WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 28, 2012

ALLAHYARHAM FAIN : SEMOGA ROHMU DITEMPATKAN DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERIMAN

Hari ini Imanshah menerima berita yang amat mengejutkan apabila seorang bekas pelajar Imanshah telah kembali ke Rahmatullah dalam usia yang masih muda. Dikhabarkan Allahyarham yang baru berusia 20 tahun merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Allahyarham telah terbunuh dalam satu kemalangan di PERDA, Pulau Pinang malam tadi.


Allahyarham berbaju putih. Merupakan pelajar yang aktif dalam sukan hoki dan ketua batch 2009. Alhamdulillah, maghrib di Surau Alhamdaniah, Imanshah sempat menghadiri majlis tahlil yang diadakan oleh pelajar-pelajar STAR kepada arwah. Seorang lagi pelajar Imanshah mendahului kami guru-guru.Ternyata Allah menyayangi Allahyarham, dijemput oleh-Nya dalam usia yang muda. 

Salam takziah buat keluarga ALlahyarham sekeluarga. Semoga tabah menerima takdir dan ketentuan Ilahi. Buat anakku Fain, cikgu doakan agar rohmu dicucuri Rahmat dan dikau diletakkan bersama golongan yang bertaqwa dan beriman. Kepada rakan-rakan guru, STARIANS (juniors dan  seniors) yang mengenali Allahyarham, ampunkanlah segala dosa dan kesalahan Allahyarham kepada kalian.

Kepada sahabat maya saya dan pembaca setia Hok Sengoti, saya mohon agar disedekahkan Alfatiahah buat Allahyarham. Terima kasih buat semua. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

cheqna said...

al fatihah
moga arwah tenang disana

IMANSHAH said...

@cheqna

budak trengganu ni

Musfirah Hasan said...

Takziah

Gen2Merah said...

salam takziah.. al-Fatihah buat arwah.

PnutShafii said...

insyaALLAH, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. :)

tunz said...

al fatihah

Deru Ombak said...

Belasungkawa buat semua yang menyayanginya.

Al- fatihah..

hazlin nazri said...

alfatihah

Awan Biru said...

Semoga kembalinya arwah disusuli dengan rahmat Allah. Amin.

Syira Qahira said...

salam..

mukanya nampak jernih...orang baik ni biasanya ALlah ambil dulu :)

aiman sanudin said...

al fatihah :(

gadisBunga said...

innalillahiwainailahirojiun...

org yg hebat selalu dijemput awal...

Siti_btp said...

Al Fatihah buat Arwah...
Macam tahu2 je Arwah pakai baju putih..

Itulah warna lahir dan akhir kita putih...

mie said...

alfatihah..
moga rohnya aman disana..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget