WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 16, 2012

MALAYSIA KALAHKAN KOREA SELATAN 3-2

KUALA LUMPUR - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akhirnya menamatkan badi ke atas Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, manakala acara yang dianggap paling lemah apabila berdepan Korea Selatan, iaitu beregu menyumbang dua mata untuk membantu Malaysia melakar kemenangan 3-2 dan muncul juara Kumpulan D pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, semalam.

Kemenangan ke atas Korea membolehkan pasukan negara mengelak daripada bertemu seteru utama dan juara 13 kali, Indonesia pada suku akhir hari ini, sebaliknya kita akan berdepan naib juara Kumpulan B, India.

Di atas kertas, Malaysia sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan India, di mana kemenangan bakal mengesahkan tiket separuh akhir, sekali gus memberikan slot automatik ke Piala Thomas di Wuhan, China Mei ini.
Biarpun memiliki rekod buruk kalah dalam kesemua enam pertemuan dengan Yeon Seong-Sung Hyun, ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her tetap memberi kepercayaan kepada Kien Keat-Boon Heong untuk berdepan pasangan No. 4 dunia itu, dan mereka tidak menghampakan apabila melakar kemenangan 21-14, 21-19.

Bayangan Kim Her bahawa beliau mungkin memecah gandingan Malaysia untuk mengimbangi kekuatan Korea dalam acara beregu bagaimanapun cuma taktik, sebaliknya dia mengekalkan Lim Khim Wah-Goh V Shem dan pasangan muda ini juga tidak menghampakan apabila menghadiahkan mata kemenangan dengan menumpaskan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel 18-21, 21-19, 21-11.

Terdahulu, jaguh No. 1 dunia dan ketua pasukan, Datuk Lee Chong Wei membolehkan Malaysia bermula langkah kanan apabila mengutip mata pertama dengan menundukkan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.
Selepas Kien Keat-Boon Heong menjadikan kedudukan 2-0, Muhammad Hafiz Hashim mencemaskan kem negara apabila tunduk 22-24, 16-21 kepada Shon Wan Ho untuk kedudukan 1-2, sebelum Khim Wah-V Shem akhirnya mengesahkan kemenangan dengan mata ketiga.

Mohd. Arif Latif yang turun untuk melengkapkan jadual perlawanan dalam perseorangan ketiga, gagal menambah mata selepas tumpas 17-21, 15-21 kepada Hong Ji Hoon.

Kien Keat mengakui kemenangan ini bukan saja cukup bermakna buat dirinya kerana membantu Malaysia menjuarai Kumpulan D dan tidak perlu berdepan Indonesia di suku akhir, malah menamatkan badi ke atas Yeon Seong-Sung Hyun selepas mengharungi enam perlawanan yang malang.

"Sebelum turun gelanggang saya sudah tetap dalam fikiran bahawa saya akan bertarung habis-habisan untuk setiap mata. Saya tidak peduli orang cakap saya tidak boleh menang ke atas beregu Korea, pada saya sebagai penolong kapten dan senior pasukan, saya perlu menunjukkan contoh dengan semangat juang yang tinggi.

"Sebenarnya, bebanan yang diberi oleh BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang memberitahu bahawa mereka tidak meletakkan sasaran besar kepada kami telah mengubah saya, ia mengubah saya untuk lebih berdisiplin. Sekarang kami tidak gentar lagi jika bertemu mereka selepas ini,'' kata Kien Keat.

Mengenai lawan yang bakal ditemui hari ini, Kien Keat mengakui, dia sebenarnya sudah dipersiapkan sama ada untuk berdepan India mahupun Indonesia. Sekalipun berdepan India, yang dianggap lawan lebih mudah, namun pasangan utama mereka, K.T Rupesh Kumar-Sanave Thomas perlu diberi perhatian.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

pena rozie said...

tahniah....

khaifaiz said...

skang ni... disekitar taman perumahan aku tinggal ni... aku lihat ramai yang mula main badminton balik

gadisBunga said...

harap2 piala thomas milik kita tahun ni!

cheqna said...

cheqna berehi benar kalu badminton ni
ada siaran kat tv dop??astro ko??

Gen2Merah said...

wahh akhirnya juara juga di peringkat kumpulan.. bertemu korea memang sebuah impian yang mustahill.. harap kejayaan Thomas akan menjadi milik kita kelak

capt. keon alhan said...

akhirnya mng gak koo-tan,klo tak aesk kecundang je...koo mmg prlu ubah sikap dia yg gopoh.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget