WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 20, 2012

ALFATIHAH BUAT ZULHAFIZ


Masih ingatkah Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, pemuda yang mengalami penyakit misteri di mana terdapat ketumbuhan seberat kira-kira 20 kilogram di bahagian bahu kirinya itu?
Dia akhirnya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam.
Menurut laporan akhbar, anak bongsu daripada lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.
Kata bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba-tiba sahaja pecah dengan mengeluarkan darah dan cecair.
“Kira-kira segayung cecair yang keluar dari ketumbuhan tersebut dengan meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.
“Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.
“Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira-kira 100 orang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Umar said...

Alfatihah

Fendy said...

Al-fatihah buat arwah...dan takziah buat keluarga arwah..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget