WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 9, 2012

KECIL TAPAK TANGAN, RUMAH AKU TADAHKAN

Pagi semalam Imanshah lihat keadaan dalam rumah agak bersepah. Sibuk memanjang je hari-hari. Kereta juga tak sempat untuk dicuci. Maklumlah hujan dan panas setiap hari. Kalau cuci pun buat rugi sabun je. Namun, petang semalam ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Sekumpulan pelajar telah datang ke rumah Imanshah untuk  program Khidmat Bakti. 

Berkesan betul pertandingan antara rumah ni. Masing-masing cuba mengumpul markah untuk rumah masing-masing dengan apa jua cara. Dan salah satu programnya adalah khidmat bakti. Berbakti kepada guru dan markah akan diberi. Heheh. Kecil tapak tangan rumah aku tadahkan.


Cuci bang jangan tak cuci. Cuci sampai berkilat ya.


Edisi tayang kereta ni. Haha, nampak tak kilat tu?? Nampak tak??


Dalam rumah pula sibuk depa menyapu dan mengelap. Sekali imbas macam geng DIGI datang buat kerja amal.


Ni bahagian mengelap kipas. Hurm boleh tidur dengan lega malam ni.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

dee said...

terbaikk ah budak star. rajinnnnnn gilak!

tunz said...

LEH DTG KEMAS UMAH MAMA TAK....HUHUH

mekjangok said...

baguih la kalau mcm nie..nanti den bg alamat..dtg umah den lak..hikhikhik...

Eyeme said...

kalaaulah depaa dtg sini, nak mntk tolong jemur kain boleh x agak2..hehehe

eT said...

bagusnyer...xmo wat khidmat bakti kt sini plak ker??hehe

aku budak klang said...

tak ajilah..khidmat bakti kat umah cikgu je...kami pun nak jugak...anyway terbaekk lah murid2 u tu

Kakzakie said...

Wah... macam ini mesti banyak markah dapat sebab kereta pun sampai kilat memancar-mancar sinarnya...

capt. keon alhan said...

ni msti projek khidmat bakti svik kan?

Cheq Sue said...

tak sampai ch ke khidmat bakti nih... dapat markah lebih siket

kakcik said...

Bagus juga ada aktiviti begitu. :)

siti murni said...

err...tolong hantar budak-budak tu mai sini....hehehe

pena rozie said...

Best gak kalau dpt khidmat mcm ni...

gadisBunga said...

pinjam budak2 tu boleh? kete dah berabuk nih!

sonata anak kancil said...

alamak...cuba buat amal bakti kat rumah cikgu sonata ni...sure lagi banyak markah!!! gerenti markah penuh

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah, baguslah ada aktiviti mcm ni...

Adam Haiqal said...

kes buli!ahahhaahah secara terang-terangan!;P

azwa amani said...

huhuhu...bagusnya..

klcitizen cikgunormah said...

wah bestnya ... buruh percuma lah kiranya ni ya:)

cikguNae said...

Wah seronoknya program macam ni...

bagus! bagus!

capt. keon alhan said...

cikgu!!!!!bila kuar resultnya?che gu jgn bg sy cuak cikgu...

Azzam Yani said...

amboi...nanti rumah kuning menang cikgu...jgn marah pulak...haha

IMANSHAH said...

@capt. keon alhan

22 mac

NzA said...

agak2 kalau akak pnggil depa dtg ke sini boleh ka???????hi.hi.hi....

cheqna said...

memang betul2 mengantuk disrongkan bantal ni..siap v ekon ni..hahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget