WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 7, 2012

HADIAHNYA ADALAH...SAKIT BADAN !

Alhamdulillah, hasrat untuk sama-sama berlari dalam STAR MINI MARATHON 2012  tertunai juga. Walau dalam keadaan kesihatan yang agak kurang memberangsangkan, Imanshah gagahkan juga diri untuk menamatkan larian sejauh 10km. Wah jauh tu ! Dan hasilnya dapat lah hadiah yang lumayan, SAKIT BADAN. Huhu. Apapun, STAR MINI MARATHON 2012 telah berlangsung dengan meriahnya dan pada tahun ini jarak larian ditambah dari 6km kepada 10 km. Jom kita tengok gambar di sekitar kejohanan.


Permulaan


Anak murid tahun 2006 turut memeriahkan kejohanan menyertai kategori STAROBA.


Tu dia panas eh?? Siram jangan tak siram.


Angpa pandai na. Malas lari buat jadi pembantu kecemasan pula.


RUMAH HIJAU muncul juara keseluruhan.

Tahun depan insyaAllah Imanshah tetap bersemangat untuk turut serta berlari memberi inspirasi usia bukan penghalang kan. Angpa yang muda-muda tu malu lah kat cikgu kalau tak menamatkan larian. Yang penting semangat kesukanan yang tinggi. Jumpa lagi.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

Acik Erna said...

Assalam cik gu..semangat turut serta tu yang penting cik gu..walaupun hadiahnya hanyalah sakit badan.

adrenalina said...

gambar yg siram air tu mmg terbaek!!

NzA said...

jauh tuuuuu......xpolh, cuti ado 2 hr lagi ni...boleh rehat n p massage...

hawiz said...

lor..cikgu ker?..adeh..xtau lak..hihi

cheqna said...

cuti ni berehat la =)

Spudin said...

wah3 ...meriahnya

amna said...

kami di ipg pun baru selesai jayakan larian mesra 1 malaysia.. :)

Kalamhati said...

bestnyeee..kak wan suka lari2 nih..hehe

Eyeme said...

selamat la dgn sakit badan..tapi best dpt bakar lemak2..

susulemakmanis said...

wah..kena cari tukang uruttt ni..hehe

insan_marhaen said...

kalau IM ada sama,IM jadi tukang sorak je...

kak mah said...

Biasalah kalau jarang senaman saki badan akan berlaku...

ckLah @xiiinam said...

Nak urut meh...

klcitizen cikgunormah said...

hadiah lain tak dapat ke , iman

- abdul hadi abdul muti - said...

markah ni masuk point untuk sportday ke cikgu?

nyanyisunyi said...

takpe sakit badan janji dapat join dengan anak2 didik kan Iman..

IMANSHAH said...

@ckLah @xiiinam

amboi buleh ka??

zarazueyin said...

takpa...asalkan happy dan enjoy :)

Dinas Aldi said...

Huihhh tera la hampa lari 10km. Memang patut la sakit badan pun, jauh lari tuh! Mintak yoko2 kat orang2 yg pegang kotak kecemasan tu, hehe

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

xlah, dah bagi hadiah semalam, tak masuk

sara pedrosa said...

sekali sekala sakit badan apa salahnya cikgu..hikhikk

Sham said...

ui 10km tu..!aku hari sabtu ni kena hungga la pulok...mujur 5km jer...

ketikketok said...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget