang tu star ke?
hahaha

Afida Anuar said...

memang international punya event.. cikgu2 star mesti sibuk gila nanti. selamat!

capt. keon alhan said...

thn lps wlaupun i-gop jadi tuan rumah kesuma je...dah trsa pntnya...pdhl sy jd urusetia je...ni pulak hksbp...gud luck ye ckgu...sure sibuk gila nnti...tp thn lps dgr kata i-gop jd co-host utk basketball...enth jd ke idak ye?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget