WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 14, 2012

DIA LELAKI TERHEBAT

Malam ini ingatan terhadap arwah ayah sungguh kuat. Memang arwah tak pernah hilang dari ingatan.Sentiasa ada dan akan selalu ada. Dia lelaki terhebat pernah hadir dalam hidup ini.

DIA LELAKI TERHEBAT
Hadirmu seketika, pergimu tanpa kata
Seolah-olah semalam kau masih berkata-kata
Jaga agama jaga keluarga
Moga semua beroleh syurga

DIA LELAKI TERHEBAT
Mengajar kami alif ba ta
Quran hadith buat peneman setia
Mengajar taat rasul dan pencipta
Moga hidup terus bahagia
Bukan hanya untuk dunia
Namun bekal di akhirat sana

DIKAU LELAKI TERHEBAT
Bekalkan kami pelajaran sempurna
Walau diri sendiri hanya kenal tulis baca
Jauh sekali menjejaki menara
Namun anakmu semua berjaya
Berkat didikan yang sempurna

ENGKAU LELAKI TERHEBAT
Walau kini dikau tiada
Namun tak putus kutitip doa
Moga rohmu tenang di sana
Semoga bertemu syurga Pencipta!!







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Rozuan Ismail said...

semoga dia tenang di sana

Eyeme said...

Al-Fatihah..rindu eh?

♥ manje ♥ said...

Al Fatihah... moga dirahmati Allah

♥ manje ♥ said...

Al Fatihah... moga dirahmati Allah

tunz said...

al fatihah..mama pon sedih jugak baca nih...arwah abah pergi masa unu mama 11 tahun

Gen2Merah said...

al-Fatihah... ayah memang seorang yang hebat dalam kehidupan kita..

capt. keon alhan said...

che gu ni buat sy tacin ar...udah le sy tgh homesick ni...mak abh,,,,nak balik...hua!!!!!*okey ini mengada-ngada*

apapun,al fatihah utk arwah ayh che gu.moga ditmptkan di kalangan org2 yg soleh hendaknya...

susulemakmanis said...

saya pon rindukan arwah abah...

alif haris said...

semoga dia tenang disana. sy syg ayah sy .. :)

cheqna said...

al fatihah
same goes to me =(

gadisBunga said...

gembirakanlah dia....

Yatie Awang said...

Amin ya rabbl alamin...al-fatihah

shahjiehan said...

lama x mai sini, apa khabar cikgu??

heehhe..

psst my secret said...

hok sengoti??sengoti blog ni best,.hehe,..sengoti demo ore klate.,kawe pun..jom follow :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget