WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 28, 2012

SUSAHNYA SOALAN NI

Hari ini, Imanshah berada sehari suntuk di stadium hoki. Latihan terakhir menjelang Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara yang akan diadakan pada 30 Januari- 2 Februari 2012 nanti. Alahai, musim sibuk dah bermula. Beginilah kesempatan sesekali bercuti seharusnya digunakan sebaik mungkin. Nak berjaya, kena usaha. Dan yang penting semua bekorban. Cikgu berkorban, murid juga harus bekorban kalau tidak mahu pasukan yang terkorban.


Bila tiba waktu makan, seronok juga makan ramai-ramai di bawah pokok. Wah sungguh ramai rasanya anak walau masih belum mempunyai isteri. Dan masa inilah peluang untuk bersembang, menasihati serta mengorek masalah para pelajar. Yalah, kalau seorang guru boleh mengenali secara dalam pelajarnya sudah tentu banyak perkara yang boleh diselesaikan. Tak susah, Imanshah jaga hoki, maka nya Imanshah harus memantau pemain-pemain hoki. Akhlaknya, disiplinnya, akademiknya, kewangan, kebajikan dan banyak lagi. Kalau semua guru mampu menjadi mentor kepada pelajar di bawah jagaannya, Imanshah yakin sudah tentu masalah-masalah yang berkaitan pelajar walaupun tidak semua, tapi sebahagiannya mungkin boleh diatasi.

Antara masalah yang sering berlaku masalah keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang susah, yang baru kematian ayah, bahkan yang baru bercerai. Alhamdulillah masalah mereka semua dalam pengetahuan Imanshah.

Tadi sewaktu di padang berlakulah perbualan ini, 

Kalau saya pakai sun block, muka saya tak hitam ke cikgu..

Tak!

Tak naik jerawat ke, nanti naik jerawat.

Tak!

Kalau nuka saya hitam sebab "sun burn" , lambat tak baik??

Lambat

Pencucui muka apa boleh bagi putih balik muka??


Erm, susah nya soalan ni. Aduh, payahlah. Bab-bab ni yang cikgu fail anak oi. Nanti lah pasal muka-muka ni, cikgu pergi kursus asas kecantikan ok??






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

Yatie Awang said...

hahahaa...silap tanya cikgu tu

Deru Ombak said...

Hehehehh.. Kelakar !!!!

Dinas Aldi said...

Remaja lelaki pun mementingkan kecerahan kulit jugak naa? Ingatkan remaja perempuan saja, hehe..

Mat Som said...

Suruh mereka main hoki dgn memakai Topi Keledar?

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi

yelah kalau asek gelap je..huhu

hawiz said...

mmg sengal..ahahaa

Acik Erna said...

he he..lucu pulak..cuci muka apa pun tak boleh nak kawal sunburn..betul tak cik gu

adrenalina said...

nampaknya budak2 laki skarang mmg jaga penampilan hahah...

insan_marhaen said...

Teringat masa tonton hoki piala dunia tahun 1975 jika tak silap.

Masa tu Stadium Hoki belum ada. Buat kat stadium Perak.

CIK TOM said...

hehhehe..kelakar la anak murid cikgu ni...

dee said...

wahahahaha.. gitu. soalan padu untuk cigu! =P

Original CikTeddy said...

muahaha..fair n lovely la..haha

Citarasa Rinduan said...

heheheh.. mereka pentingkan kecantikan rupanya..
aduhhhhhhhh
mujur cikgu bijak jawab soalan mereka

gadisBunga said...

kalau ada soklan berkenaan mende2 tu, sila sms saya segera! eheheh~

IMANSHAH said...

@gadisBunga

eh duta produk dr Razmi ke

Azham Vosovic said...

haha, lawak la post ni...

kesian cikgu kena jawab mcm2 soalan hehehehe

Nur-nba said...

Hehehe.. soalan pasal kecantikan pula yg ditanya.. Sabar je la.. :D

Ahmad Sabree said...

entry yang nie n superb!
i follow you...
follow me back okey...
http://sabryoppa.blogspot.com/
http://shaberry92.blogspot.com/
ade 2 blog.. follow lah mane2...
follow 22 pun boleh...
heheehehe..

ISZA said...

Hahahaha,
x dapat nak nolong..

h A n Y S said...

Pakai fair n lovely! Haha!

Ruby Mahabbah Fillah said...

Assalam cikgu :)


hihihihi ps nie cikgu kena wat xperimen dlu yaa :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget