WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 7, 2012

MB KEDAH USTAZ AZIZAN LETAK JAWATAN?

Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.
Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.
“MB Kedah nak letak jawatan…tunggu dalam masa 3 jam,” kata sumber berkenaan sebelum dihubungi Mynewshub.my kemudiaannya.
Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman sekitar jam 4 petang tadi.
Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.
Antara yang vokal meminta Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat, Chegu Bard, dan Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.
Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.
“Perkara itu sudah lama, ketika itu kita baru saja mengambil alih Kedah. Takkanlah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri.
“Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” jelas Azizan pada ketika itu.
Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008. 
sumber : mynewshub



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

capt. keon alhan said...

dah dekat PRU ni macam-macam hal...bosan betul dgn keadaan politik kat m'sia ni...

gadisBunga said...

i hate politics.

tapi kene amik tahu jugak. duh~

Eyeme said...

apakah?err..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget